Anda di halaman 1dari 3

Pengajaran yang digunakan oleh saya adalah berpusat kepada murid-murid.

Murid cergas
mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan
melibatkan semua murid dan murid diminta memberipendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut.
Contohnya saya menggunakankaedah inkuiri penemuan. Murid-murid diminta mencari jumlah
bilangan bucu, sisi dan permukaan bentuk tiga dimensi dengan meneliti dan melalui
sentuhan.Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih efektif tetapi lebih bemakna danmenyeronokkan
murid-murid kerana murid memperolehi jawapan denganpemerhatian dan sentuhan sendiri. Apabila
murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif dalam bilik darjahdan dapat menjawab soalan
yang ditujukan dengan tepat maka saya memberikanpujian yang membina. Pujian yang digunakan
telah mendorongkan murid untukberusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu saya juga memberikan
ganjaran kepadamurid yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini murid
lebihbersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.Interaksi mesra
semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran jugatelah memberi galakkan. Murid
berasa selesa, tidak tertekan, dan merangsangpemikiran untuk melahirkan idea yang lebih bernas
dan tersusun. Dalam pengajaran konsep disampaikan secara berperingkat. Perkembangankonsep-
konsep berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari senang ke susah,dari konkrit ke abstrak dan
dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui.Contohnya dari menamakan tiga dimensi
bentuk sampai mencirikan tiga dimensitersebut. Selain itu, Isi, bahan pelajaran dan alat bantu
mengajar adalah berkaitandengan pengalaman murid atau benda yang di sekeliling mereka.Di
sampint itu, alatbantu mengajar adalah sesuai, pelbagai jenis, berbentuk benda maujud,
diketahuioleh murid seperti tin minuman, kotak dan sebagainya. Alat bantu mengajar tersebuttelah
menarik perhatian murid. Guru juga dapat menunjukkanekspresi muka yang bersungguh-
sungguhsemasa menyampaikan pelajaran atau semasamenggambarkan sesuatu situasi.Kontak
mata yang baik walaupunmasih memberi tumpuan utama kepada murid yanghanya di bahagian
hadapan kelas.Komunikasi bukanlisan yang diutarakan olehEgan (1994) merujuk kepada tingkah
laku badan,ekspresi wajah dan kualiti suara.Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan
berkesan amatpenting untukmemastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Halini
kerana prosespengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktivitikomunikasi di antara
pelajardengan guru serta pelajar dengan pelajar. Guru misalnya akan mengangguk kepala tanda
bersetuju denganpandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidakmenerima. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan unsurjenaka. Menurut Habibah,Zaidatol &
Rahil, 1995 unsur jenakayang diselitkan dalampengajaran akan membantu menimbulkan suasana
tiadatekanan dan murid berasalebih tenang dalam proses pengajaran. Keadaan ini adalah berbeza
jika gurumenunjukkanekspresi muka yang garang, cemas, kaku, tidak tersenyum atau tidakyakin.
Guruyang sentiasa tersenyum juga akan menyebabkan murid melihatnyasebagaiseorang yang tidak
tegas dan kurang keyakinan diri.KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam
pelaksanaan tugasanpengajaran makro ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa
yangditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran danpembelajaran
berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakamandan rancangan pengajaran
harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yangdigunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal inidisebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang
menyebabkanmasa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Selain itu, saya jugatidak
sempat membuat penutup kerana tidak cukup masa. Semasa murid bergerakke makmal komputer
telah mengambil masa 5 minit untuk mengatur tempat dudukmereka. Dalam aktiviti kumpulan telah
menggunakan lebih daripada 10 minit. Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti
kumpulan bergerakdalam kelas. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan
biarkanketua dan ahli kumpulan lain yang menjalankan aktiviti. Mereka adalah terdiri muridyang
lemah dalam pelajaran Matematik. Aktiviti tersebut tidak menarik minat merekauntuk mengikutinya.
Ini adalah kerana mereka tidak faham konsep tersebut. Sayacuba menganalisis kepercayaan dan
andaian saya berkaitan dengan masalah ini.Padadasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan
lemah kurang minat belajarkerana merekatidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian.
Selepas membuatrefleksi, saya rasaandaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik
perlumemikul tanggungjawab untukmembolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuansaya sebagai
guru telah dicabar. Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika saya mengarahkan mereka
untukbekerja secara berkumpulan. Apabila saya suruh mereka balik ke tempat duduk danduduk
dalam kumpulan dengan senyap. Namun murid-murid tidak melakukansedemikian. Terdapat
beberapa murid bermain alatan komputer sedangkan muridlain menjalankan aktiviti yang disuruh
oleh saya. Murid tersebut berasa ingin tahudan hendak cuba menggunakan alatan komputer yang
jarang dilihat oleh mereka.Kawalan kelas adalah penting walaupun hanya berapa orang berbuat
bising namumia akan mengganggu kawan lain yang mengikut pebmelajaran. Terdapat dua orang
murid tidak memahami bahasa Malaysia, saya terpaksaberkomunikasi dan terangkan dalam bahasa
Cina supaya mereka dapat mengikutipengajaran dan pembelajaran. Saya tidak mengesan antara
mereka terdapat muridyang kurang fasih dalam bahasa Malaysia dan telah menjejaskan pengajaran
saya.Terutamanya, arahan yang diberikan oleh saya semasa aktiviti kumpulan tidak dapatdifahami
oleh dua orang murid tersebut. Guru kurang mahir menggunakan peralatan komputer. Oleh kerana
komputerdi makmal komputer tidak berfungsi maka saya menggunakan komputer riba.Gangguan
tersebut telah menyebabkan saya menggunakan lebih masa dalamlangkah tersebut. Selain itu, ia
juga mengganggu proses pengajaran danpembelajaran. Murid-murid berbuat bising dan bercakap
sementera menunggu gurumempersembahkan slaid powerpoint. Terdapat satu kumpulan
menggunakan masa yang lebih untuk menyiapkanhasil aktiviti kumpulan. Ini kerana murid kurang
memahami cara menulis jawapan.Oleh itu, terpaksa mengambil masa untuk membimbing mereka
mengajar merekamenulis jawapan dengan cara yang betul. Selain itu, arahan yang diberikan
olehguru murid cepat lupa kerana guru tidak memberikan arahan berbentuk kertassupaya murid
senang merujuki jika lupa. Dengan ini masa juga tidak akan terbuang.PENAMBAHBAIKAN Daripada
kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa carauntuk menambahbaik untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.Guru perlu mengikuti kursus ataupun
memperbanyak baca buku yang berkaitandengan teknologi untuk menambah ilmu dan kemahiran
menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Gangguan akan timbul jika guru tidak
mahirdan murid akan jadi tidak terkawal dan proses pengajaran dan pengajaran akanmenjadi tidak
menarik. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkahlaku murid adalah
disebabkan oleh gurusendiri. Maka guru harus sentiasamenambah ilmu dan bersedia untuk setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya berpendapat untuk mengumpulkan mereka
mengikut senarainama yang telah saya sediakan terlebih dahulu bagi mengelak mereka
untukberbuat bising.Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya inginmurid-
murid mendengarpengajaran saya kerana percakapan dua hala bolehmenjejaskan pembelajaran.
Kebisinganyang disebabkan oleh pembelajaran tidaklahmenjadi masalah tetapi kebisingan
yangmengganggu pembelajaran perlu dielakkan.Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak
dapatmenguasai kemahiran yang diajartetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak
adilkepada semua murid-murid yang lain. Saya akan menyusunkan semula kedudukan murid-murid
di dalam kelas.Membahagikan kepadaempat kumpulan mengikut tahap kebolehan
yangberbezamembuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiranatau topikyang
dikuasaimurid tersebut.Untuk mengatasi murid yang membuat bising sayaakan menggunakan
pelbagai kaedah / atau teknik yang sesuai dengan tahapkebolehan merekasemasa pengajaran dan
pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah dan berbeza dengan murid-murid lain.
Selain itu, memberiperhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping
danmemberibimbingan secara berterusanmemberi motivasi dengan memberi pujian
danpenghargaan bagi setiap usaha atauaktiviti yang berjaya dilakukan. Berdasarkan prosedur yang
diyatakan dalam “California Standards for theTeaching Profession”masa yang digunakan dalam
kelas perlu berkesan dandioptimumkan sepenuhnya. Apabilamasa pengajaran dirancang sesuai
untukmemenuhi keperluan pelajar, maka masapembelajaran dapat menghabiskan isikandungan
yang ingin disampaikan. Masalah kebisingankelas adalah disebabkanoleh ketidakselarasan masa
pengajaran dengan isi kandungan yangingindisampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat
belajar dan keinginan untuk belajarberkurang. Oleh itu saya akan mengurus masa dengan lebih baik
denganmembuat persediaan perancangan dan mengenal pasti alat bantu mengajar dalamkeadaan
baik. Di samping itu, saya bercadang untuk menangani masalah yang dihadapioleh saya
berasaskan Canter model ofAssertive Discipline (2002). Model ini adalahsuatu pendekatanyang
positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar.Daripada pengalaman menggunakan
model Canter “assertive discipline” guru yangasertifadalah lebih berkesan daripada seseorang guru
yang tidak asertif ataugarang. Kegarangandan ketidakkonsistenan arahan guru yang
menyebabkankekeliruan dan trauma psikologi.Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim
bilikdarjah yang positif, penyayang dan produktif. Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin
danberterusan telah membantumurid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan.Keadaan bilik darjahakan dapat dikawal kerana murid-murid
telahmenunjukkanminat untuk belajar. Saya akan merancang satu sistem peneguhan. Jika murid
rtelah menunjukkan tingkah lakupositif yang dijangkakan atau pencapaianakademiknya cemerlang,
mereka akan diberipeneguhan seperti masa tambahanrehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak
dipatuhi, saya telah mencatatkanpelanggaran peraturan ini di atas jadualyang dipaparkan di dinding
bilik darjah. Sayaakan menanda tanda salah (X) pada papan notis.Tingkah laku negatif hasil
daripadapelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerimahukuman-hukuman.Dengansistem
peneguhan ini, murid akan mematuhi peraturan dan bertingkah laku baiksupaya mereka mendapat
ganjaran dan bukannya hukuman. Setiap orang akansuka ganjaran daripada hukuman. Maka
semua minat akan tumpu perhatian semasaproses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Borang jawapan harus disediakan kepada murid-murid tahun satu keranamereka belum lagi
mengusai cara menulis jawapan pada kertas sebaran tanpapanduan. Dengan menggunakan borang
jawapan yang disediakan oleh guru masauntuk aktiviti kumpulan adalah sesuai dan murid tidak akan
berasa keliru caramenulisnya , tidak tentu arah dan tidak tahu apa yang harus mereka buat.
Arahanjuga harus ditulis pada kertas supaya semua murid jelas dan dapat merujuki kepada rahan
tersebut jika menghadapi masalah. Oleh kerana murid tahun satupembelajaran mereka masih
memerlukan benda yang konkrit maka arahan untukaktiviti kumpulan mestilah berbentuk kertas
barulah mereka dapat ingat danmenjalankan dengan tanpa keraguan.

Anda mungkin juga menyukai