Anda di halaman 1dari 4

Khutbah Jumaat 21 Jamadilakhir 1439H bersamaan 09 Mac 2018M

MEMBINA SERAMBI DAKWAH


DIHUJUNG PENA
Oleh: Ustaz Zainuddin Mahmud

              

    

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,

Kesyukuran kita panjatkan kehadirat Allah SWT dengan limpahan kurnia rezeki yang tidak
berpenghujngnya..selawat serta salam kepada baginda Rasul kecintaan Muhammad
SAW…mari..kita jernihkan keimanan, kita tingkatkan amalan kebaikan dan kita kukuhkan ikatan
persaudaraan.

JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Ketika baginda Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT menjadi Rasul untuk membetulkan aqidah
manusia yang jauh tergelincir sesat lagi menyesatkan, ditambah dengan ribuan penyair2 jahili
yang sentiasa menukil syair2 madah pujangga, mengagongkan pelbagai jenis tuhan yang diukir
dari hasil kekotoran hati yang akhirnya manusia semakin jauh gugur tersembam ke lembah jurang
sesat yang sempit, jauh dari lembah hidayah Allah SWT.

Di antara susunan benteng dakwah baginda Muhammad SAW untuk menghadapi kejahilan ketika
itu ialah dengan menghimpun barisan penyair Islam bagi membidas kembali nukilan syair2/
madah dan pujangga penyembah berhala yang digantung di setiap sudut kaabah pada ketika itu.

1
Kaab bin Malik Radhiallahu Anhu ternyata gagah menjunjung amanah, nabi Allah SWT berkarya
tika dakwah, melebur sihir…firman Allah SWT diangkat melangit…mantera sesat dibuang
sejauhnya..dan di tubuhnya telah menjadi saksi 11 kesan tikaman yang mengoyakkan kulit dan
daging badannya.….syairnya terus menjadi pelebur dusta dan pembohongan kaum kuffar tentang
Maha Berkuasanya Allah SWT. Bait puisinya terpahat di dinding langit menjadi saksi, bahasanya
tahmid, nadanya tasbih dan iramanya deru angin dan putih awan berarak menyemai kalam-kalam
Tuhan dan Bilal pun menyahut azan untuk di sampaikan ke pintu-pintu langit panggilan
menghadap Allah Azzah Wajalla.

JAMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Berdakwah juga perlu berkarya bukan sekadar kata2 atau bicara yang seketika. Jadikan karya
atau tulisan sebagai wasilah dan wadah dakwah yang berkesan.biar sampai kedasar iman sebagai
peringatan dan terus membina jambatan ilmu sebagai panduan.

Berjihad menerusi karya, menerusi makalah menyerupai jihad di medan perang. Demikian betapa
luhurnya seorang yang mampu menggunakan akal fikirnya serta keistimewaan yang Allah SWT
kurniakan hanya kepadanya lantasmempergunakannya dan mengolah dari tinta ke warkah, dari
tinta ke dakwah. Penulisan menerusi novel, cerpen, puisi drama,malah ke dataran yang lebih luas
himpunan mahrajan kesenian Islam yang mempunyai nilai yang tersendiri dalam Islam jika
dialirsalurkan mengikut kehendak syariah. Adalah warna-warni dakwah yang lebih berkesan.

Adalah wajar bagi seorang pengkarya menghasilkan karya2 yang menjurus ke arah kebaikan,
menjadi bahan ganti karya2 lagha, tulisan-tulisan yang membuai berahi dan cinta manusia
semata, yang hanya menghasilkan hiburan serta hayalan semata-mata.

Penulis yang menjiwai Islam sedar tentang tanggungjawab yang dibahukan kepadanya sebagai
khalifah, sebagai hamba dalam ertikata yang sebenar tidak akan tergamak merosak dan meracun
fikiran masyarakat Islam khususnya remaja menerusi tinta tajam mereka yang amat besar sekali
pengaruhnya.

JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.,

Ada disentuh dalam Hadith yang diriwayatkan oleh imam Muslim, bahawa Abu Said Al-Khudri
berkata: aku mendengar baginda Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan


tangan…jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisan…jika tidak mampu maka ubahlah
dengan hati…demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Makna lisan yang diperkata menerusi hadis baginda junjungan itu merangkumi melalui pena
penulisan, melalui makalah, huraian, penceritaan, melalui lakaran lukisan, keindahan ciptaan
Tuhan, melalui pelbagai bidang yang menjurus ke arah siratal mustaqim….semuanya dalam
rangkul dakwah dari tinta pena.

Menuntun dan mengajak kepada kebaikan..menerang yang makruf membuang yang mungkar
demikian mulianya seorang pengkarya, seorang penulis, seorang yang Allah SWT berikan
keistimewaan kepada mereka… di dalam al-Quran sendiri melimpah sastera seni balaqah malah
ada surah yang diberi nama Ash-Syu’ara’ ayat 227.

2
              

     

Maksudnya:

“ Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu),
dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah
mereka dianiaya. dan (ingatlah), orang-orang Yang melakukan sebarang kezaliman, akan
mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.” (S. Ash-Syu’ara, ayat 227)

Jelas dinyatakan oleh Allah SWT…bukan semua penyair itu adalah keji tetapi ada diantara mereka
yang dipuji dan diredhai oleh Allah SWT yang meraka itu beriman dan bertaqwa berdasarkan
kebenaran Muhammad SAW seperti sahabat2 baginda.

JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.,

Melalui doa iftitah dapat kita hayati keindahan hubungan erat di antara sastera dan
agama….terpancar melalui pengakuan yang kita ucapkan….

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah SWT semesta
alam, tiada ada sekutu bagiNya, dan kerana itu aku rela diperintah dan aku termasuk dalam
golongan yang menyerah…

Sejarah Islam membuktikan kepada kita betapa karya2 kesusasteraan memainkan peranan besar
untuk memantapkan keimanan serta menafikan tuduhan2 penghinaan serta pembohangan
golongan yang mengatakan bahawa sastera merupakan pembohongan semata2 dan tidak ada
manfaatnya. Mereka yang menjadi duri dalam daging, membunuh dalam senyap, penghasut
dalam diam, musuh Allah SWT yang berselindung dibalik manis bicaranya.

Sirah Baginda Muhammad SAW juga jelas membuktikan bahawa semasa hayatnya baginda
menghargai peranan sastera dalam memerangi penyair jahili melalui wahana sastera. Baginda
memperakui nilai dan kekuatan sastera dalam dakwah untuk mengukuhkan keimanan mereka
yang mendengar, yang membaca dan menghayati alunan syair2 melalui suara Hasan
Thabit….serta puisi agung “Banat Su’ad” dari penyair Rasul Kaab bin Zuhair.

Kita merasa bangga dan senang hati jika melihat anak2 kita sering dan minat membaca namun
adakah kita prihatin dengan apa yang mereka baca..prihatin dengan apa yang mereka tonton
prihatin dengan apa yang mereka ambil dari semua itu.

Ketahuilah bahwa selain amal jariah yang kita tinggalkan semasa hayat sebagai bekal di alam
barzakh…karya pena dakwah dan Bahasa ingatan yang kita hasilkan menjadi amal berpanjangan
walau kita sudah tidak berpijak di maya hayat lagi.

Jadikan lah diri kita bernilai untuk agama bangsa dan Negara walau hanya dengan sebait kata2
atau sebaris gurindam desa… tetapi berguna.

3
‫ﻲ‬‫ﻨ‬‫ﻞﹶ ﻣ‬‫ﻘﹶﺒ‬‫ﺗ‬‫ﻢﹺ ﻭ‬‫ﻴ‬‫ﺍﻟﺬﱢﻛﹾﺮﹺ ﺍﳊﹶﻜ‬‫ ﻭ‬‫ﺎﺕ‬‫ ﺍﻵﻳ‬‫ﻦ‬‫ ﻣ‬‫ﻪ‬‫ﻴ‬‫ﺎ ﻓ‬‫ ﺑﹺﻤ‬‫ﺎﻛﹸﻢ‬‫ﺇﹺﻳ‬‫ﻨﹺﻲ ﻭ‬‫ﻔﹶﻌ‬‫ﻧ‬‫ﻢﹺ ﻭ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ ﺍﻟﻌ‬‫ﺁﻥ‬‫ﻲ ﺍﻟﻘﹸﺮ‬‫ ﻓ‬‫ﻟﹶﻜﹸﻢ‬‫ ﻭ‬‫ﻲ‬‫ ﺍﷲُ ﻟ‬‫ﻙ‬‫ﺎﺭ‬‫ﺑ‬
‫ﺎﺕ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺍﳌﹸﺴ‬‫ ﻭ‬‫ﲔ‬‫ﻠﻤ‬ ِ‫ﺴ‬‫ﺮﹺ ﺍﻟﹸﻤ‬‫ﺎﺋ‬‫ﺴ‬‫ﻟ‬‫ ﻭ‬‫ﻟﹶﻜﹸﻢ‬‫ ﻭ‬‫ﻲ‬‫ ﻟ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ ﺍﷲَ ﺍﻟﻌ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ﺍﺳ‬‫ ﻭ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻠ‬‫ ﺍﻟﻌ‬‫ﻊ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ ﺍﻟﺴ‬‫ﻮ‬‫ ﻫ‬‫ﻪ‬‫ ﺇﹺﻧ‬‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﻼﻭ‬‫ ﺗ‬‫ﻜﹸﻢ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬
‫ﻦ‬‫ﺒﹺﻴ‬‫ﺎﺋ‬‫ﺎﺓﹶ ﺍﻟﺘ‬‫ﺠ‬‫ﺎ ﻧ‬‫ﻳ‬‫ ﻭ‬‫ﻦ‬‫ﺮﹺﻳ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ ﺍﳌﹸﺴ‬‫ﺯ‬‫ﺎ ﻓﹶﻮ‬‫ ﻓﹶﻴ‬‫ﻩ‬‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ ﻓﹶﺎﺳ‬‫ﺎﺕ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺍﳌﹸﺆ‬‫ ﻭ‬‫ﻦ‬‫ﻨﹺﻴ‬‫ﻣ‬‫ﺍﳌﹸﺆ‬‫ﻭ‬

Diedar oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan
tidak disepahkan.

Anda mungkin juga menyukai