Anda di halaman 1dari 7

Teknik rahsia bagaimana saya buat RM 6k hingga

14k hanya dengan jual aiskrim depan sekolah

Assamualaikuum dan salam sejahtera, saya pasti mesti dah ramai yang tertunggu-tunggu ebook
nih….

Saya minta maaf sebab lambat update dan bagi dekat anda semua..
Sebelum saya mula..Izin saya perkenal diri dulu..

Nama saya fadzli nasir, berasal dari Terengganu dan merupakan sifu dalam bisnes aiskrim di
Malaysia nih..dan kepakaran saya adalah untuk bantu orang ramai terutamanya mereka yang baru
nak mula dalam perniagaan aiskrim nih untuk jana pendapatan RM 3,000.00- RM 5,0000 sebulan
dengan hanya berniaga aiskrim…

So bagaimana saya buat duet RM 6k-14k dengan


hanya berniaga aiskrim di depan sekolah????

MULA BERNIAGA DI DEPAN SEKOLAH


Saya mula berniaga aiskrim di depan sekolah lebih kurang 4 tahun yang lalu..pada waktu itu..saya
rasa sangat terdesak disebabkan baru berhenti kerja dan kerugian wang yang banyak dalam bisnes
saya yang lepas saya masih ingat lagi sewaktu pertama kali saya pergi berniaga di sekolah.ketika itu
saya drive kete sendiri ke depan sekolah..

Apabila sampai di depan sekolah..saya lihat ada 3 biji aiskrim motor telahpun berada di depan
sekolah ..waktu itu saya Cuma terfikir untuk balik sahaja kerana merasakan tiada harapan untuk
dapat jual aiskrim,tambahan saya berasa sangat malu untuk menjual aiskrim di depan sekolah..
Tapi oleh kerana, saya terdesak duet, saya beranikan diri juga untuk berniaga di situ..saya sedar
diri,yerlaa budak baru nak niaga… dan saya berniaga pun agak jauh dari pintu utama sekolah..

Waktu yg ditunggu kini tiba, lepas jer pada pukul 1 tengahari..budak budak pun balik dari sekolah..

so saya waktu tuh memang malu.. dan saya masih ingat, saya menyorok belakang bunting yg kami
bawa dan saya bunyikan loceng..maklumlah waktu tuh suara emas..

tapi yang saya terkejutnya..budak budak sekolah datang serbu beli aiskrim dengan kami..hari
pertama tuh kita dapat dalam RM 43.00 dalam masa 20 minit sahaja..
Memang terkejut habis..

Lepas tu ade seorang budak nih..di bagitahu…cmni..

“abg tak boleh berniaga kat sini,sebab sini tak banyak budak!!”kalau abg nk
banyak duet abg kene berniaga depan pintu pagar tuh..

Rupanya budak tuh lagi pandai berniaga dari saya..dan waktu tuh jugak saya rasa bersemangat untuk
berniaga kerana dapat sokongan daripada budak2 sekolah..sebab sebelum nih tak ada org pernah
support kita berniaga aiskrim bahkan keluarga dan rakan rakan terdekat pun kritik..mcm mcm
mereka kata..tapi kita buat tak peduli jer…

So bila ada support dari budak sekolah, kami rasa lagi bersemangat …

HARI KEDUA BERNIAGA DI SEKOLAH

Hari kedua, kami terus pergi berniaga betul-betul depan pintu pagar sekolah..terkejut mamat bangla
tiga org tuh..tetiba jer ade org baru..tapi kami buat dek jer..buat rileks jer..

So bila budak balik sekolah..dalam pukul 1 mcmtuh..terus jer budak budak tuh serbu kami mcm
ombak tsunami..dan dalam lebih kurang 30-40 minit..aiskrim yang kami bawa habis dan yg bestnya
kami dapat lebih kurang RM 134.00 pada hari kedua….
Lepas pada tuh, kami start belajar dengan budak budak sekolah pasal jadual mereka dan berapa
banyak duet yang mereka bawaksehari dekat sekolah..dan mereka nih memang suka bercerita..so
kami pun korekla citer sampai habis..

Ade sorang budak tuh Tanya

“abg boleh dtg belah petang tak?” so kami waktu jawab boleh..kenapa dik?
Dia bgtau yg dia ade sekolah sebelah petang dan dia da simpan duet dia untuk beli aiskrim pada
petang nih..

Dia citer dia ade RM 7.00,

duet belanja sehari sampai petang dan dia nak beli aiskrim petang nanti..

Ohh..petang pun ade sekolah lagi ea?


Adek tuh jawab yer..so dia nak kami datang niaga petang pulak sebab dia nak beli bila balik sekolah
nanti....tanpa buang masa..petang tuh ,terus je kami datang bawak aiskrim untuk niaga..

Dan hasilnya kami dapat RM100.00++ lagi pada waktu petang..memang seronok..dan dalam
masa sehari tuh bila kami kira balik , kami dapat lebih kurang RM 267.00 sehari hanya dengan
berniaga aiskrim depan sekolah..

Memang terkejut dan rasa best sangat bila kita berniaga aiskrim nih.sebab keje dia memang senang
dan tak perlu banyak masa..barang baran g pun sangat simple..
SAMBUNG BERNIAGA MACAM BIASA
Lepas tuh, kami sambung berniaga seminggu dari isnin hingga jumaat..so total dalam seminggu tuh,
kita dapat lebih kurang RM 1,570.00++..memang banyak duet..

dekat rumah flat kami time tuh..ade satu kotak khas untuk letak duet RM 1.00 sebab banyak sangat
duet RM1.00 dan sampai xsempat nk kira pun..

dan bila lepas seminggu kami berniaga, kita terkejut jugak laa dengan hanya berniaga aiskrim nih
boleh dapat pendapatan yang sangat lumayan tapi kerja simple sangat..

lepas pada tuh saya dapat tahu RAHSIA BESAR…


iaitu rahsia mcmner nak dapat duet mudah dengan hanya berkerja selama 30 minit dan dapat hasil
yang sangat sangat lumayan..

RAHSIA tuh ialah dengan berniaga di depan sekolah..

MENAMBAH CAWANGAN
Apabila kami da tahu rahsia besar tuh, so kita cuba untuk berniaga di dua buah sekolah serentak..so
biasanya,saya akan hantar zam dahulu ke sekolah lain..lepas tu sy akan pg pg ke sekolah satu lagi..

So kiraanhasil jualan kami jadi mcmni :

Satu sekolah kami dapat


Tengahari ( 1.00- 1.40) : RM 145.00
Petang (5.30-6.00 ptg) : RM 110.00

Total untuk satu sekolah : RM 255.00

Jadi untuk dua sekelah RM 255.00 x 2 = RM 510.00 SEHARI..


Banyak kan? Dan memang best sebab Keje senang iaitu cuma dalam masa 30-40 minit jer..

Dan bila kita da Berjaya jual aiskrim dekat dua buah sekolah....kita pun fikir kenapa tak sekolah yang
ketiga? Sekolah keempat?..

lepas tuh kami terus agresif cari sekolah dan berniaga hampir dekat 4 buah sekolah sehari..

Cuba teka berapa yang kami dapat??

Kami dapat lebih kurang RM 750.00- 1,240.00++ sehari..bergantung pada situasi dan
musim..

Ni pendapatan sehari tau!!

Kami pun xsangka dengan hanya dengan berniaga aiskrim depan sekolah macam tuh jer boleh dapat
income mcmni …so jika dikirakan dalam sebulan kami berniaga dekat 20 hari..

22 hari x RM750.00/sehari = RM 16,500.00/sebulan

Tolak dengan kos aiskrim dan sebagainya..kami dapatla dalam lebih kurang RM 14,000.00++
So tuh saja yang saya nk citer dekat anda yang da lama tunggu ebook nih..sebenarnya saya nk citer
lagi banyak…tapi masa saya agak terhad…apa pun saya ucapkan terima kasih dekat anda sebab da
download dan baca ebook nih sampai habis..

Jika anda rasa kisah saya nih best, anda boleh sharekan dan kongsikan dengan rakan rakan anda

Dengan klik share pada post di fb pages nih

www..

dan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa follow dan add saya sebagai friend di fb

FB : Mfadzlinasir

Dan join group FB ekslusif nih..

GROUP FB : SUPPORT RAHSIA BISNES AISKRIM

Anda Cuma perlu search di fb..masukkan “SUPPORT RAHSIA BISNES AISKRIM” dan bila muncul..

anda boleh klik ‘join group’

nnti saya akan approvekan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tu saja daripada saya

Mfadzlinasir
SifuBisnesAiskrim

Anda mungkin juga menyukai