Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Teori Humanis
Teori Psiko-analitik
Teori Gestalt
• Berasal dari perkataan German bermaksud organisasi atau konfogurasi. Dipelopori oleh tiga orang ahli
psikologi German iaitu:
• Max Wertheimer (1880-1943)
• Kurt Koffka (1886-1941)
• Wolfgang Kohler (1887-1967)
• Kajian tertumpu kepada domain kognitif yang mendedahkan bagaimana otak manusia bertindak pada
persepsi yang diterima daripada deria penglihatan.
• Cth: bagaimana otak mentafsir imej wajah seseorang yang dikenali dan pernah dilihat sebelum ini.
• Perkembangan adalah perubahan dalam diri seseorang individu yang bersifat kualitatif.Satu proses yang
berterusan dari masa lahir hingga ke akhir hayat. Setiap bayi akan meniarap, merangkak, duduk, berjalan
dan berlari.
• Perubahan perkembangan blh dilihat dari segi kemahiran interaksi kanak-kanak.
• Perkembangan dipengaruhi oleh faktor dan persekitaran.
• Perkembangan merujuk kepada perubahan dalam pemikiran, rohani, moral dan social
• Terdapat proses perkembangan yang yang berbeza daripada aspek-aspek seperti mental, jasmani, emosi
dan sosial.
• Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan individu adalah genetik, persekitaran, perbezaan, fizikal,
mental dan emosi.
• Perkembangan merangkumi tiga aspek penting iaitu:
a. kognitif - intelek, pesepsi dan bahasa
b. afektif - emosi, sosial, estetika dan kreatif
c. psikomotor - perkembangan dan kemahiran.
Teori Kognitif
Viktor Lowenfeld
Komponen Kreativiti oleh Lowenfeld- Kelancaran , Fleksibel ,Keaslian ,Kepekaan
Kelancaran (Fluency)
o Idea spontanserta pantas
o Berjaya mengatkan beberapa perkara, memikirkan kemungkinan terhadap idea tersebut.
o Berupaya mengintergrasikan kemungkinan dan alternatif kepada permasalahan.
Fleksibel
o Semangat toleransi yanin dan bertolak ansur.
o Berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi.
o Sanggup menerima cabaran dengan terbuka dan positif.
Keaslian
o Sentiasa mencari idea baru dan asli.
o Mempunyai idea luar biasa
o Sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan.
Kepekaan
o Peka terhadap nilai estetik,proses artistik.
o Pancarindera yang amat peka sebagai proses pengamatan dan merekod.
o Mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap alam persekitarannya.
Howard Gardner
Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) - diasaskan oleh Howard Gardner (1983)
• Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting
dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai.
• Menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences):
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.
• 8 Kecerdasan Pelbagai :
• Kecerdasan Verbal Linguistik
• Kecerdasan Logik Matematik
• Kecerdasan Visual Ruang
• Kecerdasan Kinestetik
• Kecerdasan Muzik
• Kecerdasan Interpersonal
• Kecedasan Intrapersonal
• Kecerdasan Naturalis
Franz Cizek
Kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri dan patut diberi peluang meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi
diri melalui penghasilan karya. Lukisan yang dihasilkan kanak-kanak berkait rapat dengan proses perkembangan
tumbesaran mereka. ciri-ciri karya kanak-kanak adalah unik dan berbeza mengikut perkembangan.
Laura H. Chapman
Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses
kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun
dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan
karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-
ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni
tercapai.
Herbert Read
• Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan pertamanya semasa membuat penafsiran
mengenai kepentingan avant-garde.
• Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari ‘pra-
logikal’ dalam kreativiti avant-garde boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni purba
dan lukisan kanak-kanak.
• Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke
dewasa. Mengabungkan falsafah ahli Psyikologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan
meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read membantahkan sistem pendidikan seni yang
merupakan replikasi kepada reality. Pada Read yang lebih penting juga adalah untuk mengeluarkan saranan baru
dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada.
• Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan
lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya
terhadap avant-garde.
Viktor Lowenfeld
Laura H.Chapman
Dunia Kanak-kanak
Bahasa Kanak-kanak
Analisis Lukisan Kanak-kanak
Konsep Kreativiti
Konsep Estetika
Nilai-nilai dalam karya.
Konsep Ekspresi Visual
Ekspresi visual kanak-kanak terhadap hal benda / objek yang dilukis merupakan pernyataan / luahan perasaan.
Kanak-kanak membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan gaya dan kreativiti mereka
sendiri.
- Pengumpulan maklumat -Mengumpul dan memproses maklumat tentang karya kreatif dan fauna daripada
pelbagai sumber seperti bahan cetak, gambar foto dan lain-lain bentuk kefahaman.
- Lukisan kajian -Kajian dan lakaran visual tentang sumber idea karya kreatif dan tema fauna.
- Olahan dan perkembangan idea- Mengkaji tema, mewujud dan mengolah perkembangan idea.
- Percubaan/eksperimentasi - Mendokumentasikan hasil dapatan percubaan ke atas alat, bahan dan teknik.
- Cadangan karya akhir - Menunjukkan proses dalam pemilihan dan penghalusan idea dan visual untuk
merealisasikan idea.
Lima proses artistik
- Transformasi idea - proses mengalihkan idea pilihan pada penghasilan karya yang sebenar. mengubah
darpada sifat asal kepada imej-imej/ bentuk-bentuk baru.
- Mengaplikasi asas senireka - aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan.
- Memasukkan unsur fungsi dan makna - membuat interpretasi dan penyiasatan yang mendalam untuk
mendapatkan makna
- Kemasan / bingkai – menyediakan atau menghias karya akhir supaya kemas dan menarik untuk pameran
dan persembahan.
- Persembahan dan penilaian - satu persembahan karya yang secara langsung melibatkan pengetahuan
bahasa visual dilakukan.
- Paul Torrence
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang terkenal
dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan
bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau
berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliau
mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali
seseorang melalui instrumen ciptaannya ‘ Torrence Test of Creative Thinking’.
- Victor Lowenfeld
Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori Lowenfeld ‘Stages of Artistic
Development’ yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai
rujukan dan penerangan untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif
lukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya inteletualiti dan kreativiti. Menurutnya
lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.
- J.P.Guilford
Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi
operasi, kandungan dan hasilan.
- Alexander Osborne
Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran produktif.
Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui model CPS. Perluasan Kaedah kreatif:
Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan, mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan.
Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak-kanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya
daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di
sekolah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk
penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya. (b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan
Memahami.
Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak-kanak.
Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan
positif di kalangan kanak-kanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi denganrakan
sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara
baru sesama mereka. (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan
Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanak-kanakmempelajari sesuatu. Seni
memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan intim dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk
memahami persekitaran, kanak-kanak perlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap
deria yang dimiliki – deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Umum mengetahui bahawa setiap insan normal
mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini
memainkan peranan yang amat penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-sangat diperlukan untuk
proses pembelajaran.
Rangsangan mengikut;
Ekspresi seni memerlukan medium. Seperti mana pelukis memerlukan kanvas, berus dan warna; kanak-kanak juga
perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Harga bukanlah
menjadi isu kerana kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. Perkara paling mudah ialah
dengan menyediakan krayon dan kertas dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk berkomunikasi dengan kreativiti
sendiri.
Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui
aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan
seperti pensil, pen, pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya sukauntuk mencuba. Perasaan ingin
mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak-kanak.
Bahan bantu belajar 3 dimensi dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak -
- Berimaginasi dalam mencipta atau menghasilkan benda baharu- melatih berfikir dan membuat analisis.
- Berupaya menyelesaikan masalah yang timbul - melatih berfikir dan membuat analisis.
- merangsang tindak balas lebih pantas - membuat pemerhatian yang aktif. Interaksi kritis dan kreatif.
- Mempunyai matlamat dan hala tuju – matlamat untuk menjadi terbaik. Menyatakan objektif sebelum
berkarya.
Strategi meransang dan mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Aspek keperibadian, aktiviti latihan, dan projek seni
bersifat terbuka berdasarka kaedah:
i. Fizikal
Penggunaan alat dan bahan pembelajaran seni memberi latihan kepada otot tangan
iii Emosi
Pada peringkat ini kanak-kanak inginkan kegembiraan dan bebas menyatakan perasaan
semasa berkarya
iv Sosial
Memberi peluang kanak-kanak berinteraksi dan bekerjasama dalam
aktiviti kumpulan yang dibentuk
v Estetika
Menghargai budaya sendiri serta melatih menilai keindahan semulajadi ciptaan Tuhan
vi Persepsi / Pengamatan
Mempertingkatkan penggunaan pancaindera dan deria dengan membuat penelitian atau
merakamkan objek di sekeliling semasa berkarya
Apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep appresiasi seni adalah melalui pencarian dan
penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai
bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut.
Bentuk & Makna
Makna intrinsik / kandungan / ikonografi - Objek figura berpakaian putih dengan tangannya yang terbuka lebar
membawa kesan seolah-olah yang ditembak itu seorang syuhada yang dengan ikhlas menyerlahkan dirinya.
Penggunaan alat dan bahan dan kesan olahan terhadap hasil karya. Olahan berdasarkan kesesuaian merujuk kepada
aspek unsur seni dan prinsip rekaan.
2. Hal benda secondary / konvensional - Hal kemanusiaan tentang pembunuhan, kezaliman, kesengsaraan,
kemelaratan
- Kreativiti
Definisi kreativiti:
- Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”.
- perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.
- Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipa daya
kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
- Kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk
dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran befikir secara kreatif sebagai kemahiran
menggunakan otak kanan.
Karya ini dihasilkan oleh Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village Oil, dengan
menggunakan media cat minyak. Tema dalam karya ini menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang
berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-
impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-olah telah
dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan
penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang.
Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya ini menggunakan warna
harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan
sungai. Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap.
Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi
subjek utama adalah sampan yang dihasilkan dengan warna garang,
- Isi kandungan
- Kreativiti
Matlamat Utama Apresiasi Seni
1. Bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi
terhadap karya seni.
2. Tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung.
3. Bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya estetik seseorang.
Proses membuat apresiasi hasil seni 2 dan 3 dimensi adalah menghuraikan tentang :
1. Bentuk dan makna
2. Kesan olahan alat dan bahan
3. Isi kandungan
4. Tema dan mesej
5. kreativiti