Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kami menadah
tangan menzahirkan kesyukuran kami kerana dengan limpah kurnia-Mu dapat kami berkumpul pada
hari ini. Sempena Hari Karnival Koko Sehilir 2019.

Ya Allah ya tuhan kami, permudahkanlah setiap pekerjaan kami dan teguhkanlah pendirian kami
dalam pelbagai situasi yang kami tempuhi. Ya Allah! Lindungilah negara kami yang tercinta ini, dari
segala mara bahaya, agar kami dapat hidup dalam aman merdeka.

Ya Allah ya tuhan kami, berikan kepada kami dari pihak-Mu keturunan yang baik dan yang sihat,
kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar dan yang memakbulkan doa kami.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami, terangilah hati kami, teguhkan iman kami, baikkan amal
perbuatan kami, berkatilah rezki kami, sihatkanlah tubuh badan kami, waraskanlah akal fikiran kami.
Ya Allah dekatkanlah kami dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan
janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Anda mungkin juga menyukai