Anda di halaman 1dari 2

JAGA KEBERKATAN REZEKI

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

Fanpage: www.facebook.com/drasmadi

E-Mel : drasmadi@maptraining.com.my

Dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita tetapi sejauh mana
keberkatan rezeki itu lebih utama. Pernah satu ketika seorang bapa datang kepada
saya dan mengadu hal anak-anaknya. Katanya dia mempunyai lima orang anak, anak
yang pertama hingga ketiga semuanya bagus dan cemerlang tetapi anak keempat
dan yang bongsu sangat bermasalah. Mereka suka keluar malam, tidak solat,
menipu, melepak, malas belajar dan degil.

Setelah mendengar keluhan bapa itu lalu saya cuba menduga, mungkin cara
didikannya tidak sama dengan tiga anak yang pertama, atau masanya dengan
mereka kurang, atau beliau tidak lagi menjadi pendengar yang baik bagi anak-
anaknya. Namun semuanya itu dina@ikan oleh sibapa. Lalu saya minta bapa itu
semak sumber makanan kalau-kalau ada dari sumber yang haram. Ketika itu
wajahnya berubah. Dia akui bahawa sewaktu membesarkan tiga anak yang pertama
dia begitu dedikasi dan jujur. Dia benci sebarang sogokan dan rasuah. Tetapi
apabila sudah bertahun-tahun bekerja dan melihat ramai orang disekelilingnya
makan rasuah macam makan nasi maka dia merasakan bahawa semuanya itu adalah
amalan biasa lalu turut terlibat sama. Dua anak terakhirnya menjadi mangsa dari
rezeki haram itu. Bila sudah begini jadinya pada siapa mahu disalahkan, pada anak
atau pada diri sendiri. Bapa itu sedar akan kesilapannya lalu menangis tetapi
semuanya sudah berlaku. Saya minta beliau buat solat taubat dan minta ampun
pada Allah.

Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa. Telefon bimbit rosak,
kereta rosak, emak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam
lagi. Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar
dari poket kita secara terpaksa. Kalau selalu sangat Allah uji, habis satu masalah
datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita
muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak? Kalau tidak
berkat apa puncanya? Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan
darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala
baginya.

Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1. Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat. Banyak masalah sosial
anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat. Apabila
rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan
perilaku mereka yang cemerlang.

2. Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.
Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.
Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat. Rezeki yang berkat akan
memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah. Ramai orang yang mendapat
rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan
Allah secara tunai di dunia ini. Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat,
membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

3. Orang di sekeliling suka kita. Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.
Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan. Orang
suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang
terpancar dari dalam diri kita.

4. Orang suka datang rumah dan menziarahi kita. Rumah kita bagikan magnet.
Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita. Mereka yang
datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa
kita. Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi
tanpa disangka-sangka.

5. Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan
minda anak-anak juga bersih. Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka
tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat
dalam kepala. Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang. Malah
anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah. Dia
dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.

6. Doa yang makbul. Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita
dimakbulkan oleh. Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara
faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang
haram.

Begitulah antara kesan positif yang diperoleh daripada rezeki yang berkat. Kita
perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau
wang diperolehi daripada aktiviti yang haram. Ada ketikanya, sikap curi tulang,
tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya
sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan
rezeki. Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka
lakukanlah dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah. Insya Allah, apabila
rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai