Anda di halaman 1dari 9

3.

0 PENAAKULAN MORAL

Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada

prinsip prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul Rahman Aroff & Chang

Lee Hoon, 1994). Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan

tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976).

Penaakulan moral bermaksud pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara

rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat

memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan

nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa

membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan

secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh:

Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2 minggu

kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu merupakan

anaknya sendiri.Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral

tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran

3.1 PERASAAN MORAL

Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati,

prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang bermoral ini membawa

kepada tindakan yang bermoral. Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara

moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang

seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan
simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa

mengira kepentingan diri sendiri.

Contoh:

 Merasa sedih dengan mangsa-mangsa banjir di Terengganu

 Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam pertandingan

 Marah kepada sesiapa sahaja yang membuat kejahatan.

 Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa kematian ibu bapanya.

3.2 PERLAKUAN MORAL

Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang

ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral

ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang

bertindak secara bermoral.

Contoh:

 memulangkan dompet yang dijumpai di stesen bas kepada pemiliknya

 membantu menangkap orang yang berbuat jahat

3.3 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOLHBERG

Menurut Kolhberg(1972), beliau telah menggunakan keadilan sebagai Corner Stone. teori

moral memastikan kebebasan dalam prinsip seseorang itu adalah berdasarkan kepada kajian

psikologi dalam pembangunan manusia dan menyediakan pendekatan falsafah yang sewajarnya

kepada moral. penggunaan Kolhberg dalam keadilan sebagai elemen teras dalam teori yang

dipengaruhi oleh falsafah John Rawls(1971). pendekatan Kolhberg juga berdasarkan kepada

model pembangunan kognitif (Piaget, 1965). Ini menunjukkan bahawa teori Kolhberg adalah
gabungan antara teoori keadilan Rawls dan teori perkembangan Piaget (Rest, Narvaez dan

Bebeau, 1999). Kolhberg telah menggariskan enam peringkat dalam penilaian moral seseorang.

Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya

tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg

(1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali,

tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap

pascakonvensional (peringkat 5 dan 6).

TAHAP KETERANGAN PERKARA KETERANGAN UNTUK


YANG BETUL UNTUK MELAKUKAN
DILAKUKAN YANG BETUL PRAKONVENSIONAL
TAHAP 1 Untuk mengelakkan melanggar Mengelakkan hukuman dan
(prakonvensional) peraturan kerana takutkan kuasa pihak yang berwajib
dendaan. kepatuhan perlu berlaku
Orientasi dendaan dan secara semulajadi dan
kepatuhan(kesan-kesan mengelakkan kerosakan fizikal
fizikal menentukan perkara kepada manusia lain dan harta
yang baik dan jahat) benda.

TAHAP 2 Mematuhi peraturan hanyalah Untuk memuaskan keperluan/


(prakonvensional) yang bersesuaian dengan minat seseorang dan harus juga
kecenderungan peribadi, menyedari tentang minat dan
Orientasi instrumental bertindak untuk mencapai kehendak orang lain,
relativis (perkara yang kepentingan sendiri dan
memuaskan keperluan diri membiarkan orang lain membuat
sendiri adalah lebih baik) hal yang sama. yang betul adalah
yang adil, pertukaran yang sama
dalam perjanjian dan persetujuan
bersyarat.
TAHAP 3 Menjalani kehidupan sepertimana Keperluan tuntuk menjadi insan
(konvensional) yang diharapkan oleh orang yang yang baik pada penilaian sendiri
mempunyai hubungan rapat dan orang lain. keperihatinan
Orientasi antara individu dengan kita mungkin sebagai terhadap orang lain. percaya pada
atau 'good boy-nice anak yang baik,bapa, kawan. satu peraturan mutlak dan
girl',(perkara yang berbuat baik adalah penting dan keinginan untuk mengekalkan
menyenangkan atau bermakna mempunyai motif yang peraturan dan menyokong pihak
membantu orang lain baikseperti saling mempercayai. yang mahukan tingkah laku yang
adalah baik) baik.

TAHAP 4 Menyempurnakan kewajipan Memastikan institusi berterusan


(konvensional) sebenar kepada orang yang sebagai satu kesatuan ,
dipertanggungjawabkan keatas mengelakkan berlakunya
Orientasi undang undang kita. undang undang mestilah perpecahan sekiranya semua
atau peraturan( memelihara dipatuhi melainkan dalam kes kes orang melakukannya, kesedaran
sosial order, melaksanakan tertentunapabila terdapat konflik terhadap tanggungjawab dan
tugas atau tanggungjawab dengan tugas sosial. perkara yang kepatuhan seseorang.
adalah baik) benar termasuk juga
menyumbang kepada masyarakat
atau institusi.

TAHAP 5 Menyedari bahawa manusia Berkewajipan kepada undang


(pasca konvensional) mempunyai pelbagai nilai dan undang kerana ikatan kontrak
pendapat, nilai utama dan sosial untuk mematuhi undang
Orientasi contract-legalistic peraturan adalah relatif kepada undang kebajikan dan
(nilai yang dipersetujui sesuatu kumpulan. peraturan perlindungan kepada semua
masyarakat, termasuklah relatif ini hendaklah dipatuhi, orang. satu komitmen kontraktual
hak hak individu atau bagaimanapun hendaklah yang dilakukan secara sukarela
peraturan untuk mencapai daripada persetujuan keseluruhan terhadap keluarga, persahabatan,
persetujuan, menentukan entiti kerana ia adalah kontrak kewajipan kepada kerja dan
perkara yang benar) sosial. sesetengah pendapat yang kepercayaan. mengambilkira
terkeluar daripada peraturan undang undang dan tugas
relatif kumpulan haruslah juga berdasarkan rasional kebaikan
digunapakai walaupun tidak untuk semua.
mendapat sokongan majoriti.
TAHAP 6 Mengikut prinsip etika sendiri. Keprcayaan sebagai insan yang
(pasca konvensional) undang undang tertentu atau rasional dalam prinsip moral
persetujuan sosial selalunya sah universal yang mutlak dan
Orientasi prinsip etika kerana ia berlandaskan kepada perasaan komitmen individu
sejagat ( perkara benar prinsip tertentu. prinsip ini adalah terhadapnya.
adalah suara batin yang prinsip universal kerana ia
harmoni dengan prinsip berlandaskan keadilan,
sejagat iaitu keadilan. kesaksamaan dalam 'human right'
dan hormat kepada kemanusiaan
sebagai seorang individu

Rest (1994) menjelaskan peringkat ini berdasarkan kepada pemahaman individu tetang

bagaimana untuk menguruskan kerjasama dalam masyarakat apabila sesuatu isu moral

dipertimbangkan. dua peringkat terlibat dalam setiap tahap pembabitan moral.

Tahap yang paling asas ialah tahap 1 yang dikenali sebagai prakonvensional. Seperti

yang dilihat dalam peringkat 1 dan 2 di atas, seseorang individu pada tahap taakulan moral ini

masih belum memahami tentang peraturan dan tanggapan masyarakat terhadap kelakuan mereka.

perspektif mereka adalah lebih kepada egosentrik yang memfokuskan kepada diri mereka sendiri

secara tetap.

Sementara tahap kebiasaan moral atau tahap 2 didalam peringkat 3 dan 4 adalah

berdasarkan kepada perspektif ahli dalam masyarakat. Pemikiran tahap ini melibatkan peraturan

peraturan setempat dan tanggapan orang lain. Seseorang individu pada tahap ini mungkin akan

menyokong perjanjian untuk berada pada tahap poosisi pihak yang berkuasa.

Tahap yang paling tinggi iaitu tahap 3 yang dikenali sebagai pascakonvensional iaitu

peringkat 5 dan 6 yang lebih mengutamakan masyarakat. Tahap ini ditentukan oleh pemikiran,

mengatasi peraturan dan tanggapan masyarakat serta keputusan asas kepada prinsip yang telah
dipilih oleh individu (evans, 1998). pada tahap 3 penilaian moral dalah berdasarkan kepada

kesejagatan prinsip prinsip keadilan ( Nucci dan Pascarella, 1987).

3.4 TEORI PERKEMBANGAN MORAL REST

Pada tahun 1999, rest dan rakan rakannya telah membina satu model yang dikenali

sebagai neo-kohlbergian (rest, narvaez dan bebeau, 1999). Perbezaan yang dibawa oleh rest

menekankan kepada komponen kerjasama sosial dalam taakulan keadilan. sementara kohlberg

pula menegaskan bahawa konsep keadilan berdasarkan kepada individu. Rest telah

mengkonsepkan semula enam peringkat oerkembangan moral dalam konteks kerjasama sosial

berdasarkan kepada taakulan keadilan yang dapat dilihat melalui jadual di bawah :

Peringkat Konsep berpusat Pengalaman sosial


(central concept)
Peringkat 1 Moral ketaatan Buat seperti yang disuruh

Peringkat 2 Moral instrumen egoisme dan Mari buat satu perjanjian


pertukaran mudah

Peringkat 3 Moral persetujuan Bertimbang rasa dan


interpersonal mendapat kawan

Peringkat 4 Moral undang undang dan Setiap orang dalam


tugas kepada arahan sosial masyarakat
dipertanggungjawabkan dan
dilindungi undang undang

Peringkat 5 Moral prosedur pembangunan Awak dipertanggungjawabkan


konsensus dengan penyusunan yang
dipersetujui oleh prosedur
proses

Peringkat 6 Moral kerjasama sosial bukan Moral dedefinisikan secara


sembarangan rasional dan pengurusan
kerjasama secara ideal.
Justeru itu, definisi rest tentang enam peringkatvyang menggabungkan kerjasama dengan

keadilan adalah sedikit berbeza dengan pendekatan kohlberg. Apabila seorang individu melalui

peringkat perkembangan sosial, secara langsung membantu mereka untuk menghasilkan lebih

banyak cara berkesan dalam mengurus kerjasama(rest, 1986).

Rest (1983) menjelaskan konsep perkembangan moral kohlberg terlalu sempit. Beliau

memberi hujah bahawa pertimbangan moral ialah satu komponen dalam proses yang sangat

kompleks dikenali sebagai model 4 komponen perkembangan moral.

3.5 MODEL PERKEMBANGAN MORAL (Rest, 1983)

Sensitiviti moral Menentukan kepentingan sesuatu isu moral

Pertimbangan moral Menentukan halatuju yang diambil untuk

menyelesaikan masalah dilemma

Motivasi moral Mengambilkira motif lain yang akan

menpengaruhi pelaksanaan pengadilan yang

dipilih

Tindakan moral Berdasarkan kepada cara dan kekuatan ego

semasa melakukan tindakan

3.6 KONSEP PERTIMBANGAN MORAL OLEH REST

Konsep pertimbangan moral rest adalah berdasarka analisis terhadap penaakulan moral

secara berperingkat sepertimana yang dicadangkan oleh kohlberg. Pertimbangan moral

membekalkan panduan asas dalam menentukan bagaimana konflik dalaman manusia dapat
diselesaikan dan diguna untuk memaksimumkan faedah sesama sendiri bagi seseorang individu

yang tinggal dalam satu kumpulan (rest, 1986).

Seseorang individu dapat menentukan secara moralnya perkara benar atau salah (rest,

1994) berpandukan kepada konsep individu mengenai keadilan dan rasa hormat kepada hak

orang lain berdasarkan kepada penekanan kesamaan dan saling memerlukan antara satu sama

lain. Hal ini kerana satu andaian kritikal iaitu setiap perjalanan seseorang individu akan melalui

langkah langkah berasaskan tahap pertimbangan moral. Setiap tahap pertimbangan moral akan

mewakili konsep konsep tertentu yang canggih untuk menguruskan kerjasama (rest, 1979)

Pertimbangan moral diwakili oleh tiga jenis skema iaitu:

1. Skema kecenderungan peribadi

2. Skema pengekalan norma

3. Skema pasca konvensional

Berdasarkan kepada komsep skema pertimbangan moral rest, proses bagi seseorang

individu membuat pertimbangan dapat dilihat secara jelas. Moral individu secara langsung

berperanan untuk membina struktur pemikiran yang selari dengan perlakuannya. Konsep

pertimbangan moral menggabungkan konsep autonomi moral dan heteronomi moral yang berada

dalam skema kognitif indiividu.

Secara keseluruhannya, konsep skema moral menghuraikan tentang skema ognitif yang

diaktifkan semasa seseorang individu membuat pertimbangan moral. Pembentukan skema

tersebut akan membentuk kumpulan kumpulan skema dalam perkembangan moral individu.

Keadaan ini menunjukkan bahawa skema bukan sahajamerupakan lambang proses psikologikal
tetapi ia juga merangkumi ideologi dan budaya yang digabungkan dalam konsep autonomi dan

heteronomi moral individu.