Anda di halaman 1dari 1

990701-08-9892

PENCEMARAN SUNGAI KERANJI, 31900, KAMPAR, PERAK SEMAKIN


MEMBIMBANGKAN : SATU KAJI DAN KES

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pencemaran Sungai Keranji, 31900,
Kampar, Perak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor
berlakunya pencemaran Sungai Keranji di Kampar Perak dan mengkaji langkah-
langkah yang perlu diambil oeh komuniti setempat untuk mengatasi masalah
pencemaran Sungai Keranji, 31900, Kampar, Perak. Seramai 30 orang komuniti
setempat dari kawasan Sungai Keranji terlibat dalam kajian ini. Bagi mengenal pasti
faktor-faktor berlakunya pencemaran Sungai Keranji Kampar Perak, kaedah soal
selidik, temu bual dan rujukan telah digunakan. Data kajian yang dikumpulkan telah
dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan carta. Daripada dapatan
kajian, faktor pencemaran Sungai Keranji adalah bahan buangan domestik dan
pembuangan sampah. Langkah yang perlu diambil oeh komuniti setempat untuk
mengatasi masalah pencemaran Sungai Keranji pelajar-pelajar harus menerima
pendidikan tentang mencintai alam sekitar dan komuniti setempat mengadakan
kempen atau aktiviti gotong-royong. Melalui kajian ini, diharap semua lapisan
masyarakat tidak kira tua mahupun muda supaya memelihara kebersihan sungai.

Anda mungkin juga menyukai