Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT) WITH HONOURS (BIS)

SEPTEMBER/2019

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

NO. MATRIKULASI : 950827125282001


NO. KAD PENGNEALAN : 950827125282
NO. TELEFON : 019-2460393
E-MEL : aazy27@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN

Halaman
MUKA DEPAN………………………………………………………………………... I
ISI KANDUNGAN……………………………………………………………………... II
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………… 1
2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM BIDANG
SAINS DAN TEKNOLOGI …………………………………………………… 2-5

2.1 Bidang Perubatan.

2.2 Bidang Astronomi

2.3 Bidang Matematik

2.4 Penciptaan Kertas

3.0 KESAN SUMBANGAN TAMADUN CINA KEPADA PEMIKIRAN


INOVATIF MASYARAKAT KINI……………………………………………. 5-7

4.0 CIPTAAN BAHARU YANG MAMPU MEMBERI KESAN KEPADA


TAMADUN KINI, KHUSUSNYA DI MALAYSIA…………………………… 7-9
4.1 Bidang Pengangkutan

4.2 Bidang Domestik

4.3 Bidang Pertanian

5.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………… 9-10

6.0 JURNAL REFLEKTIF…………………………………………………………… 11-12

RUJUKAN…………………………………………………………………………………. 13
1.0 PENGENALAN

Tamadun China merupakan salah satu diantara tamadun tertua di dunia yang dikesan sejak
tahun 2000 SM, dengan pembentukan dinasti terawal iaitu Dinaasti Xia/Hsia yang dipercayai
berasal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Kuning (Hwang Ho). Terdapat ramai
sejarawan yang mendakwa dinasti pertama ialah Dinasti Shang (1766-1122 SM ataupun 1523-
1027 SM). Antara bandar utama yang telah muncul dalam tamadun awal ini adalah Anyang yang
menjadi ibu negeri donasti Shang dan bandar tertua di China, Changan dan Loyang. Tamadun ini
juga dipercayai bermula pada tahun ke-6 sebelum masihi menyerupai tamadun-tamadun tua yang
lain seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir dan Tamadun India. Tamadun yang
mempunyai keluasan negara terbesar di Asia ini pada suatu ketika dahulu pernah berada di
kemuncak kegemilangannya dengan melahirkan tokoh-tokoh yang cerdik yang banyak memberi
pelbagai sumbangan kepada manusia sejagat. Tamadun ini masih lagi berterusan sehingga ke hari
ini. Golongan ini telah membawa kesan wujudnya inovasi, dan kemudiannya menghalang
pengenalan teknik baru kecuali teknik ini boleh memberi faedah kepada seluruh pemerintahan.
Selain itu, kerajaan China tidak berminat mempromosikan perniagaan atau industri dan
penciptaan. Mereka juga tidak menjalinkan hubungan komersial dengan dunia luar. Kesannya,
China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 dan kemudiannya,
revolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran China tentang pentingnya
sains dan teknologi moden.

Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar Menjelaskan sumbangan Tamadun
China terhadap tamadun-tamadun lain. Selain itu juga iadalah untuk mengetahui tahap kemajuan
sains dan teknologi pada zaman ketamadunan China dan mengkaji tahap pengadaptasian ilmu
sains dan teknologi tamadun china dalam kalangan masyarakat masa kini dalam kehidupan
seharian mereka

Saya telah menggunakan buku rujukan Tamadun Asia Edisi Kedua dan juga buku
Tamadun Islam dan Tamadun Asia OUM.
2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Tamadun China telah banyak menyediakan asas bagi perkembangan sains dan teknologi
dunia. Pada mulanya, sains dan teknologi Cina merangkumi dalam kepercayaan dan sistem
pandangan dunia masyarakat Cina. Terdapat dua asas penting dalam perkembangan ilmu sains
Cina iaitu konsep Yin dan Yang serta Teori Lima unsur. Dua unsur ini adalah bertentangan tetapi
ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan imbangan alam. Jika tiada
imbangan ini maka akan berlakulah masalah alam semula jadi. Berdasarkan dua unsur ini juga,
golongan cerdik pandai dari kalangan Cina mula meneroka alam dan memperkembangkan ilmu
pengetahuan mereka. Ilmu sains Cina mencakupi beberapa bidang utama iaitu perubatan,
matematik, astronomi, fizik dan biologi.

2.1 Bidang Perubatan.

Amalan-amalan perubatan Cina dapat diperoleh dari karya-karya tulisan oleh


pengamal perubatan Cina. Contoh: Inner Cannon (Nei Ching), Metarial Medica (Pen
TsÕao Kang Mu) Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup
berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah. Rangka asas teori perubatan Cina
tradisional ialah berdasarkan teori Yin dan Yang dan juga teori lima elemen. Perubatan
Cina telah bermula sejak sepuluh ribu tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang
melalui kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian pada tubuh manusia dan beberapa jenis
penyakit. Penyakit-penyakit itu juga dapat dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica
dan moksibusi yang mana dua cara tersebut kebanyakannya dirawat menggunakan herba
dan galian, dan juga akupuntur yang mana ia pernah diamalkan oleh masyarakat Cina
dengan memnggunakan serpihan tulang yang telah ditajamkan sebelum peralatan moden
dicipta.

Rajah 2: https://ms.wikipedia.org/wiki/Perubatan_tradisional_Cina
2.2 Bidang Astronomi

Dalam bidang astronomi, orang cina mempunyai tiga pandangan yang berbeza
tentang alam semesta iaitu pertama, pandangan yang dikenali sebagai Kai Ten atau Gai
Tain yang mempercayai alam berbentuk kubah. Kedua, pandangan yang menggambarkan
alam berbentuk sfera dan yang ketiga Teori Hsuan Yeh iaitu teori angka raya kosong tak
terhingga. Semasa pemerintahan dinasti Zhou orang Cina telah mampu menyediakan
katalog bintang mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli
astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod
astronomi yang sempurna, dan tepat. Orang Cina juga mempelajari matahari dan
merekodkannya secara sistematik di samping merekodkan gerhana bulan dan matahari.
Menerusi catatan mereka juga, mereka didapati telah menemui komet Halley. Rekod ini
menjadi asas kepada pengiraan orbit komet Halley hingga kini. Mereka juga mencipta alat
untuk kegunaan Astronomi, iaitu Gnomon dan Clepsydra. Gnomon merupakan instrumen
yang terdiri daripada tiang-tiang menegak bagi menentukan latitud matahari dengan
mengukur kedudukan panjang bayangbayang pada waktu tengah hari. Manakala Clepsydra
merupakan alat untuk mengukur masa berdasarkan aliran air yang ditentukan alirannya
melalui suatu permukaan kecil yang dilakukan ke atas alat tersebut. Satu carta atau
manuskrip tertua di dunia mengenai bintang telah ditemui di gua Dunhuang di Wilayah
Gansu Selain itu, sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal,
maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

Rajah 2: http://www.infobudaya.net/2017/09/hari-hari-penting-dalam-kalender-
tionghoa/
2.3 Bidang Matematik

Menurut kajian Joyce (1994), orang cina silam mengganggap bahawa matematik
sebagai satu aspek daripada Shu yang bermaksud nombor. Shu memainkan peranan yang
penting bagi ilmu sains di China dan Eropah. Chou Pei Suan King dan Chiu Chang Suan
Shu merupakan dua buah karya matematik tertua. Chou Pei Suan King membicarakan
kalendar, pengiraan masa bayangbayang dan mengandungi catatan matematik. Chiu Chang
Suan Shu mengandungi sembilan bab tentang kira-kira, ukuran dan beberapa teori
matematik. Ia merupakan buku matematik yang paling lama dan berpengaruh.
Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan
berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (Sepuluh Risalah Panduan Matematik)
dan pada tahun 1084, teks ini diulang cetak. Dalam operasi membaling pula, orang Cina
menggunakan lidi buluh yang diletakkan sama ada di atas meja atau di atas tanah untuk
menyatakan nombor ketika membaling. Selain itu angka negatif dan ppositif juga wujud
dalam matematik Cina. Angka positif biasanya disukai kerana ia membawa makna
keuntungan manakala angka negatif pula memberi makna keburukan iaitu mengenai
hutang dan begitu juga angka genap dan ganjil. Perkembangan dalam aljabar (algebra)
pula bermula pada abad ke 113M. Perkembangan ilmu matematik di China memberikan
sumbangan dunia luar serta kemudahan kepada tamdun-tamadun lain untuk terus
mendalami ilmu tersebut serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Pencapaian
dalam bidanng matematik juga turut mengharumkan nama Tamdun China. Penguasaan
dalam bidang matematik juga adalah merupakan salah sau faktor kecemerlangan orang
Cina dalam ekonomi.

Rajah 3: http://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/sains-dan-teknologi-cina.html
2.4 Penciptaan Kertas

Dunia juga sangat terhutang budi dengan pencapaian tinggi Tamadun China
terutama dalam bidang penciptaan. Antara sumbangan besar China dalam penghasilan
teknologi ialah penciptaan kertas. Pada 105 M, kertas telah dicipta oleh T’sai Lun semasa
dinasti Han. Kertas pertama diperbuat daripada sutera, kemudian dibuat daripada buluh,
kulit pokok dan gentian pokok. Selain itu teknologi percetakan juga ditemui dalam
tamadun ini pada abad ke-7 M. Pada kurun ke-8 teknik pembuatan kertas ini telah tersebar
luas ke negara-negara Islam seperti Damascus, Mesir, Afrika Utara, Sepanyol dan
seterusnya ke negara-negara barat. Penciptaan kertas akhirnya semakin maju dan menjadi
medium untuk menulis surat-surat yang ingin disampaikan oleh pegawai kerajaan kepada
rakyat. Selain itu, mesin cetak dicipta pada zaman Dinasti Tang bagi mencetak kertas.

Rajah 4: http://malay.cri.cn/741/2009/04/19/125s97617.htm

3.0 KESAN SUMBANGAN TAMADUN CINA KEPADA PEMIKIRAN INOVATIF


MASYARAKAT KINI

Tamadun China yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan tamadun luar apabila
orang-orang Cina mula berhijrah ke tempat luar. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil
telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar samada untuk melakukan aktiviti ekonomi
ataupun mencari penempatan baru. Penggabungan etnik-etnik Cina yang kemudiannya dikenali
sebagai orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang besar dan berpengaruh
Tamadun China adalah mempunyai kehebatan di Asia Tenggara. Tamadunnya telah
membuka lembaran baru dalam konsep kepercayaan buddha. Ajaran buddha yang konsepnya
hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam
tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi
yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana.
Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini terus berlaku bukan sahaja dalam kontek
pegangan kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua tamadun ini.
Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pembuatan kertas dari China telah dibawa
masuk ke India dan teknologi membuat gula dari India telah dibawa masuk ke China.

Walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat, pertembungan dua tamadun ini
banyak memberi kesan positif kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini. Tamadun Barat yang
terkenal dengan kemajuan sains, telah menggunakan kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji
secara lebih mendalam empat penemuan agung Tamadun China. Tamadun China yang
mengutamakan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual cina
sebagai penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi. Pertembungan tamadun ini telah
menyedarkan para intelektual cina supaya melancarkan satu revolusi yang dikenali sebagai
Gerakan Kebudayaan Baru dalam usaha untuk memajukan negara China.

Hubungan antara orang-orang Cina dengan Kerajaan Melayu Melaka telah terjalin di
zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Ini bermula dengan kedatangan Laksamana Zheng
He dan pengikut-pengikutnya ke Melaka. Mereka membawa bersama dengan mereka barang-
barang yang berasal dari China seperti tembikar dan sutera. Pengikut Zheng He telah membina
penempatan di Bukit Cina, Perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po telah
mengeratkan lagi hubungan ini. Hubungan ini mengalami gangguna dan kemerosotan apabila
Melaka ditawan penjajah Portugis pada tahun 1511M. Namun sehingga ke hari ini, masyarakat
Cina yang telah diasimilasi dengan budaya dan adat tempatan masih wujud di Melaka dan
dipanggil golongan Baba dan Nyonya. Di era penjajahan British di Tanah Melayu, orang-orang
Cina dari Tanah Besar China telah dibawa masuk secara pesatnya ke Tanah Melayu untuk bekerja
sebagai buruh di lombong-lombong bijih timah. Setelah merdeka, berdasarkan kepada beberapa
perjanjian sebelum British menganugerahkan kemerdekaan, orang-orang Cina telah mendapat
taraf kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia. Dengan itu, budaya dan tamadun bangsa
Cina juga telah berkembang di Malaysia. Hari ini masyarakat Cina telah bersama-sama rakyat
Malaysia dalam segala aspek pembangunan dan perkembangan negara Malaysia. Masyarakat Cina
merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dimana ianya bermula dari pelbagai
penciptaan pada zaman Tamadun China yang telah pun digunakan sehingga kini. Malah,
sebahagian besar masyarakat China juga dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
dengan kaum lain-lain. Masyarakat Cina juga turut melibatkan diri dalam bidang pentadbiran
kerajaan, politik, pertahanan dan keusahawanan.

4.0 CIPTAAN BAHARU YANG MAMPU MEMBERI KESAN KEPADA TAMADUN


KINI, KHUSUSNYA DI MALAYSIA.

Dunia tanpa sempadan merupakan ungkapan yang memperlihatkan kepada kita betapa
kecilnya dunia ini dengan ciptaan teknologi moden pada hari ini. Alat perhubungan dan
telekomunikasi dewasa ini mendekatkan hubungan kita dengan dunia luar. kita dapat
menghubungi orang yang tersayang yang berada beribu-ribu batu jauhnya dengan hanya
menekan beberapa digit nombor sahaja. Dengan adanya kemajuan sains dan teknologi moden ini
juga pelbagai jenis pekerjaan dapat dilakukan dengan mudah. keadaan ini sedikit sebanyak dapat
menjimatkan masa dan juga tenaga. sebagai contoh, suri rumah tidak perlu menyapu, menyidai
pakaian keranan adanya teknologi moden seperti robot yang memudahkan kerja harian.

4.1 Bidang Pengangkutan

Sains dan teknologi telah menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih
selesa. Kapal terbang dapat membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh
dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana
berada lama di dalam perjalanan. Selain daripada itu ruang dan tempat duduknya pula
direka untuk keselesaan penumpangnya. Kereta yang pelbagai jenis dan jenama direka
supaya boleh bergerak dengan laju dan licin untuk keselesaan pemandu dan penumpang.
Komuter dan monorail pula merupakan pengangkutan awam yang dapat membantu
manusia mengurangkan kesesakan jalan raya. Basikal dan motorsikal yang dicipta oleh
sains dapat digunakan di lorong-lorong atau jalan yang sempit dan juga dapat membantu
manusia mengharungi kesesakan jalanraya. Sains juga membantu merekabentuk jalanraya
dan lebuhraya yang lebih baik dan selesa untuk mengelakkan kemalangan. Jalanraya dan
lebuhraya sangat penting untuk menghubungkan antara dua tempat.

4.2 Bidang Domestik

Dalam bidang ini, ilmu membantu manusia melakukan kerja seharian dengan
mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk
memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya; periuk memasak nasi elektrik,
kilang elektrik dan mesin pengisar mampu membantu ibu ketika memasak. Selain itu,
mesin pencuci pakaian dan penyerut hampagas juga boleh membantu para ibu meringankan
tugas mereka ketika mengemas rumah. Sains juga menjadikan kehidupan lebih selesa di
mana kipas angin atau penghawa dingin dapat menyejukkan bilik yang panas, pelbagai
jenis lampu menerangi malam yang gelap dan empuk yang empuk untuk tidur yang lena.

4.3 Bidang Pertanian

Sains juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pertanian. Di dalam
bidang pertanian misalnya, usaha perladangan seperti penanaman padi, jagung, sayur-
sayuran dan buah-buahnya merupakan usaha yang sudah lama diamalkan. Begitu juga
dengan ternakan kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik juga menjadi sebahagian usaha
orang-orang dahulu. Seiring dengan kepakaran sains melalui teknologi moden, usaha di
bidang pertanian dapat dikembangmajukan. Sebagai misalan kerja-kerja perladangan yang
hanya menggunakan parang dan cangkul kini boleh dibuat dengan menggunakan jentera
dan seumpamanya. Ia dapat menambah keluasan kawasan berlipat kali ganda selain
menjimatkan masa dan tenaga. Pada masa yang sama terciptanya pelbagai jenis baja dan
seumpamanya telah dapat menyuburkan lagi tanaman yang boleh menambahkan kuantiti
dan kualiti hasil pertanian. Di waktu yang sama penggunaan bioteknologi membolehkan
para petani bercucuk tanam walaupun di tanah yang kering dan gersang atau kurang subur.
Produk-produk racun-racun serangga setentunya juga telah dapat membantu para peladang
mengawal tanaman dari makhluk perosak. Begitu juga dengan ´racun rumpai´ kini telah
dapat membantu para petani menjimatkan masa, tenaga dan kos dalam kerja-kerja
pembersihan ladang mereka. Dari segi ternakan pula, penghasilan pelbagai jenis produk
makanan binatang yang dicipta begitu rupa juga boleh membantu menyihat dan
mempercepatkan pembesaran haiwan ternakan. Pelbagai vaksin dan ubat-ubatan haiwan
juga boleh meningkatkan kawalan dari serangan wabak dan penyakit haiwan. Selain
penjagaan kesihatan dan mempercepatkan pembesaran binatang ternakan, pemakanan dan
ubat-ubatan haiwan yang mengandungi vitamin-vitamin tertentu juga akan meningkatkan
penghasilkan pengeluaran daging, susu dan telur yang yang lebih bermutu. Dari segi
genetik pula, sains dan teknologi telah menghasilkan bioteknologi. Melalui kajian sains
dan teknologi para pakar telah banyak menemukan penghasilan baka sama ada bagi
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Penghasilan baka bermutu melalui percantuman atau klon
seperti durian, limau, mangga, rambutan, nangka, cempadak, tomato dan berbagai jenis
sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain telah menjanjikan penghasilan berganda dan
pendapatan lumayan kepada para petani. Pelbagai jenis baka padi dan gandum yang
bermutu tinggi telah berjaya meningkatkan penghasilan kepada pengeluaran bahan
makanan asasi masyarakat dunia, di samping mutunya yang baik ia juga dapat ditanam
dalam dua atau tiga musim setahun. Keadaan yang sama juga berlaku kepada hasil ternakan
haiwan di darat dan ternakan ikan di air. Penghasilan baka yang baik dan kaedah
pembiakan yang mudah telah dapat menyumbang penghasilan lumayan kepada para
nelayan yang mengusahakan ternakan akuakultur di laut dan pengusaha kolam ikan air
tawar di darat.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Jelas kehebatan tamadun Asia dalam membentuk asas kepada


ketamadunan dunia hari ini. Lantaran dari tradisi pencapaian dan kecemerlangan dalam
bidang ilmu sains dan teknologi ini menjadi bukti bahawa mana-mana bangsa di dunia ini
boleh membina ketamadunan yang besar dan agung jika mereka sentiasa melakukan
penerokaan, penemuan, penciptaan, pengubahsuaian dan pembaharuan kepada setiap hasil
penemuan mereka. Inilah juga yang kemudiannya menjadi pegangan masyarakat barat hari
ini. Tidak hairanlah mengapa melalui cara yang sama dunia barat pada masa kini begitu
tinggi pencapaian mereka dalam bidang sains dan teknologi hinggakan memulakan zaman
baru yang dikenali sebagai Zaman Siber atau Zaman Teknologi Maklumat. Malangnya
kerana berlakunya beberapa perkembangan dalam sejarah di Asia mengakibatkan tradisi
ini akhirnya mula malap dan hilang. Sungguhpun demikian dengan formula yang sama
Asia juga boleh muncul sebagai pusat ketamadunan dunia jika mereka kembali dengan
sikap dan keazaman yang telah diasaskan oleh datuk, nenek, moyang mereka dahulu.
Sesuai dengan pandangan beberapa penulis barat hari ini, bahawa dunia pada zaman baru
terutama pada abad ke-21 akan mula beralih ke Asia sebagai pusat ekonomi dan
keintlektualan kerana masyarakat Asia sudah mula mendampingi dunia sains dan
teknologi, tentunya dengan tidak mengabaikan kesinambungan kecemerlangan Tamadun
Barat. Negara dan bangsa Cina berjaya mengekalkan kelangsungan tamadunnya dalam
tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan nilai budaya mereka.
Ketahanan yang tinggi dan semangat yang kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan dan
halangan yang disebabkan oleh pencerobohan kuasa asing telah menjadikan Tamadun
China sebagai salah satu tamadun yang unik. Sumbangan dan pencapainnya tamadun
China ini adalah setanding dengan tamadun dunia yang lain. Tamadun China mempunyai
ciri yang tersendiri dan ianya mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan
tamadun lain di Asia kerana ia sangat berkait rapat dengan aliran falsafah mereka. Bidang
sains dan teknologi merupakan antara bidang yang maju di negara China. Sumbangan
ilmuan dari negara ini merupakan salah satu sumber kejayaan yang dicipta dalam tamadun
mereka. Negara Asia lain boleh mennjadikan negara China sebagai panduan dan contoh
yang baik terhadap pembangunan teknologi seiring dengan sejarah islam yang lalu.
6.0 JURNAL REFLEKTIF

Tugaasan bagi subjek Tamadun Islam dan Asia Asia Tenggara (TITAS) pada kali ini telah
banyak memberi ilmu pengetahuan baru kepada saya. Bagi melengkapkan kursus ini, saya telah
mengulangkaji secara individu. Selain itu juga, apa yang saya dapat belajar mengenai tamadun
ialah satu topik yang saya tidak pernah ambil tahu sebelum ini. Kita sepatutnya mengetahui
dimanakah dan bagaimanakah asal-usul kita. Jawapannya ialah tamadun. Tamadun meliputi
kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Kita hendaklah mempelajari sejarah tamadun supaya kita
bertambah maju dan bertamadun. Melalui tugasan yang diberikan ini juga saya telah dapat
mengetahui dengan lebuh mendalam tentang pelbagai tamadun.

Saya mendapati tamadun-tamadun ini telah memberi sumbangan besar di dalam bidang
sosial, ekonomi, perubatan, metematik, astronomi, seni muzik, politik dan pelbagai lagi bidang.
Sumbangan ini telah memperlihatkan kehebatan hasil ciptaan manusia dalam pelbagai aspek
kebendaan di samping pengamalan kerohanian untuk membina dunia moden yang dinikmati
sejagat pada hari ini. Selain itu juga, saya dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai
perkembangan tamadun-tamadun yang membentuk demografi penduduk Asia
Tenggara.Tambahan pula, saya dapat memperdalamkan ilmu pengetahuan dan pengalaman
generasi zaman dahulu supaya tidak membuat kesilapan yang sama pada masa akan datang dan
juga boleh memahami tentang latar belakang sesuatu tamadun serta mengambil iktibar dari
tamadun yang kita dalam tersebut.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya. Saya juga
mula merasai kepentingan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini terhadap diri saya
kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri. Contohnya
melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya
begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.
Mempelajari ilmu ketamadunan membolehkan saya lebih memahami perbezaan agama,
kebudayaan dan bangsa antara tamadun. Saya juga dapat menyemat persefahaman sesama rakyat
dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama,
keturunan, bangsa dan budaya di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun ini juga, rakyat
terutama saya sendiri dapat mengambil iktibar dari masa silam dan mampu menjadi pelajar yang
berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta
membentuk tiang negara di masa hadapan.

Tamadun Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan


masyarakat di peradaban dunia. Sebagai contoh dari segi ilmu, Tamadun Islam telah mendirikan
sekolah dan perpustakaan. Sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting dalam
masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yangmempunyai matlamat, anggota dan
peraturan yang tertentu di samping mempunyai tanggungjawab penting dalam membangunkan
individu dan masyarakat keseluruhannya. Perpustakaan pula boleh dijadikan tempat untuk mengisi
masa lapang secara berfaedah khususnya kepada golongan muda dan para pelajar. Penggunaan
perpustakaan secara berterusan juga mampu menyemai serta memupuk budaya membaca dalam
kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Manakala dari segi ekonomi Tamadun Islam telah
memperkenalkan Baitul Mal. Dari segi politik, terdapatnya sumbangan seperti sistem
pemerintahan pada Kerajaan Abbasiyyah dan Khulafa Ar-Rasyidin. Secara intiharnya, sumbangan
yang paling memberi kesan kepada masyarakat ialah dalam bidang keilmuan. Ilmu pengetahuan
merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Selain itu, masyarakat juga perlu
menitikberatkan hal-hal berkaitan ilmu kerana ilmu adalah obor menerangi kehidupan manusia.
Tanpa ilmu, manusia senang ditipu dan dipesongkan dalam kehidupan mereka. Jika manusia tidak
mempunyai ilmu pengetahuan, mereka tidak akan dapat mencapai ke arah kemajuan negara.
RUJUKAN

(n.d.). Retrieved from https://iluminasi.com/bm/kenali-9-ciptaan-bersejarah-tamadun-china-purba-


yang-masih-digunakan-sehingga-hari-ini.html.

(n.d.). Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertanian.

Aros, A. H. (2000). Titas Kertas 2. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Esa Khalid, M. A. (2006). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.

Hassan, W. F. (1996). Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jusoh, M. N. (2011). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Selangor: Sarjana Media SDN BHD.

Sivin, N. (1988). The Contemporary Atlas Of China. London: Weidenfeld & Nicolson.

Wood, F. (1988). A Companian To China. London: Cassell Publisher.

Yazid, A. A. (2006). Tamadun Asia Edisi Ke-2. Kuala Lumpur: PTS Professional.