Anda di halaman 1dari 19

Indrani Raman M20181000601

TUGASAN 3 : PENDIDIKAN DI MALAYSIA DARI SUDUT SOSIOLOGI RAS DAN


ETNIK.

1.0 KONSEP MASYARAKAT DI MALAYSIA


Menurut Kamus Dewan, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya
masyarakat.Manusia merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab mencipta,
mengubah, menokok dan melestarikan budaya, menurunkannya dari generasi ke generasi
untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya generasi
yang menurunkan budaya dan generasi yang menerima budaya. Kita perlu memahami konsep
masyarakat kerana untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup secara
bermasyarakat. Memahami cara hidup bermasyarakat dengan memahami budaya masyarakat
sendiri dan kaum lain dan memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.
Sebab perlu memahami konsep masyarakat dengan lebih jelas dan faham bahawa
manusia demi kelangsungan hidup tiada pilihan lain selain hidup bermasyarakat. Manusia mesti
faham sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan
masyarakat lain terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat
lain. Mengetahui ciri dan sifat masyarakat kerana masyarakat adalah sesuatu yang dinamik.
Bangsa idaman berteraskan hubungan etnik yang harmonis dapat diukur berpandukan 3
perspektif utama iaitu kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat ini perlu
ditanam dan dipupuk dalam diri rakyat demi memastikan keutuhan negara sebagai sebuah
kumpulan social dapat ditanam melalui simbol-simbol keutuhan negara seperti bendera
Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara Malaysia.
Kewarganegaraan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Kebangsaan dapat ditonjolkan
melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menyemarak dan
menguatkan semangat kebangsaan. Ini merupakan batu asas dalam pembentukan sebuah
bangsa Malaysia.
Hubungan antara ketiga-tiga aspek ini adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling
menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara
hidup manusia. Penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian
Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
Indrani Raman M20181000601

Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi
garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa. Peranannya melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Sistem Ekonomi Duaan / Dualisme ekonomi. Perkembangan sistem ekonomi moden dan
ekonomi tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan Sekolah Inggeris, sekolah Melayu,
sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks “bercampur tetapi tidak
bersatu”.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan
mata pelajaran dan orientasi berteraskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib.
Matlamat utama untuk menyatukan kanak-kanak daripada pelbagai etnik di bawah satu
sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa tunggal (Wan
Hashim,1983). Akta Pendidikan 1957 bersetuju di atas prinsip sekolah pelbagai aliran dan
pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu
sebagai satu daripada matapelajaran pendekatan dalam matapelajaran sejarah, geografi dan
buku teks lain mestilah berteras Malaysia dan bukannya berteraskan negara China dan India
(John Lowe,1960).

2.0 PENDIDIKAN ASAS PERPADUAN DI MALAYSIA


Malaysia sememangnya terkenal dengan keharmonian penduduk berbilang kaumnya yang
hidup aman dan damai. Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina, India dan 27 etnik
lain Di kawasan Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini amat unit di bawah
satu kerajaan dan pentadbiran serta dasar yang menyatupadukan semua rakyat di negara ini
untuk kestabilan yang berterusan. Oleh itu, pelbagai dasar kerajaan telah dan akan dijalankan
dalam menjayakan misi negara ini.
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara keseluruhannya melalui ideologi negara di mana setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam
kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan
kemajuan negara. Sejak, sebelum dan selepas merdeka lagi, kerajaan telah memupuk
semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk
mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk
Indrani Raman M20181000601

Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk
menjana kemajuan dan mengekalkan perpaduan sedia.

3.0 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN JENIS DAN ALIRAN SEKOLAH


 Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)

Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal.
Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang
baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.Terdapat juga sebilangan pelajar yang
mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama
Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat
sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana
pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi
daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama
yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang
amat tinggi.

 SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-


1956)

TEMPOH PERTAMA (1784-1941) - Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu


(1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-
negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun
1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah
menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858
hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang
dan Melaka.Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah
Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu
Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat
Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A
Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi
diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. . .
Indrani Raman M20181000601

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun
1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau
telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan
pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara
China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.
Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya
menjadi bertambah baik.

 Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa
sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil
untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah
cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian
banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil
pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511
buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah
Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan
tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

 Perkembangan Sekolah Inggeris

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum
mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai
beberapa matlamat seperti berikut:

1. untuk semua bangsa;


2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar
berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu.
6. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
7. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Indrani Raman M20181000601

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan
Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada
awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,
sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak
Melayu peringkat atasan.

 TEMPOH KEDUA (1946-1957)


 Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka

Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman
ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas
pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa
laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan
ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah
menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran
serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang
mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi
oleh para pelajar.

 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)

Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam
Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini
juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

 Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969

Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan
tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam
pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu „Kesopanan
dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di
sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.
Indrani Raman M20181000601

 Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan


September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:

“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk


kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari
segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan
bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”(Sumber: Education In
Malaysia, 1980)

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu
kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan
diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta
mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi
pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata
pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan
dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
dicadangkan.

Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan


berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu
pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke
sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Indrani Raman M20181000601

4.0 POLEMIK PELBAGAI ALIRAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa.


Berdasarkan pengalaman di negara luar seperti Perancis, Amerika Syarikat, Indonesia dan
Thailand, matlamat ini dicapai menerusi pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai
komuniti etnik. Walaupun penerimaannya sehingga kini mencetuskan polemik, namun dasar
ini berterusan dipraktikkan. .

Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa
Kebangsaan, tetapi dari sudut praktiknya, dasar tersebut agak berbeza dengan negara
berkenaan. Sistem pendidikan di negara ini berorientasikan komuniti etnik tertentu yang
berkongsi kurikulum yang sama. Sistem ini disebut sebagai Sistem Pendidikan Vernakular
ataupun jenis Kebangsaan. Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan
kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Jika langkah bersepadu kurang mampu
dilaksanakan, tidak mustahil matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara
anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan, sukar untuk dicapai
sepenuhnya.

Menurut pendapat Neena (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal


dalam proses sosialisasi. Bagi pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang
sosiopolitik, sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang
sama sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, di samping dapat mengamalkan semangat
bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

Sehungungan dengan itu, bahasa dan pendidikan adalah dua perkara yang saling berkait
rapat. Melalui pendidikan, sesuatu bahasa dapat dipertahankan dan bahasa juga
menggambarkan jiwa sesebuah bangsa. Dengan warisan nilai budaya dan peradaban yang
berbeza, setiap komuniti etnik di Malaysia, berusaha mempertahankan sistem pendidikan
masing-masing. Atas alasan ini, usaha kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan
menerusi sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan untuk semua.

5.0 DASAR PERPADUAN DAN EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Indrani Raman M20181000601

Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan telah menjalankan dasar perpaduan supaya
rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai
perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1. Dasar Pendidikan : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Akta Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu
3. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4. Sukan Sebagai Alat Perpaduan

Pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan
British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau
Pinang dan Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh
penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.
Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada
sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara
sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan


kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British
dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut
merupakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu, iaitu Pada peringkat
permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum
negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh
berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat
komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan
terpengaruh dengan komunis sekaligus menyebabkan huru-hara. Persoalan besar yang
dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula
untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk
yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan
rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat
Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara
ialah menerusi pendidikan.

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan


pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa
Indrani Raman M20181000601

berikut, iaitu Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka (1957-1970),
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pra Merdeka (sebelum 1957), semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah


di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu,
Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri
dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan
timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa
telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan
Laporan Razak (1956) yang meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk
memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan
sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) yang menggariskan
cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun
1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan
kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan
matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

6.0 PERANAN DAN CABARAN PENDIDIKAN UNTUK PERPADUAN

Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti dan perpaduan
kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia untuk
mewujudkan perpaduan. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu
dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri
untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta
memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup
dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan
kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan
yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf
Indrani Raman M20181000601

pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri,
bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Fungsi –
fungsi pendidikan meliputi pelbagai aspek seperti:

 Memberi impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan


 Keupayaan kawalan diri dan sokongan sosial
 Menjamin kestabilan individu dalam fungsi sosial
 Mengurus kehidupan dalam perkahwinan dengan lebih baik
 Membuat keputusan yang bijak dan wajar
 Menstabilkan ekonomi dengan peluang kerja yang lebih baik
 Menentang kemiskinan
 Membina demokrasi
 Membentuk masyarakat sejahtera
 Mendedahkan potensi diri
 Menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri
 Meluaskan pandangan dan pemikiran
 Membina keyakinan diri
 Menikmati kemudahan persekitaran
 Pemangkin kesejahteraan hidup

Manakalla, cabaran pendidikan untuk mewujudkan perpaduan adalah :

Sebenarnya,Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu,


Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada
Indrani Raman M20181000601

perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana
merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan
etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan
konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan
kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi
mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan
hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan
pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi
Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan
kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah
dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, 2005). Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di
negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:

 Perbezaan dalam agama dan budaya


 Polisi pecah perintah British
 Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang
berbeza di sekolah
 Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
 Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber
pendapatan kumpulan etnik
 Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

7.0 POLISI PENDIDIKAN BERKENAAN HUBUNGAN ANTARA ETNIK DI


MALAYSIA
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang
membangun dan kini menuju ke arah status negara maju. (cita-cita dalam wawasan 2020).
Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak
zaman penjajahan sehingga selepas merdeka. Peristiwa 13 Mei 1969 Daripada
pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah, Kemajuan ekonomi
sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Kestabilan politik sahaja tidak
memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan
sehingga menimbulkan konflik.

Keseimbangan kaum melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama serta


perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya apakah faktor yang boleh
Indrani Raman M20181000601

membawa keseimbangan dan apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara
untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Jawapannya ialah usaha berterusan
untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Peristiwa 13 Mei 1969
yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum Cina dan Melayu di Kuala
Lumpur. Bermula sebelum tahun 1969 lagi semasa Lee Kuan Yew memperkenalkan slogan
‘ Malayan Malaya’ sebelum keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti Gerakan dan
DAP memainkan isu perkauman semasa pra-pilihanraya.

Pengajaran Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Hal perkauman adalah perkara yang
sangat sensitif dan amat mudah jadi bahan pertikaian. Semua kaum hendaklah dijaga dan
ditadbir secara saksama. Kerajaan lebih menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Kepentingan Memahami Hubungan Etnik menjadikan Malaysia merupakan sebuah negara
yang berbilang kaum yang pernah mengalami konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat
dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat
bersifat kolonial.

Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi


sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial
dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami mengenai
prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti
dalam menentukan tingkah laku antara masyarakat. Hubungan etnik penting dalam
memahami mengenai kesan pengindustrian disesebuah negara. Hubungan etnik
mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha ke arah memupuk perpaduan nasional ialah dengan penubuhan Jabatan


Perpaduan Negara yang kini dikenali dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional / JPNIN), Pengenalan Rukun Negara dengan menyemai ideologi
Kebangsaan, DEB, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Usaha Kerajaan ( top down ) sahaja tidak memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha
yang berbentuk ( bottom-up ) menerusi kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta,
sektor komuniti dan semua parti politik. Keharmonian Hubungan etnik di Malaysia tidak
bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara kumpulan kelas sosial yang
berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan).
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting yang mencorak sistem sosial Malaysia
walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat
Indrani Raman M20181000601

Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan Hubungan Etnik yang harmonis
ditambah pula dengan adanya sistem pendidikan dan persekolahan yang berkonsepkan
teknologi maklumat atau ICT akan merancakkan lagi dunia pembelajaran dan perpaduan
kaum di Malaysia kerana semua maklumat senang dan cepat diperolehi.

8.0 KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK


KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
Umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat
pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem
lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat
mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka,
menambah ilmu pengetahuan dan mengekalkan asas perpaduan sedia ada antara pelbagai
etnik di Malaysia melalui sistem pendidikan yang sama.

Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal
demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-
bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemajuan internet dihujung jari ini menjadikan
murid pelbagai kaum senang memperolehi pelbagai maklumat terutamanya yang melibatkan
kaum di Malaysia seperti latar belakang, kebudayaan, adat resam dan keagamaan dengan
hanya melayari internet dan suasana pembelajaran yang sama di Malaysia.

Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan
470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini
memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau
menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering
menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa
untuk berehat sambil mencari maklumat. Semua pelajar tanpa mengira kaum dapat
berkongsi maklumat dan kemahiran menerusi ICT dalam sisitem pendidikan sekolah yang
sama. Keadaan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum sejak awal kanak-
kanak lagi.

Proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar hari
ini sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik. Hal ini
Indrani Raman M20181000601

memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan
pengajaran disekolah. Pembelajaran akan lebih berpusatkan kepada pelajar dan guru
berfungsi sebagai fasilitator semata-mata. Sistem pembelajaran yang berorientasikan
teknologi maklumat menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru. Kesan
kebaikan lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah had tugasan
yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan
untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Semua maklumat tentang kaum, etnik dan
akademik senang diperolehi pada bila-bila masa sahaja. Dengan ini masyarakat berbilang
kaum akan lebih memahami budaya kaum lain untuk saling menghormati.

Kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran pada tahap yang baik akan meningkatkan
motivasi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk
memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu
diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru perlu menjalankan teknik
koperatif bagi memudahkan pelajar berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan menarik. Semua
pelajar akan belajar dan menguasai proses pembelajaran yang sama tanpa mengira kaum.
Hal ini menggalakkan perpaduan kaum terus diamalkan di Malaysia dari semasa ke
semasa.

Dalam sistem pendidikan juga para pelajar sentiasa terdedah dengan pelbagai
tugasan. Tugasan yang tersusun yang diberikan oleh guru akan menjadikan murid mudah
memberi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menjadikan
menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan menyiapkan pelbagai tugasan secara
bersama tanpa mengira kaum. Mereka menguasai kemahiran, memperolehi ilmu dan
pengetahuan secara bersama semasa menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. Hal ini baik
untuk perpaduan kaum diperingkat awak remaja semasa menjalani proses pendidikan di
sekolah.

Pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber


tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima input- input daripada guru
dengan berkesan. Guru juga akan sentiasa memberikan input yang terbaik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjadikan proses tersebut berjalan dengan
baik. Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid
Indrani Raman M20181000601

tanpa mengira kaum berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya
pembelajaran masing-masing mengikut tahap kecedasan yang berbeza seperti yang
dibuktikan oleh Howard Gardner iaitu ialah kecerdasan logik- matematik, vebal- lingusistik,
kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis.

Sistem pendidikan guru yang sistematik dan teratur akan mengurangkan beban guru untuk
merancang program kecemerlangan kepada pelajar-pelajar mereka selain daripada
menjadikan guru- guru ini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dengan
lebih baik. Ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-
anak mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Mereka juga akan membantu guru-
guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik
darjah serta lawatan sambil belajar. Sistem pendidikan sedemikian akan menggalakkan
pembelajar yang lebih efisien di Malaysia.

Guru sentiasa mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan melihat


keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada murid. Kaedah pengajaran guru disekolah biasanya lebih berpusatkan kepada
guru dan murid. Perkara ini menggalakkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau
pendapat masing- masing. Pelajar mempunyai pandangan serta pengalaman tersendiri yang
mereka lalui sebelum ini.

Hal ini akan merancakkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk
semua kaum kerana idea dan kebolehan semua pelajar dapat dikembangkan di sekolah
secara bersama. Sebagai contoh pelajar sudah mengetahui bagaimana hendak
mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Ramai pelajar sudah tahu
dan mendapat pendedahan menggunakan komputer. Keadaan ini akan menyenangkan guru
untuk mengajar mereka kemahiran menggunakan komputer.

9.0 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DALAM MEMUPUK


KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

Apa pun, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara
sudah jelas iaitu wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak
tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan
dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang,
melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya,
Indrani Raman M20181000601

pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan


kemasyarakatan. Ini juga akan membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di
negara kita.

Sistem pendidikan sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru
tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi
masalah globalisasi pada abad ke 21 ini. Sistem pendidikan negara kita juga memusatkan
(centralized) juga menyebabkan kandungan pendidikan diputar belitkan dibawak faktor
politik. Banyak dasar-dasar pendidikan diputuskan bukan atas dasar pendidikan. Ini akan
melahirkan masyarakat yang tidak adil seperti kekurangan guru sekolah aliran Cina dan
Tamil. Keadaan ini juga akan merenggangkan hubungan antara kaum sedikit demi sedikit
yang akan merencatkan perpaduan kaum di Malaysia dalam jangka masa panjang dan
boleh mengikis adat dan kebudayaan asal sesuatu etnik di Malaysia secara sedikit demi
sedikit.

Ada juga masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap
peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau guru
besar disesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru serta
pihak sekolah dipersalahkan jika anak-anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan.
Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama ada di Sekolah
Kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian Pelajaran Malaysia
sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran
pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir-butir berkenaan pelaksanaan
membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan memberikan kesan
kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

10.0 CADANGAN MEMUPUK KESEPADUAN KAUM DAN ETNIK DI


MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat
dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-
butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai
lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan
alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif
utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya.
Indrani Raman M20181000601

Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi
melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan
yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan
kursus ke seluruh negara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur
dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-
masing.

Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji
semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar
mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka
menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan
dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk
jangka masa yang panjang.

Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis
perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan
satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan
kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan profesionalisme peguruan daripada
dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak
menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan
peperiksaan.

Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk
mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara
masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-
kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti
cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan
wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar.

Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa


pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton
ketidak adilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar
tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan.
Indrani Raman M20181000601

Bagi SJK Cina dan Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian
Pelajaran perlu menghormati niat ibu bapa komuniti tersebut menjamin bahawa segala
perubahan dasar tidak akan mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa
pentadbiran di SJK Cina dan Tamil.

Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun
prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu
pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan
ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau
rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan
negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini.
Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan
harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah
golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi
pendidikan yang dilaksanakan.

11.0 KESIMPULAN
Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang
kerana ia satu proses berterusan dan inovatif yang membantu membangunkan potensi
individu untuk kebaikan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh sebab itu misi pendidikan
negara seharusnya meningkatkan potensi seseorang individu, mengembangkan kebolehan,
menganalisis dan memotivasikan keyakinan dan kebolehan jasmani, rohani dan mental
individu yang dunamik,berinisiatif serta memberikan kebaikan kepada individu dan
masyarakat.

Dari segi keadilan sosial, semua individu dari pelbagai kaum dan bangsa harus diberi
peluang pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan bukan untuk sesuatu golongan
yang dianggap elit sahaja. Pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan semata-
mata banyak mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tanpa
mengira kaum.

12.0 RUJUKAN

Buku Tutorial Perlaksanaan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) (2011). Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia. Change Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia
ISBN 978-983-3444-32-8
Indrani Raman M20181000601

Gurnam Kaur Sidhu, Gurcharan Singh Sandhu, Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaur
Sidhu (2005) Rating Fasa Kecekapan (PTK): ClustrMaps Umum (Teras dan
Profesional). Selangor: Penerbit Fajar Bakti sdn. Bhd.

Jamil Ahmad dan Norlia Goolamally. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan
Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti.

Kamus Dewan Edisi Ke - 3 (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul kenegaraan HNS2013 Pendidikan Jarak Jauh (2011). Unit 10 Isu-isu Dan Program
Cabaran Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris.

Mohamad Rodzi Abd Razak,. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan Sejarah dan dasar pendidikan Kebangsaan. ms 90-106. ISSN 2180-0251

Mohd Yazid Yusoof, Mohd Noor Mohd Zain dan Idris Omar. (2002). Kertas Kerja:
Persamaan dan Perbezaan akta Pelajaran Dengan akta Pendidikan 1996 melalui
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002&dt=0125&pub=DuniaPendidikan &
sec = Kertas_Kerja & pg = kk_01.htm

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Program Cabaran Integrasi antara kaum di Malaysia:
Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari 2 (1). ms 61-84. ISSN
1985-6830

Muslim, Nazri dan Alias, Jamsari. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di
Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Penilaian dalam Komuniti Pasca Modenisme
(SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

Omar, Rusdi dan Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010). Asas luar Malaysia era Dato 'Seri
Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam Aspek Perhubungan dua Hala. In:
Prosiding Seminar Nasional Ketahanan (SNAR 2010) "Pengurusan dan Dasar Politik
di Malaysia", 13-15 Julai 2010, Bayview Hotel Langkawi. Institut Pemikiran Tun Dr
Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp 173-194. ISBN 978-983-
44865-3-2

Asas Pendidikan Kebangsaan melalui


http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar