Anda di halaman 1dari 7

Int - siang - Rumah

Pagi yang hening, Mat bangun daripada lena tidurnya walaupun pada waktu begini
untuk remaja lain sedang enak diulik mimpi. Mat masih termenung keluar jendela
biliknya. Memandang sepi suasana sunyi diluar. Tubuh badannya terasa kedinginan
pagi itu. Dia bermonolog sendiri
‘ Sampai bila harus aku terus melakukan pekerjaan ini ? Duit yang aku dapat
sekarang pun masih tidak mencukupi untuk menangung kehidupan aku dan ayah
sehari-hari. Apakah yang harus aku lakukan ya Allah ?’
Mat seperti biasa bangun bersiap untuk pergi bekerja demi mencari sesuap nasi.
Sebelum dia meninggalkan rumah dia akan menyiapkan ayahnya. Dia akan
menyediakan minuman serta makanan untuk ayahnya sebelum dia pergi memnacri
rezeki. Begitu rutin harian Mat. Terkadang terfikir dibenaknya mengapa dia harus
melalui semua ini sedang diusia remaja lain mereka melalui keadaan yang berbeza.
Dihadapan muka pintu , Mat duduk sambil memakai kasutnya. Masih dengan
keadaan yang lesu akibat pagi yang sungguh dingin itu. Dia bermonolog sendiri lagi
‘ Kasut ini pun sudah lusuh. Tapi aku tidak mempunyai duit untuk membeli yang
baharu. Tidak mengapalah, keperluan ayah lebih penting berbanding aku. ‘
Lalu, Mat berlalu dengan langkah yang begitu perlahan. Mungkin difikirannya pada
waktu itu sangat runsing dan bercelaru.

Ext - Siang - kedai makan

Mat yang baru sahaja tamat persekolahan hanya mampu mencari kerja biasa untuk
menampung kehidupannya. Ini kerana sukar untuk dia mencari kerja yang
membolehkannya mendapat upah yang lebih kerana dia baru sahaj tamat
persekolahan dan tiddak ada yang ingin mengupahnya juga akibat daripada
kegawatan ekonomi masa kini. Oleh itu, Mat hanya mengambil upah melakukan
kerja-kerja ringan. Dia mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan Mak Cik
Leha yang berada dihujung simpang itu. Terdengar suara Mak Cik Leha memanggil
Mat supaya membasuh pinggan-pinggan yang bertimbun di belakang kedainya itu.

Mak Cik Leha : Mat , pinggan pinggan itu kau perlu basuh dengan segera. Kita sudah
kehabisan pinggan.

Mat : Baiklah Mak Cik Leha , Mat akan cuci sekarang.

Mak Cik Leha : Ramai pula pelanggan hari ini. Tidak menang tangan rasanya. Mat,
kamu harus menghantar pinggan yang sudah siap dicuci itu ke hadapan sekarang.

Mat : Baiklah Mak Cik Leha. Sebentar saya hantarkan.

Mak Leha memandang Mat yang sedang asyik membasuh pinggan itu. Terkadang
terdetik perasaan kasihan terhadap remaja itu tapi apakan daya dia sendiri tidak
dapat membantu banyak akibat dari masalah yang dihadapinya sendiri. Dia bernasib
baik kerana Mak Cik Leha sanggup mengambilnya bekerja walaupun Mak Cik Leha
sendiri sering mengalami masalah kewangan akibat kekurangan pelanggan yang
datang di kedai makannya.

Mat : Ini pinggan-pinggannya Mak Cik Leha. Saya dah siap mencuci semuanya.

Mak Cik Leha : Yalah Mat. Cepat kamu membuat kerja. Bagus !

Ext - Siang - kaki lima

Ditangan Mat terdapat sehelai plastik. Mat memegang plastik itu denngan lemah.
Mungkin terlalu penat bekerja di kedai makan Mak Cik Leha tadi masih belum hilang.
Mat berjalan sambil matanya meliar mencari tin tin kosong untuk dikutip dan dijual
bagi mendapat sedikit wang walaupun hasilnya tidak seberapa tetapi dia tetap
melakukannya kerana dia tahu bahawa tiada pekerjaan lain yang mmapu dia lakukan
berdasarkan statusnya sebagai remaja lepasan SPM .

‘Bahagia sungguh menjadi seperti mereka. Pada usia sebegini mempunyai masa
untuk duduk dan berborak bersama rakan rakan sebaya sedangkan aku sibuk
melakukan pekerjaan ini setiap hari’

Mat bermonolog dalam hatinya sendiri sambil memandang sepi remaja yang sebaya
dengannya yang sedang melepak dikaki lima itu. Sambil berjalan mencari tin kosong
itu, dalam kepala Mat ligat memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang harus dia beli
sebelum pulang nanti.

‘ Adakah aku sedang merungut akan ujian yang Allah berikan kepada aku ? Kenapa
aku berfikiran sebegini ? Pasti ada hikmah kenapa aku yang diberikan ujian ini. In sha
Allah aku mampu menghadapinya.’

Mat terus berjalan lagi dengan mencari tin tin kosong di sepanjang lorong-lorong itu.
Dia hanya mampu berkata-kata dalam hatinya kerana dia tidak tahu harus
meluahkannya kepada siapa lagi. Hanya Allah sahaja tempat dia mengadu.

Ext - Siang - kedai runcit

Mat berjalan dari jauh sebelum pulang kerumah. Setiap hari perjalanannya pasti akan
memenatkan kerana dia membawa pulang barang yang berat ke rumahnya. Mat
sampai ke kedai runcit kira-kira 3kilometer daripada rumahnya. Hanya itu satu-
satunya kedai runcit yang berdekatan dengan rumahnya. Tanpa berlengah Mat
mengambil sepapan ubat yang begitu dikenalinya. Dia tidak bertanya kepada
peruncit itu langsung dan hanya mengambilnya. Lalu dia berjalan ke arah kaunter
pembayaran di hadapan.
Mat : Berapa ya cik?
Peruncit : rm38 adik. Sudah berapa kali adik membeli ubat ini. Kenapa adik sering
membeli ubat ini ?
Mat : Dia tidak memjawab pertanyaan peruncit itu. Selesai mengambil baki
bayarannya , Mat terus berlalu pergi meninggal perunvit itu dengan tanda tanya. Dia
berjalan agak pantas berlalu pergi untuk pulang ke rumah.

Peruncit itu hanya memandang Mat sehingga Mat hilang dari pandangannya.
Peruncit tu masih tertanya-tanya mengapa remaja itu kerap membeli ubat tersebut.

Peruncit : Budak itu selalu sangat membeli ubat yang sama . Sudah beberapa kali dia
membeli ubat itu. Hmm, tidak mungkin budak itu.....

Sekadar keluhan yang terdengar dari peruncit itu. Ada beberapa kemungkinan yang
bermain difikiran peruncit itu tetapi dia terus membuang jauh dan kembali
melakukan kerjanya.

Ext - siang - kaki lima (beberapa hari kemudian)

Mak Cik Leha : Mat, kamu tidak perlu lagi datang ke kedai Mak Cik nanti ya. Mak Cik
sudah tidak berniaga lagi. Maafkan Mak Cik kerana tidak memberitahu awal-awal
kepada kamu kerana anak makcik baru sahaja bersalin dan makcik harus menjaganya.

Mat : Tidak mengapalah makcik Leha. Saya faham. Terima kasih kerana memberi saya
bekerja disini selama ini ya. Kirimkan salam say kepada anak makcik itu ya.

Mat sudah beberapa hari tidak bekerja di kedai Mak Cik Leha kerana Mak Cik Leha
menjaga anaknya yang baru sahaja bersalin. Keadaan Mat kerana bekerja itu sedikit
sebanyak membuatkan kehidupannya agak terganggu kerana tidak mempunyai duit.
Mat kelihatan sangat kusut dan serabut seolah-olah mempunyai masalah yang harus
diselesaikan. Mat duduk sendirian ditepi longkang itu sambil memikirkan setiap
perincian masalahnya itu. Mat bangun seolah dia sudah mempunyai solusi untuk
masalahnya. Mat berjalan dari kaki lima itu ke suatu tempat.

Ext - siang - kedai runcit

Mat masuk kedalam kedai runcit tersebut. Mata nya melilau memandang keadaan
sekeliling. Jelas pada raut wajahnya terpancar kerisauan.

‘ Adakah benar apa yang aku sedang lakukan ini? Tapi aku tidak mempunyai cara
lain. Aku terpaksa melakukan semua ini. ‘
Mat berjalan ke satu sudut yang sering dia kunjungi apabila datang ke kedai runcitu
itu. Mat mengmbil beberapa papan ubat yang sering dia beli. Tiba - tiba dia
memasukkan kepingan papan ubat itu kedalam bajunya. Dia seakan akan
menyembunyikan ubat-ubatan itu. Mat berjalan seperti biasa menuju ke arah pintu
keluar kedai runcit itu. Tanpa Mat sedari, perbuatannya diperhatikan oleh peruncit
itu. Semasa Mat hendak keluar dari kedai runcit itu, langkahnya di halang oleh tauke
kedai itu. Alangkah terkejutnya Mat apabila peruncit itu mengeluarkan ubat-ubatan
yang dia disembunyikannya itu.

Peruncit : Apa yang kau cuba lakukan ini ?

Mat hanya mendiamkan diri dan menundukkan pandangannya ke bawah.

Peruncit : Kau nak mencuri barang dekat kedai aku ?

Dengan nada suara yang sedikit tinggi, peruncit itu bertanya kepada Mat. Mat masih
lagi menundukkan pandangannya ke bawah. Mungkin takut serta malu akan peruncit
itu atas perbuatannya yang telah diketahui itu.

Peruncit : Adakah kau ketagih dengan ubat ini ? Aku tanya cubalah kau jawab
pertanyaan aku ?
Mat : Ubat itu untuk ayah saya.

Mat akhirnya memberanikan diri untuk menjawab pertanyaan peruncit itu. Sejurus
menjawab pertanyaan itu, prasangka buruk peruncit itu terhadap Mat yang
menganggap Mat ketagih ubat itu,masih lagi tidak terhakis. Didalam fikiran peruncit
itu Mat hanya membohonginya. Oleh sebab itu, peruncit berterusan memarahi Mat.
Akibat jeritan suara peruncit itu yang agak kuat, ia telah menarik perhatian orang
ramai yang berada disekeliling. Semuanya memandang dan menyaksikan adegan itu.
Peruncit itu memarahi Mat dan menarik Mat keluar daripada kedainya.

Pak cik tua : Sekejap!

Terdengar suara seorang pak cik tua yang datang dari arah kedai makan yang
berhampiran dengan kedai runcit itu.

Pak cik tua : Adakah ubat ini untuk ayah kamu ?

Mat sekadar mengangguk sahaja. Mat tidak menaikkan mukanya untuk memandang
pak cik tua dan peruncit itu. Masih tersisa perasaan malu dalam dirinya. Pakcik tua
itu mengeluarkan sejumlah wang dari poketnya dan memberikan kepada peruncit
itu. Walaupun sudah mendapat bayaran daripada pak cik tua itu, peruncit itu masih
marah akan Mat dan berkata seperti amaran keras kepada Mat supaya tidak
melakukan perkara seperti itu lagi.
Sejurus peruncit itu beredar daripada kawasan itu, pak cik tua itu memanggil anak
perempuannya supaya memberikan membungkuskan sebungkus sup. Mendengar
arahan itu, anak perempuan pak cik tua itu sekadar menurut sahaja kata-kata
ayahnya walaupun jelas ketidakpuas hatinya terhadap apa yang dilakukan oleh
ayahnya. Baginya ayahnya selalu menolong orang lain yang tidak sama sekali
membawa apa-apa faedah terhadap mereka. Namun, anak perempuannya akan
sentiasa menurut kata-kata ayahnya. Sesudah siap membungkuskan bungkusan sup
itu, anak perempuan pakcik tua itu memberikan bungkusan itu kepada Mat. Lalu
pakcik tua itu menghulurkannya kepada Mat. Mat mengangkat kepalanya lambat
lambat dan memandang pakcik tua itu. Dia melihat pak cik tua itu menghulurkannya
bungkusan sup dan ubat yang dicurinya sebentar tadi. Mat dengan pantas
menyambar bunggkusan itu dan berlari lalu menhilangkan diri.

30 tahun kemudian...

Kelihatan pak cik tua itu masih menjalankan perniagaannya walaupun dia semakin
dimamah usia. Dan seperti kebiasaannya, dia dibantu oleh anak perempuannya yang
setia membantunya. Pada suatu hari datang seorang pengemis ke kedai makannya.
Dan anaknya menegur ayahnya kehadiran pengemis itu.

Anisa : Ayah! Tengok itu.

Pak cik tua itu memandang pengemis itu dan menghulurkan sebungkus sup
kepadanya.

Pakcik tua : Nah, ini untuk kamu. Ambillah ya.

Beberapa saat kemudian, pak cik tua itu berasa pening dan pengsan.

Anisa : Ayah !!

Anisa berlari mendapatkan ayahnya yang terlantar itu. Dengan perasaan yang
berkecamuk, anak perempuan pak cik tua itu membawa pakcik tua tersebut ke
hospital. Perasaannya pada waktu itu tidak dapat digambarkan. Kerisauan yang
melampau yang dirasainya. Anak perempuannya itu menunggu dengan penuh resah
diluar bilik hospital itu. Beberapa minit kemudian, seorang doktor keluar dari bilik itu
dan memberitahu bahawa ayahnya menghadapi barah otak dan berada tahap yang
kritikal. Ayahnya perlu dibedah dengan segera. Lalu jururawat yang berada disitu
memberikan anak perempuan pak cik tua itu beberapa helai dokumen. Sejurus
membaca dokumen-dokumen itu. Anak perempuan pak cik tua itu berasa gusar akan
jumlah pembedahan yang dia perlukan supaya ayahnya dapat menjalani
pembedahan. Tidak lama kemudian, seorang doktor yang merawat ayahnya sebentar
tadi memanggilnya ke pejabat doktor tersebut.

Anisa : Adakah keadaan ayah teruk doktor ?


Doktor : Ayah kamu perlu menjalani pembedahan secepat mungkin . Saya bimbang
jika barahnya itu merebak.
Anisa : tapi kos rawatan itu sangat mahal doktor. Saya tidak mampu.

Anisa bermonolog sendiri.

‘ Bagaimana aku harus mencari duit untuk kos rawatan ayah? Aku tidak mempunyai
duit sebanyak itu. Ujian apakah ini ya Allah? ’

Int – pagi- dirumah

Anisa yang termenung di meja dapur rumahnya seorang diri memikirkan masalah
yang dia hadapi. Memikirkan bagaimana mencari jalan penyelesaian yang harus dia
menjelaskan bayaran bil rawatan pembedahan ayahnya yang terlantar di rumah
kerana pihak hospital tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia memerlukan kos
yang tinggi tetapi Anisa tidak mampu untuk membayar kos pembedahan yang harus
dilakukan secepat mungkin kerana barah otak ayahnya semakin merebak yang boleh
membawa maut. Tiba-tiba dia mendapat satu panggilan dari pihak hospital yang
mengatakan ayahnya boleh dibawa masuk semula ke hospital untuk melakukan
pembedahan secepat mungkin.

Doktor : Anisa, ayah awak boleh dibawa masuk hospital secepat mungkin kerana
pihak hospital harus menjalankan pembedahan ayah awak .

Anisa tergamam, mendengarkan kata-kata duhujung gagang itu. Perasaannya pada


ketika bercampur baur. Gembira kerana ayahnya kini boleh menjalani pembedahan
tetapi dalam waktu yang sama turut berasa ingin tahu bagaimana ayahnya dapat
menjalani pembedahan itu. Tetapi oleh kerana kerisauan yang terlampau kepada
ayahnya, Anisa mengetepikan persoalannya itu dahulu dan memikirkan tentang
ayahnya terlebih dahulu.

Anisa : Baiklah doktor. Saya akan membawa ayah saya ke hospital sekarang. Terima
kasih doktor kerana sudi membantu saya.

Doktor : Tidak mengapa tetapi awak harus segera kerana kita akan melakukan
pembedahan itu secepat mungkin.

Setelah beberapa minggu selepas pembedahan ayah Anisa boleh dibawa pulang ke
rumah dan dibekalkan ubat yang secukupnya. Tetapi ayah Anisa tidak dapat berjalan
sepenuhnya tetapi ayah Anisa mendapat bantuan kerusi roda dari pihak hospital.

Anisa yang menjaga ayahnya, tetapi di fikiran Anisa selalu bermain-main dan
tertanya-tanya siapakah yang baik hati yang sanggup menanggung kos pembedahan
ayahnya.

‘ Siapa orang yang sanggup membayar segala kos rawatan ayah aku yang sangat
mahal itu? Walau siapapun dia, dia seorang yang sangat baik. Aku terhutang budi
dengan dia. ’

Luahan itu sekadar diluahkan kepada dirinya sendiri sahaja. Anisa teringin sangat
bersua muka dengan hamba ALLAH yang baik hati menolong dia dan ayahnya. Pada
suatu hari, Anisa terlintas di fikirannya untuk menelefon pihak hospital menanyakan
siapakah saudara yang menolong keluarganya tempoh hari. Tetapi pihak hospital
telah berjanji dengan saudara tersebut untuk merahsiakan hal tersebut. Tetapi
dengan desakan Anisa yang sanggup ke hospital merayu supaya pihak hospital
memberitahu hal sebenarnya.

Anisa : Assalamualaikum, saya Anisa anak kepada Encik Hassan yang baru sahaja
menjalani pembedahan. Saya ingin mengetahui siapa yang menolong saya membayar
kos pembedahan ayah saya itu?

Pihak hospital : Maaf cik, tetapi pihak hospital tidak dapat memberitahu cik siapa
orang itu.

Anisa : Tolonglah saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih sahaja pada dia. Saya
ingin membalas budinya walaupun sekadar berterima kasih.

Pihak hospital : Baiklah. Tetapi saya hanya mampu memberi nombor telefon sahaja.

Anisa : Terima kasih cik.

Akhirnya pihak hospital hanya memberi nombor telefon saudara tersebut. Setelah
pulang dari hospital Anisa teragak-agak untuk telefon saudara tersebut kerana
perasaan anisa berdebar-debar untuk menelefon saudara tersebut tetapi perasaan
ingin tahu dan ingin bersua muka untuk ucap berterima kasih kepada saudara
tersebut Anisa berani kan diri untuk telefon saudara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai