Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya.
Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut
Wikipedia,
‘Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or vocational training,
the arts, religion, civics, community roles, or life skills.’
Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan
emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi
warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan
peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.
Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi
negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Guru
merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap
tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Perpaduan kaum dapat
disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.
Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan,
perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song Sang (1996)
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta
mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualiti dan
nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan
tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini.
Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus diperkemaskan
dari masa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti kursus-
kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus-kursus tersebut penting bagi seseorang guru untuk
mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan.

Memartabatkan Profesion Perguruan

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam Rancangan
Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada empat agenda
utama. Pertama memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama rakyat. Kedua
ialah membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan mampu
bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang
merangkumi jurang di antara bandar dan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang
kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan mereka yang berkeperluan
khas. Ini bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus perkembangan negara.
Keempat ialah memartabatkan profesion perguruan agar profesion ini dihormati dan dipandang
tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan paling
hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.
Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru-guru yang
berkualiti tinggi, iaitu mereka yang benar-benar memahami hasrat dan matlamat
negara,mempunyai semangat tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan keutuhan agama,
bangsa dan negara, mempunyai berbagai kemahiran dari segi pedagogi, psikologi mahupun
interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan daya kepimpinan yang cemerlang.
Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka
empat strategi utama. Pertama, memantapkan latihan perguruan. Kedua, menambah baik kerjaya
guru. Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja. Keempat, memperkasa kerjaya perguruan.

Memantapkan Latihan Perguruan


Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah,
malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga
dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk
generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.
Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran
sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini,
pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-
amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru
cemerlang atau “master teacher”.
Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah
mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004. KPM telah memperkenalkan M-test
untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI.
Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan untuk melhirakn guru yang lebih
berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi
mempersiapkan guru dengan segala kemahiran yang benar-benar menepati keperluan pendidikan.
Memantapakan latihan perguruan dengan membaiki system latihan perguruan dari segi kurikulum
dan ko-kurikulum.

Menambah Baik Kerjaya Guru

KPM berusaha menambahbaik kerjaya guru dengan menyediakan peluang kenaikan pangkat
secara, time base. Mempercepatkan kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan jawatan guru
cemerlang yang member peluang guru dinaikkan pangkat secara fast track. Selai8nitu, KPM
bercadang melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-guru cemerlang ke luar
negara. Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia supaya mereka juga
menjadi yang terbaik dan cemerlang. Seterusnya, menyediakan peluan-peluang pelajaran kepada
guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang
lebih baik bagi mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan
untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana menawarkan peluang
menaikkan pangkat yang lebih baik.
Bagi menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran supaya member inspirasi kepada pelajar-
pelajar untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha dalam
membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal ini, secara tidak
langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat.

Memperbaiki Persekitaran Kerja

Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan kajian beban
tugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam menangani beban tugas guru.
Dalam belanjawan RMK9, kementerian pelajaran Malaysia telah membaiki untuk membaik pulih
dalam menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru. Ini menjamin kebajikan
guru, kerajaan juga telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks kepada anak-anak guru
samada yang telah bersara atau yang telah meninggal duni. Dasar init e;ah melibatkan peruntukan
kira-kira RM 19 juta.
Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru dilengkapkan
dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa.
Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini
mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan
tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru
yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuki guru-guru
yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke sekolah khususnya di
pedalaman Sabah dab Sarawak.
Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya
menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat
tinggi.
Memperkasa Kerjaya Perguruan

Untuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar
guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk melakukan
yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah. Penerununan kuasa
ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam
kalangan guru. Langkah ini akan member keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah
tanpa sebarang tekanan.

Kesimpulan
Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku
adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan
yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan.
Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta
menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara
serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan
pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik.
Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri.
Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani
ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk
merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara,
dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan
tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu
negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
maju.

Anda mungkin juga menyukai