Anda di halaman 1dari 2

SLEEP AWARENESS PROGRAMME LET’S SLEEP ENOUGH!

BUKA MATA PELAJAR TENTANG KEPENTINGAN TIDUR YANG CUKUP

ANJURAN

PUSAT KAUNSELING, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia telah berjaya
menganjurkan SLEEP AWARENESS PROGRAMME LET’S SLEEP ENOUGH! yang terbuka
kepada semua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini telah diadakan pada hari Sabtu, 16/11/2019 di Auditorium CAS,

Universiti Utara Malaysia. Seramai kira-kira 150 orang pelajar UUM telah menyertai
program ini yang bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 1:30 tengah hari. Program ini
dibahagikan kepada dua slot iaitu Slot 1 dan Slot 2. Slot 1 diisi dengan ceramah
berkaitan How to sleep better yang disampaikan oleh Dr Saraiza Abu Bakar, Pakar
Perunding dan Ketua Jabatan ORL, Jabatan Otorhinolaringologi, Hospital Serdang.
Slot 2 merupakan slot Benefits of sleep yang dikendalikan oleh Team Dr Saraiza Abu
Bakar. Dalam slot ini, ujian tidur dan sesi kaunseling secara berkelompok dijalankan.
Setiap pelajar diberi peluang untuk menjalani ujian tidur dan mendapatkan nasihat
kaunseling berkaitan amalan tidur mereka secara berkelompok oleh team
penceramah.

Program ini juga turut dibantu oleh 20 orang urusetia yang terdiri daripada pelajar
dari Pusat Kaunseling dan 3 orang kaunselor pelatih dari Pusat Pengajian Psikologi
Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Kolej UUM CAS yang merupakan kaunselor pelatih di
Pusat Kaunseling.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar
mengenai kepentingan mendapatkan rehat serta tidur yang cukup sebelum
menghadapi peperiksaan akhir. Penceramah jemputan turut berkongsi tips berkaitan
cara mendapatkan tidur yang berkualiti kepada pelajar supaya dapat menjamin
kesihatan diri dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi akademik. Para
pelajar bukan sahaja mendapat ilmu mengenai kepentingan tidur dan rehat yang
cukup, malah setiap mahasiswa yang terlibat berpeluang menjalani ujian tidur untuk
melihat tahap kualiti tidur mereka serta diberi sesi kaunseling secara berkelompok
bagi membantu mereka yang menghadapi masalah tidur.

Anda mungkin juga menyukai