Anda di halaman 1dari 4

1.

0 SINOPSIS

Assalamualaikum wbt.

Berdasarkan persembahan bicara berirama yang telah dibuat oleh kumpulan kami, terdapat
beberapa perkara yang berkaitan tentang perpaduan kaum yang kami cuba ketengahkan
dalam persembahan ini. Dalam persembahan kami ini permulaannya kami cuba menceritakan
tentang bagaimana pelbagai bahasa mampu menyatukan perpaduan kaum. Namun yang
sebenarnya bukan sahaja Bahasa yang mampu menyatukan kita tetapi kesopanan dalam
bertutur kata juga membuatkan hubungan kita sesama manusia lebih akrab. Seterusnya,
persembahan kami juga menceritakan tentang keunikan Negara kita yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan betapa kita terpesona terhadap keamanan dan kesejahteraan Negara
walaupun kita hidup dalam perlbagai agama, budaya dan masyarakat.

Selain itu, kami juga turut mengetengahkan isu tentang keunikan perkahwinan
campur yang terdapat dalam masyarakat kita seperti melayu campur cina, cina campur india
dan india campur melayu. Perkara ini menjelaskan bahawa walaupun berlainan budaya kita
tetap boleh bersama sekiranya kita mampu bertoleransi antara satu sama lain. Di akhir
persembahan, kami telah menggunakan lagu ‘sehati sejiwa’ sebagai salah satu element dalam
skrip bicara berirama, dimana kami telah mengolah lirik lagu tersebut menjadi sajak. Kami
merasakan lagu tersebut amat bersesuaian dengan tajuk persembahan kami iaitu perpaduan
kaum di Malaysia.
2.0 HUBUNGKAIT PERSEMBAHAN TERSEBUT DENGAN MATA PELAJARAN
HUNBUNGAN ETNIK.

Persembahan yang kami lakukan ini bertujua untuk menyampaian mesej dan input
yang boleh diambil dan juga menjadi pedoman kepada setiap insan yang melihat
persembahan tersebut. Selain itu, harapan agar mesej tersebut berkesan dalam
penyampaiannya seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian .

Pengisian yang terdapat dalam persembahan kami ini sendiri telah menceritakan
tentang hubungkait matapelajaran hubungan etnik. Hal ini demikian kerana, persembahan
kami menceritakan tentang bagaimana uniknya masyarakat di Malaysia mampu hidup
bersama-sama walaupun terdapat perbezaan dari segi warna kulit, agama dan juga adat
resam.

Secara tuntasnya, persembahan yang kami lakukan adalah berkait rapat


dengan subjek hubungan etnik yang diambil pelajar selaras dengan penerapan nilai moral
yang tinggi dalam diri pelajar bagi mengelakkan konflik daripada terus berlaku disebabkan
oleh perbezaan latar belakang kaum, agama dan juga bangsa.
3.0 OBJEKTIF

1. Dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mampu hormat-menghormati dan


bertoleransi antara satu sama lain walaupun mempunyai amalan kehidupan yang
berbeza seperti Bahasa, cara makan, dan budaya.

2. Dapat memberi gambaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya kesejahteraan


dan keselesaan dalam kehidupan seharian tanpa peperangan.

3. Memberi peringatan kepada mahasiswa bahawa perpaduan kaum amatlah penting


bagi Negara yang mempunyai pelbagai etnik bagi menjaga kestabilan dan Negara.
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

HNS2012 - HUBUNGAN ETNIK

ASSIGNMENT BERKUMPULAN - LAPORAN PERSEMBAHAN

BIL NAMA NOMBOR MATRIK


1 MOHD KHAIRAN BIN ZULKIFLI D20171078602
2 MUHAMMAD LUQMAN BIN CHE IBRAHIM D20171078577
3 NATASHA AINA BINTI ABDUL SALAM D20171079271
4 NURIZZAH NASUHA BINTI ABDUL D20171078872
5 RAUDATUN NADIYAH BINTI MOHD INRA D20171078983
6 SAYID PUTERA BIN MOHAMAD RAZANI D20171078585
7 SITI NAJIHA BINTI ROSLAN D20171078868
8 SITI NURSYUHADA BINTI MD JAILANI D20171078869
9 SITI ZULAIKAH BINTI ABDUL RAJAK D20171077742
10 ZULIZAM BIN NASIP @ ZULANI D20171077814

NAMA PENSYARAH: EN. KHAIRUL GHUFRAN BIN KASPIN