Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI ANUGERAH KOKORIKULUM

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin…


Kami menadah kedua belah tangan kami .. memanjatkan kesyukuran kepadaMu.. kerana
telah mengizinkan mengadakan dan meraikan majlis ini dalam suasana ceria dan penuh
kemesraan.

Ya Allah…Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, ilham dan kebijaksanaan


utk kami bergerak aktif menabur khidmat bakti kepada masyarakat dan
Negara Malaysia tercinta agar aman makmur dan teguh terpelihara..
Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan
dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan
tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri agar dapat
menjadikan diri mereka sebagai modal insan yang terbaik.

Ya Allah…berkatilah usaha2 kami dalam menjayakan program ini sebagai aras pengukur utk
melahirkan generasi yang cemerlang serta berjaya hendaknya samada di dunia mahu pun
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai