Anda di halaman 1dari 6

MASA CUE PENGUMUMAN CATATAN

8.30 Kata alu- Melayang serindit di atas permatang,


pagi aluan Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Yang Berusaha,
Encik Sanif bin Salim,
Guru Besar Sekolah kebangsaan felda sening

Yang Dihormati,
Puan zuwita soloma bt Md Kadar,
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Puan Hajah Norhashimah bt Saharan,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Amran bin Yusof,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan pendidik, kakitangan Sekolah


dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. ***

8.35 Ucapan
pagi Pengerusi Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan taufik dan
Majlis hidayahNya dapat kita berhimpun di Dewan
Seri Sening bersempena sambutan Maulidur
Rasul peringkat SK Felda Sening bagi tahun
2019.

Majlis ini adalah untuk mengenang jasa dan


pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil
yang tinggi keperibadian dan tiada tolok
tandingnya. Maka baginda perlu dijadikan ikon
perpaduan ummah.

Tema pada tahun ini adalah “Negara Rahmah


Ummah Sejahtera”
Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat
kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
InsyaAllah.

8.40 Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat,


pagi Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada


hari yang penuh bermakna ini, majlis
menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhammad Mundri
Bin Marman untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Al-Fadhil Ustaz Muhammad Mundri Bin
Marman diatas pimpinan bacaan doa itu tadi.

8.45 Bacaan Ayat Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah


pagi Suci Al-Quran sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati


bacaan ayat suci Al-Quran yang akan
disampaikan oleh adik
___________________________ dan adik
___________________________ tahun 5
Cemerlang. Ayat suci al-Quran yang akan
diperdengarkan daripada surah
_____________ bermula ayat ___ hingga ayat
___. Dipersilakan.

Shodakollahul ‘azim...
Indahnya ayat al-Quran yang telah
diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan
kepada adik ___________________________
dan adik ___________________________ dari
tahun 5 Cemerlang atas komitmen bacaan al-
Quran itu tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan pula
_____________________________
Untuk menyampaikan bacaan berzanji dan
seterusnya mengetuai bacaan selawat. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Alhamdulillah, semoga dengan bacaan berzanji


dan selawat sebentar tadi, ianya memberikan
manfaat dan kebaikan kepada kita semua
insyaallah.

9.00 Ucapan Dan


pagi Perasmian Sudilah tuan tampil ke depan,
Guru Besar Tampil ke depan menyambut salam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan pemanis kalam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Encik


Sanif bin Salim,Guru Besar SK Felda Sening
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Sambutan Maulidur Rasul bagi
tahun 2019.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Sanif
bin Salim, Guru Besar SK Felda Sening atas
ucapan dan kesudian merasmikan majlis
sebentar tadi.

9.30
pagi Dari Kedah ke Kuala Perlis,
Persembahan Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Hadirin yang dihormati,

Kita serikan majlis kita pada hari ini dengan


persembahan murid.

Majlis menjemput
__________________________ untuk
10.00 menyampaikan sajak yang bertajuk
pagi _________________ Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik


________________________
Diatas penyampaian sajak sebentar tadi.

Seterusnya kita akan disajikan pula dengan


persembahan nasyid dari murid-murid
prasekolah ____________ yang bertajuk
Rasulullah dan hambamu Allah.

Terima kasih atas persembahan nasyid


sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin
sekalian persembahan nasyid sebentar tadi
ialah di bawah bimbingan Cikgu ___________

REHAT

10.30 Pertandingan Berkat rimbunnya si pokok jati, Persembahan


pagi pertandingan
Tempat burung selalu bertemu,
nasyid.
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu.

Masa yang ditunggu sudah tiba.


Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian,

Majlis pagi ini akan diteruskan dengan


pertandingan nasyid antara kelas. Setiap
kumpulan akan menyanyikan 1 lagu wajib yang
bertajuk junjungan mulia yang dipopularkan
oleh kumpualn Al-mizan suatu ketika dahulu.
Dan seterusnya lagu kedua adalah lagu pilihan
yang masih bertemakan Rasullah.

Tanpa membuang masa dipersilakan kumpulan


pertama dari kelas _____________. Mereka
akan menyampaikan lagu bonus yang bertajuk
______________________
Itulah dia persembahan yang begitu
mantap/bertenaga/mengusik hati/menyentuh
kalbu/ dari kelas ____________.

Selesai sudah persembahan dari Sembilan


buah kumpulan dari setiap wakil kelas. Kita
akan berikan sedikit masa kepada para juri
untuk mengira markah dan menentukan
pemenang bagi pertandingan nasyid pada hari
ini.

Hadiah Hadirin sekalian,


pemenang Keputusan sudah berada ditangan saya.
Seterusnya diumumkan pemenang bagi
pertandingan nasyid sempena maulidurrasul
peringkat sekolah kebangsaan felda sening
bagi tahun 2019.

Saguhati :
1.
2.
3.
Tempat ketiga :
Tempat kedua :
Tempat pertama :

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Encik Sanif bin Salim Guru Besar SK Felda
Sening di atas kesudian menyampaikan hadiah
kepada para pemenang sebentar tadi.

11.50 PENUTUP Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah


pagi sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan


ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan
majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak. Moga kita semua
akan beroleh keberkatan daripada-Nya.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Sebelum mengundur diri sambutlah salam


manis untuk semua. Saya sudahi dengan lafaz
suci. Wabillah hitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh.

Dijemput kepada guru-guru serta seluruh warga


sekolah untuk menikmati jamuan di kantin
sekolah, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai