Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER / TAHUN
MAY/2018

KOD KURSUS
HDPS 1303
PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

NO. MATRIK: 950201085610001


NO. KAD PENGENALAN : 950201-08-5610
NO. TELEFON: 017-5900389
E-MEL : norsharinasuhaimi@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM GREENHILL IPOH PERAK
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN 1
1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
1.1.1 TAHAP SENSORIMOTOR 2-5
1.1.2 TAHAP PRAOPERAS 5-7
1.1.3 TAHAP PEMIKIRAN KONKRIT 7-9
1.1.4 TAHAP PEMIKIRAN OPERASI FORMAL 9
1.2 PERINGKAT PRAOPERASI TEORIPERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
1.2.1 FUNGSI SIMBOLIK 10-11
1.2.2 PEMIKIRAN INTUITIF 11-12

BAHAGIAN 2

2.0 APLIKASI TOERI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET KE


ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 13-14
2.1 KESIMPULAN 14

3.0 RUJUKAN 15
BAHAGIAN 1
1.0 PENGENALAN

Perkembangan kognitif Piaget menekankan serta memfoku5skan tentang bagaimana


kanak-kanak belajar dan memproses sesuatu maklumat. Dalam perkembangan kognitif ini
dapat dilihat kanak-kanak membina pengetahuan mereka dan mengembangkan daya
fikiran. Proses perkembangan ini, melibatkan bahasa. Imaginasi, fikiran penaakulan,
penyelesaian masalah dan memori kanak-kanak. Menurut Jean Piaget (1930)
perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Skema adalah bentuk pengetahuan asas
pengetahuan manusia. Kanak-kanak membentuk skema dari kelahiran.

Tahap perkembangan kognitif ini membincangkan tentang tahap-tahap perkembangan


kognitif Piaget iaitu, tahap sensorimotor, tahap praoperasi, tahap pemikiran konkrit dan
tahap pemikiran formal. Pada perbincangan tugasan kali ini, saya di kehendaki
memerhatikan kanak-kanak berusia diantara empat hingga enam tahun. Tugasan ini tealah
menekankan dan mengutamakan kanak-kanak pada tahap praoperasi yang berusia diantara
empat hinnga enam tahun yang berada di tabika. Perbincangan ini perlu memerhatikan
tingkah laku serta pertuturan pada peringat usia ini.

Seterusnya, tugasan ini turut menitikkan berat tentang aplikasi teori perkembangan kognitif
Piaget mengenai praoperasi serta perkaitan tentang dan hubungkait pengajaran dan
pembelajaran kanak-kank usia tersebut. Tugasan ini, menerangkan bagaimana proses
perkembangan kognitif asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi dapat diaplikasikan dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran di tadika mahupun taska.

Hasil daripada tugasan dan pemerhatian terhadap kanak-kanak berusia empat hingga enam
tahun saya dapat mengenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak usia empat hingga enam
tahun. Saya juga dapat mengetahui pengjaran serta pembelajaran yang sesuai berdasarkan
skema yang tersedia.
1.1 PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

1.1.1 TAHAP SENSORIMOTOR


Tahap sensorimotor ataupun tahap deria sensorimotor merupakan satu
tahap yang berterusan dari lahir sehingga bayi telah mencapai umur dua tahun.
Pada tahap ini dapat dilihat pemahaman terhadap dunia kanak-kanak dibina
melalui mengkoordinasikan deria mereka dengan penggunaan pergerakan
fizikal. Dapat dilihat juga pergerakan hubungan badan dengan persekitarannya.
Kebolehan deria motornya akan berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
mempelajari tentang dirinya melalui melihat, menyentuh dan mendengar
disekeliling mereka dan kemudian meniru. Kebolehen untuk bayi untuk meniru
tingksh lsku dikensli sebagai pembelajaran melalui pemerhatian. Piaget turut
menerangkan bahawa tahap sensorimotor terdapat enam subperingat tersendiri
bermula saat bayi lahir sehingga bayi mencecah usia 24 bulan.

i) Refleks Asas (Lahir – satu bulan)

Koordinasi deria dan aksi melalui tindak balas refleksif. Pada


tahap ini, gerakan pantulan hanya pergerakaan yang mampu
dilakukan oleh bayi. Gerakan ini diwujudkan lahair melalui
tingkah laku melalui pendengaran, penyusuan , gerakan tangan,
(menggenggam, menghisap jari) penyesuaian, pandangan dan
sebagainya. Gerakan pantulan ini belum ditentukan
perbezaannya, gerakan ini merupakan sebahagian besar
dilakukan untuk keperluan tertentu sahaja.

ii) Tabiat Pertama dan Reaksi Sekeliling Utama (satu – empat


bulan)

Tahap ini merupakan koordinasi sensasi dengan dua skema iaitu


tabiat (refleks) dan reaksi sekeliling utama yang merupakan satu
penghasilan semula suatu kejadian yang berlaku secara tidak
sengaja. Tahap ini turut dikenali sebagi reaksi asas sekular.
Merupakan peringat pertama untuk suatu pencapaian dan
penyesuaian untuk perlakuan reaksi sekular, pada tahap ini,
dapat dilaht bayi telah mempunyai pengertian tentang bahagian
tertentui badannya. Pengalaman memainkan peranan yang ama
penting dalam pembentukan tingkah laku. Daripada
perkembangan tahap pertama akan menghasilkan pengalaman
kepada bayi, tingkah laku bayi pada tahap kedua ini bergantung
kepada andaian sebab munasab tertentu akan mewujudkan
sesuatu situasi yang baru kepada bayi. Sistem pandangan serta
gerakan tangan bayi mula diselaraskan pada tahap sensori ini
apabila bayi menggerakkan kepala dan mencari dengan mata
apabila mendengar sesuatu bunyi. Sebagai contoh, bayi akan
melakukan suatu tingkah laku yang ganjaranya akan
mendapatkan keseronokkan dan menyenangkan bayi akan
mengulangi perbuatan tersebut.

iii) Reaksi Sekeliling Kedua (empat hingga lapan bulan)

Pada tahap ini dapat dilihat bayi muka berorentasi dengan objek
dan mula mengulangi sesuatu aksi berulang kali untuk
mendatangkan keseronokkan. Tahap ini turut memperlihatkan
bayi telah mempunyai persediaan untuk membuat pandangan
dan pemerhatian yang lebih lagi. Tingkah laku baru yang
dilakukan oleh bayi seperti mengambil sesuatu barang dan
menggerakkanya, tingkah laku ini merupakan satu daripada hasil
proses pembelajaran bayi. Pada waktu ini, bayi telah membuat
satu tanggapan tentang objek yang berada di tanganya. Sebagai
contoh, kebanyakkan bayi pada usia ini sering memasukkan
objek kedalam mulut dengan bertujuan untuk mengenali dan
mengetahui tentang objek tersebut.
iv) Koordinasi Reaksi Sekeliling Kedua (lapan hinga dua belas
bulan)

Koordinasi ini menglibatkan koordinasi penglihatan dan


sentuhan (mata-tangan). Tahap ini merupakan masa pengukuhan
dimana keadaan yang wujud sebelumnya sesuai di antara satu
sama lain. Pada perkembang ini, dapat dilihat perkembangan
mental bayi dapat dikatakan berada pada tahap perkembangan
daya kognitif dan berkebolehan mental asas pada bayi. Apabila
sesuatu perkara berlaku bayi sudah mengetahui akibatnya.
Contohnya, pada usia ini bayi sudah mengetahui apabila
menggoncangkan suatu alat mainan ia akan mengeluarkan
bunyi.

v) Reaksi Sekeliling Ketiga, Sesuatu yang Baru dan Perasaan Ingin


Tahu (dua belas hingga lapan belas bulan)

Pada ketikan usia ini, bayi sudah mula terpesona dengan ciri-ciri
sesuatu objek dan pelbagai aksi yang boleh dilakukan
menggunakan objek tersebut. Bayi juga mula timbul perasaan
dan sikap ingin tahu yang mendalam. Pengalaman yang dilalui
oleh bayi akn berlaku secara aktif dan berlaku penemuan yang
bermakna baru. Dalam hal ini, bayi memerlukan kecepatan
untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila
bayi telah berada dalam situasi yang baru.

vi) Skema Internalisasi ( lapan belas hingga dua tahun)

Kanak-kanak pada usia ini mula memeperkembangkan


kebolehan untuk menggunakn symbol primitif dan seterusnya
membentuk gambaran minda. Kombinasi mental kanak-kanak
akan berlaku dan mula mempunyai keupayaan untuk memahami
aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Kanak-kanak juga mula
memahami dan dapat mengatsi masalah dengan mencuba kaedah
cuba jaya serta dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan melalui pemerhatian. Pada ketika ini, kanak-kanak juga
telah memahami dan mengetahui tentang perana jantina dan
fungsi individu dalam berumahtangga.

Sehubung dengan itu, perkembangan tahap perkembangan sensorimotor, Piaget


telah menegenal pasti bahawa pada hujung tahap sensorimotor ini, kanak-kanak
telah berjaya mengenal pasti kekekalan objek (object permanence). Kekekalan
objek merupakan perbezaan antara diri kita dan dunia sekeliling, kehidupan
juga tidak dapat ditentu dan tidak dapat diduga. Mengikut kepercayaan Piaget
begitulah kehidupan seorang bayi yang baru lahir. Beliau turut berpendapat
bahawa soerang bayi yang baru lahir merupakan objek tidak terasing dan tidak
mempunyai kewujudan kekal. Pada akhir tahap sensorimotor ini, Piaget dapat
mengenal pasti bahawa walaupun tidak dapat disentuh, dilihat atau didengari,
kewujudam objek serta kejadian peristiwa akan tetap berterusan. Untuk
memastikan kanak-kanak berjaya memahami konsep kekekalan objek, satu
ujikaji dijalankan kepada kanak-kanak dengan meletakkan objek di tepi
dinding. Seterusnya, cuba gerakkan objek tersebut ke belakang dinding, jika
didapati kanak-kanak mengikuti objek tersebut dan mencari objek tersebut di
dinding maka kanak-kanak tersebut telah berjaya mempunyai kebolehan ini.

1.1.2 TAHAP PRAOPERASI

Tahap Praoperasi dilabelkan sebagi tahap “pra” ia tidak bermaksud tahap ini
tidak penting dalam perkembangan kanak-kanak. Tetapi tahap ini merupakan
tahap transisi yang kritikal di mana kanak-kanak perlu menpergembangkan
kemahiran sebelum mereka menjalankan tahap “operasi”. Menurut Santrok
(2011), operasi merupakan pelkauna mental yang diterbalikkan semula. Sebagai
contoh, untuk menggambarkan operasi seseorang itu, perlu melakukan operasi
penambahan dan penolakkan didalam minda mereka. Tahap ini akan
berlanjutan dari usia dua hingga tujuh tahun. Kanak-kanak juga akan mula
menggambarkan dunia mereka secara simbolik melalui perkataan, gambar dan
lukisan. Menurut Piaget, perkembang ini merupakan yang paling penting
kerana pada tahap ini merupakan tahap penggunaan bahasa. ixyvcvv ini
tebahagi kepada dua sub-peringkat;

i) Fungsi Simbolik

Merupakan peringkat pertama dalam tahap praoperasi. Peringkat ini


berlangsung antara usia dua hingga emapt tahun, kanak-kanak mula
mempunyai kemampuan untuk menggambarkan sesuatu objek yang
tidsk wujud di depan mereka. Kemampuan ini dapat mengembangkan
pandagan mereka terhadap dunia disekeliling mereka. Pemikiran kanak-
kanak juga tekah dihadkan dengan ciri-ciri egocentrism. Ecogenism
bermaksud ketidakmampuan seseorang untuk membezakan perspektif
diri dan perspektif orang ketiga. Dapat dilihat juga, kanak-kanak pada
tahap ini mempunyai sikap anismisma yang mempunyai kepercayaan
terhadap objek mempunyai ciri-ciri kehhidupan dan boleh melakukan
pelbagai aksi. Kanak-kanak pada tahap ini, dikatakan gagal untuk
mnegnalpasti dan membezakan ciri-ciri yang ada pada benda hidup dan
objek bernyawa.

ii) Pemikiran Intuitif

Subperingkat yang berlaku ketikan kanak-kanka berusia empat hingga


tujuh tahun. Kanak-kank pada tahap ini telah menunjukkan kebolehan
bertaakul secara primitive dan kian aktif bagi mendapatkan jawapan
bagi setiap persoalan yang diajukan. Ketika usia mereka empat tahun,
kanak-kanak kerap bertanyakan “mengapa” dan “apa akan terjadi jika”.
Kapasiti mereka juga agak terhad pada peringkat (umur) ini dan masih
belum boleh memberi jawapan yang sempurna kepada soalan “jika”.
Manakala bagi usia lima tahun, kanak-kanak mula menunjukkan
kemahuan untuk mendapatkan jawapan mengapa perkara disekeliling
mereka adalah seperti apa yang merek lihat dan ingat. Contoh soalan
pada peringkat (umur) lima tahun;
 “Bagaimana burung boleh terbang?”
 “ Kenapa air ini membeku bila sejuk?”
Piaget telah memanggil tahp ini sebagai intuitif kerana kanak-kanak
kelihatan begitu yakin dengan pengetahuan serta pemahaman mereka
sendiri tetapi tidak menyedari bagaimana mereka mengetahui perkara
yang mereka sedia ketahui.

1.1.3 TAHAP PEMIKIRAN KONKRIT

Tahap ini turut dikenali sebagi tahap operasi konkrit. Pada tahap ini, ia
melibatkan kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga sebelas tahun. Piaget
telah menerangkan bahawa kanak-kanak pada usia ini mmmula
menggantikanpenaakulan intuitif dengan pemikiran secara lebih logiKal, ia
akan menghasilkan penyelesaian yang dapat ditentukan dengan contoh-contoh
yang lebih konkrit. Selain itu, kanak-kanak pada tahap tidak lagi bersifat
egosentik, mereka telah mempunyai sikap ingin tahu dan lebih gemar
menanyakan sesuatu soalan yang menarik minat mereka kepada orang yang
lebih dewasa. Sikap ini turut mewujudkan sikap yang lebih terbuka untuk
menerima pendapat orang lain. Kanak-kank pada tahp ini, telah memasuki alam
persekolah dan telah mendedahlan mereka pada kepelbagaian peluang sosial.
Mereka juga telah menunjukkan perkembangn berfikir secara konsep dan
memahamim konsep nombor, berat dan susunan dan fahami konsep kekalan
sesuatu objek. Koservasi pulamerupakan kemahiran yang perlu ada pada kanak-
kanak ditahap konkrik kerana ia merupakan kemahiranboleh berfikir panjang,
bilangan, berat dan isipadu tidak akn berubah walaupun berubah rupa objek
tersebut.

Bilangan Panjang Kuantiti Jisim Berat Isipadu


Cecair

Rajah 1: Turutan perkembangn konvervasi


Piaget telah melintakan pemikiran berfikir seorang kanak-kanak tentang cir-ciri
objek, merupakn kemahiran mengklasifikasi (classification). Pemikiran konkrit
seharusnya dapat memahami;

i) Hubungan antara Set dan Subset

Mengambarkan kanak-kanak supaya memahami hubungan


pengklasifikasikan antara set dan subset. Rujuk gambar rajah 2:

B E

C D F

G H I

Rajah 2 : Sahsiah keluarga empat tahap

Untuk kanak-kanak yang memahami korelasi antara tahap mereka akan


memahami bahawa D merupakan cucu, anak dan bapa. Misalnya D
merupakan bapa kepada G, H, dan I, D juga merupakan anak kepada B
dan cucu kepada A.

ii) Pensirian (Seriation)

Pensirian merujuk kepada kebolehan untuk mengklasifikasikan objek


atau keadaan menikut ciri-ciri seperti saiz, warna, bentuk atau jenis.
iii) Transitiviti (Transitivity)

Transitivity merupakan kemahiran untuk mengenal pasti hubungan


antara pelbagai onjek menikut turutan siri (Alleydog, 2013).

1.1.4 TAHAP PEMIKIRAN OPERASI FORMAL

Tahap pemikiran operasi formal merupakan tahp pemikiran yang dicapai oleh
kanak-kanak yang berusia diantara 11 hingg 15 tahun dan berlanjutan sehingga
dewasa. Tahap ini kanak-kanak telah mencapai tahap pemikiran operasi formal
(formal operational thought) mereka akan mula berfikir lebih jauh daripada
pemikiran konkrit. Pemikiran kanak-kanak operasi formal sudah mulai dan
mempunyai ciri-ciri abstrak, idealistic dan logical. Bayangan tentang sesuatu
situasi yang idealserta penilaian logical akan dibuat. Bagi penyelesaian
masalah, pemikiran operasi formal akan bersifat lebih sistematik dan
menekankan pertimbangan logikal manakala pemikiran abstrak merupakan
permulaan idea-idea atau bayangan pengidealisasian sesuatu perkara. Apabila
umur meningkat, semakin bertambah kebolehan mereka untuk berfikir secara
logikal. Kemahiran pertimbangan hipotesis secar deduktif (hypothetical
deductive reasoning) merupakan kemahiran remaja untuk berfikir seperti para
saintis dan membuat kerangkaan penyelesaian masalah dan seterusnya menguji
jalan penyelesaian secara sistematik. Mereka akan mencipta hipotesis ubtuk
menyelesaikan tanggapan yang baik dan akan menyimpulkan sera merumuskan
secara sistematik agar jalan yang paling baik akan diambil untuk menyelesaikan
masalah. Proses asimilasi lebih mendominasikan perkembangan pemikiran dan
terdapat banyak unsur-unsur subjek dan idealistik bagi peringkat awal tahap
pemikiran operasi formal ini.
1.2 PERINGKAT PRAOPERASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

1.2.1 FUNGSI SIMBOLIK

Fungsi simbolik adalah peringkat pertama bagi pemikiran praoperasi yang melibatkan
kanak-kank berusia diantara dua hingga empat tahun. Kanak-kanak pada tahap ini
berupaya untuk menggambarkan objek yang tidak wujud di depan mereka. Mereak juga
dapat memperkembangan pandangan terhadap dunia sekeliling mereka. Fungsi
perkembangan pemikiran kanak-kanak dihadkan kepada dua iaitu:

i) Egocentrism

Egocentrism adalah ketidakupayaan untuk membezakan perspektif antara diri


dan perspektif antara orang ketiga. Sebagai contoh, perbualan antara seorang
ibu dan anak melalui telefon:

Ibu: Yusuf sudah makan atau belum?


Yusuf: Diam sambil menganggukkan kepala.
Ibu: Yusuf sudah minum susu atau belum?
Yusuf: Menggelengkan kepala tetapi masih diam.

Melalui perbualan ini, kita dapat lihat bahawa kanak-kanak berusia antara dua
hingga emapt tahun masih lagi tidak tahu memebezakan perspektif diri merak
dan perspektif orang ketiga. Jawapan yang diberikan oleh Yusuf bersifat
egocentrism kerana Yusuf masih lagi tidak memahami perspektif ibunya dan
dia tidak mengetahui bahawa ibunya tidak dapat melihat dirinya ketika
menganggukkan dan menggelengkan kepalanya. Jika kanak-kanak itu tidak lagi
mempunyai egocentrism merekan akan segara menjawab sitiap persoalan yang
diajukkan.
ii) Animisma

Sikap animisma merupakan kepercayaan bahawa objek-objek mempunyai ciri-


ciri kehidupan dan boleh melakukan aksi atau pergerakkan. Kanak-kanak
mempunyai sikap ini sering gagal untuk membezakan antara ciri-ciri kehidupan
dan objek bukan kehidupan. Kanak-kanak yang mempercayai kepercayaan
animisma sukar untuk membezakan antara peristiwa yang bersesuai denagn
peerspektif manusia dan perspektif bukan manusia. Sebagai contoh, “ bulan itu
mengejar saya” dan “peti ais itu hendak menimpa saya”.walaubagaimanapun
sesetengah pihak menganggap bahawa kepercayaan kanak-kank terhadap
animism bukanlah pengetahuan atau pemahaman yang tidak lengkap ia juga
bukan konsep utama dunia.

1.2.2 PEMIKIRAN INTUITIF

Peringkat pemikiran intuitif melibatkan kanak-kanak yang berusia antara empat hingga
tujuh tahun. Pada tahao ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan mereka untuk
betaakulan secara primitif dan kian aktif untuk mendapat jawapan bagi setiap
pertanyaan mereka. Menurut Piaget kanak-kanak pada tahap ini di panggil “intuitif”
kerana mereka yakin dengan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang sesuatu
perkara tanpa mereka tahu seseuatu tetapi mengetahui sesuatu perkara tanpa
menggunkan pemikiran yang rasional. Pada usia empat tahun, kanak-kanak
bertanyakan soalan “mengapa” “bagaimana” dan “apa yang akan terjadi jika” . namun
begitu, tahap pemikiran kognitif kanak-kanak pada usia ini alah terhad dan masih belum
mampu untuk memebrikan jawapa yang sempurna pada soalan “jikalau”. Pda usia lima
tahun pula, telah berlaku peningkatan tehadap perkembangan pemikiran kanak-kanak,
mereka telah mula bertanya soalan yang berkaitan dengan sekelilinag mereka.
Contohnya:

“Bagaimana ibu boleh membesar seperti sekarang?”


“Kenapa kucing ini ada bulu?”
Kanak-kanak pada usia ini dilaht begitu yakin dengan penegathuan dan pahaman
mereka tetapi kanak-kanak ini tidak menyedari bagaimana mereka mengetahu sesuatu
perkara tersebut. Dapat dilihat juga kanak-kanak dalam kelompok ini sukar untuk
menyusun sesuatu objek mengikut kumpulan rawak objek tersebut. Mereka sukar untuk
meletakkan objek tersebut mengikut kumpulan yang betul. Sebagai contoh:

 Seorang kanak-kanak berusia enam tahun diberikan sebakul set mainan


bonhkah kayu pelbagai bentuk, dia diminta untuk menyusun bongkah tersebut
mengikut kumpulan bentuk dan sifat yang sama. Setelah sesi berakhir, kanak-
kanak tersebut telah Berjaya mengumpul bongkah tersebut mengikut kumpulan
bentuk dan sifat tetapi dia sukar untuk membezakan beberapa bentuk bongkah
kayu yang lain dengan kumpulan yang betul

Selain sukar untuk membezakan bentuk bongkah, kanak-kanak pada usia ini turut gagal
dalam ciri-ciri nombor,,ruang, isipadu dan sebagainya.
BAHAGIAN 2

2.0 APLIKASI TOERI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET KE ATAS


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teori perkembangan kognitif Piaget turut diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran. Aplikasi ini diguna pakai dalam pembelajaran harian kanak-kanak melalui
penyesuaian kurikulum terhadap perkembangan mereka. Guru akan melakukan aktiviti
pembelajaran secara eksplorasi dan penemuan untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk
melakukan sesi pembelajaran

Proses perkembangan kognitif Piaget asimilasi dan akomodasi merupakan proses


perkembangan yang saling berkaitan diantara satu sama lain. Asinilasi didefinisikan sebagi
proses kognitif yang menghimpunkan informasi baru ataau pengalaman-pengalaman baru
ke dalam skema yang sedia ada dan berlaku penyerapan maklumat naru ke dalam struktur
sedia ada. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak terjumpa seekor burung tiung dan
memanggil ia sebagai “burung”, kemudian dia telah menjumpai kawanan burung merpati
dan kanak-kanak tersebut mengingati skema ciri-ciri “burung” dia telah menambah
maklumat baru dalam skema yang sedia ada. Kanak-kanak pada tahap praoperasi
mengetahui secara asas tentang ciri-ciri burung, seperti berparuh dan bersayap. Apabila
kanak-kanak menjumpai speseis burung yang lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan asas seekor burung, kanak-kanak tersebut telah menambah maklumat baru tentang
buru. Dalam pembelajaran kanak-kanak di tadika/taska seorang kanak-kanak telah
mengetahui asas dan perkara mudah mengenai sesuatu, apabila pembelajaran berlaku
mngenai perkara yang mereka sudah ketahui berlaku penambahan maklumat baru tentang
perkara tersebut pada mereka. Kanak-kanak pada tahap praoperasi telah mngetahui asas
tentang simbol, nombor, abjad dan sebagainya. Melalaui asimilasi kanak-kanak telah
mengetahui asas bilangan nomor dari satu hingga 10. Pada peringkat awal mereka hanya
mengenali peringkat asas penomboran sahaja, apabila memasuki alam prasekolah mereka
mula mengenali nombor perpuluhan, ratusan dan ribuan. Apabila mereka mengetahui asas
tersebut mereka akan memahami konsep nombor yang berikutnya. Akomodasi pula,
merupakan proses penyesuian diri dalam menukar skema lama kepada yang baru untuk
menghasilkan pengalaman dan perkembangan baru bagi membentuk skema lama. Sebagi
contoh, kanak-kanak tadi telah melihat seekor ayam dan telah cuba untuk menyerapkan
kedalam skema la “burung” tetapi mendapati ciri-ciri tersebut tidak menepati kerana ayam
tidak tebang dan telah mengakomodasikan skema “burung” terhadap ayam. Setelah
memahami konsep asas penomboran kanak-kanak juga telah mula mnyesuaikan diri
tentang konsep yang lain. Mereka dapat meyelesaikan tentang sesuatu masalah, mereka
juga dapat belajar pengelasan, isipadu dan sebagainya.

Ekuilibrasi atau dikenali sebagai keseimbangan. Proses ini akan tercapai apabila kanak-
kanak telah menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuian. Apabila tahap
keseimbangan kanak-kanak telah tercapai, proses pemberangsangan akan berlaku untuk
memperhalusi informasi yang telah diterimanya. Contohnya, seorang kanak-kanak telah
mengetahui ciri asas sebuah motosikal dan teleh terjumpa motosikal beroda tiga, dia tetap
mengetahui bahawa itu dadalah motorsikal walauppun berbeza ciri-cirinya. Apabila dia
telah mnejumpai sebuah motosikal yang telah diubah suai. Dia tetap dapat menerima
bahawa itu merupakan sebuah motosikal. Apibala proses penyerapan dan pengubahsuain
telah tercapai kanak-kanak akan dapat menerima proses pengubahsuain tersebut. Jika
sebaliknya berlaku maka pengubahsuian tersebut dianggap tidak dicapai. Sebagai contoh,
dua buah gelas yang berisi air yang sama kemudian satu gelas telah dituang ke atas sebuah
bekas yang rendah dan lebar, walaupun berbeza bekas isipadu air adalah tetap sama.

2.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian terhadap knak-kanak berusia empat hingga


enam tahun, saya dapat menegtahui lebih lanjut tentang tahap perkembangan kognitif Piaget
iaitu tahap praopersi dengan lebih terperinci. Perkembangan kognitif amat penting dalam
kehidupan kanak-kanak. Melaui pengalaman peniruaan dan pemerhatian terhadap
persekitaraan mereka dapat membantu kanak-kanak untuk proses pembesaran dan
pembelajaran mereka akan datang.

( 2785 Patah Perkataan)


3.0 RUJUKAN

Alleydog,com(2013) Transitivity. Di Capai Dari


http://wwwalleydog.com/glossary/definition.php?term=Transitivity#ixz2XxXAWUVI

Anna Wahidah. (2012 September, 22) Tahap Perkembangan Kognitif Piaget. Di Petik
Daripada http://anna-w--fpsi09.web.unair.ac.id/artikel_detail-59558-Psikologi%20-
TAHAP%20PERKEMBANGAN%20KOGNITIF%20PIAGET.html

Durani Hanis. (2013 Disember, 13) Teori Kognitif. Di Petik Daripada


https://www.slideshare.net/hanisdurani/teori-kognitif-29184054

Gardner, H. (1983) Frames of mind: The theory of multiple intelligences (10th.ed).New


York, Basic Books.

McLeod, S. (2007) Formal operational stage. Dicapai dari


http://www.simplypsychology.org

Mohammad Syafie Bin Samsir. (2010 Mei, 20) Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak.
Di Petik Daripada https://www.scribd.com/doc/30792531/Perkembangan-Kognitif-Kanak-
Kanak

Mohammad Syafie Bin Samsir. (2012 Januari, 07). Perkembangan Kognitif kanak-
Kanak. Di Petik Daripada https://www.scribd.com/document/251909667/Perkembangan-
Kognitif-Kanak-kanak

Nina Math. (2017 Januari, 12) Teori Belajar Jean Piaget. Di Petik Daripada
https://ninamath.wordpress.com/2017/01/12/teori-belajar-jean-piaget/

Nur Farina. (2013 Oktober, 11) Perkembangan Kognitif Piaget. Di Petik Daripada
http://11036nurfazrina.blogspot.com/2013/10/perkembangan-kognitif-piaget.html

Santrock, J.W. (2010) Child development (13th.ed). New York: McGraw-Hill

Tidak Nama. (2007 Januari, 29) Tahap Pemikiran Konkrit. Di Petik Daripada
http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-operasi-konkrit-7-11-tahun.html

Tidak Nama. (2007 Januari, 29) Tahap Praoperasi. Di Petik Daripada


http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-praoperasi-2-7-tahun.html
Tidak Nama. (2017 Februari,14) Tahap Sensorimotor. Di Petik Daripada
http://teoripiaget.blogspot.com/2007/02/tahap-sensorimotor-0-2-tahun.html