Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA

BUKIT SELAMBAU,
08010 SUNGAI PETANI,
KEDAH

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2019

TARIKH :
8 HINGGA 9 MAC 2019

TEMPAT :
DANGAU AYAH
KAMPUNG KEMUMBUNG
SIDAM KIRI
KEDAH DARULAMAN.
1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan program rutin yang memberi pendedahan kepada para
pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri
pemimpin yang boleh diteladani. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah
memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang
sikap sambil lewa pemimpin pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa
bersedia untuk memimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang
untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah
pengalaman serta memantapkan pelajar. Semoga usaha ini akan memberi manfaat
dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari
masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

2.0 ANJURAN

Unit Hal Ehwal Murid (HEM)


 Bimbingan & Kaunseling
 Badan Disiplin Sekolah
 Pusat Sumber Sekolah

3.0 TUJUAN

3.1 Menyediakan pelajar yang bersedia dengan jawatan yang disandang.


3.2 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya
kepimpinan berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah tahun 2019.
3.3 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada kumpulan yang dipimpin.
3.4 Menanamkan nilai tanggungjawab.
3.5 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab di
kalangan peserta serta mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi.
4.0 MATLAMAT

Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi,


rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai
tugas kepimpinan.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :

5.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan


modul program jati diri.
5.2 Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan
diri dengan modul yang pelbagai.
5.3 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan
persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat
membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
5.4 Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para
pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.

6.0 TARIKH & TEMPAT

Tarikh : 8 Mac hingga 9 Mac 2019

Tempat : Dangau Ayah


08700 Sidam Kiri,
Kedah Darulaman.
7.0 SASARAN

(46 orang – 20 orang lelaki dan 26 orang perempuan)


 Pengawas Sekolah
 Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
 Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah
 Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

8.0 ATURCARA PROGRAM

Jumaat ~ 8/3/2019
7.15 pagi : Berkumpul di sekolah / Pendaftaran
8.15 pagi : Ketibaan ke Kem Dangau Ayah
9.00 pagi : Persiapan diri
9.10 pagi : Slot 1(Ice Breaking)
10.30 pagi : Sarapan
11.00 pagi : Slot 2 (Ciri-ciri Kepimpinan)
12.00 tengah hari : MakanTengah hari / Persiapan diri / Solat Jumaat
3.00 petang : Slot 3 (Memanah)
4.45 petang : Solat Asar
5.10 petang : Slot 4 (Water Confident)
6.45 petang : Minum Petang
7.00 petang : Persiapan diri / Solat Maghrib
8.00 petang : Makan Malam
8.30 petang : Solat Isyak
9.00 petang : Slot 4 (Motivasi)
10.30 petang : Minum Malam
10.45 petang : Slot 5 (Burung Hantu)
12.00 petang : Tidur

Sabtu ~ 9/3/2019
5.30 pagi : Persiapan diri / /Solat Subuh
6.45 pagi : Slot 6 (Senaman)
8.00 pagi : Sarapan
8.30 pagi : Slot 7 (Kendiri)
10.30 pagi : Slot 8 (Berkayak)
11.30 pagi : Makan Tengah hari / Majlis penutup
12.45 pagi : Tiba ke sekolah
9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA & PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI : Guru Besar


TIMBALAN PENGERUSI : Penolong Kanan HEM
NAIB PENGERUSI : Penolong Kanan Pentadbiran

: Penolong Kanan KoKurikulum

SETIAUSAHA : Azman B Hashim

BENDAHARI : Zaiton Bt Hamid

PENDAFTARAN / DOKUMENTASI MAKAN & MINUMAN JURUFOTO


Noraini Bt Abd Rahman Haswani Bt Abdul Hamid Muhammad Azli B Nasron
Azman Bin Hashim Samon A/P Pau Wang Nurehan Bt Ahmad

PENGINAPAN & KESELAMATAN SOLAT & SAHSIAH HADIAH, SIJIL & BROSURE
Azman Bin Hashim Ibrahim Bin Yaakub Norleeda Bt Jamaludin
Noor Azian Bt Abd Azib Zaiton Bt Hamid Roslailey Bt Ismail
Nurin Bt Husain Noraini Bt Abd Rahman Norhasni Bt Md. Amin

JADUAL WAKTU GURU BERTUGAS

Hari kedua (8/3/2018 - Jumaat) Hari ketiga (9/3/2018 - Sabtu)


Jam 7.00 pg hingga 7.00 ptg Jam 7.00 ptg hingga 12.45 tgh

Muhammad Azli B Nasron (K) Azman Bin Hashim (K)


Haswani Bt Abdul Hamid Muhammad Azli B Nasron
Norhasni Bt Md. Amin Ibrahim Bin Yaakub
Norleeda Bt Jamaludin Nor Afiqah Bt Md Lazim
Nur Zaffan Binti Amani Noraini Bt Abd Rahman
Nurehan Bt Ahmad Nurin Bt Husain
Samon A/P Pau Wang Roslailey Bt Ismail
Zaiton Bt Hamid Samon A/P Pau Wang

Jam 6.00 mlm hingga 8.00 pg


Ibrahim Bin Yaakub (K)
Noor Azian Bt Abd Azib
Nor Afiqah Bt Md Lazim
Noraini Bt Abd Rahman
Nurin Bt Husain
Roslailey Bt Ismail

10.0 PENUTUP
Diharap Kursus Kepimpinan Pelajar 2019 ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
semua pemimpin pelajar untuk dijadikan panduan semasa bertugas di sekolah
seterusnya dapat menjadikan SK Seri Wangsa cemerlang daripada segi disiplin dan
sahsiah.

Sekian.

Disediakan oleh:

………………………...............………...
( AZMAN BIN HASHIM )
Badan Lembaga Pengawas Sekolah,
SK Seri Wangsa, Bukit Selambau,
08010 Sungai Petani, Kedah Darulaman.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………...............………... ………………………...............………...
(MOHD FARHAN BIN CHE JAAFAR) (WAN ASHIKHIN BINTI WAN YAHYA)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar,
SK Seri Wangsa, Bukit Selambau, SK Seri Wangsa, Bukit Selambau,
08010 Sungai Petani, Kedah Darulaman. 08010 Sungai Petani, Kedah Darulaman.

Anda mungkin juga menyukai