Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI TERAS KPBPNB

NAMA AKTIVITI : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA, (MSAM)
TAHUN 2018.

LOKASI : STADIUM BATU PAHAT, BATU PAHAT JOHOR.

TARIKH & MASA : 21 APRIL 2018 (7.00PG – 5.30PTG)

JUMLAH KEHADIRAN : 4 ORANG GURU , 40 ORANG PELAJAR.

1) RINGKASAN PROGRAM
Objektif

a) Mengenali pelbagai peranan yang dimainkan oleh pihak PNB dalam usaha membantu
golongan bumiputera.
b) Menanam kesedaran pentingnya menabung dan melabur untuk keperluan masa depan
pelajar.
c) Memperoleh panduan dan maklumat tentang kerjaya dalam bidang berkaitan.

Laporan Aktiviti

Pelajar berkumpul di Tapak Perhentian bas berhampiran sekolah pada jam 7.30pg.Bas
bergerak ke Tapak ekspo Minggu Saham Amanah pada jam 8.00pg. Sampai di sana pada jam
10.45pg, pelajar terus mendaftar dan masuk ke pusat pameran seterusnya mengikuti aktiviti-
aktiviti yang diadakan. Pelajar-pelajar sangat teruja melihat pameran dan berlumba-lumba
menyertai kuiz dan peraduan yang diadakan di situ. Selain daripada mendapat pengetahuan
tentang PNB serta anak syarikatnya , pelajar juga dapat membawa pulang hadiah dan saguhati
daripada peraduan-peraduan yang disertai seperti gula, minyak masak, pen, baju,beg dan lain
lain lagi.
Pada jam 1.30ptg , kami mula keluar untuk makan tengah hari dan solat sebelum bertolak
balik ke Melaka. Makanan tengah hari disediakan oleh pihak PNB, terima kasih diucapkan.
Pelajar-pelajar menunaikan solat zohor di masjid berhadapan dengan Stadium Batu Pahat.
Selepas solat hujan turun dengan lebat, diikuti dengan ribut menyebabkan perjalanan pulang
terpaksa ditangguhkan menunggu hujan reda.

Pada jam 3.00ptg, barulah kami dapat bertolak balik dan sampai disekolah pada jam
5.30ptg. Para pelajar sangat gembira menyertai lawatan ini dan berharap akan ada lagi lawatan
sepert i ini pada masa akan datang.
2) PENGGUNAAN BAJET

BIL PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Makanan pelajar dan AJK RM5.00 x 40 orang RM200.00

2 Makan Guru RM10.00 x 4 0rang RM40.00

3 Pengangkutan (Tambang Bas) RM1000.00 x 1 Rm1000.00

JUMLAH RM1240.00

3) PENILAIAN KEBERKESANAN

Para pelajar menunjukkan minat untuk menyertai peraduan dan kuiz yang diadakan sepanjang
pameran. Ini dibuktikan dengan respon yang diberikan sepanjang kuiz dijalankan. Daripada soal
selidik yang diberikan , menunjukkan pelajar memberi komen yang baik dan amat baik iaitu 4
dan 5 pada skala yang diberikan.

4) LAIN-LAIN
Lain-lain komen atau cadangan bagi penambahbaikan di masa akan datang.

- Menyediakan kemudahan tandas yang baik kerana pada hari itu tandas yang disediakan
ditapak pameran tidak ada air.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………… ……………………………

Anda mungkin juga menyukai