Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Pewakilan Pelajar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

Jalan College,

93200 Kuching,

Sarawak.

___________________________________________________________________

Ketua Unit GERKO,

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,

Jalan College,

93200 Kuching,

Sarawak. 28 Julai 2016

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MEMINJAM CANVAS SEMPENA MAJLIS RAMAH


TAMAH AIDILFITRI IPG KAMPUS BATU LINTANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Di maklumkan bahawa pihak Jawatan Kuasa Pewakilan Pelajar ingin


memohon pinjaman menggunakan canvas sebanyak tiga unit canvas sempena Majlis
Ramah Tamah Aidilfitri IPG Kampus Batu Lintang pada ketetapan berikut ;

Tarikh : 3 Ogos 2016 ( Rabu )

Masa : 7.30 pagi – 12.30 hari

Tempat : Perkarangan Blok Pentadbiran

3. Pihak JPP berharap agar pihak Unit Gerko dapat memberikan maklum balas
berkaitan permohonan di atas. Pihak JPP menetapkan persediaan canvas disiapkan
pada 2 Ogos 2016 dan penghantaran canvas ditetapkan pada 3 Ogos 2016.
4. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan dalam memenuhi permohonan
sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………………

(MOHAMAD AZAM BIN ABU BAKAR)

Biro Keusahawan,

JPP IPG Kampus Batu Lintang,

Kuching, Sarawak.