Anda di halaman 1dari 11

<KOD KURSUS>

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI

SBFS 1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH

NO. MATRIKULASI : 810411045268002


NO. KAD PENGNEALAN : 810411-04-5268
NO. TELEFON : 013-6582242
E-MEL : ieytahasan@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

0
<KOD KURSUS>

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/SURAT

01 PENGENALAN 2

02 TEKNIK PENYELESAIAN 3-8

03 KESIMPULAN 9

04 RUJUKAN 10

1
<KOD KURSUS>
1.0 PENGENALAN

Dalam kehidupan seharian manusia sering memerlukan untuk membuat keputusan.


Proses Membuat Keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan
dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan
hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik
keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala
kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil
mahupun yang besar
Pokok keputusan adalah alat yang berguna untuk membantu anda untuk memilih
antara beberapa kursus tindakan. Mereka menyediakan satu struktur yang sangat
berkesan di mana anda boleh meneroka opsyen, dan menyiasat kesudahan yang mungkin
memilih orang-orang pilihan. Mereka juga membantu anda untuk membentuk gambaran
yang seimbang risiko dan ganjaran yang berkaitan dengan setiap kursus mungkin
tindakan. Ini menjadikan mereka amat berguna untuk memilih antara strategi, projek atau
peluang pelaburan yang berbeza, terutamanya apabila sumber-sumber adalah terhad.
Ia merupakan langkah pertama dalam membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini
selalunya dalam bentuk masalah atau peluang. Dalam memilih sesuatu masalah dan
peluang, kita bolehlah menggunakan kriteria berikut:
a) Kawalan- Sejauh manakah kita boleh mengawal masalah tersebut dan
penyelesaiannya?
b) Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut.
c) Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.
d) Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut.
e) Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan.
Berdasarkan pemasalahan yang diberi, pokok keputusan merupakan teknik terbaik
untuk menyelesaikan masalah. Teknik ini mengambil kira kos, keuntungan, pro dan
kontra bagi setiap keputusan yang diambil.

2
<KOD KURSUS>
2.0 TEKNIK PENYELESAIAN

Untuk memilih sub-kontraktor bagi projek pembinaan rumah Encik Anil Kumar,
pelbagai faktor perlu di ambil kira iaitu dari segi kos pembinaan, keuntungan dari projek
pembinaan tersebut, jumlah denda lewat dari tempoh pembinaan, kualiti pembinaan dan
juga prestasi nama baik syarikat. Dalam permasalahan yang diutarakan, pihak Lai Hock
Builders Sdn Bhd perlu memastikan pemberian kontrak pembinaan perlulah tepat dan
memberikan kelebihan kepada syarikat, sub-kontraktor dan juga pemilik rumah itu
sendiri. Oleh itu, pelbagai isu perlu dititikberatkan sebelum persetujuan pemberian
kontrak kepada sub-kontrator. Lebih-lebih lagi, projek ini merupakan projek pertama
syarikat di dalam kawasan Kuala Lumpur dan merupakan titik asas bagi peluang projek
seterusnya di kawasan berkenaan.
Sepertimana yang dinyatakan dalam situasi yang diberi, terdapat dua sub-kontraktor di
dalam senarai pendek syarikat bagi melaksanakan projek berkenaan. Terdapat pro dan
kontra bagi tawaran kedua-dua sub-kontraktor tersebut. Pengiraan dan pemilihan yang
tepat perlu dilakukan bagi memastikan tiada masalah akan wujud dalam projek
berkenaan. Berikut ialah tawaran dari dua sub-kontraktor tersebut.
Sub-kontraktor Jumlah kos Tempoh lanjutan siap
Raymond Ooi RM 240 000 Tidak lebih dari 30
hari
Ghulam Rasool RM 210 000 75 hari

Di dalam tawaran projek En. Raymond Ooi, projek berkenaan memerlukan kos sebanyak
RM 240 000, manakala dalam sebutharga En. Ghulam Rasool, beliau menganggarkan kos
sebanyak RM 210 000. Dari sebutharga tersebut, ternyata tawaran yang diberikan oleh
Encik Ghulam Rasool kurang RM 30 000 dari yang ditawarkan oleh Encik Raymond Ooi
Namun begitu, dari segi tempoh masa siap projek berkenaan, Encik Raymond memberi
jaminan 10% kelewatan siap iaitu kurang dari 30 hari. Manakala Encik Ghulam Rasool
hanya mampu memberi jaminan sebanyak 50% tempoh siap selama 75 hari. Maka, kos
denda lewat dari Encik Raymond Ooi ialah bermula dari serendah RM 500 hingga
maksimum RM 15 000 berbanding denda lewat Encik Ghulam Rasool iaitu sebanyak

3
<KOD KURSUS>
RM 37 500. Risiko lewat dari Encik Raymond Ooi lebih rendah iaitu kurang dari 30 hari,
kurang 45 hari dari Encik Ghulam Rasool.

Jika dilihat kedua-dua tawaran dari aspek perniagaan, terdapat pro dan kontra dari kedua-
dua tawaran tersebut. Tawaran dari Encik Ghulam ternyata lebih murah dan memberikan
keuntungan sebanyak RM 290 000 jika tiada kelewatan jangka siap projek. Namun
begitu, jaminan kelewatan selama 75 hari dari Encik Ghulam Rasool telah membawa kos
sebanyak RM 37 500 menjadikan kos keseluruhan projek ialah RM 247 500. Berikut
ialah kiraan jumlah kos, denda lewat dan keuntungan syarikat dari projek tersebut :

Jumlah kos asal projek = RM 210 000


Denda lewat (Maksimum) = + RM 37 500

Jumlah keseluruhan kos = RM 247 500

Jumlah tawaran keseluruhan projek = RM 500 000


Jumlah keseluruhan kos = - RM 247 500

Keuntungan syarikat = RM 252 500

Tawaran dari Encik Raymond pula memakan kos sejumlah RM 240 000. Namun begitu,
beliau menjanjikan bahawa kelewatan adalah kurang dari 30 hari, iaitu RM 15 000 denda
maksimum bagi 30 hari kelewatan. Maka, jumlah keseluruhan kos ialah RM 255 000.
Berikut ialah kiraan jumlah kos, denda lewat dan keuntungan syarikat dari projek
tersebut:

Jumlah kos asal projek = RM 240 000


Denda lewat (Maksimum) = + RM 15 000

Jumlah keseluruhan kos = RM 255 000

4
<KOD KURSUS>

Jumlah tawaran keseluruhan projek = RM 500 000


Jumlah keseluruhan kos = - RM 255 000

Keuntungan syarikat = RM 245 000

Dari kiraan di atas, ternyata tawaran dari Encik Ghulam Rasool memberikan keuntungan
sebanyak RM 7 500 lebih dari tawaran dari Encik Raymond Ooi. Namun begitu, jika
dilihat dari kiraan tersebut, jumlah denda yang dikira merupakan kiraan kelewatan
maksimum yang dijanjikan oleh kedua-dua kontraktor tersebut. Jika dilihat dari tawaran
kelewatan Encik Raymond Ooi, beliau menyatakan bahawa tempoh siap adalah kurang
dari 30 hari. Jadi, berkemungkinan kelewatan ialah 1 hingga 30 hari. Jika projek tersebut
cuma lewat 15 hari dari tempoh yang ditetapkan, maka jumlah kos pembinaan akan
berubah menjadi lebih rendah dari kiraan di atas. Berikut ialah kiraan bagi tawaran Encik
Raymond jika projek berkenaan lewat 15 hari dari tempoh yang ditetapkan :

Jumlah kos asal projek = RM 240 000


Denda lewat (15 hari) = + RM 7 500

Jumlah keseluruhan kos = RM 247 500

Jumlah tawaran keseluruhan projek = RM 500 000


Jumlah keseluruhan kos = - RM 247 500

Keuntungan syarikat = RM 252 500

Dari kiraan di atas, berkemungkinan syarikat akan mendapat keuntungan sebanyak


RM 252 500. Selain itu, projek tersebut juga siap tidak terlalu lewat dari tarikh akhir
yang ditetapkan.
Selain itu, tawaran yang diberikan oleh kedua-dua sub-kontraktor tersebut memberikan
impak yang lain dari segi kualiti, penjenamaan dan imej syarikat Lai Hock Builder Sdn.

5
<KOD KURSUS>
Bhd. Bagi tawaran Encik Raymond Ooi, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam
permasalahan, beliau merupakan sub-kontraktor yang stabil dalam bidang tersebut. Oleh
itu, kualiti pembinaan yang dijanjikan semestinya terjamin kualitinya. Selain itu, tempoh
masa lewat adalah kurang dari 30 hari. Bagi tawaran dari Encin Ghulam Rasool, beliau
merupakan sub-kontraktor yang meletakkan harga rendah di mana kualiti pembinaan dari
pihak beliau boleh diragui dari segi kualiti dan tempoh siap projek kerana memakan masa
terlalu lama.
Sebagai perundingcara yang ditugaskan untuk memilih sub-kontraktor bagi projek
berkenaan, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum memilih sub-
kontraktor yang sesuai bagi melaksanakan projek berkenaan. pelbagai aspek dari segenap
punca perlu dipertimbangkan sebelum serahan kontrak.

Lai Hock Builder Sdn. Bhd.

Raymond Ooi Ghulam Rasool

Kos Pembinaan Tempoh Lewat Kos Pembinaan Tempoh lewat


RM 240 000 Kurang dari 30 hari RM 210 000 75 hari
(10% kelewatan) (50% kelewatan)

Minimum denda Maksimum denda Minimum denda Maksimum denda


RM 500 RM 15 000 RM 37 500 RM 37 500

6
<KOD KURSUS>

Anggaran keuntungan (denda minima) : Anggaran keuntungan (denda minima) :


RM 500 000 – ( RM 240 000 + RM 500) RM 500 000 – ( RM 210 000 + RM 37
500)
= RM 259 500 = RM 252 500
Anggaran keuntungan ( denda maksima) : Anggaran keuntungan (denda maksima):
RM 500 000 – ( RM 240 000 + RM 15 000) RM 500 000 – ( RM 210 000 + RM 37
500)
= RM 245 000 = RM 252 500

Jika dilihat dari pelan keuntungan di atas, ternyata tawaran dari Encik Ghulam Rasool
membolehkan syarikat memperolehi keuntungan sebanyak RM 7 500 lebih dari tawaran
Encik Raymond Ooi.
Namun begitu, jika dilihat dari segi kestabilan dan kecekapan kualiti kerja, Encik
Raymand Ooi menjaminkan kualiti dan kelewatan yang agak kurang berbanding Encik
Ghulam Rasool. Ini kerana Encik Raymond Ooi merupakan kontraktor yang telah
dikenali dan memperuntukkan kelewatan kurang dari 30 hari. Manakala Encik Ghulam
Rasool merupakan kontraktor yang baru dan meletakkan kelewatan selama 75 hari. Mutu
hasil kerja juga memainkan peranan sama ada menaikkan nama syarikat ataupun
sebaliknya. Mutu hasil kerja dari Encik Raymond Ooi telah terjamin kerana kestabilan
kedudukan beliau sebagai kontraktor berbanding Encik Ghulam Rasool yang masih baru
dalam bidang tersebut. Dari segi tempoh kelewatan, ia juga memainkan peranan dari segi
kepercayaan pelanggan kepada syarikat. Jika terlalu lewat, pelanggan berkemungkinan
akan hilang kepercayaan dan ini merosakkan reputasi syarikat sebagai syarikat yang
terkemuka dalam bidang kontraktor, lebih-lebih lagi ini merupakan projek perintis di
dalam kawasan Kuala Lumpur. Maka, boleh dikatakan bahawa projek ini menentukan
masa depan syarikat untuk terus berkembang atau tidak.
Oleh itu, saya mencadangkan agar syarikat memilih Encik Raymond Ooi sebagai
sub-kontraktor untuk projek ini. Pemilihan ini berdasarkan reputasi syarikat dan projek
ini sebagai projek perintis bagi kawasan Kuala Lumpur. Selain itu, Encik Raymond Ooi
juga menjanjikan tempoh masa siap yang lebih cepat berbanding Encik Ghulam Rasool di

7
<KOD KURSUS>
mana faktor ini merupakan titik penting permulaan penguasaan syarikat di Kuala
Lumpur. Walaupun keuntungan yang bakal dinikmati oleh syarikat agak kurang
berbanding tawaran oleh Encik Ghulam Rasool tetapi ketepatan masa menjadi landasan
yang tepat kepada penerimaan pelanggan dan tapak kukuh bagi projek pembinaan yang
akan datang.

8
<KOD KURSUS>
2.0 KESIMPULAN

Dengan menggunakan teknik ini kita dapat melihat bahawa pilihan terbaik adalah untuk
membangunkan produk baru. Ia bernilai lebih kepada kami untuk mengambil masa kami
dan mendapat produk yang betul, daripada tergesa-gesa produk ke pasaran. Dan ia lebih
baik hanya untuk memperbaiki produk yang baru, walaupun keuntungan kita kurang.
Pemilihan Encik Raymond Ooi jelas menunjukkan bahawa pembangunan produk baru
perlu diutamakan sebelum mengutamakan keuntungan. Ini kerana, dalam menjaga
reputasi dan perkembangan keuntungan masa depan syarikat, pengorbanan keuntungan
projek perintis merupakan permulaan yang diperlukan bagi meraih kepercayaan
pelanggan untuk projek akan datang.

(1722 patah perkataan)

9
<KOD KURSUS>

0.4 RUJUKAN

Peter Byrne David Cadman, 1993, Risiko, Ketakpastian dan Membuat Keputusan dalam
Pembangunan Harta, DBP Kuala Lumpur

Sumber lain:
Modul Thinking Skills and Problem Solving SBFS 1103

10

Anda mungkin juga menyukai