Anda di halaman 1dari 19

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM TERHADAP TAMADUN CHINA

1.0 Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tentang sumbangan tokoh-tokoh Islam

terhadap tamadun China. Pengaruh Islam meliputi hampir semua aspek kebudayaan masyarakat

China telah menyebabkan agama Islam semakin tersebar luas dalam kalangan masyarakat. Oleh

hal yang demikian, pengkaji menggulas mengenai definisi tamadun dan ciri-ciri tamadun. Hal ini

adalah kerana, permulaan daripada setiap tamadun adalah disebabkan wujudnya masyarakat

tamadun awal. Faktor kegemilangan tamadun mempengaruhi skala besar kemajuan dan

keharmonian tamadun tersebut. Oleh itu masyarakat Islam China berjaya membuktikan

sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China. Selain itu, tamadun juga merupakan aspek

penting untuk mengukur kemajuan sesebuah tamadun dalam usaha membantu masyarakatnya

untuk mencapai ketamadunan yang tinggi dalam semua aspek kehidupan. Semoga kajian ini

dapat menerangkan tentang tamadun China dengan lebih mendalam dan membawa kesan positif

kepada masyarakat.

1
2.0 Pengenalan
Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat melayu. Dalam bahasa

arab, antara istilah tamadun yang digunakan ialah umran, hadharah, tamadun, madinah dan

madaniah. Agama merupakan asas kepada pembinaan tamadun kerana agama adalah komponen

penting dalam pembinaan tamadun. Kebanyakkan tamadun akan lahir di lembah sungai atau

pantai kerana air merupakan salah satu sumber yang penting dalam kehidupan seharian.

Terdapat beberapa tamadun yang dipelajari, antaranya ialah tamadun China, tamadun India

dan tamadun Islam. Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul didunia selain

daripada tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Antara kegemilangan tamadun China adalah

sistem pentadbiran, sastera, falsafah, penciptaan, unsur moral dan juga sains. Tamadun China ini

sangat popular dengan sistem peperiksaannya. Hal ini disebabkan sistem peperiksaanya

mengambil masa 3 hari 3 malam dan hukum bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa yang meniru

semasa peperiksaan. Peperiksaan tamadun China ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu Hsiu Tai,

Chun Jen, dan Chin Sih. Matlamat utama peperiksaan ini untuk mendapatan jawatan dalam

pentadbiran.

Kesimpulannya, aspek kebendaan dan kerohanian merupakan aspek asas kepada pembinaan

sesebuah tamadun. Sehingga sekarang, kita masih dapat melihat peninggalan tamadun-tamadun

terdahulu berdasarkan asas pembinaan mereka. Sebagai contoh candi Lembah Bujang dan masjid

di Melaka. Oleh itu, kita sebagai manusia mestilah menghargai peninggalan tamadun terdahulu.

Bagi merealisasikan visi 2020, marilah bersama mencapai perpaduan sangat penting dalam

sesuatu perkara dalam mencapai keharmonian masyarakat.

2
3.0 Tamadun

3.1 Definisi Tamadun

Perkataan tamadun secara umumnya banyak dikaitkan dengan konsep kemajuan,

kebudayaan, sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan dan peradapan yang dicapai oleh

sesuatu kaum atau bangsa. Asas sesebuah kerajaan terawal di dunia wujud dengan kewujudan

tamadun yang membawa kepada pecahan ciri-ciri tamadun. Antaranya ialah wujudnya

penempatan kekal, mempunyai sistem pemerintahan, kemunculan bahasa dan tulisan, kewujudan

agama dan kepercayaan, wujud pengkhususan pekerjaan dan kewujudan sistem perundangan.

Pengertian tamadun juga boleh dilihat melalui aspek bahasa dan istilah, terutamanya dari

sudut bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Latin. Penggunaan istilah bagi menerangkan

pengertian tamadun dalam bahasa melayu selalu dikaitkan dengan dua istilah yang sering

didengari iaitu tamadun dan peradapan. Tamadun membawa maksud kebudayaan, kemajuan atau

peradapan. Masyaratkat yang membina tamadun dan telah mengalami proses ketamadunan telah

melalui kemajuan dalam pelbagai aspek, seperti penggunaan kulit haiwan sebagai bahan utama

untuk tujuan pemakaian. Walau bagaimanapun, ketika tamadun awal dunia muncul, sutera dan

kapas sudah mula digunakan untuk membuat pakaian.

Pemahaman tamadun dalam bahasa Inggeris pula dikaitkan dengan perkataan civilization

yang diambil daripada bahasa Latin iaitu civitas yang bermaksud Bandar. Manakala, lima istilah

arab dijadikan pencetus fahaman tamadun, iaitu umran, hadharah, tamaddun, madinah dan

madaniyyah. Tokoh sejarawan Syeikh Muhamma Abduh dan Muhammad Farid Wajdi telah

mempopularkan istilah madaniyyah yang membawa maksud kehidupan Bandar sebagai salah

satu pengertian tamadun. Selain itu, melalui buku Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun menggunakan

3
perkataan umran yang membawa maksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap,

berkembang subur dan maju. Manakala, beliau menggunakan perkataan hadharah yang

membawa maksud sesebuah daerah, bandar, atau kampong yang dimajukan.

Definisi tamadun dari sudut istilah telah merangkumi pelbagai aspek dan mewujudkan

beberapa pengertian tamadun yang diterima seluruh dunia. Oleh hal yang demikian, fahaman

terhadap konsep tamadun ini telah menerangkan bahawa kerajaan kini yang terdiri daripada

barisan pemikir kerajaan seperti ahli kabinet dan para menteri yang bertanggungjawab

memikirkan kemajuan sesebuah kerajaan. Secara konklusinya, tamadun yang telah dibina dan

sedang dibina menitik beratkan bukan sahaja dari segi kebendaan malahan kerohanian.

Pembinaan sesebuah tamadun yang memerlukan sistem pemerintahan tidak akan dapat dicapai

dengan mudah jika pembina atau penggerak tamadun tidak menitikberatkan aspek

kemasyarakatan. Hal ini kerana, aspek tersebut menjadi garis panduan untuk membina sesebuah

tamadun.

4
3.2 Ciri-Ciri Tamadun

Tamadun merujuk kepada hidup dalam sesuatu suasana kehidupan orang bandar dan

menikmati kehidupan yang maju. Kemajuan sesebuah tamadun diukur dari beberapa cirri

tertentu. Oleh itu, sebuah tamadun mesti mempunyai 6 ciri utama iaitu penempatan kekal,

pengkhususan kerja, organisasi sosial, agama dan kepercayaan, sistem pemeritahan serta sistem

tulisan.

Hadharah atau penempatan kekal merujuk kepada kehidupan sesuatu masyarakat di sesuatu

tempat secara menetap atas sebab-sebab tertentu. Lembah sungai dan persisiran pantai menjadi

penempatan penduduk nomad untuk hidup kerana kemudahan perhubungan. Mereka membina

penempatan kekal disitu supaya menjamin kelangsungan bekalan makanan. Hal ini kerana, tanah

yang subur merupakan salah satu lokasi yang baik untuk revolusi pertanian dan ternakan. Antara

contoh penempatan tamadun adalah di Lembah Sungai Indus, Pesisiran Selat Melaka dan di

Lembah Sungai Kuning. Bekalan air yang mencukupi di tanah yang subur mengakibatkan

pelbagai kegiatan pertanian dan ternakan dapat dilakukan. Hasil daripada itu menjadi sumber

hidup masyarakat tamadun.

Selain itu, wujudnya aktiviti perdagangan telah menyebabkan berlakunya pengkhususan

pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Oleh hal yang

demikian, pada tahap awal masyarakat bertamadun, pelbagai bidang yang muncul dan

melahirkan tenaga mahir. Antara contohnya adalah perekonomian, pertukangan, seni bina,

teknologi logam, perkapalan, pembinaan pelaburan dagang, penyediaan mata wang, penciptaan

peralatan baru, penciptaan alat pengangkutan dan penggunaan teknologi dalam proses pengairan.

Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlulah memikul peranan dan tugasan masing-masing

mengikut keparakaran tersendiri.

5
Seterusnya, ciri tamadun adalah mempunyai sistem organisasi sosial dimana pengkelasan

masyarakat berlaku iaitu masyarakat golongan atas dan masyarakat golongan bawah. Masyarakat

golongan atas terdiri daripada raja dan bangsawan. Manakala, masyarakat golongan bawahan

terdiri daripada golongan rakyat dan hamba. Organisasi sosial mengakibatkan pembahagian

tugas dan tanggungjawab secara tidak langsung kepada masyarakat. Sebagai contoh, pemilik

tanah yang kuat berusaha dan berpengaruh akan melahirkan golongan pemilik atau tuan tanah

sebagai golongan atasan yang akan memerintah golongan pekerja atau hamba sebagai buruh.

Kehidupan beragama juga merupakan salah satu aspek asas tamadun. Buktinya, kewujudan

kehidupan agama adalah seperti wujudnya kepercayaan, pemikiran tentang kuasa ghaib yang

mengawal kehidupan dan peninggalan bangunan keagamaan. Masyarakat dalam tamadun awal

mempercayai anismisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh

semangat. Hal ini kerana, semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan

kepada manusia. Oleh itu, masyarakat terdahulu memuja semangat supaya ianya memberi

kebaikan kepada mereka. Selain daripada itu, masyarakat tamadun awal juga mempercayai

politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Sebagai contoh, mereka mempercayai

tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu , tuhan sungai dan sebagainya.

Sistem pemerintahan juga antara ciri-ciri tamadun awal manusia. Sistem ini mula dibentuk

untuk mentadbir masyarakat. Oleh itu, muncul pemerintahan yang diketuai raja yang telah

mendakwa dirinya wakil tuhan. Raja juga mempunyai kuasa mutlak dan berkuasa di peringkat

pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta dimana bangsawan dilantik menjadi

pentadbir wilayah. Manakala, pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Kewujudan

sistem pemerintahan ini membawa kepada lahirnya sistem perundangan sebagai panduan kepada

masyarakat dan menjaga keamanan serta kemakmuran.

6
Akhir sekali, sistem tulisan dan bahasa juga merupakan salah satu ciri tamadun yang

penting. Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam

sistem tulisan dan bahasa. Hal ini adalah kerana sistem tulisan digunakan untuk mencatatkan

semua urusan yang berkait dengan agama dan perdagangan. Sistem tulisan dan bahasa juga

sebagai medium perhubungan serta menyampai, catat dan mengembangkan idea. Kemajuan

dalam sistem tulisan dan bahasa ini memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan

interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Antara contoh tulisan tamadun awal

ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf. Sitem tulisan dapat dibuktikan melalui

bangunan keagamaan, makam, lembaran kertas wang syiling dan sebagainya.

Kesimpulannya, ciri-ciri tamadun merupakan aspek penting untuk mengukur kemajuan

sesebuah tamadun dalam usaha membantu masyarakatnya untuk mencapai ketamadunan yang

tinggi dalam semua aspek kehidupan.

7
4.0 Asal Usul Tamadun China Dan Latar Belakang Kegemilangan

Tamadun China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga

merupakan salah satu tamadun yang mencipta sistem tulisannya tersendiri. Menurut kepercayaan

tamadun terdahulu, tamadun China dipercayai berasal dari keturunan bangsa Monggol. Antara

dinasti pertama yang wujud adalah Dinasti Shang yang disahkan atas sebab kependudukan di

lembah Sungai Huang He sejak kurun ke 18. Selepas itu, Dinasti Zhou berjaya merampas

tampuk pemerintahan setelah mengulingkan Dinasti Shang bermula kurun ke 12. Sungguhpun

sistem pemerintahan kerajaan ini adalah berpusat tetapi ianya semakin terhapus. Hal ini adalah

kerana berlakunya pemberian tanah jajahan secara bebas kepada para bangsawan.

Selepas itu, terbentuknya Dinasti Qin dan membawa kepada penyatuan semua tanah jajahan

pertama dibawah China. Walau bagaimanapun, kerajaan berkenaan tidak dapat bertahan lama

kerana sistem pemerintahannya yang bersifat kuku besi. Ekoran daripada kejatuhan kerajaan

Qin, tertubunya Dinasti Han tetapi tidak dapat bertahan lama. Dengan penyatuan Dinasti Sui

diselangi Dinasti Tan dan Dinasti Song, China dikenalpasti sebagai zaman kegemilangannya

sehinggalah China mengalami kepesatan kemajuan dari sudut teknologi , karya sastera dan juga

seni lukis. Seterusnya, Dinasti Song tumpas ditangan penjajah Monggol. Lantaran itu, wujudnya

Dinasti Yuan iaitu merupakan satu dinasti yang kurang digemari dan dianggap asing oleh

masyarakat pada ketika itu. Pemerintahan kembali bergolak apabila golongan petani yang

bernama Zhu Yuanzhang menubuhkan Dinasti Ming. Namun China dijajah sekali lagi dibawah

pemerintahan Qing dengan mengambil kesempatan merampas kuasa. Dinasti ini kemdiannya

berjaya ditumpaskan oleh bangsa Han melalui proses pengusiran maharaja terakhir mereka iaitu

Puyi daripada menguasai takhta.

8
Proses berlakunya petukaran tampuk pemerintahan yang sering kali dilalui sememangnya

mengwujudkan unsur tidak puas hati dikalangan pemerintah. Namun begitu, faktor utama

penurunan China bukanlah disebabkan pengaruh Barat seperti yang didakwa oleh sejarawan

Barat. Hal ini berlaku adalah disebabkan masalah politik dalaman itu sendiri. Sebagai contoh,

peristiwa pemberontakkan Taiping yang berlaku sekitar tahun 1851 hingga tahun 1862. Perang

saudara ini telah dimulai oleh pelampau esktremis Kristian Cina yang menganggap dirinya

sebagai Tuhan. Sungguhpun kerajaan menang di dalam pertempuran ini, ianya merupakan salah

satu perang yang paling ganas berikutan telah meragut sebanyaj 20 juta orang nyawa dan

melebihi jumlah mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.

Selepas penurunan yang telah lama berlaku, akhirnya empayar China mengalami kejatuhan

dan munculnya Negara China (Republik China). Walau bagaimanapun, kewujudan Negara China

tidaklah begitu indah kerana tiga dekad selepas itu merupakan mimpi ngeri. Hal ini kerana,

China ketika itu tidak aman dan berkeadaan huru-hara dan wujudnya pembahagian wilayah

disebabkan wujud panglima perang.

9
5.0 Pengaruh Dan Sumbangan Tamadun Islam Kepada Tamadun China

5.1 Teori Kedatangan Islam Ke China

Terdapat pelbagai teori yang telah berjaya dibuktikan dan ianya berlaku sejak zaman

Rasulullah (s.a.w) lagi. Berdasarkan catatan sejarah Dinasti Sui, teori kedatangan Islam ke China

dapat dibuktikan. Dalam catatan sejarah tersebut menyatakan bahawa telah wujud kapal

dagangan orang China yang sampai di Teluk Parsi dan telah ada penempatan orang Arab

disekitar pelabuhan utama di China. Teori yang seterusnya merupakan teori kedua dimana agama

Islam telah diperkenalkan sejak zaman Rasulullah (s.a.w). Hal ini demikian kerana, ada pendapat

yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah telah menjalankan

dakwah ke China. Beliau dan sahabatnya, Yusuf telah berjaya mendirikan Masjid Kwang Tah Se

dan Masjid Chee Lin Se.

Teori yang seterunsya adalah Khalifah Uthman bin Affan telah menghantar Saad bin Abi

Waqas untuk menyampaikan hadiah dan dakwah kepada Maharaja China serta rakyatnya.

Maharaja China tersebut menghormati ajaran Islam kerana ada persamaan dengan ajaran

Konfusius, malah mengarahkan sebuah masjid dibina. Selain itu, teori kedatangan Islam ke

China juga dikaitkan apabila Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung.

Maharaja meminta Khalifah Abbasiyah mengirimkan sebanyak 4000 tentera Islam berbangsa

Turki. Mereka terus tinggal dan berkahwin dengan wanita China tempatan. Oleh itu, penyebaran

agama Islam semakin berleluasa.

10
5.2 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam Di China

Agama Islam sampai ke Negara China lebih daripada 1400 tahun dahulu. Ini bermakna,

China adalah merupakan Negara terawal yang menerima agama dan pengaruh Islam. Walaupun

umat Islam adalah penduduk minoriti, mereka tetap memberikan sumbangan yang bermakna

dalam pembinaan peradaban dan Negara China sejak lebih seribu tahu dahulu. Sehingga ke hari

ini, kesan daripada sumbangan dan pengaruh Islam masih dapat dilihat. Terdapat beberapa tokoh

Islam yang mempunyai pengaruh besar terhadap penyebaran agama Islam.

1. Wang Daisyu

Beliau merupakan tokoh ulama tersohor yang dilahirkan di China pada tahun 1584. Beliau telah

menghasilkan banyak karya yang penting mengenai intipati ajaran Islam. Wang Daisyu adalah

ilmuan Islam China yang membuat perbahasan mengenai perbezaan agama Islam dengan budaya

yang diamalkan oleh orang China. Beliau bukan sahaja seorang ulama yang menguasai ilmu

Islam malahan menguasai sejarah, sastera seta ilmu klasik China yang lain. Oleh hal yang

demikian, beliau telah menjadi tokoh ilmuan yang dihormati di China sama ada oleh orang China

ataupun yang bukan Islam. Antara karyanya yang penting adalah ‘True Explaination on Right

Religion’ (Islam) dan ‘High Learning in Qing Zhen’.

2. Yusof Ma Zhu

Tempat lahir beliau adalah di Yunan dan dilahirkan pada tahun 1640. Merupakan tokoh ilmuan

yang hidup hampir sezaman dengan Wang Daisyu. Yusuf Ma mengkaji mengenai

ketidakseimbangan sosial yang berlaku dalam masyarakat dan telah mengemukakan beberapa

cadangan bagi memperbaikan kelemahan tersebut. Beliau juga telah mencadangkan kepada

pihak pemerintahan supaya melaksanakan prinsip-prinsip Islam bagi mewujudkan keadilan dan

11
mengekalkan kerohanian dalam hidup bermasyarakat. Selain daripada bergaul dengan para

ulama Islam, beliau bertindak sebagai tenaga pengajar di Akademik Maharaja. Yusuf Ma Zhu

juga banyak menghasilkan tulisan-tulisan dalam bidang agama, falsafah dan undang-undang.

Salah satu buku yang dihasilkan oleh beliau ialah berjudul ‘Direction in Islam’ yang

membicarakan mengenai sifat-sifat Allah dijadikan sebagai teras ilmu pengetahuan yang diajar

pada zamannya.

3. Liu Zhu

Beliau dilahirkan di Nanjing dan merupakan seorang ilmuan yang cukup hebat kerana

penguasaan dalam ilmu pengetahuan Islam yang meluas. Beliau dilahirkan pada tahun 1665. Liu

Zhu juga memiliki reputasi yang tinggi sehingga dihormati oleh umat Islam dan dikagumi oleh

masyarakat China. Antara karyanya yang paling terkenal dan mendapat perhatian masyarakat

ialah ‘Tian Fang Jian Li’ atau ‘Etika Dalam Islam’. Dalam memahami aspek-aspek moral dan

pembinaan akhalak daripada sudut pandangan Islam, buku ini dijadikan rujukan oleh para ilmuan

China. Walaupun umat Islam tidak mendapat layanan yang baik daripada pihak pemerintahan,

ketokohan Liu Zhu akhirnya mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Qing.

4. Yusuf Ma Dexin

Beliau dikenali sebagai Ma Fuchu di Yunnan dan telah menetap di Arab selama 8 tahun. Terlibat

dalam Pemberontakan Orang Islam sekitar 1862 hingga 1872 di Yunnan. Malangnya beliau

dibunuh oleh rejim Ching. Selain terkenal kerana pengetahuan Islam dan kefasihan beliau di

dalam berbahasa Arab dan Farsi beliau juga telah menghasilkan kitab ajaran suci iaitu

terjemahan Al-Quran, Nahu dan Sarf. Sumbangan beliau memang tidak boleh disangkal lagi

apabila berperanan sebagai penterjemah Al-Quran dan juga menulis buku – buku Islam.

12
5. Laksama Cheng Ho

Dikenali dengan nama asalnya Man San Pao. Beliau mendapat kedudukan istimewa dalam

masyarakat kerana beliau telah menjadi laksamana selama 30 tahun dan meyumbangkan diri

dalam pelbagai misi. Ketika itu beliau telah singgah di 30 buah negara Asia termasuk Melaka

sendiri dan di sekitar Afrika. Malahan itu, beliau juga turut mengetuai misi bagi Jemaah Haji.

Sebagai mengenang jasa-jasa dan sumbangannya, mereka mendirikan tokong-tokong di merata

tempat bagi memuliakannya. Selain didirikan di Melaka, tokong yang sama boleh ditemui d

Kuching, Kuala Terengganu, Ipoh, Bangkok, Sri Lanka dan beberapa buah negara yang lain.

Selain itu, sumbangan beliau memang tidak dapat dinafikan lagi apabila telah mewujudkan batu

asas kepada pertukaran budaya di bumi Melayu dan membawa kepada perluasan budaya

perdagangan dan dan pelayaran. Beliau juga telah menghasilkan catatan arah layar, mata angina,

sistem jarak perjalanan dan juga tempat – tempat perhentian.

13
5.3 Sumbangan Islam Di China

Bidang Perubatan

Ilmu perubatan di China digabungkan dengan kaedah dan bahan perubatan dari Arab. Oleh itu,

mereka telah berjaya menghasilkan beberapa karya sebagai panduan perubatan seharian. Sebagai

contoh karya ‘Chinese Materica Medica’. Bahan perubatan yang dibawa masuk ke China pada

Zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song.

Bidang Sains Dan Teknologi

Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi

khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau

keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi

melebur dan menuang besi ke dalam acuan, pengeluaran porselin, pembuatan kertas

dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.

Bidang Astronomi

Terbuktinya makmal kaji bintang yang berkembang pesat pada zaman Dinasti Yuan. Tokoh

utama yang pesat mengembangkan ilmu astronomi pada ketika itu ialah Tcha-Ma-Lou-Tin atau

nama melayunya Jamaludin. Pelbagai sumbangan yang telah dihasilkan antaranya dengan

terciptanya pelbagai alat kaji bintang dan cuaca serta pengenalan calendar takwim Wan-Nien-Li

yang telah dijadikan takwim rasmi kerajaan mulai 1265 hingga 1281 masihi.

Bidang Pelayaran

Usaha pelayaran diperkembangkan lagi dengan bantuan oleh orang Islam pada ketika itu di

dalam pembinaan kapal, contohnya kita dapat lihat dengan pelayaran oleh Laksamana Cheng Ho

14
yang memulakan destinasi ke luar China. Kegiatan ini diteruskan sehingga membawa kepada

kepesatan di dalam ilmu bidang pelayaran terutama bagi soal peralatan untuk belayar antaranya

kepakaran dalam bidang astronomi, penggunaan kompas dan kaedah ukuran air.

Bidang Pembinaan

Proses pembinaan dibuat penggabungan menggunakan elemen tempatan dan senibina Islam di

samping bertujuan untuk menyesuaikan persekitaran keadaan di kawasan tersebut. Contohnhya

kita dapat lihat dengan berdirinya Masjid Niukie yang telah berusia 700 tahun dan Masjid Huaje

Lane di Sian yang terletak di Wilayah Xian.

Bidang Matematik

Kaedah pengiraan Arab iaitu Xiyi Lishu, kaedah 60 darjah, Chiu Ji Li (Zaman Dinasti Tang), dan

Kaedah Algebra beserta Trogonometri diperkenalkan pada Zaman Dinasti Tang dan Dinasti

Song. Dengan pengenalan kaedah tersebut telah membantu masyarakat pada ketika itu di dalam

aktiviti – aktiviti pembinaan dan pengiraan sudut.

15
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesan kedatangan Islam ke China telah membuktikan bahawa agama suci ini

bersifat sejagat. Aktiviti perdagangan dan politik menjadi fakor utama kemasukan Islam ke

China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan

peradaban China. Antara kemajuan tersebut adalah seperti pertanian, perlombongan,

perimdustrian, perkilangkan dan sebagainya. Selain daripada itu, masyarakat juga dapat

menegakkan disiplin mereka melalui sistem yang dapat mengatur aktiviti ke arah keamanan serta

keadilan seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta benda dan hal-hal keluarga.

Pengaruh Islam meliputi hampir semua aspek kebudayaan masyarakat China. Sesungguhnya

budaya Islam adalah budaya penuh ilmu, dakwah dan jihad, juga hidup bersih dan benar.

Semoga kita pada hari ini mampu sedikit sebanyak mengubah dan memulihkan budaya

masyarakat kini ke arah yang lebih baik.

16
7.0 LAMPIRAN

7.1 Masjid Muhammad Cheng Ho

7.2 Masjid Xian

17
7.3 Tulisan Islam China untuk skrip Arab

7.4 Perubatan Arab yang dibawa ke China

7.5 Seni bina tamadun China

18
8.0 Rujukan

Bibliography
Ahmad, M. Z. (2011). Sejarah : Modul Soal Jawab. Terengganu.

Esz, I. (n.d.). Tamadun Islam dan China mempengaruhi Malaysia. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/310057387/KESAN-TAMADUN-CINA-KE-ATAS-MASYARAKAT-DAN-
NEGARA-MALAYSIA

Ibrahim, R. (2018, April 28). Sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam tamadun China. Retrieved from
https://prezi.com/p/cmxivmtkfhoa/sumbangan-tokoh-tokoh-islam-dalam-tamadun-china/

Rahim, M. F. (2014). Tamadun Islam di China. Retrieved 30, from


https://www.academia.edu/9926809/CTU_ASSIGNMENT_Tamadun_Islam_di_China

Seng, A. W. (2008). Rahsia Islam di China. Retrieved from Books Google:


https://books.google.com.my/books?id=TBe1AwAAQBAJ&pg=PA126&lpg=PA126&dq=yusuf+ma+zhu&s
ource=bl&ots=WOX6raUYgz&sig=ACfU3U24ACKOltacIz7u2t1bkpSvSZAMBA&hl=en&sa=X&ved=2ahUKE
wiz8_z1vrnhAhXG73MBHW-KCO0Q6AEwB3oECAgQAQ#v=onepage&q=yusuf%20ma%20zhu&f=false

Syuhada. (2016, November 13). Sumbangan Islam dalam perkembangan tamadun di China. Retrieved
from https://prezi.com/teo-dtzw6bls/sumbangan-islam-dalam-perkembangan-tamadun-di-china/

Zaki. (n.d.). Sains dan Teknologi Tamadun China. Retrieved from


https://www.academia.edu/29659619/Sains_dan_Teknologi_Tamadun_China

Zan, M. N. (2013, November 7). Sumbangan Islam di China. Retrieved from


https://www.slideshare.net/mohdnizammohdzan/sumbanan-islam-di-china

19

Anda mungkin juga menyukai