Anda di halaman 1dari 2

SK SUNGAI RAMBAI

MELAKA

PANDUAN KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN


A. TINDAKAN SEMUA GURU YANG SEDANG MENGAJAR DAN MURID-MURID

1. MENGOSONGKAN BANGUNAN
- Guru yang sedang mengajar di kelas mengarahkan murid-murid beratur. Kemudian turun ke
bawah
dengan tenang dan senyap .
- Guru memandu murid-murid turun mengikut laluan yang ditetapkan. [ Gunakan laluan yang
terdekat atau terselamat jika dalam keadaan yang sebenar ] . Guru sentiasa berada di
belakang murid-murid.
- Murid-murid turun tangga dengan tertib dan lancar.
- Beri laluan kepada kelas yang tiba dahulu di tangga.

2. TEMPAT BERKUMPUL
- Murid-murid dibawa oleh guru masing-masing ke padang.
- Beratur mengikut kelas dengan tertib.

3. PANGGILAN BARIS
- Guru kelas mengambil semula kedatangan untuk memastikan semua murid yang hadir pada
hari itu berada di padang.
- Guru mesti laporkan kepada jawatankuasa bertindak tentang kehadiran murid.
- Laporkan segera jika jumlah murid tidak mencukupi.

B. TATATERTIB MURID-MURID SEMASA LATIHAN KEBAKARAN


1. Semua murid mesti berada dalam keadaan diam dan tenang.
2. Tidak bertolak-tolak dan memotong barisan semasa berbaris dan turun tangga.
3. Jangan cuba memadamkan api yang sedang marak.
4. Tidak bercakap semasa guru memberi arahan.
5. Jangan cuba naik dan masuk semula ke kelas untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
6. Maklumkan kepada guru jika disedari ada kawan yang tidak ada bersama.
7. Semua murid hendaklah menggunakan tangga yang telah ditetapkan.

GURU MESTI SENTIASA BERADA DI BELAKANG MURID. BERI LALUAN KEPADA


KELAS YANG SAMPAI DAHULU DI TANGGA.
SK TEMENGGONG ABD RAHMAN (DUA)
JOHOR BAHRU

LAPORAN LATIHAN KECEMASAN

TARIKH : 17 APRIL 2003


HARI : Khamis
MASA : 8.40 pagi

1. Loceng kecemasan dibunyikan pada jam 8.40 pagi.


2. Reaksi warga sekolah agak baik. Walau bagaimanapun, murid-murid didapati tidak beratur
dengan kemas semasa menuju ke kawasan lapang yaitu padang sekolah.
3. Pergerakan murid agak perlahan dan kurang serius ( sambil lewa ) terhadap latihan ini.
4. Suasana agak bising dan kawalan guru-guru masih boleh dipertingkatkan. Semua guru dan murid
perlu lebih bersedia dan peka.
5. Masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan agak panjang yaitu 9 minit. Keseluruhan
latihan mengambil masa 15 minit.
6. Keseluruhannya , latihan ini berjaya dan usaha perlu dibuat untuk mempertingkatkan dan
memperkemaskan lagi latihan kecemasan ini. Usaha perlu dibuat agar seluruh warga sekolah
sentiasa bersedia untuk menghadapi kecemasan kebakaran.

Disediakan oleh,

( En Hadi bin Kadir )


Guru Keselamatan / kecemasan )
SK Temenggong Abd Rahman (Dua)

Anda mungkin juga menyukai