Anda di halaman 1dari 50

BAB 1:PENGENALAN KEPADA KSSR RBT

 Kurikulum dan latar belakang

-Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini untuk menyampaikan pengetahuan.

KBSR
◦ -Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di
semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983.
◦ Menekankan 3M
◦ Fokus kepada 3 bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekitar, perkembangan diri individu
◦ Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
◦ Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan
insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Penekanan:
◦ Kemahiran asas -Patriotisme merentas kurikulum

◦ Kemahiran berfikir -Sains dan teknologi merentas kurikulum

◦ Nilai Merentas Kurikulum -Prinsip mudah ubah

◦ Bahasa merentas kurikulum -Pemulihan dan pengayaan

◦ Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid

◦ Penilaian berterusan

Prinsip KBSR:
◦ Pendekatan Bersepadu

◦ Perkembangan individu secara menyeluruh

◦ Pendidikan yang sama untuk semua murid

◦ Pendidikan seumur hidup

◦ murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti
kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti
pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
◦ suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar
pendapat dan kerjasama di kalangan murid

◦ aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif
serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas

◦ aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel penekanan kepada nilai (merentas
kurikulum)

◦ penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

◦ penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

Ciri-ciri KBSR

KSSR
- Pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi
fokus kepada pendekatan Pembelajaran

- Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai
kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
-Berasaskan 6 tunjang:

Perbezaan KBSR dan KSSR


 Transformasi
o KBSR KH
-bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata
pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan
teknologi serta perniagaan dan keusahawanan.

o KSSR RBT

- murid mengenai kriteria reka bentuk menggunakan teknologi dalam pembinaan dan
pembuatan produk supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran global serta memahami
teknologi terkini yang mampu menyelesaikan masalah masa hadapan.

- Sebagai cabang STEM, RBT memberi penekanan terhadap penghasilan produk mudah dan
bermakna menggunakan teknologi

- bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan, menguasai kemahiran asas dalam


mereka bentuk dan berkebolehan mengaplikasikan teknologi asas, mengamalkan asas
keusahawanan serta mempunyai nilai atau sikap yang positif ke arah membentuk murid yang
kompetitif, kritis, kreatif dan inovatif.

Fokus KSSR RBT


Perbezaan KBSR dan KSSR

- RBT)

KBSR KSSR
- Penggunaan penilaian - Lebih menggunakan
sumatif dan formatif penilaian formatif
- Dilaksanakan di akhir - Dilaksanakan
pembelajaran sepanjang tempoh
pembelajaran
- Penilaian berasaskan - Penilaian tidak terhad
sukatan pembelajaran kpd dokumen
standard pmbelajaran
- Menggunakan sistem - Menggunakan
pengredan penilaian band
- Menekankan penilaian - Menekankan penilaian
sumatif spt UPSR formatif
- Penilaian dilakukan - Penilaian dilakukan
secara menyeluruh di secara berterusan
akhir pembelajaran sepanjang tempoh
pembelajaran
- Berpusatkan kepada - Beriorientasikan murid
guru dan guru
- - Bersifat autentik dan
holistic (boleh berlaku
dimana2 selain bilik
darjah)

 Pelaksanaan PdP RBT


o Komponen Tahun 4,5,6

-Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian,
Sains Rumah Tangga dan elemen merentas kurikulum seperti Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata
pelajaran ini.
o Peruntukan waktu PdP

-Masa bagi pengajaran dan pembelajaran RBT ialah dua waktu seminggu (2 x 30 minit) yang
dijalankan secara giliran dengan mata pelajaran TMK. selama enam bulan. Peruntukan masa
yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan
perancangan pengajaran dan pembelajaran
BAB 2: PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENGAJARAN DAN
PENTAKSIRAN
 Definisi strategi,kaedah dan teknik

STRATEGI

◦ Rancangan untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran melalui satu proses yang dikawal.

◦ Satu proses untuk menyelesaikan tugasan pembelajaran dengan jayanya.

◦ Cth: strategi memusatkan guru, strategi memusatkan murid, startegi berasaskan sumber dan
strategi berasaskan tugasan

KAEDAH

◦ Tindakan sistematik guru-guru untuk mencapai objektif pembelajaran dalam jangka masa yang
singkat.

◦ Prosedur berdasarkan pendekatan (teori).

◦ Jenis kaedah:

• Inkuiri

• Syarahan

• Kajian kes

• Simulasi

• Pmbelajaran koperatif

TEKNIK

◦ Pengurusan kaedah untuk mengoptimumkan pembelajaran, contohnya, latihan dalam bilik


darjah berkaitan dengan sesuatu kandungan subjek.

- Jenis2 teknik

• Merancang

• Mempersembah

• Mendemonstrasi

• Menyoal

• Mmberi arahan

• Menilai

• Memantau
• Mnstruktur

• Mengurus

 Konsep pentaksiran dan penilaian

Pentaksiran;

• Integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat atau memberi nilai


kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas
maklumat.

• Pentaksiran = pengukuran + penilaian

• Proses berterusan yang merangkumi pengumpulan, penginterpretasian, perekodan dan


pelaporan maklumat mengenai prestasi murid

• Membantu guru membuat keputusan

• Dalam pendidikan, ia tertumpu pada pembelajaran, pengajaran dan hasil.

Bentuk Pentaksiran:

1. Pentaksiran untuk pembelajaran


 Tujuan: mnggalakkan pningkatan dlm pncapaian utk mmbantu murid mnepati standard,
mnyokong prkembangan murid scara berterusan, penambahbaikan
 Tempoh pelaksaan: semasa pembelajaran
 Focus pentaksiran: sasaran pencapaian spesifik yg ditentukan oleh guru utk
mmbolehkan murid mncapai standard
 Kegunaan:
- memberi maklum balas kpd murid utk mnambah baik pmbelajaran
- mmbantu guru analisis klemahan & kperluan murid
 Peranan guru:
- Mmbina alat pencapaian
- Mmberitahu murid tntang sasaran pencapaian
- Mmberi maklumbalas kpd murid
- mlibatkan murid dlm pntaksiran
 Peranan murid:
- sentiasa mngikuti prkembangan diri
- mngambil tindakan trhadap kputusan pntasiran
 Contoh instrument pntaksiran
- Plbagai alat tradisional/ autentik spt rubrik pemarkahan, mklumblas kualitatif kpd
murid

2. Pentaksiran tentang pembelajaran


 Tujuan: mndokumentasikan pncapaian murid serta pengusaan standard, mngukur
kdudukan pd ssuatu ketika utk tujuan pelaporan
 Tempoh pelaksanaan: selepas pembelajaran
 Focus pentaksiran: akauntabiliti trhadap standard pncapaian diprtanggungjawabkan kpd
skolah, guru dn murid
 Kegunaan
- Beri penilaian kpd murid mengenai pncapaian
- Menyaring murid brdasarkan kputusan pencapaian
 Peranan guru
- Mntadbir ujian dngn baik
- Guna kputusan utk bantu murid menepati standard
- Mnggubal alat pntaksiran utk pnggredan dlm kad laporan
 Peranan murid
- Blajar utk penuhi standard
- Mengambil ujian yg ditadbir oleh guru / sekolah
 Contoh instrument pentaksiran
- Pperiksaan akhir, ujian sumatif

3. Pentaksiran sebagai pembelajaran


 Tujuan: meningkatkan rasa tanggungjawab murid atas pmbelajaran sendiri,
menggalakkan penilaian kendiri utk perkembangan murid
 Tempoh pelaksanaan: secara berterusan dalam pembelajaran
 Focus pembelajaran: standard pencapaian dprtanggungjawabkan kpd murid sendiri
 Kegunaan
- Beri maklumbalas trhadap kemajuan brdasarkan penilaian kendiri
- Mnggariskan prkembangan diri murid dalam pmbelajaran
 Peranan guru
- Mnetapkan sasaran pncapaian bersama2 murid
- Mnyediakan cara utk mnggunakan mklum balas formal/xformal serta penilaian
kendiri murid
 Peranan murid
- Memantau kmajuan diri
- Mmbuat penilaian kendiri utk tambahbaik prestasi
 Contoh instrument
-penilaian kendiri = penilaian rakan sebaya

Penilaian:

 proses mendapatkan maklumat secara bersistem tentang sesuatu diikuti dengan proses
memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu.
 Proses untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
nilai/penghakiman.
 Lebih fokus kepada gred
 Beri gambaran lebih luas tentang tahap penguasaan kandungan
 Contoh: Asri mendapat markah 92% dalam ujian Matematik (ukuran)

 Kepentingan pelbagai strategi,kaedah dan teknik pengajaran


 Memotivasikan para murid untuk belajar

 Memastikan penglibatan murid tinggi

 Menggunakan masa dengan berkesan untuk mengoptimumkan proses pembelajaran

 Membina keyakinan kendiri murid

 Mengajar dengan lebih berkesan dengan alat bantu mengajar yang pelbagai

 Meningkatkan kefahaman murid

 Mendisplinkan murid-murid yang bermasalah

 Pengurusan bilik darjah yang berkesan

 Dapat mengajar murid-murid yang berlainan tahap

 Menyesuaikan dengan kandungan mata pelajaran

 Membina hubungan yang baik sesama murid serta antara guru dan murid

o Bentuk Penilaian:
a) PENULISAN
-Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
-karangan.
- laporan projek/kerja kursus/folio.
-latihan dan ujian bertulis.
-huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
b)LISAN
-Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku
interaksi antara:
i)murid dengan guru.
ii)murid dengan murid.
iii)murid dengan bahan pembelajaran.
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

 kefahaman konsep.
 pengetahuan fakta.
 kecekapan mendengar.
 penggunaan bahasa yang tepat.
 kefasihan menghafaz.
 sebutan dalam berbahasa.
 kecekapan mencongak.
 gaya persembahan.
 pertuturan dan sikap.
c)PEMERHATIAN
◦ Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan
melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

 sikap.
 perlakuan/amalan.
 Amali.
 kemahiran manipulatif.
 kemahiran bersosial.
 kemahiran belajar.
 kemahiran kinestetik.
 kemahiran literasi komputer.
 kemahiran mereka cipta.
Perbandingan pengujian,pentaksiran,penilaian, pengukuran
BAB 3: PENDEKTAN,STRATEGI,KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN RBT
SEKOLAH RENDAH
A. OBJEKTIVISME

1. Nyatakan definisi objektivisme


Objektivisme adalah pengajaran berpusat guru. Guru merancang dan melaksana pengajaran dan
pembelajaran. Guru menetapkan objektif apa yang mahu dicapai oleh murid. Guru mahu
memastikan murid mencapai objektif ekplisit dan implisit. Guru perlu merancang pengajaran
yang berkesan dan bersesuaian dengan aras pengetahuan murid.

2. Nyatakan konsep objektivisme


 guru harus berperanan sebagai pengawal kelas.
 Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
guru.
 Pelajar dianggap menerima pengetahuan secara pasif.
 Murid melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Kebanyakan aktiviti merupakan aktiviti
individu.

3. Apakah tahap objektivisme yang difokuskan menurut Taxonomi Bloom?


Kefahaman / memahami

4. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


Satu hala

5. Pembelajaran berpusatkan siapa?


Pembelajaran berpusatkan guru

6. Apakah peranan guru berdasarkan objektivisme?


 guru berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan menguruskan pelajar.
 guru berperanan sebagai pengawal disiplin kelas.
 Guru menetapkan objektif apa yang mahu dicapai oleh murid.
 Guru merancang pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan aras pengetahuan murid

7. Apakah peranan murid berdasarkan objektivism?


Objektivisme sealiran dengan fahaman x dan teori y.
Murid bertindak hanya sebagai penerima dan akur dengan apa yang disampaikan oleh guru
tanpa sebarang respon.
8. Apa itu fahaman x? Huraikan.
Melihat objek dan nilai (kualiti) wujud dengan tersendiri. Perkara ini terhasil apabila guru
melaksanakan pembelajaran berpusatkan guru, objektif dan matlamat tersebut dapat tercapai
dengan sendirinya kerana guru yang tetapkan dan melaksanakan cara tersebut
9. Apa itu teori y? Huraikan.
Y = teori objektivisme.
10. Apakah kelebihan objektivisme?
Guru dapat mengawal disiplin pelajar di dalam bilik darjah.

11. Nyatakan proses yang terlibat dalam objektivisme?


Proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Guru yang menetapkan matlamat dan
memberi segala ilmu tanpa murid menjelaskan idea mereka.

12. Objektivisme dalam PdPC RBT. Kemukakan contoh.


Guru menunjukkan cara-cara menanam pokok cara hidroponik di dalam kelas. Guru memberi
bahan kepada pelajar dan menunjukkan demonstrasi kepada murid dan murid mengikut langkah-
langkah guru tersebut.
B. KONSTRUKTIVISM
1. Nyatakan definisi konstruktivism
Konstruktivism bermaksud pengetahuan dibina oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan
sedia ada

2. Nyatakan konsep konstruktivism


 Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada.
 Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
 Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling
mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
 Seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan
informasi baru dengan pemahamannya yang sudah ada.
 Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar
untuk menarik miknat pelajar

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


Pembelajaran berlaku secara pelbagai hala. Antara guru dengan murid dan antara murid dengan
murid.

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?


Pembelajaran berpusatkan murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan konstruktivism?


 Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.
 Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
 Memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea
yang telah dijanakan.

6. Apakah peranan murid berdasarkan konstruktivism?


 Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu
mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan
membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu
berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid
tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
 Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat
ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
7. Apakah kelebihan konstruktivism?
 Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data,
membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
 Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang
dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi
baru.
 Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
 Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman
mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani
menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
 Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
 Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep
dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk
terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

8. Bagaimaana kadar keaktifan pelajar


 Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pelajaran.
 Pelajar perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-
maklumat baharu dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap
maklumat baharu ini.
 Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal
kemahiran secara kognitif dalam minda mereka.
 Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan mentaksir pemikiran
kendiri melalui refleksi dan renungan.

9. Nyatakan proses yang terlibat dalam konstruktivism


Proses asimilasi dan akomodasi dalam skema

10. Konstruktivism dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.


Memerlukan topik tanaman hidroponik dimana murid akan mengunakan pengetahuan menanam
pokok sedia ada di dalam diri murid. Contohnya guru akan menayangkan video cara-cara penaman
pokok kemudian murid akan bertanya. Seterusnya murid akan bertanya dan akan dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada agar murid dapat gunakan di dalam situasi dunia yang sebenar.
C. PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
1. Nyatakan definisi kontekstual
Pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks= keadaan, situasi dan kejadian
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, releven ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2. yang membawa maksud, bermakna (meaningful)

2. Nyatakan konsep kontekstual


Teori pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang hanya berlaku apabila pelajar
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa
maksud atau bermakna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri. Ia
mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Dalam teori ini, murid membina persekitaran
pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan dan menghubungkait.
Pembelajaran kontektual juga merupakan Pembelajaran melibatkan pelajar berfikir dan hands on.
Ahli pendidik lain menggunakan istilah experiental learning, real-world education, active learning
dan learner-centred instruction

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


Pembelajaran dilakukan secara dua hala iaitu guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Murid
diarahkan untuk berbincang secara berkumpulan untuk mendapatkan maklumat.

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?


berpusatkan murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan konstekstual?


 Mengkaitkan prinsip-prinsip subjek dengan dunia pekerjaan
 Penghubung antara pihak akademik dengan vokasional atau industri
 Memahami latar belakang dan pengalaman hidup murid melalui proses pengkajian secara
menyeluruh.
 Merancang pengajaran dengan mengaitkan konsep atau teori yang dipelajari dengan
mempertimbangkan pengalaman yang dimiliki murid dan lingkungan kehidupan mereka.
 Melaksanakan pengajaran dengan selalu mendorong murid untuk mengaitkan apa yang
sedang dipelajari dengan pengetahuan/pengalaman yang telah dimiliki sebelumnya dan
mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan fenomena kehidupan sehari-hari.
 Melakukan penilaian terhadap pemahaman murid.
6. Apakah peranan murid berdasarkan kontekstual?
 Murid berperanan sebagai pemproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang
bermakna kepada mereka.
 Murid juga perlu melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Ini
kerana dengan melakukan aktiviti yang disediakan akan memberikan murid-murid
pengalaman yang baru.
 Dalam masa yang sama, murid perlu mengaplikasikan hasil pengalaman yang mereka
peroleh dalam kehidupan mereka. Ini membolehkan pembelajaran itu penting dan
bermakna.
 Selain itu, murid-murid perlu bekerjasama dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Ini dapat
meningkatkan perkongsian ilmu serta kemahiran komunikasi dalam diri murid-murid.
 Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian.

7. Apakah kelebihan kontekstual?


Murid Guru Industri
 Dapat mengaitkan  Dapat menjadikan  Menerima tenaga kerja
mata pelajaran dengan pengajaran sebagai yang berpotensi untuk
pekerjaan atau satu pengalaman yang dilatih semula secara
kehidupan berjaya berkesan mengikut
 Dapat mengaitkan  Dapat mengaitkan keperluan
kandungan mata prinsip-prinsip mata  Menggerakkan industri ke
pelajaran dengan pelajaran denagn dalam pendidikan sebagai
pengalaman harian dunia pekerjaan rakan kongsi.
 Boleh memindahkan  Dapat menjadi
kemahiran penghubung antara
 Boleh meneroka dan pihak akademik dan
mendapatkan bukti vokasional atau
 Boleh menguasai industri
perkara abstrak
melalui pengalaman
konkrit
 Dapat belajar secara
kerjasama

8. Bagaimana kadar keaktifan pelajar


Dengan menggunakan pembelajaran berasaskan kontekstual, kadar keaktifan pelajar sebanyak
80%. Ini kerana pelajar dapat mengalami sendiri isi pembelajaran yang diajar guru. Dalam masa
yang sama, semasa aktiviti pembelajaran sedang berlaku secara tidak langsung murid akan
mengajar rakan-rakan yang lain. Ini dapat mengukuhkan lagi ilmu yang diperolehnya.

9. Nyatakan proses yang terlibat dalam kontekstual


Terdapat 4 langkah:
 Motivasi
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu
tajuk yang akan dibincangkan. Penggunaan alat bantu mengajar amat digalakkan.
 Pemahaman
Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid
terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara
yang berkaitan.
 Kemahiran
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan
seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat
mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian.
 Penilaian
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut
adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula
mengenal fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya
pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.
Penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah untuk menguji kefahaman murid.

10. Kontekstual dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.


Dalam pembelajaran RBT, pembelajaran berasaskan kontekstual boleh digunakan untuk
memberikan pengalaman sebenar kepada murid.
Sebagai contoh, dalam mengenal pasti Peraturan dan Keselamatan Bengkel guru boleh
memotivasikan murid dengan menayangkan satu video mengenai keadaan bengkel yang kotor
kepada murid-murid.
Setelah menayangkan video tersebut, guru boleh membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan untuk mereka bincangkan kesalahan yang terdapat di dalam video tersebut. Setelah itu,
mereka diminta untuk menerangkan dapatan perbincangan mereka kepada rakan-rakan yang lain.
Ini untuk menguji tahap pemahaman mereka terhadap isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai peraturan dan keselamatan bengkel,
aktiviti lakonan boleh digunakan. Guru boleh memberikan situasi tertentu untuk murid-murid
lakonkan dihadapan kelas sambal diperhatikan rakan yang lain.
Sebagai penilaian, guru boleh membuat aktiviti sumbang saran mengenai peraturan dan
keselamatan bengkel untuk memastikan murid memahami isi pembelajaran pada hari tersebut.
Dalam masa yang sama, guru boleh membetulkan isi yang disampaikan murid agar mereka
mengetahui jawapan yang tepat.
D. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

1. Nyatakan definisi PBL.


Pembelajaran berasaskan projek boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang
berfokuskan kepada tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa yang
tertentu. Ia biasanya melibatkan analisis data dan penyediaan satu laporan yang betul.
2. Nyatakan konsep PBL.
Tugas pembinaan / siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik.
Dilaksanakan untuk menggalakan murid menggunakan kemahiran proses sains.
3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?
Pembelajaran berlaku secara pelbagai hala iaitu interaksi antara murid dan guru serta interaksi
yang berlaku antara murid dan murid.
4. Pembelajaran berpusatkan siapa?
Pembelajaran berpusatkan murid.
5. Apakah peranan guru berdasarkan PBL?
Guru sebagai fasilitator dan pembimbing dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di mana guru bertindak dalam mereka bentuk pengajaran yang berperanan dalam
menentukan hala tuju pembelajaran sama ada tercapai atau tidak.
6. Apakah peranan murid berdasarkan PBL?

 Mencari sendiri maklumat yang diperlukan.


 Mempelajari cara menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri.
 Berkomunikasi dan berkolaboratif.
 Mengakses maklumat melalui internet.
 Menghasilkan sesuatu projek.
7. Apakah kelebihan PBL?
 Hubungan guru dan murid lebih mesra.
 Wujud komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan murid yang pelbagai.
 Minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk.
 Memberi peluang kepada murid untuk menjana idea.
 Mengajar murid untuk sedia menanggung risiko.
 Murid dapat menerima dan menghormati perbezaan individu.
 Murid dapat berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
8. Bagaimana kadar keaktifan pelajar?
 Murid terlibat secara aktif kerana murid perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.
9. Nyatakan proses yang terlibat dalam PBL.
 Memberikan tugasan mengikut kurikulum.
 Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
 Menentukan jadual kerja.
 Memastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
 Penilaian projek baru mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
 Guru memberikan bimbingan dan pemantauan.
 Penilaian dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
 Pelaksanaan dan perancangan secara berperingkat.
 Penyediaan jadual penentu tugas dan panduan memberi markah.
 Pembentangan penilaian dan pemurnian tugas.
 Penyerahan projek.

10. PBL dalam pdpc RBT. Kemukakan contoh.


 Kaedah ini sangat sesuai digunakan dalam pdpc RBT kerana mampu menjana idea murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.
 Sebagai contohnya, melakukan projek rak kunci bagi menyelesaikan masalah menyimpan
kunci.
E. KAJIAN MASA DEPAN (FR)
1. Nyatakan definisi FR.
 Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
 Suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan
tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab.
 Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

2. Nyatakan konsep FR.

Gambaran masa depan yang mungkin berlaku jika ada pemuliharaan dan mengkaji tanggungjawab
generasi sekarang serta penjelasan nilai masyarakat tentang hak generasi masa depan.

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?

Pelbagai hala

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?

Berpusatkan murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan FR?

 Merancang aktiviti pengajaran berorientasikan masa depan.


 Pemilihan isu dan tema bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran dan tahap murid.
 Guru memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membimbing murid untuk mencapai
matlamat dan objektif pembelajaran.
 Menggunakan pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, visual, audio, kinestatik dan
komunikasi.
 Mewujudkan iklim dalam bilik darjah yang seronok, menarik dengan suasana kreatif serta
persekitaran yang boleh merangsang murid untuk belajar.
 Melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

6. Apakah peranan murid berdasarkan FR?

 Murid memainkan peranan sebagai peneroka yang aktif.


 Mengeluarkan idea atau sesuatu tema tentang kajian masa depan.
 Belajar kemahiran perancangan strategi, cara menangani masalah serta cara penyelesaian
masalah kendiri.

7. Apakah kelebihan FR?

 Merangsang murid berfikir


 Menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu melatih murid
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
 Murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan pandangan
tentang sesuatu tema.
 Menyemai keyakinan dalam diri murid untuk menghadapi cabaran masa depan.
8. Bagaimana kadar keaktifan murid?

Pelajar di dalam kelas berada dalam keadaan yang aktif dimana mereka perlu untuk sentiasa
berfikir dan mengenal pasti punca-punca atau idea yang baharu untuk mengkaji dan memikirkan
trend masa hadapan. Justeru kaedah KMD iaitu menggunakan Matriks KMD adalah bertetapan
dengan konsep pengajaran ini. Guru meminta murid untuk memikirkan satu idea yang baharu
untuk memandang kehadapan. Jadi, keaktifan pelajar disini adalah tinggi kerana setiap daripada
mereka bukan hanya tahu ilmu semasa dan praktikal tetapi untuk menyediaan diri mereka pada
masa hadapan
9. Nyatakan proses yang terlibat dalam FR?

Ada 3 proses yang terlibat dalam KMD yang pertama iaitu menggunakan matriks sepenuhnya.
Matriks ini ialah dimana daripada topik dan subtopik yang diajarkan, guru menyuruh murid untuk
mengaplikasikan daripada topik itu berkenaan perkara-perkara yang menjurus kearah masa
hadapan. Melalui ini, murid akan berfikir lebih kreatif dan kritis.
Yang kedua, guru memberikan input secara terus mengenai masa hadapan, dalam proses
pengajaran, guru memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan masa hadapan supaya
dapat membuka minda murid untuk mempelbagaikan lagi idea-idea supaya ianya memberi
manfaat untuk masa hadapan.
Yang ketiga, menggunakan unsur-unsur KMD dalam set induksi. Ini untuk memberikan pendedahan
awal dan pemahaman yang lebih mendalam dalam KMD supaya murid lebih teruja untuk menjalani
proses pdp pada hari tersebut.

10. FR dalam pdp RBT. Kemukakan contoh.

RBT ialah lebih menjurus kepada kemahiran-kemahiran hidup yang dikaitkan dengan teknologi.
Justeru, penggunaan konsep KMD ini ialah amat berguna kerana ianya akan membuatkan proses-
proses dalam kerja RBT ini menjadi lebih mudah. Sebagai contoh guru meminta murid untuk
memikirkan inovasi-inovasi yang baharu supaya dapat memudahkan kerja dan memberi nilai
komersial kepada sesuatu barang. Jadi perlu untuk guru sentiasa memberikan peluang untuk murid
memikirkan inovasi yang baharu dari semasa ke semasa untuk melatih minda mereka kearah abad-
21.
F. PEMBELAJARAN BERASASKAN KETERAMPILAN

1. Nyatakan definisi CBL.


 Pembelajaran & pentaksiran yang membolehkan murid melaksanakan tugas secara spesifik.
 Kurikulum ini direka & memenuhi standard kecekapan industri atau badan profesional yang
berkaitan.

2. Nyatakan konsep CBL.


Pembelajaran secara ketrampilan adalah kaedah pembelajaran dimana murid perlu menekankan
konsep “MELAKSANAKAN”, dan bukan sahaja “MENGETAHUI” serta memberi tumpuan kepada
hasil pembelajaran.

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?


2 hala.

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?


Murid

5. Apakah peranan guru berdasarkan CBL?


 Guru sebagai fasilitator. Murid akan diberikan bimbingan daripada guru supaya tugasan yang
dilaksanakan dapat dilakukan dengan sempurna serta tidak lari daripada landasan yang telah
ditetapkan.
 Pemudah cara & pencetus inovasi
 Menggunakan pelbagai teori pengajaran

6. Apakah peranan murid berdasarkan CBL?


 Murid berperanan sebagai penanda aras keberkesanan kaedah ini.
 Kemajuan murid dengan menunjukkan kecekapan mereka, yang bermaksud mereka
membuktikan bahawa mereka telah menguasai pengetahuan dan kemahiran (dipanggil
kecekapan) yang diperlukan bagi kursus tertentu, tanpa mengira berapa lama ia mengambil.
 Pembelajaran berasaskan ketrampilan ini membolehkan murid untuk mengikuti
pembelajaran berterusan hingga trampil tanpa masa sebagai sempadan.
7. Apakah kelebihan CBL?
 Meningkatkan penglibatan murid dengan memberikan kebebasan untuk mengawal, bila dan
bagaimana mereka belajar
 Proses & tujuan penilaian tidak hanya berteraskan gred.
 Berpusatkan dunia sebenar dan membangunkan kecekapan
 Berfokuskan kepada hasil akhir kerja oleh itu murid boleh mengikut kadar pembelajaran
mereka sendiri sama ada lambat mahupun cepat.

8. Bagaimana kadar keaktifan murid?


 Kadar keaktifan murid adalah sangat aktif dalam pembelajaran ini kerana kaedah ini
berpusatkan murid.
 Murid memainkan peranan penting kerana murid jugalah yang menguji keberkesanan kaedah
pembelajaran ini.

9. Nyatakan proses yang terlibat dalam CBL?


 Kompetensi dikenal pasti dan dipilih dengan teliti mengikut keperluan industri
 Teori diintegrasikan dengan kemahiran. Pembelajaran pengetahuan disampaikan untuk
menyokong pelaksanaan dan pencapaian kemahiran
 Bahan pembelajaran disediakan dengan teliti untuk mencapai kompetensi yang ditetapkan
dan direka bentuk untuk memperoleh pengetahuan yang menyokong kepada penghasilan
kemahiran
 Kaedah pembelajaran (instructional methodology) melibatkan pembelajaran masteri
(pengetahuan) dan kontekstual (kemahiran) dan dijalankan sehingga seseorang
individu/pelajar berkenaan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dan
sewajarnya
 Penilaian terhadap pencapaian pengetahuan dan kemahiran individu dijalankan pada awal
pembelajaran dan penguasaan pembelajaran dan kemahiran terdahulu diambil kira bagi
menyokong pembelajaran yang sedang berjalan
 Pembelajaran mengikut kadar kebolehan individu/pelajar
 Pembelajaran dan latihan dijalankan dengan fleksibel melalui aktiviti pembelajaran dalam
kumpulan yang besar, kecil atau secara individu
 Bahan dan sumber pembelajaran sokongan mencukupi dan disediakan untuk mencapai
kompetensi
 Prestasi individu/pelajar ditentukan melalui pencapaian kompetensi yang diperoleh
dibandingkan dengan penyataan criteria yang ditetapkan
 Pencapaian kompetensi dilaporkan berdasarkan kepada standad kompetensi yang ditetapkan
sama ada 'telah kompeten' atau 'belum kompeten'
 Penamatan pembelajaran dan latihan yang memuaskan adalah berdasarkan pencapaian
semua kompetensi yang ditentukan melalui eviden pentaksiran kompetensi yang di kumpul
sepanjang proses pendidikan dan latihan dijalankan

10. CBL dalam PDPC RBT. Kemukakan contoh.


 Pembelajaran berdasarkan ketrampilan amat sinonim dengan pdpc RBT. Dalam subjek RBT,
murid dikehendaki untuk melaksanakn sesuatu kemahiran, bukan mengetahuinya sahaja.
 Sebagai contoh, murid akan diberikan tugasan menghasilkan kerja kayu, Oleh hal yang
demikian, banyak kemahiran akan diuji seperti menanda, memotong, mencantum dan
mengemas.
 Tambahan, di sini guru akan bertindak sebagai fasilitator.
 Pencapaian murid akan diuji melalui hasil kerja kayu yang dihasilkan.
G. PEMBELAJARAN BERASASKAN AMALI/ PRAKTIKAL
(LEARNING BY DOING- LBD)
1. Nyatakan definisi LBD

 Menurut Zol Azlan (2000), pendekatan amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang
ataupun sekumpulan kecil murid dibekalkan dengan bahan dan sumber untuk menjalankan
pembelajaran.
 Kaedah yang paling praktikal dan berkesan untuk digunakan dan dapat membantu murid
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Guru akan membuat penerangan tentang sesuatu pengajaran menggunakan bahan dan
sumber manakala murid akan membuat amali merujuk kepada bahan dan sumber.

2. Nyatakan konsep LBD

 Mempraktikkan teori dalam kehidupan sebenar. Pengetahuan dan kemahiran diperoleh


bukan hanya berdasarkan apa yang terkandung di dalam buku.
 Menggalakkan pembelajaran aktif kerana murid akan melakukan interaksi secara meluas
bersama guru dan rakan-rakan.
 Mampu menarik dan mengekalkan minat murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
 Membantu murid memperkukuhkan ingatan kerana mereka sendiri melihat dan mengikuti
segala proses.
 Mengoptimumkan penggunaan multisensori ketika belajar iaitu murid akan menggunakan
sistem deria yang pelbagai dalam melakukan aktiviti amali seperti mendengar, merasa dan
mencipta sesuatu.

3. Pembelajaran berlaku secara berapa hala?

 Pembelajaran berlaku secara dua hala iaitu guru dan murid.

4. Pembelajaran berpusatkan siapa?

 Pembelajaran berpusatkan murid.

5. Apakah peranan guru berdasarkan LBD?

 Guru sebagai fasilitator iaitu berperanan sebagai pemantau dan pemerhati.


 Guru meransang daya pemikiran kreatif murid dengan menyumbangkan idea kepada murid.
 Sebagai pengelola bahan dan sumber pembelajaran yang diperlukan iaitu guru menyediakan
pelbagai bahan dan sumber kepada murid supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar.
 Guru sebagai pembimbing dan pelatih murid cara meneroka, mencari, menyelesaikan
masalah, menyelidik soalan dan menyempaikan hasil pembelajaran dengan berkesan.

6. Apakah peranan murid berdasarkan LBD?

 Murid menggunakan bahan dan sumber dengan betul dan selamat.


 Murid memberikan tumpuan ketika melaksanakan amali.
 Murid mengikut dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru ketika menjalankan
amali.
 Murid menjalankan tugasan amali dengan betul dan tepat.

7. Apakah kelebihan LBD?

 Murid akan lebih faham dan berkemahiran akan sesuatu yang dipelajari.
 Murid akan lebih teransang untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
 Murid akan lebih aktif dalam proses PDP yang dihadapi.
 Hubungan social murid dan guru akan lebih berkesan.
 Kompetensi murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan secara berterusan untuk
mengembangkan kemahiran mereka.

8. Bagaimanakah kadar keaktifan pelajar?

 Kadar keaktifan murid ketika proses pdp dijalankan adalah tinggi kerana ia melibatkan
pembelajaran 2 hala antara guru dan murid.
 Murid dapat menjalani proses pdp secara kreatif dan kritis di dalam kelas.
 Murid lebih kerap bertanyakan guru akan perkara yang dipelajari.

9. Nyatakan proses yang terlibat dalam LBD?

 Ianya bertujuan untuk memberikan motivasi untuk belajar dalam diri murid murid
 Murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
 Guru mengajar di dalam kelas sambil memerhatikan setiap perbezaan individu dalam diri
murid-murid yang ada di dalam kelas
 Guru mengadakan sesi pengajaran dengan kadar pengalihan yang sesuai dengan
pembelajaran murid

10. LBD dalam pdp RBT, kemukakan contoh.

 Sebagai contoh, untuk mengajarkan topik penghasilan projek kepada murid-murid, guru perlu
mengendalikan aktiviti dan penilaian secara berperingkat.
 Pertama, guru perlu merancang aktiviti dan topik untuk topic tersebut seperti merancang
alatan dan bahan yang boleh digunakan untuk topic tersebut.
 Kedua, guru perlu memikirkan cara penyampaian maklumat kepada murid dalam
melaksanakan aktiviti. Guru juga perlu memberikan arahan kepada murid sebelum, semasa
dan selepas aktiviti.
 Ketiga, guru perlu melakukan penilaian untuk pdp yang dijalankan. Guru boleh menilai
pengetahuan, kemahiran dan nilai projek yang dihasilkan murid. Seterusnya, guru juga boleh
menilai aktiviti yang dilakukan murid sama ada mencapai objektif pembelajaran yang
dilakukan murid.
H. PEMBELAJARAN AKTIF

DEFINISI PEMBELAJARAN AKTIF


Pembelajaran aktif adalah proses bagaimana individu mendapatkan maklumat atau pengetahuan
dengan menggabungkan kemahiran mendengar, melihat dan melakukan untuk mengekalkan
ingatan dan memahami sesuatu konsep atau fakta.

KONSEP PEMBELAJARAN AKTIF


konsep pemprosesan maklumat dalam kemahiran metakognitif, konsep gaya belajar dan konsep
belajar daripada sudut kolaboratif sosial adalah asas utama yang membentuk konsep
pembelajaran aktif (Mohd Azman, 2005).
a) Pemprosesan Maklumat Menggunakan Kemahiran Metakognitif
 menyampaikan maklumat dengan menggunakan perkataan mereka sendiri,
 memberi contoh tentang maklumat yang diperolehi,
 mengenali bentuk samaran dan keadaan maklumat yang berbeza-beza tentang
maklumat yang diperolehi,
 mengaitkan antara maklumat yang diperolehi dengan fakta ataupun idea lain,
 menggunakan maklumat itu dalam cara yang berbeza,
 maramalkan beberapa akibat dari maklumat berbeza yang diperolehi,
 membanding beza maklumat tesebut.
b) Gaya Belajar
c) Kolaboratif Sosial dan Kemasyarakatan

 Mempunyai keperluan berhubung dengan orang lain dan berasa kehadirannya


diterima dalam sesebuah kumpulan.
 Meletakkan seseorang murid ke dalam sekumpulan murid dan memberikan tugas
kepada mereka, memerlukan kerjasama antara satu sama lain di kalangan murid yang
menganggotai kumpulan tersebut untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
 Dibincangkan oleh murid dengan rakan lain dan apa yang diajarkan oleh murid
kepada murid lain membolehkan meraka memahami dan menguasai pembelajaran.

PEMBELAJARAN BERLAKU BERAPA HALA


Interaksi dua hala

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN SIAPA


Berpusatkan kepada murid dan guru hanya membimbing sahaja

PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN AKTIF

 Guru bertindak sebagai fasilitator.


 Guru dapat membuat reka bentuk pengajaran yang sesuai dan menarik dengan keperluan
murid.
 Guru meningkatkan motivasi murid kerana dalam konteks pembelajaran, pencapaian murid
kebiasaannya lebih rendah tanpa bimbingan guru.
 Guru bertindak sebagai pemudah cara kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

PERANAN MURID DALAM PEMBELAJARAN AKTIF


 Murid bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembelajaran mereka sendiri
 Murid mengeluarkan idea dan kerja sendiri, kemahiran proses idea dihargai, disiplin diri,
murid sebagai sumber pengetahuan dan idea,
 Murid terlibat dalam perancangan kurikulum,
 Murid melibatkan diri dalam pembelajaran dan terdapat berbagai kaedah pengajaran
digunakan

KELEBIHAN PEMBELAJARAN AKTIF


 Mengetahui motivasi, keperluan dan minat belajar,
 Memahami tujuan belajar,
 Mengetahui tahap kematangan pelajar,
 Memahami perbezaan-perbezaan individu di antara murid,
 Menyediakan peluang pengalaman praktik
 Memperhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan-hubungan, integrasi pengalaman dan
kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan kebebasan berfikir,
 Menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang menggembirakan bagi murid

KADAR KEAKTIFAN MURID


PENDIDIKAN KAEDAH AKTIVITI PERATUSAN PENGUASAAN
PASIF BACA 10%
MENDENGAR 20%
MELIHAT 30%
MENDENGAR DAN MELIHAT 50%
AKTIF BERCAKAP, BERBINCANG 70%
BUAT, PRAKTIK 90%

PROSES YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN AKTIF


Pembelajaran aktif memerlukan persedian awal daripada guru seperti:
1. Perancangan aktiviti yang tersusun.
2. Persediaan alat bantu mengajar dengan menggunakan teknologi komunikasi terkini.
3. Persediaan pelajar dan makmal atau kedudukan pelajar di dalam kelas
PEMBELAJARAN AKTIF DALAM RBT. KEMUKAKAN CONTOH
Antara strategi yang sangat popular diaplikasikan dalam bilik darjah ialah:
1) Gallery Walk
2) 3 stray
3) 1 stay
4) Jigsaw
5) Think Pair Share
6) Round Table
7) Hot Seats
8) Role Play
9) Pembentangan
10) Simulasi
11) Sajak
12) Syarahan
13) Problem Based Learning
14) Project Based Learning.
BAB 4:PERANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN DSKP RBT SR
 Rancangan pengajaran tahunan/semester

Rancangan pengajaran tahunan


-Rancangan Pengajaran Tahunan atau disebut RPT merupakan satu komponen penting yang perlu
disediakan oleh kita sebagai guru di sekolah bila tiba awal tahun.

-Ini merupakan sesuatu yang wajib sebagai persediaan kita untuk merancang pengajaran sepanjang
tahun pengajaran semasa.

-Ianya perlu untuk mencapai kesemua objektif kurikulum dengan merangkumi kesemua topik
pengajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tahun
pengajaran.

 Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian


-Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

-Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan
lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran.

-Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran
kepada para murid dengan teratur.

- RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.

-Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk DSKP

o Penulisan standard kandungan dan standard pembelajaran

-Standard kandungan dan standard pembelajaran ditulis berdasarkan DSKP

o Aplikasi EMK

i)Teknologi Maklumat dan komunikasi

Belajar mengenai TMK

Belajar dengan TMK

Belajar melalui TMK


ii) Keusahawanan

iii) Inovasi dan kreativiti dan inovasi

-Kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu,menyelesaikan masalah dan


mencapai sesuatu objektif

-Kebolehan individu untuk menggunakan daya imaginasi,iea kreatif dan pemikiran kreatif

-Kebolehan individu untuk menghasilkan idea yang tulen,asli atau baru.

BAB 5:BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI


 Jenis dan contoh BBM
– BBM bukan elektronik
Contoh: Papan tulis,buku teks, gambar,carta,kad imbasan,boneka,model
– BBM elektronik
Contoh: Trasparensi, slaid powerpoint,komputer
– Bahan- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
 Penggunaan dan penyimpanan BBM
 menyusun BBM secara berasingan mengikut mata pelajaran dan diletak dalam tempat yang sesuai
serta mudah didapati.
 Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah kita simpan untuk rujukan.
 menyusun BBM secara berasingan mengikut mata pelajaran dan diletak dalam tempat yang sesuai
serta mudah didapati.
Cara penggunaan:
1. -BBM/ABM seperti carta hendaklah kita gantung di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh

melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakan carta, kita haruslah membimbing pelajar-
pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil
pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, kita boleh
menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahagian demi
bahagian mengikut urutan penerangan kita. Cara ini boleh menarik minat pelajar serta
membangkitkan daya pemikiran mereka.

2. -Sebelum bahan atau peralatan kita edarkan kepada pelajar untuk kerja praktis atau amali, kita
harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan
dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

3. -Kita harus tunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang perlu sahaja. Jika sesuatu BBM
ditunjukkan lebih awal, pelajar-pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan
kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran kita.

4. -Kita harus membimbing pelajar-pelajar membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam
BBM. Selepas itu, kita harus adakan aktiviti penilian terhadap tindak balas pelajar tentang hasil
penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif P & P.

5. -BBM yang telah selesai kita gunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di
tempat yang selamat.

6. -BBM haruslah digunakan untuk membantu kita dalam aktiviti P & P dan ia tidak boleh
menggantikan tempat kita. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti P & P supaya
mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

 BBM berasaskan TMK


-Perkakasan seperti computer,peralatan rangkaian seperti modem, mesin pencetak.

-Perisian contoh Microsoft office

 Penghasilan BBM RBT berasaskan TMK


-Menghasilkn slaid powerpoint
-Menghasilkan kuiz dalam aplikasi quiziz atau kahoot
- video
BAB 6: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN RBT SR
 Definisi pengujian,pengukuran dan penilaian
a) Penilaian
Definisi: -Cara yang sistematik bagi mengukur keberkesanan pdp

- proses sistematik untuk mengumpul maklumat (kualitatif dan kuantitatif) , membuat


pertimbangan serta membuat keputusan dan tindakan susulan

Tujuan: memastikan pembelajaran berlaku dan murid murid menguasai kemahiran kemahiran
tertentu yang diperlukan pada masa.

Prinsip utama penilaian:

 Kesahan
 Kebolehpercayaan
 Praktikaliti
 Bukti dan perlu ada triangulasi
 Rekod & Pelaporan Feedback & feedforward analysis}
 Bersifat autentik , kontekstual dan bermakna kepada pelajar

Kaedah Penilaian:

Pemerhatian= Pemerhatian dan tafsiran terhadap respons,perlakuan,sikap,penglibatan dalam


setiap aktiviti sepanjang kursus

Tulisan= Pemeriksaan terhadap tugasan kerja kursus dan peperiksaan atau ujian

Lisan = pembentangan

Amali= hasil tugasan amali yang diberikan

b)Pengukuran

Definisi= -proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum

ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.

- Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif

-Contoh instrument ialah ujian, soal selidik,kuiz dan senarau semak

- Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat dengan cara anggaran, tafsiran, agakan, taakulan

dan pemerhatian.
c)Pengujian
Definisi: -Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian
seseorang murid dalam sesuatu bidang.
- Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala aspek
tingkah laku seseorang individu.
- satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam
keadaan yang dikawala atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

 Rujukan standard
- untuk melihat kemajuan dan pertumbuhanpembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid.
- proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu , faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
- Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi
melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan
pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

 Standard Prestasi
- pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan
standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan
pembelajarannya.
-Dalam bentuk hasil pembelajaran
-Menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard
- Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar
konstruk ) dan perkembangan menegak (TP).
 Tahap penguasaan

-satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki

digunakan bagi tujuan pelaporan individu


Tafsiran tahap penguasaan secara umum

Tfsiran Tahap penguasaan dlm RBT


 Jenis-jenis penilaian
o Penilaian formatif
 Merupakan penilaian yang dikendalikan sebelum ,semasa dan selepas proses pengajaran dan
 pembelajaran
 Dikendalikan secara berterusan
 Menguji tahap pembelajaran murid: “ Sejauh manakah penguasaan dan fahaman murid
terhadap sesuatu tajuk
o Penilaian sumatif
 menentukan pencapaian gred
 pemberian sijil sijil berlaku pada akhir sesuatu tahap pengajian
 memberi rumusan tahap pencapaian murid secara keseluruhan : Sejauh manakah pencapaian
dalam menguasai tajuk yang diajar
 Contoh : UPSR

o Penilaian diagnostic
 satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci
 melalui ujian ini , guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal .
 Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan
kelak

Terdapat beberapa jenis ujian diagnostic

a)Diagnostik pengamatan:

 mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata ,koordinasi mata tangan dan
kecekapan saraf .
 Sebahagian soalan mengandungi arahan arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan
oleh murid.
b) Diagnostik lisan
 untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan , gagap , gerak mata ,
membaca , menyebut , mengeja , menyebut perkataan
 Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar
yang ditunjukkan
c) Diagnostik tulisan
 untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata .
 Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan ,
kekemasan menulis , menulis dengan cermat , tulisan yang boleh dibaca , setara dan berstruktur
.
 Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik
, menulis tidak mengikut susunan , tulisan comot , struktur ayat yang bercampur aduk hufur
besar dan kecil

o Borang penilaian amali


o Penilaian alternative
 murid sendiri mewujudkan satu respons terhadap suatu soalan tugasan
 murid diberi peluang meningkatkan pencapaian ke tahap yang mengikut kemampuan mereka
 guru sebagai fasilitator
 proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
 penilaian yang berasaskan sekolah
 Contoh : folio, kerja projek , kerja kayu dan jahitan ,ujian lisan , pembentangan , projek reka
bentuk dan teknologi

o Penilaian portfolio
 Dokumen berstruktur yang dibina melalui perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti
dan holostik.
 Menggalakkan pembelajaran interaktif melalui bantuan semua pihak.
 Mengandungi maklumat yang disusun mengikut urutan
 Bersifat reflektif pelajar mengisi borang refleksi
 Berfokus kepada proses bukan kepada hasil.
 Pemantauan melalui peta perkembangan.
 Penilaian secara berterusan.
Jenis-jenis portfolio

a) Portfolio kerja harian

-Working portfolio merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam

jangka waktu diberi.

-Show portfolio hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

b) Portfolio dokumen

-Documentary Portfolio merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpulkan bahan
pada satu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.

Isi Kandungan portfolio

-adakah bukti pencapaian objektif portfolio relevan?

-berapa byk bukti pencapaian pembelajaran pelajar?

-Apakah jenis bukti perkembangan pembelajaran pelajar?

Pemilihan portfolio

-siapa yang pilih isi kandungan?

-Adakah proses pembinaan portfolio menggalakkan pelajar membuat refleksi dan penilaian kendiri.

-Apakah sistem yang digunakan untuk mengendalikan portfolio dalam kelas?

Penilaian portfolio

-Adakah dinilai secara holistik?

-Adakah kreteria penilaian mudah difahami dan adil?

-Adakah mengikut tahap dan kedudukan secara berterusan?

-Adakah penilaian subjektif atau objektif.

Pedoman dalam penggunaan portfolio

-Karya pelajar adalah benar-benar karja pelajar itu sendiri

-Saling percaya antara guru dan pelajar

-Kerahsiaan bersama antara guru dan pelajar

-Kepuasan/motivasi

o Pelaporan
Murid membuat pelaporan berdasarkan tugasan yang diberi
o Penilaian berasaskan projek
 1 proses inkuiri lanjutan mengenai sesuatu isu , masalah , situasi atau fenomena yang berkaitan
dengan pelbagai aspek kehidupan seharian
 Kumpulan pelajar kaji isu dan bentang kpd kump yg lbh besar
 Penilaian projek tidak hanya diperolehi dari hasil akhir saja tetapi juga proses pembuatannya.
 Tempoh beberapa hari atau minggu
 Ia memberikan pengalaman berbentuk praktikal . Contoh projek hidroponik dan artikel jahitan

3 peringkat pelaksanaan projek

a. Tahap Persediaan (Perancangan), merangkumi aspek menilai kemampuan pelajar merancang,


mendapatkan dan mengembangkan idea dan merekabentuk produk.

b. Tahap Pelaksanaan (pembuatan produk) merangkumi aspek; menilai kemampuan pelajar


menggunakan bahan, alat, dan teknik.

c. Tahap penilaian (appraisal) merangkumi aspek menilai kemampuan pelajar membuat produk
disesuaikan kegunaannya dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

o Konsep pentaksiran dan penilaian


-Untuk mengukur tahap penguasaan murid secara formal.

-Mengukur perkembangan pembelajaran murid

-Mengukur penguasaan kemahiran RBT

-pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat atau


memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang
dibuat ke atas maklumat.

-Pentaksiran = pengukuran + penilaian

o Perundangan dan kesaksamaan dalam pentaksiran (prosedur penilaian)


 Murid perlu dinilai berdasarkan rubric pemarkahan yang ditetapkan cth ujian bertulis /
pelaporan
 Berdasarkan proses kerja boleh menyelesaikan tugas mengikut prosedur cth amali / projek
/folio)
 Berdasarkan hasil kerja end product ( cthamali / projek)
 Berdasarkan kemahiran 4C ( cth amali / projek)
 Rujuk dokumen BPK terkini
BAB 7:PELAKSANAAN DAN PENTAKSIRAN DALAM MATA PELAJARAN
RBT SR
 Kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran bagi mata
pelajaran RBT di SR

o Penilaian secara ujian bertulis


 penilaian inimembolehkan penilaian terhadap calon ataupun pelajar melalui aspek pengetahuan
 Lebih mudah untuk difahami bahawa bentuk penilaian ini adalahberlandaskan kefahaman calon
atau pelajar terhadap matapelajaran yangdiambil .
 Ia boleh disenaraikan sebagai penilaian terhadap aspek kognitif

o Penilaian berasaskan rubric


 Penilaian berasaskan jadual / matrik tertantu
 Proses penjadualan terhadap pencapaian yang telah dicapai
 Bentuk penilaian ini didapati berguna di dalam proses penilaian kendiri di mana ia dapat
membantu untuk mengenalpasti potensi murid dan menambahbaik tahap penguasaan murid.
 Rubrik merupakan salah satu system pemrkahan yang digunakan oleh guru
 Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar
berdasarkan kriteria yg diberikan
 Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan oleh guru berdasarkan tugasan yang diberikan
seperti tugasan bertulis,projek dan amali.

Tujuan berdasarkan rubric:

-boleh memperbaiki kerja murid dan meningkatkan pembelajaran kerana ia menyediakan panduan
yanag jelas dan terg bagi murid

-Membantu para pelajar memperbaiki kualiti kerja mereka dan seterusnya mempertingkatkan
pengetahuan mereka

-membantu guru menilai dengan tepat,tidk berat sebelah dan konsisten di dalam pemarkahan

Kebaikan:

-Membanatu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dlm penilaian

-Pemahaman murid lebih jelas

-Guru mampu menghkususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek

-Meningkatkan komunikasi antara guru dan murid

-rubrik memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap kebolehan pelajaar

o Penilaian melalui pemerhatian


 Pemerhatian murid terhadap demostrasi guru Ataupun dilakukan oleh murid terhadap aktiviti
yang dijalankan
 Proses pemerhatian ini amat mementingkan penilaian terhadap suatu aktiviti aktif contohnya:
 demostrasi
 tunjukcara
 eksperimen
 simulasi
 dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu tertentu bagi membantu guru mendapat
maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
 Penilaian ini merangkumi aspek kognitif , afektif dan psikomotor , faktor faktor bahan dan
persekitaran .
 Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak .
 Alat-Alat lain seperti Rekod Anekdot dan Rekod Profil boleh juga digunakan
 Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan murid membuat refleksi terhadap
prestasi masing-masing

a)Rekod anekdot

 menunjukkan tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian , kemahiran dan tingkah laku
murid dalam perkara tertentu
 Ditulis selepas sesuatu pemerhatian dibuat
 Laporan ditulis secara objektif dan tiada prasangka dan emosional
 Latarbelakang aktiviti dan dinyatakan
 Digunakan untuk membantu mengesan tahap penguasaan , tahap kemahiran dan sahsiah
murid.
 Pemerhatian tingkahlaku yang positif dan negatif
 Buat pemerhatian catat secara sistematik dan rekod anekdot dlm btk jadual

o Pentaksiran tahap pencapaian


Penguasaan masteri

 Murid yang Berjaya mencapai markah / kemahiran tertentu boleh maju ke peringkat
pembelajaran seterusnya
 Murid Berjaya melakukan sesuatu mengikut peosedur kerja yang betul
 Contoh:setelah murid mengukur dengan betul barulah murid bolah memotong objek untuk
penghasilan produk
o Penilaian berasaskan kompetensi
 mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam menyampaikan maklumat,
menggunakan alat, bahan dan teknik utuk menyempurnakan tugas (Duty) yang berkaitan
dengan sesuatu pekerjaan (Job).
 Kompetensi merupakan sesuatu yang boleh diperhatikan dan diukur atau di taksir.
 Pentaksiran kompetensi ialah satu proses mendapatkan evidens dan seterusnya membuat
penghakiman tentang tahap kompetensi pelajar dalam melakukan tugasan berdasarkan
standard yang telah dikenalpasti.
 Terdapat 2 jenis kompetensi:

a) Kompetensi fungsional

-Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri - ciri peribadi yang diperlukan bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan.

-Kompetensi seorang pelajar Rekabentuk Dan Teknologi memerlukan pengetahuan dalam


proses merekabentuk produk

b) Kompetensi generic

-pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan
tanggungajawab sesuatu tugasan. Kompetensi Generik boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu core
competencies dan professional competencies.

-Pengetahuan, kemahiran dan ciri peribadi yang perlu kepada setiapanggota tanpa mengira jawatan
yang disandangnya dalam sesuatukumpulan seperti kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, dan
membuat keputusan.

i)kompetensi core

-merujuk kepada ciri-ciri peribadi dan nilai asas yang ada kepada pelajar seperti disiplin, integriti,
ketelusan dan akauntabiliti.

-Keperluan kepada pelajar yang melakukan tugas yang diberi memuaskan kepada penilai, rakan,
masyarakat

ii)Kompetensi professional

-kemahiran, pengetahuan dan sifat yang secara khusus oleh persatuan profesional, organisasi dan
badan yang berkaitan dengan kerjaya masa depan anda.

-meliputi: kompetensi pedagogik, kompetensi kepribadian, kompetensi sosial, dan kompetensi


profesional yang diperoleh melalui pendidikan
Tujuan penilaian kompetensi

• Untuk menilai keupayaan individu ( individual performance)

• Untuk menilai keupayaan kumpulan (group performance)

• Untuk memenuhi keperluan piawai (standard) Badan Piawai. (regulatory agency) (JCAHO, OSHA,
etc.)

• Untuk mengemukakan permasalahan isu (problematic issues ) organisasi

• Untuk meningkatkan keupayaan proses (performance appraisal process)

Ciri-ciri pentaksiran kompetensi

-Fleksibel ( Tidak tertakluk kepada jadual waktu peperiksaan yang rigid. Pelajar diberi masa dan peluang

untuk mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki.)

-Individualised (focus secara individu)

-Mempertingkatkan pembelajaran (dirumus berdasarkan objektif mata pelajaran)

o Penilaian berasaskan projek

 Penilaian projek adalah penilaian terhadap keterampilan dalam membuat suatu produk dan
kualiti produk tersebut.
 Penilaian projek tidak hanya diperolehi dari hasil akhir saja tetapi juga proses pembuatannya.
 Dirangkumi denganpelbagai kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki oleh murid.
 Penilaian projek meliputi penilaian terhadap kemampuan pelajar membuat produk-produk
teknologi dan seni, seperti: makanan, pakaian, hasil karya seni (patung, lukisan, gambar),
barang-barang terbuat dari kayu, keramik, plastik, dan logam.
 Dapat meningkatkan jati diri dari segi semangat kerjasama,keupayaan berfikir secara kreatif dan
kritis dan kemahiran hands on sepanjang perlaksanaan projek

Melalui 3 tahap:
A. Tahap Persediaan (Perancangan), merangkumi aspek: menilai kemampuan pelajar merancang,
mendapatkan dan mengembangkan idea dan merekabentuk produk.

b. Tahap Pelaksanaan (pembuatan produk) merangkumi aspek; menilai kemampuan pelajar


menggunakan bahan, alat, dan teknik.

c. Tahap penilaian (appraisal) merangkumi aspek :, menilai kemampuan pelajar membuat produk
disesuaikan kegunaannya dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Tenik penilaian:
a. Cara analitik: iaitu berdasarkan aspek-aspek produk, biasanya dilakukan terhadap semua
kriteria yang terdapat pada semua tahap proses perkembangan (tahap: Persediaan (perancangan),
Pelaksanaan (pembuatan) produk, Penilaian produk).

b. Cara holistik : iaitu berdasarkan kesan keseluruhan dari produk, biasanya dilakukan hanya
pada tahap penilaian produk (appraisal).
BAB 8: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) DALAM RBT DI SR
 Definisi
 komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP ) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi
maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu satu proses
PdP
 PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek
perancangan ,pembinaan item dan instrumen pentaksiran ,pentadbiran , pemeriksaan atau
penskoran , perekodan dan pelaporannya
 aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada
guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum
 Boleh dijalankan secara formatif atau sumatif
 Tujuan
-Menetukan keberkesnan guru an pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni
dan seimbang
-Meningkatkan pencapaian
-Memperbaiki kelemahan/masalah murid dalam pembelajaran
-Meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar
-Mengubahsuai strategi pengajaran
 Ciri-ciri PBS:
o Holistik
mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta
pengamalan nilai murni

o Berterusan
aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP

o Fleksibel
kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

o Merujuk standard prestasi


dibina berdasarkan standard kurikulum

 Pelaksanaan PBS
o Pentaksiran secara formatif
Dijalankan seiring dengan proses PdP

o Pentaksiran secara sumatif


dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahun

 Pentaksiran rujukan
a)Rujukan Norma

 Memberi kedudukan kepada murid


 Membandingkan seorang murid dengan murid-murid yang lain
 Melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan meletakkan murid dalam sistem
pangkat/aras dan membanding antara murid merujuk kepada skor/markah yang diperoleh
 Menggunakan skema pemarkahan

b) Rujukan kriteria
 Melaporkan pencapaian murid berdasarkan kriteria yang dihasratkan melalui pengajaran-
pembelajaran
 Melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan melihat apa yang telah disempurnakan
oleh murid merujuk kepada kriteria sesuatu domain
 Menggunakan dokumen/manual yang menerangkan kriteria sesuatu domain

c) Rujukan standard
 Menghuraikan gambaran keseluruhan tentang pertumbuhan pembelajaran murid (tahap
pencapaian) berdasarkan pernyataan-pernyataan standard
 Melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan murid
dalam pembelajaran merujuk kepada standard
 Menggunakan dokumen/manual yang menerangkan standard sesuatu domain

Kepentingan Pentaksiran Rujukan Standard

 Tiada had kepada peratusan murid untuk mencapai sesuatu standard


 Taburan markah / gred tidak ditetapkan
 Pelaporan adalah serasi dengan kehendak pendidikan
 Markah / Gred kurang bermakna kerana tidak memberi interpretasi apa yang murid tahu dan
boleh buat
 Kedudukan / Rank dalam suatu ujian tidak memberi maklumat selanjutnya tentang pencapaian
murid dalam pembelajaran
 Kriteria tidak menunjukkan pertumbuhan
 Standard prestasi
Standard prestasi mngandungi:
• Band
- Label yg tunjukkan tanda aras trtentu
- Dsusun scra hierarki
- Dgunakan utk pelaporan
- Contoh: Band 1, Band 2, Band 3 ……

• Standard
- Prnyataan tntang ssuatu domain mrujuk kpd tnda aras trtentu
- Gambaran holistic tntang pencapaian murid

• Descriptor
- Prnyataan yg mnerangkan apa yg murid tahu n boleh buat
• Evidens
- (Murid) = prnyataan yg terangkan BAGAIMANA murid tunjukkn apa yg dia tahu n boleh
buat
-(bahan) = bahan/bukti yg dpat dtunjukkn oleh murid yg laksanakan tugasan
= dalam bentuk foto, grafik, laporan dll
• Instrumen
- Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan/pencapaian murid bagi sesuatu
domain.
 Ujian bertulis
 Ujian lisan
 Demonstrasi
 Ujian amali dan lain-lain….
 Kerangka standard prestasi
o Tahap penguasaan
Rujuk bab 6
o Tafsiran umum TP
Rujuk bab 6
 Tafsiran TP dalam Mata peljaran RBT
Rujuk bb 6