Anda di halaman 1dari 1

PAJERI MANGGA MUDA.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji mangga atau pelam muda (che mat guna pelam bengkok, setiap satu sebesar
tapak tangan)
1 camca besar penuh kerisik
1 cawan santan sederhana cair
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar rata rempah kari Baba's (boleh guna rempah kari ikan atau daging)
1 biji cili merah, belah dua tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah dua tapi tak putus
1 camca besar cuka makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (anggaran 4 - 5 camca besar)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)


6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)


1. Kupas mangga muda, kemudian potong besar2 memanjang, dan rendam
dalam air garam. Ketepikan. Satukan bahan2 kisar halus dengan rempah
kari, kacau rata hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis kayu manis dan
bunga lawang hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili
garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah garing
dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
3. Masukkan santan dan air. Kacau dan biarkan mendidih. Tambah kerisik dan
gula, kacau dan masak sekejap. Masukkan mangga muda (toskan airnya),
gaul rata.
4. Perasakan dengan garam secukupnya dan tambah cuka makan. Masukkan
cili merah dan cili hijau, kacau rata dan masak hingga kuahnya pekat dan
mangga empuk. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan pajeri
mangga dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat mencuba!