Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MATEMATIK TAHUN 2

Kelas : Tahun 2 Zuhrah

Tajuk : Tambah Dalam Lingkungan 1000

Masa : 60 minit ( 9:05 – 10:05)

Standard Pembelajaran : 2.3 (ii)

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penambahan dua nombor.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

1. Murid bersoal jawab dengan guru.


2. Murid ditunjukkan dengan kad bergambar. Murid membina ayat Matematik.
3. Murid diberi soalan dalam bentuk ayat.
4. Murid mengenalpasti kata kunci dan nombor.
5. Murid menyelesaikan masalah.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :

 Kreativiti - penggambaran data,peng gabung jalinan.

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :


Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, perbincangan dan lembaran kerja.

Refleksi :
4 daripada 41 orang murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dan akan diberi
latihan pengukuhan dalam kelas akan datang.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

Kelas : Tahun 2 Nilam

Tajuk : Tambah Dalam Lingkungan 1000

Masa : 60 minit ( 8:05 – 9:05)

Standard Pembelajaran : 2.1 (i)

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a) Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Murid Perdana

1. Murid menyebut nilai tempat dengan betul.


2. Murid dibahagikan kepada 8 kumpulan.
3. Murid diberi satu set soalan yang mempunyai pelbagai kombinasi nombor.
4. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.
5. Setiap kumpulan menunjukkan hasil jawapan. Satu kumpulan satu soalan yg berbeza.
6. Perbincangan antara guru dan murid jika terdapat kesilapan dari segi susunan nilai tempat dan
pengiraaan.

Murid Linus

1. Murid dibimbing menyusun angka pada nilai tempat yang betul.


2. Murid dibimbing menambah dua nombor dengan:
 Menggunakan pembilang
 Melukis pembilang

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :


 Kreativiti - melukis
 Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah

Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, pembilang

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :


Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p , perbincangan dan lembaran kerja.

Refleksi :
Arus perdana – 35/35 murid dapat menguasai dan mencapai objektif pembelajaran.
Linus – 2/3 murid masih memerlukan bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai