Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan acara merupakan suatu elemen
perdana yang terdapat di mana-mana sahaja di Malaysia seperti jabatan kerajaan, sekolah,
institusi, taman perumahan, universiti dan tempat pekerjaan kerajaan mahupun swasta. Acara
rasmi dan juga tidak rasmi seringkali diadakan bagi tujuan menyambut, memperingati,
mengiktiraf, menghargai dan merayakan sesuatu peristiwa yang amat bernilai harganya
termasuk keagamaan, peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah, dan juga tanda
penghargaan kepada seseorang individu. Bagi merealisasikan objektif atau tujuan sesuatu
acara, aspek pengurusan acara memainkan peranan yang amat signifikan. Persoalannya,
apakah definisi pengurusan dan kepentingan pengurusan acara serta tatacara, organisasi dan
pengurusan seranta dalam menguruskan acara yang berkesan?

2.0 Definisi Pengurusan Acara

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pengurusan diertikan sebagai perbuatan atau hal
mengurus sesuatu perniagaan, majlis dan juga seminar manakala acara atau majlis pula
bermaksud rancangan atau perkara yang akan dilakukan, dipertunjukkan, dan dibincangkan
dalam sesuatu perjumpaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2014). Pengurusan acara pula
membawa makna satu upacara, perjumpaan, keramaian atau perhimpunan yang dianjurkan
secara rasmi atau tidak rasmi oleh sesuatu pihak untuk tujuan atau matlamat tertentu yang
akan disertai oleh pelbagai pihak dan juga peserta yang ramai, (Ramlan Abdul Wahab,
2004). Pengurusan acara merupakan elemen yang amat penting dalam sesuatu organisasi
kerana aspek ini akan menjadi suatu wahana dalam melaksanakan dan menguruskan suatu
acara atau majlis dengan baik dan cekap. Aspek pengurusan acara ini juga akan
menyebabkan sesuatu majlis atau acara dapat dijalankan secara lancar dan tersusun dari
segi susun atur, tugas, program, pertuturan, serta pakaian. Secara umumnya pengurusan
acara bermaksud sesuatu aktiviti yang dirancang dengan cara yang sistematik oleh
seseorang individu atau beberapa orang individu tertentu. Contohnya satu persembahan,
karnival, majlis, dan pertandingan yang terbatas fungsinya dan diadakan bagi mencapai satu
objektif yang berfaedah kepada individu tertentu atau masyarakat.

3.0 Kepentingan Pengurusan Acara


3.1 Dapat memastikan objektif dan matlamat sesuatu acara atau majlis tercapai

Setiap acara atau majlis mempunyai objektif dan matlamat supaya dapat menjayakan
sesuatu majlis atau acara tersebut. Menurut Samsudin (2013), pengurusan acara penting
bagi memastikan matlamat organisasi pengendalian acara tercapai. Bagi memastikan
matlamat majlis tercapai, protokol majlis memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
pengurusan acara. Hal ini juga pernah ditekankan serta telah dibicarakan oleh penceramah

9
berpengalaman iaitu Encik Mohd Zaini Othman dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
dimana beliau pernah menyatakan bahawa bagi merealisasikan objektif atau matlamat
sesuatu majlis, pengurusan dari segi aspek protokol majlis memainkan peranan yang sangat
penting. Beliau juga menyatakan bahawa persepsi sesetengah individu dimana mereka
beranggapan protokol itu sesuatu yang susah, tidak penting dan menyulitkan adalah tidak
tepat kerana pemahaman sebegini akan menjadi penghalang kepada pencapaian objektif
atau matlamat sesuatu majlis, (My Metro, 29 Julai 2019).

3.2 Dapat menguruskan sesuatu majlis atau acara secara bersistematik

Seterusnya, dapat menguruskan sesuatu majlis atau acara dengan lebih bersistematik.
Hal ini demikian kerana, penganjur akan mengadakan mesyuarat atau perbincangan
mengenai majlis, menubuhkan jawatankuasa dan pengagihan tugas supaya semua ahli
jawatankuasa dapat memikul dan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna semasa
majlis dijalankan. Misalnnya, mereka juga akan menghasilkan buku aturcara supaya dapat
mengendalikan majlis tersebut mengikut tentatif secara bersistematik. Secara tidak langsung
hal ini akan mengharumkan imej dan identiti korporat yang baik. Apabila sesuatu majlis
diuruskan dengan sistematik, secara tidak langsung nama dan imej baik korporat tersebut
diharumkan.

4.0 Tatacara Pengurusan Acara

Tatacara pengurursan acara merupakan arus perjalanan atau proses-proses dalam usaha
menjalankan sesuatu majlis atau acara. Tatacara pengurusan acara ini memainakan peranan
yang dominan dalam mengurus dan merancang sesuatu majlis dengan sistematik dan teratur.
Tatacara pengurusan acara ini dapat dibahagikan kepada tiga fasa iaitu pra, semasa dan
pasca bagi sesuatu acara atau majlis.

4.1 Tatacara Pra majlis

Terdapat pelbagai aspek atau perkara-perkara yang perlu diberi penekanan yang
dominan pada peringkat pra majlis ini (Rujuk Lampiran 1). Antara perkara yang paling
penting yang perlu diberi penekanan utama pada peringkat pra majlis ialah pihak penganjur
perlu merancang sesuatu majlis dari segi beberapa maklumat seperti nama, tema, tarikh,
masa, tempat, tetamu dan sebagainya supaya perjalanan bagi sesuatu majlis tersebut dapat
dirancang dengan teliti. Maklumat-maklumat ini akan membantu dalam menyediakan kertas
konsep dan kertas kerja yang perlu diluluskan sebelum menjalankan sesuatu majlis.
Penyediaan kertas kerja harus dilengkapi dengan maklumat-maklumat yang terperinci
mengeni acara yang dilaksanakan. Kertas kerja yang disediakan perlu disemak sebelum
diserahkan kepada pihak berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesalahan. Seterusnya,

9
penganjur juga perlu mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai peranan dan
tanggungjawab urus setia yang memainkan peranan yang besar dalam majlis. Sewaktu
mesyuarat juga, perlu menubuhkan jawatankuasa yang akan membantu pihak penganjur bagi
memudahkan pengurusan acara tesebut. Mereka perlu mengagihkan tugas-tugas mereka
supaya dapat menjalankan semua tugas dan persiapan untuk menjayakan majlis tersebut
dengan baik.

Disamping itu, pada peringkat akhir sebelum majlis dimulakan raptai rangka dan raptai
penuh harus diadakan. Menurut Mohd Hanafiah Moktar (2015), raptai dikatakan sebagai
latihan awal sebelum acara sebenar dijalankan bagi tujuan mendapatkan gambaran
bagaimana acara sebenar berlangsung. Menerusi raptai, sebarang kelemahan dapat
dikenalpasti serta beberapa penambahbaikan dilaksanakan. Selanjutnya, kelemahan yang
dikenal pasti dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak pengurusan acara
dalam membuat penambahbaikan mengenai kelemahan yang dikenal pasti.

4.2 Tatacara Semasa Majlis

Sewaktu sesuatu majlis sedang berlangsung semua jawatankuasa kerja yang memiliki
tugas pada ketika tersebut perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh
bertanggungjawab. Semasa majlis diadakan, ahli jawatankuasa protokol juga perlu sering
memeriksa setiap ahli jawatankuasa agar mereka dapat menjalankan tugas masing-masing
dengan baik supaya mengelakkan sebarang konflik. Semua ahli jawatankuasa juga perlu
bersiap sedia untuk bertindak dan membuat keputusan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar
jangkaan yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan majlis tersebut. Misalnnya, ahli
jawatankuasa perlu membuat keputusan baru bagi mengurangkan kecacatan majlis atau
acara agar boleh diteruskan, tindakan yang dibuat adalah sesuai dan rasional semasa majlis,
dan juga perlu memastikan bahawa urus setia dan petugas serta peralatan yang diperlukan
untuk menjalankan majlis tersebut mencukupi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
tindakan-tindakan sebegini akan membolehkan sesuatu majlis tersebut berjalan dengan
lancar tanpa sebarang konflik serta dapat menunjukkan tahap kebijaksanaan semua ahli
jawatankuasa dalam menangani sesebuah masalah yang tercetus ketika majlis dijalankan.

4.3 Tatacara pasca majlis

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan selepas suatu majlis atau acara
selesai dijalankan. Tindakan primer yang perlu dilakukan oleh pihak penganjur ialah mereka
perlu mengendalikan satu post-mortem dengan semua ahli jawatankuasa majlis untuk
membincangkan kekurangan, cabaran dan isu serta penyelesaian supaya dapat
mengelakkan sebarang isu negatif pada majlis seterusnya yang diadakan. Seterusnya, pihak

9
penganjur juga perlu merekodkan semua perkara yang perlu ditambahbaikan agar menjadi
rujukan pada masa hadapan. Selain itu, pihak penganjur juga perlu mengadakan majlis atau
acara penghargaan, memberikan penghargaan atau mengucapkan terima kasih kepada
semua yang menjalankan tugas sekiranya sesuai.

5.0 Ogranisasi dalam pengurusan acara

Menurut Chester Bernad (2017), organisasi ataupun lebih dikenali sebagai


jawatankuasa bermaksud sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk melaksanakan
atau mengurus tugas-tugas tertentu. Organisasi atau jawatankuasa merupakan salah satu
aspek yang menjadi tonggak utama dalam pengurusan acara. Hal ini demikian kerana,
pelantikan ahli jawatankuasa di bawah aspek organisasi ini dapat membantu pihak penganjur
majlis untuk menjayakan majlis berkenaan seperti yang dirancang. Jawatankuasa bagi
pengurusan acara boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jawatankuasa induk,
jawatankuasa pelaksana atau kerja dan juga jawatankuasa kecil.

5.1 Jawatankuasa induk

Jawatankuasa induk merupakan jawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan


sesebuah majlis atau acara. Hal ini demikian kerana, pelantikan jawatankuasa akan
membolehkan pihak penganjur majlis untuk merancang, menentukan dan membuat segala
keputusan dalam proses menjalankan sesebuah majlis yang telah dirancang. Jawatankuasa
induk ini juga akan berfungsi dalam menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah
perjalanannya agar mencapai matlamat majlis yang telah dirancang. Biasanya jawatankuasa
induk ini akan dilantik sewaktu mesyuarat rasmi yang akan dianjurkan oleh penganjur utama
majlis tersebut. Antara ahli jawatankuasa yang akan dilantik dalam kelompok jawatankuasa
induk ini ialah pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, dan juga bendahari. Setiap daripada
mereka mempunyai peranan masing-masing dalam usaha melicinkan perjalanan majlis yang
telah dirancang (Rujuk lampiran 2).

5.2 Jawatankuasa kerja

Jawatankuasa pelaksana pula bermaksud jawatankuasa yang berada dibawah


jawatankuasa induk. Selalunya jawatankuasa ini dibentuk untuk membantu tugas-tugas
dalam melancarkan proses pelaksanaan sesuatu majlis atau acara. Antara ahli
jawatankuasa yang terdapat di bawah kategori ahli jawatankuasa kerja ialah ahli
jawatankuasa publisiti, keselamatan, peralatan, tekonologi maklumat dan komunikasi
(TMK), makanan, tempat dan publisiti. Setiap ahli jawatankuasa juga mempunyai tugas-
tugas masing dalam proses menganjur dan melaksanakan sesuatu majlis (Rujuk lampiran
3). Ahli jawatankuasa kerja juga perlu melaksanakan tugas mereka dengan penuh cakna

9
bagi mengelakkan sebarang ketidakpuashatian dalam kalangan para tetamu yang akan
hadir ke majlis. Misalnnya, terdapat suatu kes dimana penganjur pertandingan tarian iaitu
‘Perak MUDA Medalist Dancesport Competition 2019’ di sebuah hotel di Ipoh Perak gagal
menyatakan kod etika pakaian yang sesuai kepada para peserta serta menyalahgunakan
logo Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai hiasan pentas. Oleh hal yang sedemikian,
pihak penganjur telah memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Malaysia da MUDA
atas kesalahan yang telah mereka lakukan (Malaysiakini, 01 Julai 2019). Perkara dapat
dielakkan sekiranya ahli jawatankuasa melaksanakan tugas mereka dengan penuh
bertanggungjawab dan juga mengikut protokol majlis.

5.3 Jawatankuasa Kecil

Jawatankuasa kecil ini merupakan jawatankuasa yang diagihkan mengikut bidang


tanggungjawab atau kepakaran dalam mengadakan sesebuah majlis. Seterusnya, bidang
kuasa jawatankuasa kecil ini berdasarkan keperluan dan aturcara majlis yang telah
dirancang. Pengerusi jawatankuasa kecil ini akan melantik ahli-ahli bagi melaksanakan
tugasan dan tanggungjawab yang perlu laksanakan bagi menjayakan majlis tersebut. Antara
jawatankuasa kecil yang selalunya dilantikan untuk menjalankan sesuatu majlis ialah
jemputan dan sambutan, kewangan, keselamatan dan lalu lintas, penginapan dan
kenderaan.

6.0 Pengurusan Seranta

Bagi pengurusan seranta dalam menguruskan acara merujuk kepada aspek publisiti dan
juga media. Aspek ini sangat penting dalam menyampaikan maklumat dan menjelaskan
tujuan dan objektif mengenai sesuatu acara atau majlis sama ada di peringkat kebangsaan
atau antarabangsa. Melalui publisiti, penganjur boleh dapat membuat hebahan sesuatu majlis
melalui media massa, media cetak dan sebagainya seperti facebook, instagram, program
televisyen, radio, banner, serta surat akhbar. Selalunya, proses ini akan dilaksanakan lebih
awal sebelum sesuatu majlis atau acara dianjurkan

Terdapat beberapa perkara harus diambil perhatian dalam mengurus wakil media supaya
mengelakkan sebarang konflik. Pertamanya, mereka perlu memastikan hanya media yang
berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sahaja yang dijemput.
Hal ini akan membantu dalam menggelakkan kesebaran maklumat yang palsu.

Seterusnya, pihak penganjur juga perlu menyediakan Press Kit yang mengandungi
semua bahan yang mmberikan gambaran yang jelas tentang perjalanan majlis. Misalnnya,
buku atur acara, buku program, dan juga brosur. Pihak penganjur juga perlu memberikan

9
cenderahati kepada wakil media yang membuat liputan dengan memasukkannya ke dalam
press kit sekiranya perlu. Pihak penganjur juga haru enyediakan tag nama yang mengandungi

tanda nama Press kepada wakil media jika program tersebut berkaitan dengan bengkel atau

seminar yang berlangsung lebih daripada sehari.

7.0 Penutup

Kesimpulannya, pengurusan acara memainkan peranan paling penting dan utama bagi
mengorganisasikan sesuatu acara atau majlis pada mana-mana peringkat dengan lancar dan
sistematik. Bagi mencapai matlamat dan objektif pelaksanaan sesuatu acara, setiap ahli
jawatankuasa pelaksana perlu bekerjasama dalam melaksanakan tugasan yang diberikan
untuk menjayakan sesuatu acara Oleh itu, sebagai penganjur haruslah mahir dalam
pengurusan acara supaya dapat menganjurkan dan mengurus sesuatu acara atau majlis
dengan baik, sempurna dan mantap tanpa sebarang kesilapan atau kekurangan.

9
Rujukan

Chester Bernad. (2017). Definisi dan Pengertian Organisasi. Dimuat turun pada 2 Oktober

2019, https://hmti/2008/02/22/definisi-dan-pengertian-organisasi/

Firdaus Bin Ismail. (2014). The Critical Success Factors Of Event Management. Master thesis,

Universiti Tun Hussain Onn Malaysia

Jabatan Perdana Menteri. (2014). Panduan Pengurusan Majlis & Acara. Kuala Lumpur:

Jabatan Perdana Menteri.

Mohd Hanafiah Moktar (2015). Pengurusan & Pengendalian Majlis Rasmi Kerajaan. Kuala

Lumpur:Jabatan Perdana Menteri.

Ramlan Abdul Wahab. (2004). Panduan pengurusan kokurikulam. Kuala Lumpur: Banter.

Samsudin Wahab. (2013). Mengurus majlis & acara rasmi. Kuala Lumpur: PTS Professional.

9
Lampiran 1

Nama
majlis/acara;

Ulasan
Kementerian/ Pengenalan
(tujuan, latar
Agensi yang belakang dan
berkaitan (jika objektif);
perlu)

Perkara-perkara
penting bagi Pra
Majlis atau
Acara

Anggaran
peruntukan dan Maklumat
implikasi majlis/acara
kewangan;

Impak
majlis/acara;

9
Lampiran 2

Skop Tugasan Ahli Jawatankuasa Induk

Ajk Skop Kerja


Pengerusi  Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat.
 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari
masa ke semasa.
 Memastikan arahan daripada penasihat program dapat
dijalankan.
Naib Pengerusi  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari
masa ke semasa.
Setiausaha  Menyediakan kertas kerja dan surat menyurat.
 Menghebahkan maklumat dan pekeliling.
 Memanggil mesyuarat sekiranya perlu.
 Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti.
 Memastikan jadual tugasan dilaksanakan oleh ahli.
 Menyediakan carta organisasi projek.
Timbalan  Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan
Setiausaha tanggungjawab yang diberi.
 Melasanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh pengerusi.
 Mencatat setiap maklumat berkaitan program yang ingin
dijalankan.
Bendahari  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan.
 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari
masa ke semasa.

9
Timbalan  Membantu bendahari dalam menjalankan tugas dan
Bendahari tanggungjawab yang diberi.
 Melasanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh pengerusi.

9
Lampiran 3

Skop Tugasan Ahli Jawatankuasa Kerja

AJK Peralatan  Menyenaraikan segala peralatan yang perlu digunakan


sepanjang majlis.
 Meminjam peralatan yang berkenaan.
 Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang.
 Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
AJK Protokol  Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara
perasmian atau penutup.
 Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang
akan hadir.
 Menjaga kawalan peserta ketika upacara perasmian dan
penutup.
AJK Jemputan  Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta serta
mengarahkan mereka ke tempat duduk yang sepatutnya.
 Merangka surat atau kad jemputan ke majlis serta menghantar
untuk dicetak.
 Menulis dan menghantar kad jemputan kepada tetamu kehormat
dan jemputan khas.
 Menjemput dan mendapatkan senarai tetamu kehormat dan
jemputan khas yang sepatutnya hadir pada hari penyampaian
hadiah.
AJK Persiapan  Merangka pelan tempat duduk untuk jemputan khas,
Tempat pegawai peserta dan jemputan.
 Menyediakan backdrop kemas dan sesuai mengikut majlis.
AJK Hadiah dan  Membantu jawatan kuasa hadiah dan cenderahati dalam
Cenderamata menyediakan keperluan-keperluan berkaitan dengan
penyampaian hadiah seperti cara penyampaian dilakukan, muzik
yang bersesuaian dan lain-lain.
 Menyediakan sijil kepada setiap AJK.
AJK Persembahan  Memastikan setiap persembahan dapat dijalankan tanpa
gangguan
 Memastikan peralatan audio dan visual berkeadaan baik dan
sentiasa boleh digunakan di sepanjang majlis.

9
 Merancang dan mencipta persembahan.
AJK Fotografi  Mengambil gambar sebelum, semasa, dan selepas majlis
AJK Sidang Media  Membuat back drop sidang media
 Membuat soalan untuk ditanyakan kepada tetamu kehormat
 Pastikan ajk tertinggi ada semasa sidang media.
AJK Publisiti  Menghebahkan serta mempromosikan butiran berkaitan dengan
majlis
 Menyediakan maklumat mengenai majlis secara ringkas
untuk dipaparkan kepada khalayak ramai.
 Membuat banner
AJK Pengacara  Menguruskan keseluruhan perlaksanaan atur cara majlis
Majlis serta bekerjasama dengan jawatan kuasa buku program.
AJK Teknikal  Memastikan peralatan teknikal mencukupi untuk membantu
kelancaran majlis
AJK Makanan  Menguruskan hal berkaitan makanan
 Memastikan semua peserta dan VIP mendapat makanan yang
disediakan.
 Menyediakan kos perbelanjaan untuk keperluan masakan.
AJK Dokumentasi  Menyediakan lapoarn dokumentasi setelah selesai majlis.
 Bekerjasama dengan Urus Setia dan jawatankuasa yang lain
untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.
 Membuat laporan akhir projek sebagai kenang kenangan.
AJK Kebersihan  Memastikan keadaan tempat majlis yang akan digunakan dalam
keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas majlis.
 Melantik para petugas untuk menjaga kebersihan padang
sebelum, semasa dan selepas kejohanan
AJK Buku Program  Membuat buku program untuk aktiviti majlis.

9
Lampiran 4

Fahami protokol malis


Fazurawati Che Lah

PENGANJURAN pelbagai bentuk program di kampus oleh kelab dan persatuan pelajar
seperti anugerah kecemerlangan, hari bahasa, kempen, seminar serta konvensyen pastinya
memerlukan persiapan yang rapi serta tersusun khususnya apabila membabitkan tetamu
kenamaan.

Menyedari kepentingan untuk kumpulan mahasiswa yang menjadi tulang belakang kepada
pelbagai bentuk penganjuran program dan majlis di kampus itu, Sekretariat Latihan
Pembangunan Mahasiswa (SLPM), Kolej Profesional Baitulmal (KPB) Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur menganjurkan Kursus Protokol 1.0 untuk ahli kelabnya. Disertai 50 peserta dan
berlangsung di Dewan Kuliah 1 KPB, pengisian kursus itu disampaikan penceramah
berpengalaman iaitu Mohd Zaini Othman dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bertanggungjawab di USIM selaku Ketua Unit Protokol dan Pengurusan Acara lebih dari tujuh
tahun, beliau berkongsi berkenaan pengurusan dan protokol majlis, susunan tempat duduk
serta etika di meja makan. Presiden SLPM, Muhd Nur Fadzly Safii, 21, menghargai komitmen
baik peserta sepanjang kursus berlangsung yang disampaikan secara santai dan menarik
oleh penceramah jemputan.

“SLPM adalah kelab yang baharu ditubuhkan di bawah Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni KPB sejak setahun lalu. Walaupun masih baharu, ia antara kelab pelajar yang
aktif di KPB dan mempunyai keahlian yang besar iaitu 256 ahli setakat ini. “Penganjuran
kursus ini amat tepat pada masanya untuk merealisasikan objektif kelab selain menyediakan
mahasiswa dengan ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan majlis dan protokol.“Secara
tidak langsung menjadi pedoman dan mempersiapkan kami menjadi siswa yang profesional
serta beretika,” kata penuntut tahun dua Diploma Pengurusan Haji dan Umrah itu.

Sementara itu, Zainab Mohd Borhan yang juga sedang mengikuti Diploma Pengurusan Haji
dan Umrah ternyata teruja kerana kali pertama diberi pendedahan berkenaan protokol serta
elemen yang perlu diberi perhatian semasa menganjurkan majlis rasmi“. Apa yang kami
pelajari dalam kursus ini bukan hanya untuk dipraktikkan ketika bergelar siswa KPB, tetapi
boleh dimanfaatkan apabila di alam kerjaya kelak. Sekurang-kurangnya kini kami memahami
dan mempunyai asas dalam protokol majlis,” katanya.

9
Rakannya, Noor Atia Natasya Mustafa yang mengambil jurusan Diploma Syariah Islamiah,
antara slot kegemarannya dalam kursus ini ialah etika di meja makan.“Penceramah
menekankan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika di meja makan serta
penggunaan pinggan selain kulteri yang betul. “Demonstrasi ketika di meja makan misalnya
memberi gambaran jelas bahawa terdapat etika di meja makan yang kami tidak ikuti atau
salah faham selama ini. Selepas ini pastinya saya tidak kekok lagi apabila berada di meja
makan dalam majlis rasmi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaini berkata, mahasiswa sewajarnya diberi pendedahan berkenaan
protokol majlis sebagai nilai tambah dan kemahiran insaniah kepada mereka. Jelasnya,
persepsi bahawa protokol itu sesuatu yang susah, tidak penting dan menyulitkan adalah tidak
tepat kerana apabila individu berkenaan punyai pemahaman mengenai perkara berkenaan,
ia boleh diaplikasikan kepada pelbagai bentuk majlis. “Di USIM misalnya kita mempunyai
kelab pelajar seperti SLPM ini iaitu Urus Setia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) di
bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar. “Mereka sentiasa terbabit dalam penganjuran majlis
rasmi universiti, selain diberi latihan atau kursus berkala mengenai protokol dan pengurusan
majlis,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 9:35 AM

9
Lampiran 5

Penganjur mohon maaf pakaian ala penari 'gelek'


Penganjur pertandingan tarian di Perak memohon maaf berikutan dakwaan beberapa peserta
yang berpakaian tidak sepatutnya pada satu acara Sabtu lalu. Penganjur Perak Muda
Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019, JJ
& Alice Danceworld, memohon maaf kerana tidak mematuhi kod pakaian yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda).

Bagaimanapun, penganjur mendakwa bahawa peserta tidak tahu mengenai syarat pakaian,
memandangkan mereka tidak dimaklumkan mengenanya. “Atas sebab yang tidak dapat
dijangka, kami sebagai penganjur, gagal untuk memaklumkan kepada para peserta mengenai
kod pemakaian. "Kami memohon maaf atas kesilapan kami yang telah memberi kesan kepada
persatuan tarian negara - Muda - dan Kementerian Pendidikan," kata JJ & Alice Danceworld
dalam satu kenyataan.

Gambar dari acara yang berlangsung di Ipoh, Perak itu menunjukkan beberapa peserta
berpakaian seperti penari gelek. Sementara itu, penganjur juga memohon maaf atas
penggunaan logo Kementerian Pendidikan sebagai latar belakang acara tanpa mendapat
nasihat terlebih dahulu dengan kementerian itu. Kementerian Pendidikan enggan lagi terlibat

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mengesahkan kementerian itu
menerima permohonan maaf daripada pengajur terbabit. Beliau dalam satu kenyataan juga
mengakui acara berkenaan merupakan program anjuran bersama kementerian tersebut.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap penganjur kerana gagal mematuhi peraturan
yang ditetapkan. “Oleh kerana penganjur gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,
KPM tidak lagi akan terlibat dalam apa jua program dianjurkan oleh Muda. “Pihak penganjur
seharusnya telah membatalkan penyertaan mereka yang tidak mematuhi tatacara
pemakaian,” katanya.

Anda mungkin juga menyukai