Anda di halaman 1dari 2

4 Kesalahan Semasa Meninggalkan Kota Mekah – Boleh Membatalkan Tawaf

Wada

Umrah. Kita diwajibkan untuk melakukannya hanya sekali seumur hidup. Jadi amat
senang untuk kita terlepas hukum-hakam umrah, terutamanya ketika ingin
meninggalkan tanah suci Mekah.

10 hari telah berlalu, dan kita juga telah bersiap sedia untuk bergerak ke Madinah dan
pulang ke tanah air.

Mutawwif mengingatkan kita untuk melakukan tawaf wada, iaitu tawaf terakhir atau
tawaf ‘selamat tinggal’ yang dilakukan sebelum meninggalkan tanah suci Mekah.

Hukumnya adalah wajib, tetapi dimaafkan bagi wanita yang tidak dapat
mengerjakannya kerana datang haid.

Kita pun berpakaian menutup aurat, pakaian pun begitu cantik kerana tak sabar ingin
berjumpa dengan ahli keluarga yang menunggu di tanah air. Kita melakukan tawaf
sebanyak tujuh pusingan, dan ingin kembali ke hotel untuk bergerak pulang.

Tetapi kita tidak tahu.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan selepas tawaf wada,
yang apabila dilakukan akan membatalkan tawaf tersebut. Batalnya tawaf wada
dikenakan bayaran dam (denda)! Mari kita lihat, ya.

1) AMBIL GAMBAR

Mungkin beberapa hari sebelum hari terakhir di Mekah, kita begitu khusyuk dengan
ibadah sehingga terlupa untuk ambil gambar di hadapan kaabah. Berhati-hatilah.
Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa jika kita bergambar selepas mengerjakan
tawaf wada, terbatallah tawaf tersebut dan dikenakan bayaran dam.

2) BEREHAT-REHAT (DIBILIK HOTEL)

Semestinya jemaah akan berasa sedikit letih selepas mengerjakan tawaf wada, maka
mereka memutuskan untuk membuat tawaf wada awal untuk membolehkan mereka
berehat sebentar di bilik hotel sebelum bergerak meninggalkan tanah suci Mekah.
Tawaf wada terbatal jika kita masih mempunyai ruang dan masa untuk berehat-rehat
di bilik. Kita dibolehkan mandi, menukar pakaian dan makan selepas tawaf wada,
tetapi tidak boleh lagi berehat di bilik ya!

3) SINGGAH UNTUK MEMBELI


Membeli apa-apa sahaja di kedai berdekatan semasa pulang dari mengerjakan tawaf
wada. Contohnya membeli baju atau kurma, mungkin kita terlupa tentang kawan yang
memesan, atau kita terdetik untuk memberi hadiah kepada insan tersayang di tanah air.
Jemaah dilarang membeli belah selepas mengerjakan tawaf wada. Jika ingin membeli,
tunggulah sehingga kita sudah keluar dari tanah suci dan belilah di Jeddah atau di
Madinah.

4) Beribadah selepas mengerjakan tawaf wada

Melaksanakan ibadah sebagai contoh menunaikan solat taubat atau solat hajat selepas
mengerjakan tawaf wada. Sebenarnya kita hanya boleh mengerjakan solat sunat tawaf
wada sahaja, dan selepas itu perlu pulang. Segala ibadah lain eloklah dilakukan
sebelum mengerjakan tawaf wada.

Sebelum bergerak untuk menunaikan umrah, eloklah jika kita ambil perhatian dan
menambah ilmu tentang hukum dan rukun ketika berada di sana.

Moga-moga umrah kita diterima Allah taala, dan semoga kita sentiasa dijemput ke
tanah suci lagi.

Anda mungkin juga menyukai