Anda di halaman 1dari 13

BIDANG 1

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

DEFINISI
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan
pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

NOTA TINGKATAN 4
1. Antara amanah Tuhan ialah:
1. menjaga alam dan penghuninya agar tidak berlaku sebarang kerosakan di muka bumi ini dengan:
 tidak menerokai hutan secara tidak bertanggungjawab
 tidak membakar hutan atau melakukan pembakaran secara terbuka
2. hidup berkasih-kasihan, sayang-menyayangi dan bantu-
 membantu sesama insan dengan:
 menjadi pelindung kepada anak-anak
 mengelakkan penipuan, penyelewengan dan
 penyalahgunaan kuasa
2. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi menyeru manusia supaya melaksanakan amanah Tuhan
ialah:
 kempen/ceramah/seminar
 pendidikan agama/moral
 peranan media masa
3. Faktor ibu bapa mendera anak- anak:
 tekanan emosi
 kemiskinan
 pergaduhan antara suami-isteri
 kerenah anak-anak yang nakal
4. Kesan penganiayaan terhadap diri dan masa depan kanak-kanak tersebut:
 perkembangan emosi terjejas dan menjadi tidak normal
 kanak-kanak membesar tanpa keyakinan diri
 menjadi seorang yang pendendam
 berkecenderungan menjadi pendera pada masa hadapan

NOTA TINGKATAN 5
1. Setiap perbuatan atau tindakan manusia akan mendapat balasan:
 Buat baik dibalas baik
 Buat jahat dibalas jahat
2. Contoh amalan amalan baik:
 Taati ibu bapa
 Jujur dan memegang amanah
 Hidup sederhana
 Menunaikan tanggungjawab mengikut suruhan Tuhan
3. Kebaikan melakukan amalan:
 Mendapat balasan baik
 Menyucikan diri
 Mengelakkan diri daripada ditimpa malang
4. Manusia mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhan:
 Menjaga alam sekitar
 Mematuhui suruhan Tuhan
 Sembahyang
 Menjaga penghuni lain

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
1
BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI AMANAH

DEFINISI

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

NOTA TINGKATAN 4
1. Kepentingan sikap amanah di kalangan pegawai kerajaan:
 imej badan-badan kerajaan terpelihara dan tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan
 dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan

2. Kepentingan sikap amanah di kalangan ahli politik ialah:


 menjaga hak dan kebajikan rakyat
 menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan projek pembangunan Negara
3. Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana:
 dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri
sendiri, keluarga dan masyarakat
 pelajar akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolah untuk
melaksanakan sesuatu tugas
4. Kesan tidak bersikap amanah terhadap
 Keluarga - memalukan serta menjatuhkan maruah keluarga
 Rakan - tidak dipercayai oleh rakan dan mereka akan menjauhkan diri
 Jiran - tidak dipercayai oleh rakan dan hubungan akan renggang
 Masyarakat - anggota masyarakat akan mencemuh atau memandang serong kepada kita
 Negara - mempunyai warganegara yang tidak amanah, imej negara akan terjejas, dan akan
menjejaskan industri pelancongan Negara
5. Cara menunjukkan sikap amanah terhadap:
 Keluarga - menjalankan tugas atau kewajipan yang diamanahkan oleh ibu bapa atau anggota
keluarga yang lain, tepat pada masanya
 Rakan - menyimpan rahsia rakan atau menjaga hubungan baik dengan rakan
 Jiran - menunaikan permintaannya supaya menjaga harta dan barang-barangnya ketika jiran tiada
di rumah
 Masyarakat - menegur perbuatan-perbuatan tidak bermoral di kalangan anggota masyarakat
setempat
 Negara - menjaga nama baik Negara walau berada di mana-mana jua

NOTA TINGKATAN 5
1. Kesan / implikasi rasuah
 Individu - dipenjara / didenda / dihukum, diistiharkan muflis, kehilangan pekerjaan, hilang
kepercayaan masyarakat, dipandang serong, trauma/ tertekan/ psikologi.
 Keluarga - mengaibkan keluarga, dipandang rendah oleh masyarakat, timbul sikap prasangka dan
benci-membenci, ketidakharmonian masyarakat.
 Masyarakat – tiada nilai kejujuran dalam tindak tanduk mereka, sikap prasangka dan benci-
membenci merosakkan keharmonian masyarakat, wujudnya jurang antara orang kaya dan orang
miskin.
 Negara - ekonomi negara terjejas, merosot pelaburan asing kerana khuatir wang pelaburan
diseleweng, perkhidmatan kurang bermutu, imej negara jatuh, inflasi, pentadbiran negara lemah
2. Cara menangani rasuah :
 menggubal undang-undang (hukuman berat kepada pemberi dan penerima rasuah
 melucutkan jawatan
 menganjurkan ceramah dan kempen
 melantik pegawai khas / menubuhkan jabatan khas untuk menyelia pegawai atau jabatan yang
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
2
mempunyai risiko tinggi dalam pengalaman rasuah

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI HARGA DIRI

DEFINISI

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

NOTA TINGKATAN 4
1. Remaja perlu menentukan matlamat hidup mereka kerana penentuan matlamat hidup dapat:
 menjamin kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
 memastikan kejayaan yang dinikmati oleh seseorang berterusan
2. Perkara-perkara yang boleh menjejaskan harga diri seseorang ialah:
 berpakaian tidak sopan, bercakap kasar, mudah terpengaruh dengan perkara negatif, terlibat
dengan perbuatan yang tidak bermoral, sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk perbuatan
yang menyalahi undang-undang demi memastikan kehendak tercapai
3. Seseorang itu dapat menjaga harga dirinya dalam sebarang keadaan dengan cara:
 meningkatkan ilmu pengetahuan
 percaya kepada keupayaan dan kebolehan diri
 bergaul dengan orang yang bermoral tinggi
 membina pendirian atau iman yang teguh
4. Ciri-ciri yang ada pada seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi ialah seperti yang berikut:
 penyabar dan pemaaf
 berilmu
 tenang menghadapi masalah
 menunaikan janji
 berkeyakinan terhadap diri sendiri
 tidak menyakitkan hati orang lain

NOTA TINGKATAN 5
1. Maksud maruah diri - kehormatan diri yang perlu kita pelihara.
2. Kepentingan menjaga maruah diri
 dihormati oleh masyarskat
 imej keluarga terpelihara
 tidak dipandang rendah
3. Agama melarang perbuatan yang menjatuhkan maruah (sumbang) kerana:
 mendatangkan kesan buruk pada diri
 memalukan keluarga
 dikecam/dihina oleh masyarakat
4. Cara untuk mengelakkan maruah diri jatuh
 Mengamalkan agama / bermoral –
 setiap agama mendidik umatnya berkelakuan baik. Orang yang berkelakuan buruk akan
mendapat pembalasan. Contohnya, kebanyakan agama melarang pengikutnya berpakaian
yang menjolok mata. Dengan memakai pakaian yang sopan, kita dapat memelihara maruah
diri.
 Mematuhi undang-undang dan peraturan –
 mengelakkan seseorang daripada berbuat perkara yang tidak baik. Contohnya, individu yang
melakukan perbuatan sumbang akan dijatuhi hukuman berat. Hukuman yang berat akan
menakutkan seseorang untuk melakukan perbuatan sumbang.
 Menurut nasihat ibu bapa dapat –
 mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan sumbang. Ini kerana setiap ibu bapa
inginkan anak-anak mereka berkelakuan baik dan sentiasa menjaga maruah diri. Oleh itu,
mereka sentiasa menasihati anak-anak agar berkelakuan baik dan menaati agama.
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
3
BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI BERTANGGUNGJAWAB

DEFINISI

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

NOTA TINGKATAN 4
1. Pengurusan masa bermaksud merancang masa secara bijaksana dan bertanggungjawab iaitu:
 menguruskan masa untuk belajar
 melakukan aktiviti kokurikulum
 bersama-sama anggota keluarga
 beristirehat
 masa untuk diri sendiri.
2. Kepentingan menguruskan masa secara bertanggungjawab:
 dapat mengurus dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan teratur dalam masa yang
ditetapkan
 dapat mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
 dapat mengelakkan pembaziran masa
 dapat mengelakkan kerja tertangguh dan memperoleh kepercayaan daripada guru, rakan-rakan, dan
ibu bapa untuk melakukan sesuatu perkara
3. Cara seseorang remaja menguruskan masa:
 membuat jadual waktu persendirian untuk belajar di rumah dan melakukan aktiviti kokurikulum di
sekolah
 melaksanakan perkara yang dirancang dalam jadual waktu tersebut
 membuat pembahagian masa yang seimbang untuk belajar dan juga menyertai aktiviti kokurikulum

NOTA TINGKATAN 5

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
4
BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI HEMAH TINGGI

DEFINISI

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

NOTA TINGKATAN 4
1. Kita perlu mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang mulia ketika berada di perantauan kerana kita
membawa imej negara.
2. Ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi ialah:
 berbudi bahasa dalam interaksi, berkelakuan sopan, ramah tamah, mudah menyesuaikan diri dalam
situasi baru dan tidak memilih status dalam pergaulan.
3. Dalam menghadiri sesuatu situasi sosial seperti majlis perkahwinan, majlis suai kenal, majlis rasmi lain,
seseorang perlu :
 mengamalkan budi pekerti mulia
 menggunakan bahasa yang sopan
 menunjukkan minat terhadap perkara yang dibincangkan/ dilangsungkan
 menghormati pendapat orang lain dalam majlis jika sedang berbincang
 tidak menyinggung perasaan orang lain
4. Kemahiran sosial harus diamalkan kerana:
 untuk menjaga perasaan orang lain
 untuk menjaga maruah diri dan maruah orang lain
 supaya dapat diterima dan dihormati orang lain
 untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan orang lain/mudah mendapat kenalan baru
 seseorang lebih berkeyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain
 membantu seseorang untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru

NOTA TINGKATAN 5
1. Tokoh Pemimpin Negara:
 Tunku Abdul Rahman.
 bapa kemerdekaan, tidak suka kekerasan, sentiasa berunding secara sopan untuk membuat
sesuatu keputusan.
 Tun Abdul Razak.
 bapa pembangunan, suka merendah diri dan berjiwa rakyat.
 Mahatma Ghandi.
 suka merendah diri, tidak suka kekerasan, memandang serius tentang pembinaan peribadi
mulia.
2. Kita harus meneladani tokoh-tokoh berperibadi mulia kerana:
 kita akan berjaya dan dihormati
 kita akan hidup harmoni dan aman
3. Cara menunjukkan hemah tinggi dengan ibu bapa tentang pemilihan kerjaya:
 mendengar dengan teliti pendapat mereka
 menjelaskan sebab tidak bersetuju dengan pendapat mereka/ dengan tutur kata yang sopan dan
tidak meninggikan suara
 menerima pendapat mereka sekiranya mempunyai alas an yang munasabah
4. Cara menunjukkan hemah tinggi apabila ingin mempertahankan pendapat anda ketika perbincangan
kumpulan:
 mengemukakan pendapat yang dipertahankan dengan sopan dan mengikut giliran
 memberikan bukti-bukti bahawa pendapat anda adalah lebih baik
 tidak memanang rendah pendapat orang lain
 mempertimbangkan pendapat ahli lain secara rasional

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
5
BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI TOLERANSI

DEFINISI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

NOTA TINGKATAN 4
1. Contoh yang menunjukkan masyarakat Malaysiasentiasa bersatu padu
 rakyat Malaysia menikmati hidup yang aman, damai dan harmoni
 kestabilan politik dalam negara
 pertumbuhan ekonomi yang mantap
 kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa seperti menganjurkan sukan
bertaraf dunia.
2. Cara-cara menunjukkan toleransi dalam masyarakat majmuk dari segi
 makanan
 menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam sesuatu majlis
 pakaian
 Berpakaian sopan dan kemas semasa menghadiri sesuatu majlis
 Tidak mempersendakan pakaian tradisonal kaum lain
 kepercayaan
 Tidak menghina / mencaci kepercayaan kaum lain
 Menghormati kaum lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing
3. Kesan sekiranya masyarakat majmuk Malaysia tidak mengamalkan nilai toleransi:
 berlaku prasangka antara kaum
 berlaku pepecahan / pergaduhan antara kaum
 Negara kita mudah dijajah oleh orang luar
4. Cara-cara untuk meningkatkan nilai toleransi antara kaum
 mengadakan program kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum
 sentiasa mengutamakan hidup sepakat membawa berkat
 mengadakan Sekolah Wawasan
 perkongsian bilik antara kaum yang berbeza di asrama sekolah / institusi pengajian tinggi

NOTA TINGKATAN 5
1. Toleransi menjamin kesejahteraan masyarakat dengan menerima, menyokong dan merealisasikan dasar
kerajaan.
2. Kepentingan / kebaikan mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat
 dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum atau golongan tertentu
 menjamin keharmonian hidup bermasyarakat
 membantu pihak kerajaan melaksanakan dengan lancar dasar-dasar tertentu dengan lebih berkesan
 menjamin hubungan baik terus berkekalan antara pelbagai kaum
3. Kesan negatif jika tiada nilai toleransi:
 timbulnya perselisihan faham yang boleh mencetuskan pertumpahan darah antara kaum
 prasangka terus wujud antara kaum
 keharmonian hidup akan terjejas
 pembangunan negara terjejas
4. Cadangan aktiviti yang boleh meningkatkan toleransi:
 sukan / sukaneka
 permainan tradisional
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
6
 jamuan dan sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI BERDIKARI

DEFINISI

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

NOTA TINGKATAN 4
1. Bukti yang menunjukkan negara kita mampu berdikari:
 kejayaan institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang perubatan-fakulti Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia telah berjaya menjalankan pembedahan ‘telinga bionik’ yang pertama di
Malaysia bagi memulihkan pendengaran seseorang.
 pelancaran satelit MEASAT 1 ke orbit pada 17 Januari 1996.
 kejayaan teknologi pertanian yang mencipta kaedah kacukan tanaman, baka tanaman yang bermutu
tinggi dan baja-baja kimia yang berupaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian seperti koko,
kelapa sawit.
 Malaysia berupaya mengeksport kereta ke luar negara.
 Kejayaan Malaysia dalam konsep Koridor Raya Multimedia(MSC).
2. Cara-cara seseorang pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran:
 membina jadual waktu persendirian supaya dapat membantu membahagikan masa untuk belajar
dan aktiviti lain
 berusaha bersunguh-sungguh
 berdoa kepada Tuhan

NOTA TINGKATAN 5
1. Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi:
 menolak bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dengan cara menetapkan kadar
pertukaran mata wang setiap US Dolar dengan RM3.80
 menyekat aliran keluar wang tunai melebihi RM10 000 ke luar negara
 rakyat juga digalakkan membeli barang buatan tempatan dan melancong dalam negara
2. Kesan jika negara bergantung kepada bantuan negara asing:
 Rakyat - terpaksa menanggung beban hutang melalui kenaikan cukai
 Masyarakat - hilang rasa bangga terhadap negara, berasa tidak puas hati dengan kerajaan
 Negara - dipandang rendah oleh negara lain, tidak akan dipercayai untuk tujuan pelaburan.
3. Bukti Malaysia telah mencapai kemajuan dengan mengamalkan sikap berdikari:
 Sosial –
 perpaduan rakyat, peningkatan taraf pendidikan
 Ekonomi –
 kemajuan ICT, MSC, perubahan ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian, sistem
perbankan yang kukuh, taraf hidup rakyat meningkat, kadar ekonomi meningkat
 Sukan –
 berjaya dan berkeupaya menjayakan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan
Komanwel 1998.
 Politik –
 kestabilan politik, penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa, hubungan baik dengan
semua negara
4. Kebaikan berdikari:
 negara akan maju standing dengan negara lain

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
7
 kita tidak akan mengharapkan bantuan daripada orang lain.
 banyak bidang baru dapat diterokai dan seterusnya menaikkan nama negara dan pendapatan

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KERAJINAN

DEFINISI
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan , kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara

NOTA TINGKATAN 4
1. Ciri-ciri individu yang mengamalkan nilai kerajinan:
 tidak mudah putus asa/patah semangat
 yakin akan kebolehan diri
 mengatur strategi/menyusun perancangan jika menghadapi kegagalan
 mengorbankan masa dan tenaga untuk berjaya/dedikasi
 sentiasa ingin mencuba melakukan sesuatu yang baru/bersikap inovatif
 tabah menghadapi cabaran
 tekun/berusaha bersungguh-sunggu
2. Mereka yang telah mencipta sejarah dan berjaya dalam kehidupan telah menempuh pelbagai dugaan
dan cabaran sebelum berjaya dalam apa yang mereka cita-citakan. Contohnya:
 Ferdinand Magellan
 menjumpai selat yang sempit di selatan Amerika Selatan yang dinamakan Selat Magellan
 Thomas Alva Edison
 pencipta lampu mentol
 Louis Pasteur
 menemui suatu vaksin bagi melindungi kambing biri-biri daripada penyakit ‘Antrax’
3. Contoh sikap kerajinan sebagai
 Anak
 membantu ibu bapa membuat kerja di rumah
 Pelajar
 membaca buku, membuat latihan yang diberikan oleh guru dan membantu pihak sekolah
menjaga kebersihan sekolah

NOTA TINGKATAN 5
1. Kerajinan membawa kejayaan dan disanjung tinggi
2. Sikap kerjasama masyarakat silam seperti Piramid, Menara Condong Pisa, Taj Mahal dan Tembok
Besar negara China. Bukti kerajinan mereka:
 masa bekerja yang panjang
 hanya menggunakan tenaga tulang empat kerat
 taat dan berdisiplin
3. Kebangkitan semula masyarakat Jepun selepas musnah oleh Bom Atom di Hiroshima dan Nagasaki
(tak sampai suku abad). Ini kerana cara rakyat Jepun belajar dan bekerja.
 Cara mereka belajar:
 tekun dan memberi penekanan kepada sains dan teknologi
 sering berbincang dan membuat kajian
 digalakkan mencipta
 Cara mereka bekerja:
 waktu bekerja berbeza dengan barat iaitu bekerja lebih masa
4. Kepentingan kerajinan :
 kita tidak akan berputus asa
 sentiasa memikirkan cara baru untuk berjaya
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
8
 tidak membuang masa

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KASIH SAYANG

DEFINISI

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

NOTA TINGKATAN 4

1. Ilmu boleh membantu manusia hidup sejahtera melalui


 ilmu teknologi maklumat
 penggunaan internet membolehkan kita menggunakan e-mel untuk menghantar maklumat
denganlebih cepat kepada seseorang
 ilmu sains perubatan
 dapat menghasilkan pelbagai kaedah rawatan seperti teknik pembedahan untuk
menyembuhkan penyakit
2. Jika orang yang berilmu menggunakan ilmu untuk kebaikan, kesannya ialah:
 dapat menjadikan dirinya seorang yang berhemah tinggi
 dapat membantu kearah kesejahteraan hidup sejagat
3. Jika orang yang berilmu menyalahgunakan ilmu yang diperolehnya, kesannya ialah:
 hanya menipu dirinya sendiri dan menjadikan dirinya hidup dalam kepura-puraan
 membawa kemudaratan kepada manusia dan hidupan lain
4. Manusia boleh memanfaatkan ilmu untuk mengekalkan kehidupan makhluk lain dan pada masa yang
sama dapat menikmati kemajuan dalam pelbagai bidang dengan cara:
 menggunakan ilmu untuk kebaikan seperti membuat penyelidikan kea rah membiakkan spesies
haiwan yang hampir pupus
 memindahkan haiwan ke hutan lain (jika kawasan terbabit terlibat dalam projek seperti pembinaan
empangan)
 membuat kajian tentang baka dan benih tumbuhan untuk tujuan peningkatan mutu hasil ternakan
atau tanaman

NOTA TINGKATAN 5

1. Budaya penyayang menjadi pegangan hidup. Kampung Harmoni dipilih sebagai kampung contoh
kerana:
 Penduduknya memberi sokongan sepenuhnya dengan melibatkan diri dalam semua aktiviti sama
ada membanteraskan gejala sosial ataupun masalah alam sekitar.
2. Cara mengurus kampung contoh:
 Sosial:
 menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Kampung
 membuat rondaan bergilir-gilir
 mengadakan pelbagai aktiviti seperti kelas agama/aktiviti membuat kraftangan
 merancang pelbagai aktiviti sukan
 Alam sekitar:
 bahan terbuang digunakan untuk menghiasi kawasan kampong
 menanam pokok di sekitar kawasan kampong
 pembuangan sampah yang sistematik
 menyediakan tong kitar semula

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
9
BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KEADILAN

DEFINISI

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

NOTA TINGKATAN 4
1. Sebab seseorang itu perlu bersikap adil dalam mengambil tindakan dan keputusan:
 supaya tidak menjejaskan kepentingan orang lain
 dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat
2. Cara organisasi yang terdapat di Malaysiamemainkan peranan dalam menegakkan keadilan:
 Mahkamah
 sebarang pertikaian sama ada antara individu dengan individu , individu dengan organisasi,
organisasi dengan organisasi dapat diselesaikan
 SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia)
 aduan tentang pelanggaran hak asasi manusia akan disiasat. Jika siasatan yang dijalankan
oleh suruhanjaya itu mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia, suruhanjaya mempunyai
kuasa untuk merujukkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan mengemukakan syor yang
pada hemahnya wajar
 peranan SUHAKAM: menyediakan pendidikan yang berkaitan dengan hak asasi manusia,
membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan tatacara pentadbiran, melawat
tempat tahanan
3. Keadilan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat dengan cara:
 orang yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan
 hukuman lebih berat ke atas pesalah dapat mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai
termasuk pesalah supaya tidak terlibat dengan kesalahan yang sama
4. Bentuk hukuman yang dikenakan kepada pesalah adalah sama ada denda, pemenjaraan, sebatan atau
hukuman mati.

NOTA TINGKATAN 5
1. Keadilan teras kesejahteraan negara. Keadilan amalan dalam pentadbiran kerajaan.
2. Contoh amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan:
 Pemberian tanah oleh kerajaan kepada rakyat yang kurang berkemampuan:
 supaya rakyat boleh memiliki hak tanah
 menegakkan keadilan sosial dengan meningkatkan taraf hidup golongan miskin
 memberi peluang kanak-kanak peneroka mendapat pendidikan tertinggi
 Penyediaan dan pembahagian rumah kos rendah kepada rakyat yang kurang berkemampuan
 kriteria kelayakan mendapat rumah kos rendah dan sederhana berdasarkan: pendapatan isi
keluarga, taraf pemilikan rumah iaitu keutamaan diberi kepada rakyat yang belum memiliki
rumah, jenis rumah yang didiami sekarang samada disewa, setinggan atau kuartes
kerajaan, bilangan anggota keluarga.
 Cukai pendapatan perseorangan secara progresif dan pengecualian tertentu: terdapat dua jenis cukai
iaitu cukai langsung (cukai pendapatan) dan cukai tak langsung (cukai jalan, cukai pintu, cukai
perkhidmatan).
 hanya rakyat yang berpendapat dan layak sahaja dikenakan cukai langsung. Cukai tak
langsung hanya perlu dibayar apabila membeli barangan dan perkhidmatan.
MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
10
3. Kerajaan menggunakan hasil cukai untuk :
 menambahkan peluang pekerjaan
 menyediakan infrastruktur
 membangunkan sektor pertanian di luar Bandar

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI RASIONAL

DEFINISI
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapatmengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.

NOTA TINGKATAN 4
1. Akibat yang mungkin berlaku terhadap remaja yang lari dari rumah ialah:
 akan terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan
 keselamatan mereka terancam
 tidak mempunyai sumber kewangan
2. Akibat yang mungkin berlaku terhadap keluarga sekiranya remaja lari dari rumah ialah:
 mengaibkan maruah keluarga kerana dituduh tidak pandai jaga anak
 bimbang,risau,sedih,kecewa
3. Antara punca yang menyebabkan remaja berselisih faham dengan keluarga masing-masing ialah:
 sikap pilih kasih ibu bapa
 ibu bapa tidak dapat memenuhi permintaan anak-anak
 sikap remaja yang mudah melenting apabila ditegur
 salah sangka antara remaja dan keluarga
 remaja terlalu dikongkong pergerakan mereka
 sikap remaja yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa
4. Sesuatu pergaduhan dapat dielakkan melalui cara:
 perundingan
 mengutamakan semangat setiakawan
 bertimbang rasa
 bertolak ansur
 saling faham-memahami
5. Sekiranya rakyat tidak menyelesaikan sesuatu masalah melalui rundingan, kesannya dari aspek:
 keselamatan Negara terjejas, rakyat berasa tidak selamat, Negara terdedah kepada bahaya dan huru-
hara
 perpecahan dalam institusi keluarga, kemungkinan berlaku penderaan dalam keluarga dan juga
penceraian
 ekonomi Negara tidak stabil, pelabur asing lari, rakyat hilang pekerjaan

NOTA TINGKATAN 5
1. Cara menyelesaikan masalah:
 meramal punca masalah
 mencari bukti
 menganalisis bukti
 membuat keputusan
2. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan:
 keputusan mestilah bijaksana dan konsisten
 tidak membawa kesan negative kepada mana-mana pihak
 keputusan dapat diterima oleh majority pihak yang terlibat
 wajar, logik dan boleh dilaksanakan
3. Kepentingan menyelesaikan masalah secara bijaksana dan konsisten:

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
11
 supaya masalah tidak menjadi beban yang tidak tertanggung
 supaya kita dapat memberi tumpuan kepada perkara lain
 supaya tidak menjadi barah yang sentiasa menghantui fikiran kita setiap masa

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KESEDERHANAAN
DEFINISI
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
NOTA TINGKATAN 4
1. Semua agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai kesederhanaan dalam hidup kerana:
 pemikiran, pertuturan dan perlakuan yang sederhana dapat menjamin keperibadian yang mulia dalam
masyarakat
 dapat mengangkat martabat keluarga,sekolah,masyarakat dan Negara
2. Ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama ialah:
 pertuturan-bercakap dengan sopan, tidak menyinggung perasaan orang lain
 pemikiran-mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan sehingga menjejaskan orang lain
 perlakuan-merancang perbelanjaan supaya tidak boros,berbelanja mengikut kemampuan, berpakaian
sesuai dengan adat dan norma masyarakat
3. Kebaikan mengamalkan nilai kesederhanaan ialah:
 melahirkan individu yang sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat terutama ketika
berbelanja,menggunakan elektrik dan air serta menabung untuk masa depan
 pertuturan dan perlakuan yang terkawal dapat melahirkan individu yang sentiasa menjaga nama baik
diri dan martabat keluarga,masyarakat,sekolah dan mengharumkan nama Negara di peringkat
antarabangsa
 boleh mengawal emosi dan mewujudkan hubungan yang mesra

NOTA TINGKATAN 5
1. Pembangunan insan:
 Usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kasih sayang dab keadilan dalam diri individu
demi melahirkan masyarakat yang prihatin dan menjalankan tugas dengan amanah.
 Cara:- pengenalan pendidikan Islam dan Moral di sekolah (Falsafah Pendidikan Negara) - Kempen
Bersih, Cekap dan Amanah.
2. Pembangunan fizikal:
 kemajuan dalam bidang infrastruktur, taraf pendidikan, taraf hidup, harta kekayaan, taraf ekonomi,
pembinaan bangunan dan lain-lain.
 Cara:- memperkenalkan MSC, ICT – melahirkan rakyat berdaya saing – melahirkan rakyat berdaya
produktiviti yang tinggi.
3. Kepentingan pembangunan seimbang (insan dan fizikal):
 dapat melahirkan rakyat yang cekal dan bermoral
 semua rakyat dapat merasai kekayaan negara sama adil tiada golongan yang teraniai atau terabai
 dapat melahirkan golongan pekerja yang jujur dan amanah tidak menyeleweng dalam menjalankan
tugas
 keseimbangan alam sekitar dapat dikekalkan sejajar dengan pembangunan fizikal
4. Kesan jika pembangunan tidak seimbang:
 manusia dengan manusia:
 melahirkan manusia yang bersaing secara tidak sihat
 tidak mengendahkan kebajikan golongan minority dan kurang upaya
 hanya melakukan apa saja untuk mengejar kehidupan mewah
 melupakan agama dan bertindak tidak berperikemanusiaan
 manusia dengan alam sekitar
 musnah ekosistem

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
12
 kepupusan flora dan fauna
 bencana alam
 pencemaran

MODUL LONJAKAN UNTUK LULUS SPM (LULuS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
13

Anda mungkin juga menyukai