Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(Tanpa Program LINUS-Numerasi)

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : 2 Ceria

Tajuk : Tolak Dalam Lingkungan 1000

Masa : 60 Minit

Standrad Pembelajaran : 3.1 (i)

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

a. Menolak sebarang 2 nombor dengan dua digit


b. Menolak sebarang 2 nombor dengan 3 digit

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Murid Perdana

1) Menyanyi 10 budak hitam


2) Bersoal jawab (Ali ada 10 batang pensel. Dia memberi beberapa batang pensel kepada
Ahmad dan masih berbaki 3 batang. Berapa batang pensel yang diberi kepada Ahmad?)
3) Menjawab soalan ( Berapakah nilai nombor tiga digit apabila ditolak dengan nombor dua
digit yang lain akan menghasilkan jawapan angka 4)
4) Murid menjawab lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

1) Kreativiti

Bahan Bantu Belajar

Netbook, Pensel, Gambar rajah petak 100, Lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta bersoal jawab.

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai