Anda di halaman 1dari 19

CONTOH-CONTOH SPM KARANGAN – TAMBAHAN

GEJALA BULI DI SEKOLAH


Gejala buli semakin berleluasa dan seolah-olah tidak dapat dikawal.
- memeras ugut,memaksa pelajar lain menyiapkan kerja sekolah,menimbulkan kecederaan
dalam kalangan pelajar lain dan pelbagai lagi
- banyak dipaparkan di dada-dada akhbar utama negara kita
- mendatangkan kecederaan serius dan ada yang membawa kematian

Isi-isi Utama
Kebanyakan pembuli ini telah menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah.
- berasa dilindungi dan berasa bebas untuk membuli di sekolah
- wujud dalam bentuk berkumpulan dan mendatangkan rasa gerun dalam
kalangan pelajar yang lain
- berasakan mereka begitu kuat dan peraturan di sekolah gagal untuk membendung
aktiviti mereka

Para pelajar ini kebanyakan berasal daripada keluarga yang bermasalah.


- tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi
- ibu dan bapa tidak memperdulikan mereka
- kesan daripada perceraian, rumah tangga yang berantakan dan pelbagai lagi

Gejala buli ini mendatangkan kesan yang negatif.


- tidak berasa selamat dan takut untuk ke sekolah
- menjadi ikutan kepada para pelajar yang lain
- proses pembelajaran menjadi tidak efektif dan efisen

Langkah yang drastik amat ditagih untuk memberantas fenomena ini.


- guru dan anggota masyarakat terutama ibu bapa wajar berganding bahu
- sama-sama terlibat dalam menangani masalah ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti
yang bermanfaat kepada para pelajar
- gejala samseng sekolah ini dapat ditangani dan suasana persekolahan akan kembali
normal

Penutup
Gejala buli di sekolah bukan budaya masyarakat timur.
- lebih menumpukan perhatian kepada tanggungjawab mereka sebagai
seorang pelajar.
- tidak melakukan sesuatu yang kurang berfaedah
- merugikan diri sendiri dan akhirnya akan memusnahkan masa depan
mereka sendiri

1
Amalan Gaya hidup Sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah
yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam
kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat
yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk
mencapai matlamat ini.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti
sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi
di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum
arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita
semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan
diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani
oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti
bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika
hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan
sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.
Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas
berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan
maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan
dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil
lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan
sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat.

2
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti
nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka
daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka
yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin
hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik
yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi
memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan
baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar
motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang
masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik
daripada mengubatinya

3
Usaha- usaha meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan
lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya
dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem pengangkutan ini
bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di
dunia luar.

Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan tersebut
sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke sekolah, ke
pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kerajaan telah
mewartakan semua teksi bandar

mengunakan sistem bermeter dan radio teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna
yang berbeza untuk teksi bandar dan luar bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan
terbang kerajaan telah memperkenalkan teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan
dapat ditingkatkan dan diselaraskan serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi
bermeter dapat mengelakkan pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan
pengguna.

Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah bas.
Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang
berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat
konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah
ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan cara
mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta selesa.Keadah ini
akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah
memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi masalah
kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang digerakkan
oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan masalah pencemaran udara.
Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru, ramai yang
memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam, bangun pagi
sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan ini kerajaan
melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah memperkenalkan
gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah menamatkan
perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin.

4
Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih perkhidmatan
kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Syarikat Penerbangan
Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi penerbangan baru dan
membeli pesawat-peswat yang baru. Selain itu, syarikat penerbangan ini juga telah menawarkan
pekej tambang murah khasnya yang telah dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai
pengguna akan mampu menggunakan perkhidmatan ini.

Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding


dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang mengendalikan
perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan agar manarik
minat pengguna menggunakannya.

Sistem rangkaian pengangkutan awam di negara ini cuba disatukan tetapi usaha itu
masih di peringkat awal untuk menilai kejayaannya. Terangkan kemelut yang melanda
sistem pengangkutan awam di negara ini.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan


bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha
yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi.
Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus
difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh
masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu.
Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan
tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke
pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu
melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam
yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak
boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk
merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan
bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang
tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan
pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap
kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.
5
Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau
antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana
terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.

Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini
dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus
dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk
diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka
seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali
masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan
oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi
satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh
pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta
masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan
untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan
mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak
apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai
masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini

Kesan buruk bencana alam

Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak
dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah tsunami, gempa bumi,
banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi.

Setiap bencana yang berlaku meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya. Salah
satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan
kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana alam berlaku secara tiba-tiba dan
tidak dapat dielakkan oleh manusia. Contohnya ialah tsunami yang melanda beberapa buah
negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan beribu-ribu orang di
Bandar Aceh, Selatan India, dan Sri Lanka, manakala banyak mangsa yang mengalami

6
kecederaan apabila dihempap ombak besar atau ditimpa oleh bangunan atau poko yang
tumbang.

Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi negara itu
terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah dan
kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan baru.
Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat dalam
bencana itu seperti menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat tinggal, dan
sebagainya. Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu dilanda oleh
kemarau panjang pada setiap tahun.

Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman musnah,
mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila hujan turun dengan lebat
selama beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami air dan menyebabkan banjir seperti
yang berlaku di Kelantan, Terengganu, dan di beberapa kawasan di negeri Pahang pada bulan
November dan Disember setiap tahun. Apabila banjir besar berlaku, mata pencarian penduduk
terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan kerja harian mereka.
Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua orang.
Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah
ini bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.. kerana “malang tidak berbau.”

Cara-cara masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing

Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan tersendiri malah
mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut. Setiap kaum akan saling
menghormati budaya kaum yang lain malahan telah menjadi kebiasaan pada rakyat Malaysia
akan turut sama menyertai sambutan adat dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak melanggar
tatasusila dan agama masing- masing.

Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan mengikut kaum
masing-masing. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut
agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang
terawih pada sebelah malamnya. Ibadat zakat fitrah pula wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal
iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran
dengan umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim. Rumah terbuka juga diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Bagi perayaan Tahun Baru China pula, perayaan ini disambut secara besar- besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender
mereka. Orang Cina percaya pada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Pada
7
malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.

Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu. pada
bulan gelap dalam bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di
pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di
kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas
bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, ‘rangoli’
iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di
hadapan rumah.

Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada
bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Keamatan
mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua
malam berurut-turut. Malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat
padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua,
upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda
kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan
‘Megalang’ sambil meminum air tapai.

Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan.
Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan
upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai
(beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang
umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi
oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu
sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

Kesimpulannya, sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut dengan meriah


pada setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia bebas mengamalkan budaya
masing-masing. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan sambutan Perdana untuk setiap
perayaan ini bagi membolehkan rakyat sama-sama menyertainya dalam suasana yang harmoni
dan perpaduan negara dapat di capai.

8
Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada
majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama. Pada pendapat
anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama.

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang
disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari
Raya, Krismas, Deepavali dann banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini.
Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti
perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada
negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.

Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi
antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan
yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan
hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang
utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka
yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng
perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan
menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan
remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara- gara wujudnya perayaan yang pelbagai di
negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini?

Pandangan masyarakat terutama orang luar turut berubah. Negara akan dilihat sebagai
mempunyai keunikan perayaan yang tidak mampu dilihat di negara lain. Kepelbagaian perayaan
ini memberi satu bentuk unik dalam pandangan orang asing terhadap negara ini. Lantaran itu
kehadiran pelancong asing turut bertambah kerana mereka ingin dan berpeluang melihat
pelbagai perayaan dalam sebuah negara daripada pergi ke beberapa negara untuk melihat
pelbagai perayaan. Malaysia satu negara tetapi banyak perayaan.

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.


Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang
disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali
perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan.
Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi
satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu
sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau
itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia

9
sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan
perayaan.

Perlunya bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara.

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah


kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-
lain. Bangunan bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman
penjajahan Portugis pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19.
Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut
dapat menjadi warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak ternilai harganya.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat


mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai
keadan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran
kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat bangunan tersohor seperti
Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda
dapat mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan
Melayu tersohor pada zamannya. Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat
melihat sendiri kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan
tentang sejarah negara.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai
salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini.
Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan
penghayatan generasi muda . Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di
Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri
Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh
mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis
ketika memerdekakan tanah air dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa
berwaspada terhadap musuh Negara.

Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk


perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi
yang dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan seni
bina dan keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk
berkunjung ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala
Lumpur mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Kedatangan pelancong tersebut
bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan
Negara. Hal ini kerana para pelancong , terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara
kita semasa mereka bercuti di sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan
yang banyak daripada sektor pelancongan.
10
Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan,
usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana bangunan bersejarah
ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan
generasi akan datang.

Punca-punca penglibatan remaja dalam aktiviti lumba haram

Belakangan ini masyarakat telah dihebohkan oleh media massa tentang kegiatan lumba
haram. Gejala ini telah mula menular dalam kalangan remaja di bandar dan luar bandar. Mereka
seolah-olah sudah hilang pertimbangan dan haluan hidup yang sebenarnya. Malah lebih
menyedihkan kerana kita mengharapkan mereka menjadi pewaris pembangunan negara pada
masa akan datang telah hanyut dengan budaya negatif ini. Persoalannya apakah punca-punca
yang mendorong para remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram yang semakin
membimbangkan itu.

Pengaruh rakan sebaya merupakan penyebab utama penglibatan para remaja dalam
kancah lumba haram. Walaupun lumba haram tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada
mereka tetapi berasa seronok apabila dapat menjadi pengikut kepada rakan-rakan mereka yang
terlibat dengan lumba haram. Pengalaman bersama-sama rakan telah mendorong remaja yang
tidak pernah berlumba untuk menyertai sama perlumbaan yang dianjurkan oleh kumpulan
mereka yang biasa diadakan pada malam minggu. Masalah ini lebih sukar untuk diatasi kerana
mengikut kajian, para remaja kini lebih mudah terikut-ikut dengan perangai rakan-rakan
mereka. Oleh kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulannya para remaja tidak mampu
menolak desakan rakan-rakan untuk berlumba dan akhirnya mereka terjebak dalam kegiatan
yang negatif itu.

Selain itu, sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru dan sanggup menghadapi
risiko kemalangan telah merumitkan lagi masalah ini. Para remaja juga kreatif apabila
mengubahsuai enjin dan komponen motosikal mereka untuk meningkatkan kelajuan bagi
menjuarai perlumbaan yang akan disertainya. Perbuatan ini sebenarnya telah menyalahi
undang-undang negara kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang
lain. Semua perkara itu tidak menjadi perhitungan para remaja kerana sikap bertanggungjawab
sudah hilang daripada mereka. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dapat menilai lagi sama
ada aktiviti lumba haram itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kerana tumpuan mereka
sekarang hanya ingin berseronok sahaja.Oleh itu, sikap negatif para remaja hari ini telah
menyebabkan kegiatan lumba haram sangat sukar untuk ditangani oleh pihak berkuasa seperti
polis.

Di samping itu, pihak media massa turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti lumba
haram dalam kalangan anak muda di negara kita sekarang. Media massa memang telah diakui
mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam usaha membentuk sahsiah diri para remaja
melalui penyiaran pelbagai rancangan sama ada berbentuk motivasi, drama dan tayangan filem.
11
Impaknya golongan ini akan mudah terikut-ikut dengan contoh yang disajikan kepada mereka
semasa menonton televisyen. Sebagai contoh apabila TV3 menyiarkan filem KL menjerit dan
Bohsia banyak aksi remaja menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya telah
ditujukkan dan akan ditiru oleh para remaja secara beramai-ramai. Oleh itu, tidak hairanlah
apabila kita sentiasa melihat pelbagai aksi merbahaya dilakukan mereka semasa memandu di
jalan raya.
Kesimpulannya, gejala lumba haram dalam kalangan remaja bukan isu baru kerana sudah
lama berlaku di negara kita. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini masalah tersebut
menjadi semakin serius berikutan sikap remaja yang tidak mempunyai semangat untuk
memajukan diri, masyarakat dan negara. Mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti
yang tidak berfaedah seperti lumba haram yang akhirnya akan menghancurkan masa depan
mereka. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berusaha menangani gejala lumba
haram dalam kalangan remaja pada hari ini sebelum nasi menjadi bubur.

Cara-cara Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Pengenalan
Mutu sukan di negara kita semakin malap dan jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang
lain.
- tiada permainan apa yang boleh kita banggakan setakat ini
- bola sepak,hoki,badminton dan olahraga sering terperosok dalam kejohanan antarabangsa
- sampai bila situasi ini akan mendakapi kita sebagai rakyat Malaysia ?

Idea-idea Utama
Kerajaan melalui Kementeria Belia Dan Sukan perlu mengorak langkah yang drastik.
- prasarana sukan mestilah dibina dan memiliki kemudahan yang canggih
- memudahkan atlit kita berlatih dengan mudah dan sempurna
- peningkatan atlit dapat ditingkatkan dengan cepat
- pembinaan velodrome,kolam renang,pusat sukan dan pelbagai jenis stadium
Negara memiliki jurulatih yang berkualiti dan memiliki sijil yang bertaraf dunia.
- menghantar anak-anak tempatan untuk mengikuti kursus ini di luar negara
- menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman
- digunakan untuk melatih atlit-atlit negara yang cemerlang dan bersinar di arena antarabangsa
- imej negara akan terkenal kerana mampu melahirkan atlit yang berkualiti

Dana yang banyak mestilah disalurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan di
Malaysia.
- mampu membeli pelbagai peralatan sukan yang benar-benar berkualiti
- contohnya seperti basikal lumba dan pelbagai peralatan sukan yang lain
- meningkatkan semangat dan motivasi ahli sukan di negara kita
- tidak berasa rendah diri apabila bertanding dalam kejohanan antarabangsa
12
Pelapis ahli-ahli sukan dalam pelbagai jenis sukan mestilah dilakukan.
- pengganti kepada ahli-ahli sukan yang sudah hampir di penghujung
- sekolah sukan seperti di Bukit Jalil perlu diperbanyak
- mampu melahirkan ahli-ahli sukan negara yang berwibawa
- dilakukan berterusan tanpa mengira halangan yang menimpa

Kebajikan ahli-ahli sukan negara perlu dijaga sepenuhnya.


- tidak dibebani dengan pelbagai masalah terutama kepada ahli-ahli sukan yang sudah
berkeluarga
- gaji dan elaun yang diberikan mestilah berpatutan
- mampu untuk membeli pakaian,peralatan sukan dan pil-pil yang berkhasiat
- mendorong mereka lebih bersemangat dalam pelbagai kejohanan yang disertai

Sektor swasta, sektor koperat dan perbankan perlu bekerjasama dalam aspek ini.
- sentiasa menaja sebarang bentuk pertandingan yang disertai oleh ahli sukan negara.
- tiada masalah kesempitan wang dan pelbagai jenis masalah yang lain
- dapat berlatih dengan lebih bersemangat dan mampu memenangi sebarang pertandingan
yang disertai
- diberikan pelbagai ganjaran dan imbuhan atas kejayaan yang dicipta oleh sektor-sektor di
atas
Penutup
Mutu sukan di negara kita masih ditakuk lama dan semakin kerdil dari sehari ke sehari.
- kita boleh mengubah situasi di atas kerana kita dahulunya amat digeruni dalam lapangan
bola sepak,hoki ,badminton dan sepak takraw
- kita mampu untuk bangkit semula dan berdiri sebagai seorang jaguh
- pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama menjadikan scenario ini sebagai satu
realiti
- selaras dengan kata-kata semangat iaitu “ Malaysia Boleh “

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Peranan Keluarga Dalam Membentuk Anak-anak


Remaja cemerlang lahir daripada keluarga yang gemilang. Bincangkan peranan keluarga
dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.

Pengenalan
Institusi keluarga merupakan sebuah organisasi yang penting dalam membentuk dan mendidik
anak-anak.
- yang mencorak anak-anak sejak kecil sama ada menjadi insan yang sempurna atau
sebaliknya
- perlu dicorak dengan sebaik-baiknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari
- melahirkan insan yang benar-benar cemerlang,gemilang dan terbilang.
13
Idea-idea Utama
Anak-anak mestilah diberikan didikan agama sejak kecil lagi.
- dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
- tidak mudah terpengaruh atau terjebak dalam pelbagai gejala negatif
- didikan agama akan menjadi pendinding dan benteng yang menghalang mereka daripada
berbuat sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama yang dipraktikkan

Dalam membincangkan tajuk di atas,anak-anak mestilah diajar bertutur dengan penuh sopan
santun.
- tidak bertutur dengan kasar atau mengeluarkan kata-kata yang biadab
- tidak meninggikan suara terhadap orang yang lebih tua daripadanya
- bijak menyusun kata-kata walaupun berada dalam apa jua situasi.

Ibu bapa juga mestilah sentiasa memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.
- banyak menghabiskan masa lapang dengan anak-anak
- sentiasa memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
- anak-anak sentiasa menjadikan ibu bapa sebagai tempat mengadu dan bukannya
melakukan perkara yang sebaliknya atas pengaruh rakan-rakan

Sudah terang lagi bersuluh,pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mestilah dilakukan
secara berterusan.
- penting terutama ketika anak-anak mereka berada di luar rumah
- sentiasa mengetahui dengan siapa anak-anak mereka bercampur
- anak-anak takut untuk terlibat dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh memberikan
aib kepada keluarga.

Ibu bapa juga wajar berjumpa guru-guru di sekolah tempat anak-anak mereka menimba ilmu
sekurang-kurangnya dua tiga kali setahun.
- untuk mengetahui perilaku dan sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah
- untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam bidang akademik
- sentiasa memacu anak-anak mereka di landasan yang betul dalam melahirkan insan yang
soleh dan solehah

Penutup
”Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ” amat bertepatan dengan peranan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak.
- janganlah apabila ” Sudah Terhantuk Baru Hendak Mengadah ” ataupun yang lebih parah
”Apabila Nasi Sudah Menjadi Bubur ”.
- didiklah anak-anak kerana anak kita harta yang lebih berharga berbanding apa jua harta
yang ada di alam maya pada ini
- berbangga kerana berjaya menjadikan anak-anak mereka insan yang sempurna di dunia
mahupun di akhirat kelak.
14
Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat
daerah. Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.Terima kasih saya


ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan
Bahasa Malaysia.” Sesuai dengan Slogan 1 Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan
“Bahasa Malaysia Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai
bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Malaysia memang perlu diutamakan dan
dipertahankan. Tambahan pula bahasa Malaysia juga merupakan bahasa yang digunakan
sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, Malaysia perlu dimartabatkan untuk
menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain
itu, kita berharap agar bahasa Malaysia akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa
mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus
perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.
Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia adalah dengan memupuk kesedaran
tentang pentingnya bahasa Malaysia kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut
perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut
perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah
menggunakan bahasa Malaysia yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga
haruslah menerangkan kepentingan bahasa Malaysia di negara kita dan juga sejarah bahasa
Malaysia yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka
pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah,
“Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan
hingga dewasa dan sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak
berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk
memartabatkan bahasa Malaysia. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran
dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Malaysia. Sebagai contohnya, pihak DBP
perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang
lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Malaysia. Media
massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan

15
anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam
mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan
hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sekiranya penggunaan bahasa Malaysia semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini
setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata
pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang
lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan
1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta
parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia dalam urusan rasmi dan
pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta
atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Malaysia ini. Hal ini dibuktikan
melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu
Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta
Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya
yang tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam urusan mereka seperti pengendalian
mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini
perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut
menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah
pastilah bahasa Malaysia akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak
berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau
pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa
Malaysia. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap
pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman,
mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang
berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh parlimen.
Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak
mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Malaysia. Hal ini sudah tentu akan
memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Malaysia yang
betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan
bahasa Malaysia perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding
bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia tanpa mengira kaum. Sekiranya
16
perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Malaysia akan dipinggirkan
daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita
bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia agar bahasa ini akan terus
berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Malaysia
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata
dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.

Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan.
Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan
kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak
berdosa ini dibuang merata-rata.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar
denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja
akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa
bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka
menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang
bayi pasti dapat dielakkan.

Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal
yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak
mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh
membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti
melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup
sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur.

Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh
‘menconteng arang’ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan
Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang
mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan
mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di
samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli
masyarakat yang berguna.

17
Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang
tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak
berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank
bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada
pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih
terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi.
Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata
lain, grafik dan pendedahan berbentuk ‘Kisah Benar’ seseorang yang pernah membuang anak
akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti
‘Adab Bergaul’ dan ‘Dosa-dosa Besar’, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut
remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan
dosa.

Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua
pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan
Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Rukun Tetangga (RT)
perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana
‘mencegah itu lebih baik daripada mengubati’.

Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom
Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia baru-baru
ini.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang
terlibat.

Industri pelancongan negara terjejas sedikit akibat wabak selesema burung dan penyakit
Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia
baru-baru ini. Namun demikian, wabak penyakit itu berjaya dikawal dan tidak memberikan
kesan yang serius terhadap industri pelancongan dan kesihatan rakyat negara ini. Hal ini
demikian kerana, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk
menangani penyakit tersebut. Berdasarkan langkah mencegah lebih baik daripada mengubati,
penyakit tersebut tidak merebak kepada rakyat negara ini. Seterusnya rakyat negara ini perlu
berasa bimbang akan wabak yang menular di seluruh dunia itu.

Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah seperti
mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Dengan perkataan lain, pesakit perlu
dikuarantin dan diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada
orang lain iaitu sebelum nasi menjadi bubur. Jika tindakan ini diambil sudah pasti penyakit ini
dapat dikawal dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain.
Seterusnya, keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri
pelancongan juga tidak terjejas.
18
Langkah lain yang perlu dijalankan adalah dengan mengelakkan diri daripada melancong ke
negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain perlu membatalkan rancangan
buat sementara waktu untuk pergi melancong ke negara-negara yang sedang dilanda wabak itu
seperti negara China, Hong Kong, dan Indonesia. Langkah yang dikatakan sebagai
menyediakan payung sebelum hujan, sudah pasti dapat mengelakkan seseorang itu daripada
dijangkiti oleh penyakit yang berbahaya itu.

Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan
alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat
pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa seperti di
KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan
pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka
telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu di bawa ke hospital untuk diberikan
rawatan dan juga dikuarantin.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan ubat-ubatan dan vaksin yang boleh melawan
virus H5N1 dan mencegah virus tersebut daripada menyerang manusia. Seseorang yang perlu
ke luar negara atas urusan yang penting perlu diberikan suntikan vaksin yang dapat mencegah
seseorang itu daripada dijangkiti penyakit tersebut. Hal ini demikian kerana, vaksin yang
berkesan akan berupaya untuk melawan virus penyakit itu daripada menyerangnya. Orang yang
sudah dijangkiti oleh penyakit ini pula, perlu diberikan rawatan yang rapi dan ubat-ubatan yang
benar-benar berkesan untuk mengubati pesakit tersebut.

Langkah seterusnya ialah pihak berkuasa perlu memusnahkan haiwan yang telah dijangkiti
dan menjadi punca penyakit ini merebak kepada manusia pula. Unggas seperti burung dan ayam
yang telah dijangkiti perlulah dihapuskan segera agar wabak tersebut tidak menjangkiti manusia
pula. Hal ini demikian kerana, penyakit ini sebenarnya berpunca daripada unggas seperti ayam
dan burung yang dijangkiti oleh virus tersebut dan seterusnya memindahkannya kepada
manusia yang memeliharanya atau terlibat secara langsung dengan unggas tersebut setiap hari.

Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan di
sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang
utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana
sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang
mangsanya. Jadi, langkah awal penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti
oleh wabak yang berbahaya ini. Seterusnya, perkara ini juga akan dapat meyakinkan pelancong
yang hendak melancong ke negara kita.

Sumber: Daripada website lain..


19

Anda mungkin juga menyukai