Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMH1603

KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3
2.0 ISU ALAM SEKITAR– PENCEMARAN LAUT 4
3.0 DUA INFOGRAFIK 5
4.0 MANFAAT GCED KEPADA MASYARAKAT DALAM ISU 8
PENCEMARAN LAUT KESIMPULAN

5.0 KESIMPULAN 10

6.0 REFLEKSI KENDIRI 10

RUJUKAN 11

2
1.0 PENGENALAN

Alam sekitar adalah sangat penting kepada manusia kerana alam sekitar membekalkan oksigen,
makanan, air, tempat tinggal, dan lain-lain. Alam Sekitar merangkumi tanah-tanih, hutan,
gunung-ganang,bukit-bukau, sungai, tasik,dan lautan. Ia menjadi tanggungjawab kepada manusia
yang dikurniakan akal untuk menjaga alam sekitar.

Setiap apa yang diciptakan Tuhan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu
juga dengan kewujudan alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Pencipta. Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat tinggal segala
kehidupan termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, kehidupan
tidak akan berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat
membiak dan tempat untuk mendapatkan makanan.

Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam
sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma
dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan
hidupan lain. Contohnya, udara perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara
yang tercemar akan mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit
yang menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70%
daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan
perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan
kematian.

Tugasan ini akan membincangkan tentang bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global akan
memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar. Dua objektif utama
dalam tugasan ini ialah pertama, mengaplikasikan kemahiran belajar untuk abad ke-21 seperti
yang dinyatakan dalam setiap modul. Kedua, menerangkan tentang Pendidikan
Kewarganegaraan Global yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan
satu isu alam sekitar yang akan dibincangkan dalam tugasan ini iaitu pencemaran laut.

3
2.0 ISU ALAM SEKITAR – PENCEMARAN LAUT

Untuk tugasan ini, saya memilih untuk membincangkan tentang satu isu alam sekitar yang
sedang hangat diperkatakan iaitu isu pencemaran laut. Tahukah kita bahawa peranan laut begitu
menakjubkan sebagai pemampan? Ia memampan haba, gas rumah hijau karbon dioksida dan
bahan cemar untuk mengimbangkan iklim bumi seterusnya melindungi manusia daripada
perubahan mendadak kenaikan suhu bumi akibat proses pemodenan.

Berbanding pencemaran darat yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan,
pencemaran di laut tidak dapat disempadankan. Kesan buruknya akan dan sedang berlaku secara
global dengan pesat namun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Malangnya kebutaan ini
menyebabkan manusia kian angkuh dengan pelbagai aktiviti yang terus-menerus memusnahkan
laut. Sampah plastik, sisa industri dan minyak dikenalpasti sebagai angkara utama manusia yang
mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin.

Meskipun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu membantutkan
kebolehan hidupan marin untuk membiak dan membesar. Peningkatan drastik pencemaran laut
berasaskan plastik sejak tahun 1940-an kini merupakan isu yang begitu meruncing. Setiap tahun
puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat akibat plastik. Malah ada kajian mendapati
sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati terperangkap atau tercekik. Di mata hidupan marin
termasuk burung laut, penyu dan ikan paus, ampaian plastik kelihatan seperti makanan yang
akhirnya membunuh hidupan itu akibat tercekik, keracunan atau tidak lalu makan disebabkan
rasa 'kenyang'.

Selain itu, jaring, tali-tali pancing dan mata-mata kail berangkai yang tersangkut dan sengaja
ditinggalkan kaki-kaki pancing juga banyak membunuh hidupan marin. Sekurang-kurangnya
dianggarkan 77 tan metrik sampah berasaskan plastik dibuang setiap tahun oleh industri
perkapalan dan tentera laut. Manakala industri perikanan komersial pula telah meninggalkan 135
juta kilogram peralatan memancing berasaskan plastik dan membuang 24 juta kilogram lagi
sampah plastik ke laut.

Ini bermakna laut telah dijadikan tong pembuangan sampah sekiranya diambil kira dengan
sampah dari sumber-sumber lain termasuk darat. Sedangkan isunya, bahan plastik amat sukar
terbiodegradasi dan mungkin kekal di dalam persekitaran laut sehingga 450 tahun. Hakikat

4
bahawa toksik sukar terurai ekoran jangka hayat yang panjang selain melalui jaringan makanan
menyebabkan toksik ini terkumpul dan meracuni hidupan marin terutama haiwan bercengkerang.

Oleh yang demikian, pencemaran laut adalah satu kerugian kepada dunia kerana lebih kurang
80% bumi adalah air ataupun laut. Jika pencemaran ini terus terjadi tanpa pantauan, apakah yang
akan terjadi pada bumi kita pada masa akan datang? Atas kesedaran ini, saya memilih tajuk
pencemaran laut sebagai perbincangan dalam tugasan ini.

3.0 DUA INFOGRAFIK

Berdasarkan infografik ini, Pendidikan Kewarganegaraan Global ini mempunyai 3 dimensi


utama iaitu dari segi kognitif, sosio-emosi dan tingkahlaku. Dimensi pertama iaitu kognitif
merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk
konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan kognitif merupakan pendekatan
yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi
Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

5
Seterusnya, perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut
Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila
kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh
masyarakat dan budayanya. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran
berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu
kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud
“untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang
individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh
ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan
kepada perasaan emosi. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan
perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan
kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti
marah, kecewa dan lain-lain.

Akhir sekali ialah dimensi tingkah laku. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau
diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh
diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau
tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya
tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers
(1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri
dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak

6
normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai
masalah psikologi.

Seterusnya, inforgrafik berkaitan pencemaran laut.

Berdasarkan infografik ini pula, dapat di lihat penggunaan warna berbeza untuk penyebab
kepada pencemaran laut dan juga kesannya. Pencemaran laut berlaku apabila kesan berbahaya,
atau mungkin berbahaya, terjadi akibat kemasukan bahan kimia, zarah, sisa-sisa industri,
pertanian dan perumahan, bunyi, atau ketersebaran organisma invasif ke dalam laut. Kebanyakan
sumber pencemaran laut berdasarkan darat. Pencemaran kerap datang daripada sumber bukan
tentu seperti larian pertanian, puing tiupan angin. Pencemaran nutrien, satu bentuk pencemaran
air, merujuk kontaminasi oleh kemasukan berlebihan nutrien. Ini merupakan sebab utama
eutrofikasi air permukaan, yang melibatkan nutrien berlebihan, biasanya nitrogen atau fosforus,
merangsang pertumbuhan alga.

7
Oleh yang demikian, pencemaran ini akan menjejaskan kehidupan aquatik kerana sisa toksik
daripada industri yang dibuang menyebabkan sisa kimia berkumpul di laut dan sungai dan ph air
juga akan meningkat. Sisa Perindustrian pula sering mengandungi banyak sebatian toksik yang
merosakkan kesihatan haiwan akuatik dan makanannya. Sebagai contohnya, perairan di
terengganu ekoran daripada pembuangan sisa domestik ke dalam laut menyebabkan penyu mati
kerana termakan plastik.

Selain daripada itu, ianya juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. kehidupan laut seperti ikan
dan kerang yang ada didalam laut dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan penyakit
berjangkit. Pembuangan sampah turut menyebabkan pembiakan dan memberi masalah kepada
air dan manusia kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air. Kandungan nitrat yang
tinggi dan berlebihan di dalam air akan menyebabkan keracunan penyakit seperti taun, penyakit
gatal-gatal (alahan), dan kuman. Contohnya, yang belaku di teluk Minamata, Jepun, pencemaran
toksik menyebabka nmanusia menjadi sakit kepala, kebas-kebas dan jarak penglihatan menjadi
kabur.

Turut terjejas ialah pendapatan nelayan. Apabila banyak hidupan laut yang telah mati,
pendapatan nelayan juga akan menurun kerana kurang tangkapan. Hal ini akan menjejaskan
kualiti hidup nelayan.

4.0 MANFAAT GCED KEPADA MASYARAKAT DALAM ISU PENCEMARAN


LAUT

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan
pelbagai situasi. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik
dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di
kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya
beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat. Pencemaran
yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara
yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang
terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama.

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan
pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak

8
yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan
usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula
adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat
lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah
merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa
menghiraukan implikasi kepada alam sekitar. Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca
daripada pelbagai faktor. Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut
tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya. Lebih
90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10%
adalah berpunca dari sektor perkapalan. (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang
Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55).

Berdasarkan dokumen Perundingan Teknikal mengenai Pendidikan Kewarganegaraan Global


2013, GCED merupakan satu transformatif, memberikan pelajar peluang dan kecekapan untuk
menyedari hak dan kewajipan mereka untuk membangunkan dunia yang lebih baik pada masa
hadapan. Selain itu, GCED turut menumpukan kepada pembelajaran melalui proses
pembelajaran transformatif seperti hak asasi manusia, pemahaman antara-bangsa dan antara
budaya, pembangunan lestari dan juga pendidikan untuk keamanan. Maka, berdasarkan definisi
di atas, GCED memperkasa pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi dunia yang
lebih adil, aman, terangkum (inclusive) dan lestari.

Antara objektif utama GCED ialah memupuk rasa hormat kepada semua, memupuk rasa kasih
sayang sesama manusia dan membantu pelajar menjadi seorang manusia yang bersifat membantu
secara global yang bertanggungjawab dan aktif. Selain itu, GCED juga bermatlamatkan untuk
memperkasa pelajar supaya mereka lebih terlibat dan berperanan aktif di peringkat tempatan dan
global.

Oleh itu, Pendidikan Kewarganegaraan Global ini mampu mendidik dan memupuk sifat murni
untuk mengelakkan terjadinya pencemaran laut. 3 dimensi konseptual utamanya iaitu kognitf,
sosioemosi dan tingkahlaku merupakan komponen utama dalam memastikan objektif dan
matlamat GCED ini dapat mengawal pencemaran laut di dunia khususnya.

9
5.0 KESIMPULAN

Pelbagai masalah alam sekitar telah dikesan dan menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Kadar pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan semakin banyak sumber yang
diperlukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bagi menampung kehidupan dan penggunaan
penduduk. Jumlah penduduk dunia akan bertambah sebanyak 50 peratus pada tahun 2050 dan
menjelang abad ke 21 jumlahnya mencapai 10 billion orang. Dengan pertambahan ini,
penggunaan sumber alam akan turut bertambah dan kadar pembaziran dijangka melebihi 40
peratus dari keseluruhan sumber alam sedia ada. Pembangunan industri dan proses urbanisasi
pula menyebabkan pengagihan pembangunan yang tidak sekata sehingga mewujudkan masalah
alam sekitar. Penggunaan sumber asli, penebangan pokok, pembinaan tempat kediaman,
penanaman tumbuhan untuk keperluan hidup telah sedikit sebanyak mengubah keadaan
persekitaran. Kesejahteraan hidup manusia memerlukan pertumbuhan ekonomi yang baik.

6.0 REFLEKSI KENDIRI

Saya telah menerima tugasan ini untuk matapelajaran Kemahiran Belajar Abad ke21 untuk
semester September 2019. Dalam tugasan ini, pelajar di minta menggunakan kemahiran yang
dipelajari dalam matapelajaran ini untuk menghuraikan tentang bagaimana Pendidikan
Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education) memberi manfaat kepada masyarakat
dalam menyelesaikan isu alam sekitar. Isu alam sekitar yang saya pilih ialah Pencemaran Laut.

Ketika membuat tugasan ini, saya mempelajari beberapa perkara. Pertama, saya mempelajari
tentang kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya laut. Lautan adalah sebahagian daripada
kehidupan. Ia sangat penting untuk kelangsungan hidup manusia dan sebagai sumber air
minuman yang bersih. Bagaimanapun, aktiviti manusia banyak menyumbang kepada lebih
daripada 80% air sisa dibuang ke sungai atau lautan. Keadaan ini membunuh ekosistem marin
dan memberi kesan kepada keupayaan lautan untuk menyediakan sumber makanan, melindungi
punca pendapatan dan mengekalkan kebersihan air. Lautan terdiri daripada 96.5% air di muka
bumi, namun hanya kurang 1% sahaja adalah air tawar dan boleh didapati untuk kegunaan
manusia.

Setiap tahun, dianggarkan 67 juta tan plastik, semuanya mengandungi toksin, dibuang ke dalam
laut akibat aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab, justeru menjadi ancaman kepada

10
hidupan laut selain ekosistem marin dan kesihatan manusia di seluruh dunia. Bahan-bahan
buangan daripada plastik menyebabkan lebih sejuta burung laut dan 100,000 mamalia marin mati
setiap tahun. Menurut laporan Ocean Conservancy International Coastal Cleanup pada 2017,
sampah yang paling kerap dijumpai di lautan termasuk puntung rokok, botol plastik, penutup
plastik botol, beg plastik, straw plastik minuman dan bekas stirofoam yang boleh membahayakan
anjing laut, ikan lumba-lumba, ikan paus, ikan yu dan manusia.

Seterusnya, saya juga mempelajari bahawa kemahiran belajar amat penting bagi memastikan kita
sebagai pelajar dapat menepati trend terkini pembelajaran dan seterusnya berjaya menguasai
pembelajaran yang diberikan. Oleh itu, saya sangat berbesar hati diberi peluang untuk
mempelajari modul ini.

Namun, kelemahan saya ketika menyelesaikan tugasan ini ialah mencari sumber penting bagi
menerangkan apakah itu Pendidikan Kewarganegaraan Global. Saya menyedari bahawa saya
harus lebih memahami apakah itu Pendidikan Kewarganegaraan Global atau GCED dengan
memperbanyakkan sumber bacaan daripada internet, buku dan sebagainya. Ini bagi
memperkasakan dan menambah ilmu saya berkaitan GCED yang sangat berguna untuk
kemahiran belajar abad 21.

RUJUKAN

Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas,
1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam
Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.

Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan
Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.

Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.

11
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.

Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-masalahnya.


Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

Badrul & Nasruddin, 2015. Penilaian kendiri amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
pensyarah IPG Kampus Ipoh. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan
Kebangsaan IPG Zon Sabah, Keningau, Sabah, 2-4 September, Malaysia.

Thomas L. Friedman.(2006). A brief history of twenty-first century, farrar, straus and giroux,
New York. Home page. http://us.macmillan.com/ theworldisflat30/Thomas Friedman.

Wagner, T. (2008). The global achievement gap: Why even our best schools don’t teach the new
survival skills our children need and what we can do about it. New York, NY: Basic Books.

12