Anda di halaman 1dari 20

Deepwater Horizon

Pengenalan
Deepwater Horizon adalah sebuah filem yang menceritakan kisah benar yang berlaku di
pelantar di Teluk Mexico dan menceritakan keberanian orang-orang yang bekerja di pelantar
minyak (Deepwater Horizon). Letupan pada pelantar penggerudian luar pesisir pantai ini yang
menyebabkan tumpahan minyak yang terburuk didalam sejarah industri minyak dan gas di
perairan Teluk Maxico, Amerika Syarikat pada tahun 2010. Diadalam tugasan ini akan
menerangkan beberapa catatan peristiwa kecil & besar yang berkaitan isu-isu keselamatan dan
kesihatan pekerja yang ditayangkan didalam filem tersebut. Selain daripada itu kajian tentang
amalan dan perbincangan tentang pengajaran yang berasaskan teori dan konsep
keselamatan,kesihatan pekerja didalam filem tersebut akan di huraikan didalam tugasan ini.
Ringkasan filem
Deepwater Horizon yang berada di Teluk Mexico, 41 batu di tenggara Pantai Louisiana, adalah
sebuah pelantar penjelajahan penggerudian minyak separuh tenggelam yang mengapung bebas
di atas laut seperti kapal dan dioperasikan oleh 126 anak kapal di atas pelantar tersebut .
Diantara kakitangannya Transocean yang utama ialah Mike Williams Ketua Juruteknik
Teknikal dan pengurus pelantar yang berpengalaman Jimmy Harrell yang terkejut mendapati
bahawa prosedur standard mengenai ujian asas konkrit (Cement bond test) didalam telaga tidak
dijalankan, satu-satunya perkara yang boleh mengundangkan kearah bencana ini telah dipintas
prosedurnya oleh pihak pelanggannya (client) iaitu pengurus lapangan British petroluem (BP)
Donald Vidrine. Jimmy Harrell telah memutuskan untuk menjalankan ujian tekanan
negatif(negative pressure test) didalam kepala pencegah semburan (blowout preventer) tetapi
Vidrine percaya hasil ujian tersebut mempunyai masalah dalam sensor dan memerintah untuk
membuka telaga tanpa mengambil kira keselamatan tentang mengenai kestabilan telaga dan
sama ada integriti konkrit (cement) didalam telaga tersebut telah dikompromi atau tidak,
dengan bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan penggerudian yang ditanggung oleh
syarikat majikanya British petroluem (BP).

Akhirnya pengurus yang tamak itu memaksa untuk mulakan fasa terakhir pengerudian telaga
minyak dan lama-kelamaan dinding simen didalam telaga tersebut tidak dapat menahan
kekuatan tekanan minyak didalam tanah tersebut telah menjadi satu bencana yang
menyebabkan semburan (blowup) dengan begitu tragis kepada anak kapal serta memusnahkan
peralatan di atas pelantar tersebut. Akhirnya, sebagai asas kegagalan dan rantaian bencana yang
tidak berkesudahan telah mengubah pelantar Horizon Deepwater ke arah lautan api yang
sedang marak yang memusnahkan pelantar tersebut . sementara itu “Mike”Williams dan Mr
jimmy berani berjuang untuk menyelamatkan rakan sekutu serta anak kapal mereka dalam
bencana minyak terburuk dalam sejarah Amarika Syarikat .

2|Page
Watak utama

Watak Utama Jawatan Tugas / Tanggungjawab

Ditugaskan sebagai ketua penyelia didalam


Ketua Juruteknik pemasangan,membaiki dan menyelenggara
Michael "Mike" Williams
Elektronik peralatan elektronik di atas pelantar (Deepwater
Horizon).

Adalah wakil dari syarikat kontraktor utama didalam


kerja-kerja penjelajahan penggerudian minyak. Ia
ditugaskan untuk pengurusan harian operasi pelantar
James "Mr. Jimmy" Pengurus Pemasangan mengenai pemasangan, penggerudian termasuk
Harrell Luar Pesisir (Transocean) memastikan penyelenggaraan semua peralatan dan
bertanggungjawab menangani menjaga
keselamatan,kesihatan dan kebajikan anak kapal
semasa operasi.

Adalah wakil pelanggan (Client) daripada syarikat


BP untuk memantau kemajuan kerja yang dilakukan
British Petroleum (BP) oleh kontraktor utama dan sub didalam kerja-kerka
Donald Vidrine
Well Site Leader penggerudian. Bertanggungjawab untuk mengawal
kelewatan projek serta menjaga kos yang dibiayai
oleh majikannya.

Sebagai Kapten/ ketua jurumudi yang


mengoperasikan pergerakan,kedudukan pelantar
(rig) tersebut serta bertanggungjawab kepada
Kapten Pengendali Posisi
Kapten Curt Kuchta melaksanakan prosedur marin untuk semua
Dinamik (pelantar)
peralatan marin di pelantar dan operasi dek. Menjaga
keselamatan kapal, keselamatan, memadam
kebakaran dan peralatan menyelamat.

Pembantu pengendali Ditugaskan sebagai pembantu jurumudi yang


Andrea Fleytas
posisi dinamik (pelantar) mengoperasikan pergerakan,kedudukan pelantar

3|Page
(rig) dan bertanggungjawab sebagai pengendali
radio yang untuk mengoperasikan sistem
komunikasi luar.

Sebagai ketua unit pasukan penggerudian,


memantau kemajuan semasa operasi penggerudian,
memerhatikan dan mengawal tekanan dalam
dilubang gerudi. mengawasi aliran baik untuk
Jason Anderson Penggerudian ( Driller)
mengelakkan limpahan, merekodkan mengenai
kedalaman dan lokasi yang digerudi,menjaga
keselamatan pekerja semasa penggerudian dan
melaporkan aktiviti penggerudian kepada pengurus.

Caleb Holloway Perkerja Am ( Drillers Ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja am


Offsider) didalam operasi penggerudian.

4|Page
Peristiwa Kecil
Peristiwa Kecil Catatan daripada filem

Perlanggaran burung laut dengan helikopter Semasa Mr Jimmy, Mike Williams, Andrea Fleytas dan 2 orang wakil dari syarikat minyak BP telah
(Bird strike). (Pada minit ke 14:30 didalam bertembung dengan burung laut menyebabkan hampir kemalangan (near miss) semasa didalam perjalanan ke
filem) pelantar (rig) Deepwater Horizon.

Tidak membuat ujian integriti simen (Cement Apabila helikopter sudah mendarat di atas pelantar dan Mike Williams keluar dari helikopter bersama Mr
Bond Log). (Minit ke 16:00) Jimmy dan bertembung dengan pekerja kontraktor (schlumberger) yang hendak pulang dan menanyakan
kemajuan kerja yang dilakukan oleh mereka dan didapati mereka tidak melakukan ujian atas arahan pengurus
BP Donald Vidrine. Mr Jimmy dan Mike Williams berjumpa dengan Donald Vidrine bertanyakan tentang
keputusan ujian tersebut dan didapati tidak dilakukan dengan alasan Donald Vidrine yakin pada kekuatan
dinding simen didalam telaga sangat kukuh. Setelah mendengar keputusan dan alasan dari Donald Vidrine, Mr
Jimmy tanpa berfikir panjang untuk menjalankan ujian tekanan negatif (-VE pressure test) untuk mendapatkan
kepastian tahap tekanan di bawah tanah.

Tidak lakukan kerja-kerja penyelenggaraan 1. Semasa Mr Jimmy hendak menggunakan telefon didapati tidak berfungsi dan masa itu jugak alat penggera
peralatan diatas pelantar (rig) tersebut. (Minit pengesan asap berbunyi tanpa sebarang asap dan diambil oleh Mike Williams untuk diperbaiki.
ke 19:00 dan ke 30:00)

5|Page
2. Semasa perbincangan dengan Donald Vidrine, Mike Williams telah memberi tahu terdapat 390 atau hampir
10% peralatan diatas pelantar tidak di selenggaraan termasuk alat penggera pengesan asap dan pod pencegah
limpahan (BOP Pod).

Ujian tekanan negatif (-VE pressure test) Semasa Jason Anderson melakukan ujian tekanan negatif didalam lubang penggerudian, bacaan tekanan yang
pertama menunjukkan bacaan tekanan dipaparkan di skrin menunjukkan tekanan tersebut telah memasuki peringkat bahaya dan amaran berbunyi di
memasuki tahap amaran merah. (Minit ke skrin tersebut. Semasa berbincang, Mr Jimmy menerangkan tekanan ini sangat berbahaya untuk meneruskan
39:20) kerja penggerudian tetapi di sanggah oleh Donald Vidrine yang mengatakan ada kesilapan bacaan pada sensor
didalam saluran penggerudian (Drill line) dan mengarahkan supaya mereka membuat ujian di dalam saluran
kedua (kill line)

Ujian tekanan negatif (-VE pressure test) Jason Anderson melakukan ujian yang kali kedua menunjukkan tiada tekanan (zero pressure) didalam (kill line)
kedua menunjukkan bacaan kosong (0). dan beliau mengatakan bacaan itu tidak betul sedangkan bacaan di (drill line) memasuki tahap amaran, kedua-
(Minit ke 44:20) dua saluran paip sepatutnya mempunyai bacaan tekanan yang hampir sama dan di sanggah oleh Donald Vidrine
yang mengatakan (Drill Line) mempunyai masalah bacaan tidak betul. Jason Anderson menghubungi Mr
Jimmy untuk tindakan selanjutnya selepas ujian tersebut dan Mr Jimmy menyuruh kepada Jason Anderson
untuk mengikut kemahuan pelanggannya (Donald Vidrine) untuk meneruskan kerja penggerudian.

Tanda kesan limpahan kecil keluar dari Semasa kerja-kerja penggerudian Caleb Holloway telah mendapati ada tanda limpahan minyak/selut pada lantai
tempat pengerudian. (Minit ke 51:40) pengerudian disaksikan oleh Donald Vidrine dan beberapa pekerja pengerudian ,Caleb Holloway

6|Page
memaklumkan pekara tersebut kepada bilik operasi pengerudian (Jason Anderson) untuk melihat kedajian
tersebut.

Operasi menyelamat mangsa dilakukan oleh Selepas letupan di atas pelantar berlaku, kapten bot tunda mengeluarkan arahan kepada anak-anak kapal untuk
anak kapal tunda. (Pada minit ke 104:00) melakukan operasi menyelamatkan mangsa.

Anak kapal pelantar yang terselamat Anak-anak kapal pelantar yang terselamat dari letupan besar telah bergegas membantu mangsa untuk
melakukan pemindahan. (Minit ke 106:00) memindahkan ke bot keselamatan. “Mike” Williams telah bergegas ke bilik kamar Mr Jimmy untuk memberi
bantuan kepada Mr Jimmy yang cedera teruk dikaki dan penglihatan tidak jelas.

Butang kecemasan pada pod pencegah Selepas litar pintas di kawalan utama kedudukan pelantar, Andrea Fleytas pergi ke panel kecemasan untuk
limpahan (BOP Pod) tidak dapat dilakukan. menekan butang kecemasan tetapi dihalang oleh ketua beliau kerana mereka tidak ada kuasa untuk menekan
butang kecemasan. Setelah itu Mr Jimmy datang menekan butang tetapi tidak berjaya untuk menghentikan
limpahan tersebut kerana gigi injap didalam pod pencegah limpahan sudah pecah akibat tekanan tinggi.

7|Page
Peristiwa Besar
Peristiwa Besar Berlaku pada

Dinding simen telah hilang integriti/kekuatan Kejadian ini berlaku selepas melakukan ujian tekanan negatif pertama di kepala pencegah semburan
didalam telaga penggerudian . (Minit ke 50:04 (blowout preventer) dan sedang melakukan fasa terakhir pengerudian sumur/telaga menyebabkan berlaku
dalam filem) tekanan tinggi didalam telaga tersebut.

Limpahan pertama (1) seburan minyak/selut keluar Semburan pertama telah keluar dari paip pengerudian melimpahi ke atas lantai (deck) dan memancut
dari paip penggerudian. tinggi hingga ke menara pengerudian dan menutupi tingkap bilik operasi pengerudian. Perkerja
pengerudian dan Donald Vidrine juga terkena semburan minyak/selut dan Jason Anderson telah menekan
(Minit ke 51:48)
butang untuk menutup injap (annular valve) pertama didalam kepala pencegah semburan (blowout
preventer) untuk menghentikan lipahan/semburan tersebut. Sementara itu Caleb Holloway membantu
Donald Vidrine untuk keluar dari kawasan tersebut dan menanyakan kepada bilik operasi apakah langkah
seterusnya perlu dibuat. Jason Anderson telah mengarahkan kepada Caleb Holloway untuk menutup injap
paip yang berada berdekatan dengan paip pengerudi dan limpahan dapat dihentikan.

8|Page
Kepala telaga diatas lantai laut mendap dan Dinding diadalam lubang telaga telah runtuh menyebabkan kepada telaga diatas lantai laut juga mendap
Limpahan/seburan kedua (2) minyak/ selut keluar dan injap (annular valve) pertama didalam kepala pencegah semburan (blowout preventer) itu pecah dan
dari paip penggerudian. tidak dapat menahan tekanan didalam telaga tersebut menyebabkan tekanan minyak/selut merebak
kedalam laluan paip dan injap didalam tempat bahagian pengasingan lumpur di pelantar tersebut dan
(Minit ke 54:08)
minyak/selut keluar disemua dibahagian injap didalam bilik tersebut. Semasa kejadian itu sistem
penggera yang berada di bilik operasi pelantar berbunyi menandakan kehadiran gas di bahagian
pengasingan lumpur Andrea Fleytas beranggap bahawa alat pengesan selalu mengalami kerosakkan (false
alarm) dan ia menghubungi pekerja di bahagian tersebut untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan
disana tetapi pekerja dibahgian tersebut sedang sibuk untuk menutup limpahan yang keluar di injap.
Tekanan tersebut meyebabkan sistem amaran penggera berbunyi di dalam bilik operasi pengerudian
menunjukkkan bacaan sangat tekanan tinggi (4230 PSI), belum sempat Jason Anderson memberi arahan
kepada pekerja untuk kosongkan tempat penggerudian tersebut, semburan kali ke2 ini lebih kuat dan
menyebabkan pekerja termasuk Caleb Holloway yang berada di keliling paip pengerudian terpelanting
diatas lantai dan juga semburan tersebut memancut keluar tinggi sehingga atas menara pengerudian. Jason
Anderson juga menekan butang untuk menutup injap ke2 bagi menghalang semburan minyak/selut
tersebut keluar dan memberi arahan kepada pekerja untuk kosongkan kawasan tersebut.

9|Page
Semburan ke3 yang paling kuat tekanan didalam Ledakkan tekanan tinggi minyak/selut didalam tanah menyebabkan injap ke2 tidak dapat menahan
telaga. (Minit ke 55:40) tekanan, aliran minyak/selut didalam telaga tersebut merebak terus kedalam sistem paip,injap serta
peralatan didalam bahagian pelantar itu pecah akibat tekanan yang tinggi menyebabkan pekerja disitu
tepelanting dan cedera. Dibahagian lantai (deck) pengerudian Jason Anderson mengarahkan Caleb
Holloway untuk menutup injap di bahagian paip pengerudian bagi tujuan untuk mengalir tekanan
limpahan/semburan tersebut keluar dari pelantar melalui paip limpahan tetapi tidak berjaya disebabkan
oleh semburan yang kuat keluar dari lantai gerudi dan menutupi injap tersebut. Serpihan batu-batu
didalam telaga tersebut terkeluar menyebabhan tingkap di bilik operasi pengerudian pecah.

Peralatan-peralatan rosak diatas lantai peralatan diatas lantai penggerudian telah pecah dan peralatan diatas menara gerudi juga jatuh
penggerudian. (Minit ke 57:10) meyebabkan sebatang besi telah menembusi tingkap bilik operasi pengerudian dan mencederakan seorang
pekerja didalam bilik tersebut yang sedang bersiap sedia untuk menekan butang kecemasan. Semasa itu
juga pekerja-pekerja yang terselamat di kawasan pengerudian dan pengasingan lumpur sedang membantu
memindahankan mangsa keluardari kawasan tersebut.

Gas merebak hampir keseluruh lantai dan bahagian apabila semburan itu tidak dapat dikawal, gas sudah mulai merebak hampir seluruh bahagian dan lantai
pelantar. pelantar dan sistem penggera gas berbunyi di skrin monitor didalam bilik operasi pengerudian. Gas
tersebut memasuki kedalam bahagian enjin utama pelantar tersebut yang menyebabkan enjin utama
(Minit ke 58:21)
berputar lebih daripada kelajuan biasa (over ravving) dan disedari oleh Andrea Fleytas kerana monitor
kawalan pelantar menunjukkan baling-baling (propeller) berpusing laju dan penggera gas berbunyi di
skrin pemantauan. Andrea Fleytas keluar dari bilik operasi untuk membuat tinjauan dan didapati menara

10 | P a g e
gerudi dipenuhi dengan semburan minyak/selut terus bergegas membuat panggilan kecemasan, pada
masa itu jugak kapten pelantar Curt Kuchta memarahi Andrea Fleytas kerana membuat panggilan
kecemasan tanpa arahan dia.

Letupan berlaku diatas pelantar. Apabila gas telah memasuki kedalam engine menyebabkan engine menjadi (over ravving) dan meletup.
Letupan gas tersebut merebak keseluruhan bahagaian didalam pelantar sehingga di bilik selenggaraan
(Minit ke 58:21)
elektronik yang menyebabkan "Mike" terpelanting disebabkan pintu bilik tercabut dan juga “Mr. Jimmy”
terpelanting beberapa kali akibat letupan dan serpihan yang menembusi dinding biliknya. Hampir
keseluruhan bahagian dalam pelantar meletup akibat gas yang tersebar.

11 | P a g e
Analisis filem
Filem ini banyak membicarakan tentang pentingnya proses aliran kerja, pengurusan risiko dan keselamatan
pekerja. Beberapa plot-plot yang didalam filem tersebut menceritakan proses aliran kerja serta pengurusan
risiko yang diabaikan dan juga kurangnya latihan isu keselamatan yang menyebabkan berlakunya bencana
yang membawa kerosakan harta benda, alam, kecederaan dan akhir sekali menyebabkan kematian.

Unsur-unsur Keselamatan
Terdapat unsur-unsur keselamatan yang boleh dipelajari dari didalam Deepwater Horizon tersebut yang ada
beberapa adegan yang menceritakan perkara yang betul dilakukan didalam filem tersebut. Di bawah ini
beberapa unsur utama yang diketengahkan didalam filem ini:-

1. Pengurusan
:- Pengurusan di lapangan helikopter dan di pelantar.
Pengurusan yang baik diamalkan di lapangan helikopter seperti pendaftaran data pekerja (rig) sebelum
menaiki helikopter dan juga semasa amalan berjalan menuju ke helikopter berdalam kumpulan dan
berbaris, tidak berlari atau berpecah.
:- Semasa didalam babak akhir pemindahan mangsa bencana, Mr Jimmy telah melakukan prosedur
mengira pekerja dengan membuat semakan pada kedatangan pekerja pelantar dengan cara memanggil
nama untuk mengenal pasti mangsa diselamatkan.

Pendaftaran data pekerja Amalan berjalan menuju ke Ketua pasukan sedang mengira
(rig) helikopter mangsa yang terselamat.

12 | P a g e
:- Pengurusan risiko.
Didalam catatan peristiwa kecil tentang ujian integriti simen, Mr. Jimmy mengenal pasti risiko
sekiranya meneruskan operasi penggerudian demi menjaga keselamatan anak kapal dan tempat kerja.
:-Memberi amaran keselamatan.
Sebelum membuat ujian tekanan negatif, bilik operasi penggerudian memaklumkan kepada semua
pekerja tentang ujian tersebut menggunakan sistem alamat awam (PA sistem)
:- Tindakan awal mengenal pasti risiko.
Caleb Holloway mendapati ada tanda limpahan kecil pada lantai dan menghubungi bilik operasi
tentang kejadian tersebut. Begitu juga semasa ujian ujian tekanan negatif didapati bacaan tinggi dan
berbahaya untuk meneruskan operasi.

Caleb Holloway telah mendapati ada tanda Bacaan tekanan tinggi didalam lubang telaga
limpahan kecil

:-Pengurusan penyelamat dan pemindahan magsa .

Selepas letupan berlaku, kapten kapal tunda yang berdekatan dengan pelantar tersebut mengarahkan
anak kapal tunda membuat operasi menyelamat mangsa dengan menyediakan peralatan dan bantuan
kecemasan serta bot kecemasan untuk membantu mangsa yang terselamat.

13 | P a g e
Penyediaan alat bantuan Peti pertolongan cemas Bot kecemasan digunakan
kecemasan. disediakan untuk menyelamat mangsa.

2. Amalan Kesedaran menggunakan pakaian dan alat pelindungan diri yang betul.
:- Didalam filem ini banyak menunjukkan kesedaran seperti adegan sebelum menaiki helikopter
pekerja teknikal helikopter yang sedang menggunakan sarung tangan dan memakai (vest keselamatan)
untuk mengisi minyak, semasa menaiki helikopter para penumpang memakai jaket keselamatan dan
memakai tali keledar sepanjang perjalanan ke pelantar.
:- Mamakai alat perlindungan diri semasa diatas pelantar seperti topi keselamatan, baju dan seluar
panjang,memakai kasut keselamatan,sarung tangan serta palam telinga ditempat kawasan risiko tinggi
kemalangan dan bising .
:- Semasa Mike william berjalan di kawasan penggerudian dan menuju ke arah bilik operasi
penggerudian ditegur oleh beberapa rakan kerja kerana tidak memakai pakaian lengan panjang (overall
suit).

Kerja-kerja mengepam minyak Menggunakan alat pelingdung diri Mike william ditegur kerana
(PPE) yang betul (PPE) tidak lengkap

14 | P a g e
Pengajaran/kajian
Terdapat beberapa faktor yang boleh dipelajari dari kesilapan yang diceritakan didalam filem ini yang
membawa bencana kepada Deepwater Horizon tersebut. Di bawah ini menunjukkan teori pelbagai penyebab
(multi-causation) dan faktor utama yang menyumbang kepada bencana di Deepwater Horizon hasil daripada
beberapa kajian, sisatan & laporan yang dikeluarkan oleh badan berkanun serta agensi kerajaan.

Kegagalan
Organisasi

Faktor
Kesilapan
persekitaran/ Bencana
Manusia
Tempat kerja

kegagalan
Peralatan/
Mesin

Carta radial mengenai faktor utama yang menyebabkan bencana

1. Kegagalan Organisasi
i) Pengurusan yang lemah
:- Didalam filem banyak plot-plot menceritakan tentang kelemahan didalam sistem pengurusan
seperti dari segi pengurusan penyelenggaraan yang lemah dan tidak melakukan kerja-kerja
penyelenggaraan peralatan diatas pelantar yang berkaitan sistem keselamatan seperti alat
penggera dan sistem keselamatan.
:- Kelemahan didalam pengurusan pencegahan bencana, selepas letupan berlaku tidak ada
langkah-langkah yang dilakukan untuk mengurangkan bencana seperti tidak membunyikan

15 | P a g e
penggera kebakaran, anak kapal tidak melakukan kerja-kerja pemadaman api dan tidak
menyeluruh melakukan kerja menyelamat mangsa diatas pelantar.
ii) Pertukaran prosedur asal ke prosedur lain
:-Kesilapan yang dilakukan oleh pihak pelanggan (BP) adalah tidak membuat ujian integriti
dinding simen yang sepatutnya dilakukan tetapi mengarahkan kontraktor yang hendak
menjalankan ujian tersebut pulang tanpa sebarang alasan sebaliknya hanya melakukan ujian
tekanan negatif.
:-Kesilapan ini yang dilakukan oleh kontraktor penggerudian yang menanggap ujian tekanan
negatif dapat menguji kekuatan dinding simen daripada tekanan tinggi.
(Negative pressure test. The negative-pressure test checks not only the integrity of the casing,
like the positive pressure test, but also the integrity of the bottomhole cement job. At the
Macondo well, the negative pressure test was the only test performed that would have
checked the integrity of the bottomhole cement job. Instead of pumping pressure into the
wellbore to see if fluids leak out, the crew removes pressure from inside the well to see if
fluids, such as hydrocarbons, leak in, past or through the bottomhole cement job.) Petikan
dari National Aeronautics and Space Administration(NASA)(2011). Academy of
Program/Project & Engineering Leadership The Deepwater Horizon Accident: Lessons for
NASA(Case study) dicapai dari
https://www.nasa.gov/pdf/592629main_BP_Case_Study_29AUG2011_FINAL.pdf.
iii) Had kuasa atau pertindihan kuasa
:- Selepas letupan berlaku Andrea Fleytas cuba hendak menekan butang (Emergency
shutdown) bagi menutup laluan paip didalam kepala telaga (Macondo well) tetapi dihalang
oleh Kapten beliau dan mengatakan mereka tidak ada kuasa untuk menekan butang tersebut,
ini disebabkan had kuasa diberikan oleh organisasi tersebut kepada kapten dan pembantunya
padahal mereka berada paling dekat di sistem panel butang kecemasan tersebut.

2. Kesilapan manusia (fault of person)


i) Sikap ambil mudah didalam operasi (unsafe act)
:-Didalam operasi meneroka minyak yang dijalankan, pengurus (BP) telah melangkau
prosedur dan mengangap kekuatan dinding simen didalam telaga sangat kukuh tidak perlu
melakukan ujian dan pihak kontraktor penggerudian tidak membantah sekeras apa yang
keputusan yang diputuskan oleh pihak pelanggan
ii) Kurang Latihan Keselamatan

16 | P a g e
:-Semasa limpahan ketiga Jason Anderson masih lagi teragak-agak untuk menekan butang
(Emergency shutdown) walaupun amaran sudah berbunyi, keadaan dilantai penggerudian
kucar-kacir padahal dia juga berkuasa untuk menekan butang kecemasan tetapi beliau masih
lagi ragu-ragu untuk bertindak yang menyebabkan bencana yang besar berlaku.
3. Kegagalan peralatan/ mesin
i) Kegagalan sistem penggera
:- Disebabkan kurang penyelenggaraan peralatan menyebabkan kegagalan pada sistem
pengesan gas yang selalu memberi amaran palsu dan sistem penggera tidak dapat berfungsi
untuk memberi amaran kepada bilik operasi dan anak kapal.
ii) Kegagalan injap
:- Kegagalan injap didalam pod pencegahan limpahan untuk menahan tekanan tinggi dari pada
keluar didalam paip adalah punca utama kegagalan untuk menghalang bencana dari berlaku.
4. Faktor persekitaran/ tempat kerja (unsafe condition)
i) :- Disebabkan faktor kurang penyelenggaraan peralatan diatas pelantar(rig) tersebut
menyebabkan tempat kerja pelantar tersebut kurang selamat disebabkan persekitarannya
ditempat kerja tersebut dikelilingi dengan peralatan/mesin yang rosak boleh menyebabkan
kemalangan atau bencana.

Kesimpulan
17 | P a g e
Deepwater Horizon difilemkan hampir sebagai dokumentasi yang berorentasikan drama yang secara tidak
langsung filem ini juga memberi pendidikan tentang isu-isu keselamatan seperti kepentingan didalam
pengendalian kerja, penyelengaraan peralatan dan risiko didalam membuat sesuatu keputusan, terutamanya di
kawasan peneroka minyak yang mempunyai potensi risiko yang sangat tinggi. Walau bagaimana pun nilai
kerja secara berpasukan yang baik serta keberanian yang ditunjukkan oleh anak kapal tunda yang berada
berdekatan dengan pelantar tersebut semasa babak pemindahan mangsa dijalankan amatlah dipuji.

(3010 patah perkataan)

Sumber rujukan

18 | P a g e
Wikipedia.org.(2018).Deepwater Horizon. Dicapai dari https://en.wikipedia.org/wiki/Deepwater_Horizon

Wikipedia.org.(2018).Deepwater Horizon oil spill. Dicapai dari


https://en.wikipedia.org/wiki/Deepwater_Horizon_oil_spill

Wikipedia.org.(2018). Deepwater Horizon investigation Dicapai dari


https://en.wikipedia.org/wiki/Deepwater_Horizon_investigation

Wikipedia.org.(2017).Cement_bond_log. Dicapai dari https://en.wikipedia.org/wiki/Cement_bond_log

Historyvshollywood.com (2018) DEEPWATER HORIZON (2016). Dicapai dari


http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/deepwater-horizon/

Health and Safety Executive. (2002). A guide to the Offshore Installations and Pipelines
Works.Norwich,U.K. Dicapai dari www.hse.gov.uk/pUbns/priced/l70.pdf

Pugliesevich.(2018).Chief Electronic technician detail. Dicapai dari http://www.puglisevich.com/your-


career-details.php?id=9783.

Nex.jx .(2018). SENIOR DRILLING ENGINEER. Dicapai dari http://www.nex.jx-


group.co.jp/english/recruit/pdf/mirioffice_04.pdf

Prospects.(2018). drilling-engineer. Dicapai dari https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/drilling-engineer

Maritimejob.(2018) Master,Chief Mate, DPO,OIM. Dicapai dari


https://www.maritimejobs.com/resumes/resume/master--chief-mate--dpo-oim-271739

Kikuja.G.(2015). How does a BOP (blow out preventer) in a drilling rig work?. Dicapai dari
(https://www.quora.com/How-does-a-BOP-blow-out-preventer-in-a-drilling-rig-work

NASA.(2011).The Deepwater Horizon Accident: Lessons for NASA case study. Dicapai dari
https://www.nasa.gov/pdf/592629main_BP_Case_Study_29AUG2011_FINAL.pdf

Fleece.T.(2015).Case Study of Emergency Disconnect Sequence in the Gulf of Mexic. Dicapai dari
https://www.bsee.gov/sites/bsee.gov/files/technical-presentations/standards/fleece-eds-presentation-final-
draft.pdf

Aruna Viswanatha.(2016). U.S. Bid to Prosecute BP Staff in Gulf Oil Spill Falls Flat. Dicapai dari
https://www.wsj.com/articles/u-s-bid-to-prosecute-bp-staff-in-gulf-oil-spill-falls-flat-1456532116

United States Coast Guard.(2010). Report of Investigation into the Circumstances Surrounding the
19 | P a g e
Explosion, Fire, Sinking and Loss of Eleven Crew Members Aboard the MOBILE OFFSHORE DRILLING
UNIT DEEPWATER HORIZON. Dicapai dari https://www.bsee.gov/sites/bsee.gov/files/reports/safety/2-
deepwaterhorizon-roi-uscg-volume-i-20110707-redacted-final.pdf

Smith.J.R.(2010). REVIEW OF OPERATIONAL DATA PRECEDING EXPLOSION ON DEEPWATER


HORIZON IN MC252. Dicapai dari
https://www.bsee.gov/sites/bsee.gov/files/reports/reports/appendixbsmithreport.pdf

Oshwiki.eu.(2013) Occupational safety and health management and corporate social responsibility (CSR).
Dicapai dari
https://oshwiki.eu/wiki/Occupational_safety_and_health_management_and_corporate_social_responsibility
_(CSR)

Flight Safety Foundation.(2016). Basic Aviation Risk Standard Offshore Helicopter Operations Safety
Performance Requirements Implementation Guidelines(3th version) Dicapai dari https://flightsafety.org/wp-
content/uploads/2017/01/FSF-BARS-Offshore-Helicopter-Operations-BIG-v3-double-spreads.pdf

20 | P a g e