Anda di halaman 1dari 39

TUGASAN ARTIKEL

Pelajar : Lee Yen Mei (M20152001666)

Wong Mee Juan (M20152001672)

Tan Bee Sim (M20151001413)

Fakulti : Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Program : Psikologi Pendidikan

Kursus : Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6014)

Pensyarah : : Dr. Mahizer bin Hamzah

1
ISI KANDUNGAN

No. Tajuk Halaman

1. Bab 1: Pengenalan 3-7

2. Bab 2 : Penggunaan Komputer Di Sekolah 8-12


 Peranan komputer dalam Pengintegrasian Teknologi 12-15
Bidang Pendidikan
 Perisian Penyampaian Maklumat 15-18
 Hamparan Elektronik 18-19

 Pangkalan Data 19-20

 Persembahan Elektronik 21-22

 Internet 23-26

3. Bab 3 : Modul Ke arah Menangani Masalah 27-32


 Sikap Negatif Guru
 Kekurangan Kemahiran
 Pengetahuan Teknologi Maklumat
 Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
 Kemudahan Capaian Internet
 Jurang ICT dan Digital
 Kesuntukan Sumber Kewangan
 Masalah Isi Kandungan dalam Internet
4. Bab 4 : Usaha dan Langkah 33-35

5. Kesimpulan 36-37

6. Bibliografi 38-39

2
Bab 1

Pengenalan

Pada abad Ke-21, negara kita sedang menghadapi cabaran baru daripada globalisasi, dan
pengantarabangsaan. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan
program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warga insan yang berilmu
pengetahuan, celik dan berkemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
zaman yang mengalami perkembangan ICT. Sistem pendidikan dalam negara mengalami
perubahan yang amat pesat. Pelbagai transformasi dan usaha yang dilaksanakan oleh
kementerian pendidikan untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
serta memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Salah satu
usaha yang sedang diusahakan oleh kerajaan ialah mengingkatkan kesamarataan peluang
pendidikan dengan memperluaskan penggunaan ICT ke semua jenis sekolah dan lokasi akan
termasuknya tempat pedalaman untuk memastikan semua pelajar dalam negara mendapat
akses ICT khususnya capaian kepada internet supaya berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah. Selain itu, kerajaan juga cuba untuk memaksimumkan
penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk
memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap
kemahiran murid.

Setiap aspek kehidupan manusia berkait rapat dengan ICT, lantaran pengaplikasian
ICT dalam pendidikan juga menjadi arus perdana. ICT mempunyai potensi yang besar untuk
memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Dalam menjayakan
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan
peningkatan infrastruktur dan kemudahan ICT serta gandingan usaha semua pihak sama ada
pihak sekolah mahupun masyarakat. Guru juga memainkan peranan secara konstruktif dalam
meluaskan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain,
guru perlu mengadaptasikan diri dalam perubahan drastik ini dengan sikap positif supaya

3
menjadi pemangkin dalam proses perluasan pengintegrasian teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) telah menyarankan


kepentingan ICT dan peranan yang dimainkan dalam sistem pendidikan dalam sebelas
anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara, iaitu anjakan ketujuh-
memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

• Sekolah Bestari

Peranan ICT semakin jelas impak penggunaannya dalam pendidikan. Kerajaan kini
memandang serius berkenaan pengintegrasian ICT dalam bidang pendidikan melalui mata
pelajaran yang diajar supaya dapat memupuk literasi ICT generasi akan datang. Terdapat
banyak program dan aktiviti dilancarkan untuk mengembangkan teknologi ICT, contohnya
1 Bestari Net, Frog VLE, Chrome Lab dan lain-lain lagi.

Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih RM6 bilion
untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah
Bestari. Jumlah perbelanjaan ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah
dilakukan dalam sistem pendidikan. Kerajaan telah menyediakan akses internet dan
persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. Usaha
ini akan membantu memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000
sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif.
Mereka akan dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang
lebih luas melalui program jarak jauh. Manakala pihak guru akan mempunyai peluang untuk
akses kepada sumber pembelajaran dan komuniti di dalam dan di luar negara bagi membantu
meningkatkan kualiti amalan pengajaran mereka. Semua guru dan murid akan dilengkapi
kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna.
Murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet dibawah
pogram ini. Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada pembinaan platform pembelajaran

4
maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber
pembelajaran dan berkomunikasi secara maya. Dengan ini, pembelajaran secara interaktif
memanfaatkan kepada murid.

 Makmal mudah alih (Chrome Lab)

Kerajaan telah membekalan peralatan makmal komputer mudah alih Chromebook di


bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2013. Usaha yang dilakukan
ini adalah selaras dengan pelaksanan konsep 1BestariNet dan PPPM untuk memastikan
bahawa kemudahan infrastruktur internet di semua sekolah dapat disediakan. Makmal
mudah alih merupakan konsep baru bagi melengkapkan keperluan mengakses bahan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan ia
selaras dengan konsep 1BestariNet dan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Projek pembekalan Chromebook adalah merupakan pembekalan peralatan ICT di


bawah projek penyediaan peralatan Makmal Komputer secara konsep mudah alih.
Perkakasan Chromebook yang dibekalkan adalah sebagai peranti sokongan untuk
mengakses bahan PdP melalui bekalan internet dengan menggunakan Virtual Learning
Environment (VLE). Chromebook merupakan sebuah gajet yang kelihatan sama seperti
komputer riba (laptop) namun hakikatnya terdapat perbezaan yang besar antara kedua-
duanya. Chromebook tidak mempunyai cakera keras dan ini menjadikannya tiada
sebarang pemasangan perisian dan simpanan fail boleh dilakukan ke atasnya.

Bagi memastikan semua murid mendapat capaian internet dan memulakan kaedah
pembelajaran secara maya atau konsep VLE, KPM mengambil langkah dengan
membekalkan peralatan Chromebook. Pelaksanaan ini mengambil kira keperluan masa
hadapan pendidikan iaitu melaksanakan konsep pembelajaran di mana-mana dan pada
bila-bila masa selari dengan perkembangan teknologi. Bagi mencapai hasrat ini, konsep
makmal komputer mudah alih dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2013. Salah
satu komponen penting dalam Projek Perkhidmatan 1BestariNet ialah komponen VLE.
Ia disediakan untuk memudahkan murid dan guru di sekolah memuat naik bahan, memuat

5
turun bahan, berkongsi bahan dan mengakses kandungan PdP yang disediakan secara
menyeluruh dan meluas.

Sehubungan itu, satu alternatif dicadangkan dan dilaksanakan iaitu menggunakan


konsep dan kaedah teknologi Chromebook. Konsep yang diperkenalkan akan dapat
menambah baik kepada pelaksanaan PdP khususnya dengan menggunakan platform VLE.
Penggunaan teknologi Chromebook akan berupaya membantu guru dan pelajar bergerak
di mana-mana kawasan liputan 1BestariNet termasuk di bilik-bilik darjah dan sekolah-
sekolah yang lain yang mana akses kepada 1BestariNet dapat diperolehi. Mulai tahun
2013, aplikasi dan bahan PdP adalah secara online dan menggunakan akses internet.
Persekitaran ini memerlukan perkakasan yang sesuai. Bagi membolehkan matlamat ini
dicapai, kerajaan mengambil langkah membekalkan peralatan Chromebook dengan
konsep “cloud computing”, iaitu menyediakan storan di awan secara percuma seperti
Skydrive, Slideshare, Scribd, dan Dropbox. Platform 1BestariNet yang dilaksanakan di
sekolah adalah berasaskan kepada teknologi “cloud-computing” yang menyokong sistem
pengoperasian Google Chrome.

 Pusat internet 1 Malaysia

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah


menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur
lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program
Perkhidmatan Sejagat (USP). Ini membolehkan komuniti luar bandar menikmati
kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Untuk memastikan
komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan
daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan
perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif


negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras
dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan PPPM. Perkhidmatan yang
disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi

6
bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan
perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal
insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.
PI1M membeli perkhidmatan internet percuma bagi semua pelajar yang berumur 20
tahun dan ke bawah.

7
Bab 2

Penggunaan Komputer di Sekolah

Sistem pendidikan di Malaysia kini mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai
transformasi dan usaha yang dilaksanakan oleh kementerian pendidikan untuk
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Peranan ICT semakin jelas impak
penggunaannya dalam pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan
pengintegrasian ICT dalam bidang pendidikan melalui mata pelajaran yang diajar supaya
dapat memupuk literasi ICT generasi akan datang. Setiap aspek kehidupan manusia berkait
rapat dengan ICT, lantaran pengaplikasian ICT dalam pendidikan juga menjadi arus perdana.
Rajah 1 menunjukkan statistik pengguna internet dunia sehingga Jun 2016 mengikut kawasan
geografi utama dunia seperti yang diterbitkan dalam laman web Internet World Stats1.
Merujuk rajah 1, penduduk di Asia merupakan pengguna internet paling ramai berbanding
kawasan lain di dunia.

Rajah 1: Statistik Pengguna Internet Dunia 2016 (Internet World Stats, 2016)

Merujuk kajian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),
kadar penembusan jalur lebar di Malaysia meningkat setiap tahun sejajar dengan peningkatan
penduduk (Jadual 1). Internet telah digunakan secara luas untuk pelbagai tujuan seperti
komunikasi, pendidikan, hiburan, aktiviti ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan statistik

8
penggunaan internet (Household Use of Internet Survey 2011) yang dijalankan oleh SKMM
(SKMM, 2012e), terdapat 88.3% pengguna internet untuk tujuan mendapatkan informasi
melalui internet dan 84.4% pengguna internet menggunakan internet secara meluas untuk
tujuan komunikasi dan bersosial atas talian. Merujuk rajah 2, aktiviti utama melalui internet
adalah mendapatkan maklumat, komunikasi, tujuan pendidikan, memuat turun fail, hiburan
dan melayari internet. Kesemua aktiviti tersebut telah mencatat bilangan pengguna yang
melebihi 50%.

Jadual 1: Kadar Penembusan Jalur Lebar di Malaysia

Tahun Suku Jumlah Kadar Penembusan Jalur


Lebar
Penduduk Isi Rumah per 100 per 100 isi
(juta) (000) penduduk rumah
2011 28.70 6,675 19.4% 62.3%
2012 29.00 6,744 21.7% 66.0%
2013 29.91 6,939 22.6% 67.1%
2014 1 30.00 6,961 23.5% 67.3%
2 50.10 6,984 23.5% 67.2%

Sumber: Komunikasi & Multimedia:Buku Maklumat Statistik (2012-2014),


(SKMM(2012a); (SKMM(2012c); SMM (2012d); SMM(2013a); SKMM (2013b); SKMM
(2013c); SKMM (2013d); SKMM (2014a); SKMM (2014b))

9
Rajah 2: Aktiviti Pengguna Internet di Malaysia (SKMM, 2012e)

Sejajar dengan perkembangan internet secara meluas, internet telah dianggap sebagai satu
medium yang penting dan berpotensi untuk revolusi pembelajaran melalui satu komuniti
berasaskan komunikasi secara virtual (Lewis, 2002). Menurut kajian SKMM (SKMM, 2011),
jaringan sosial amat luas khususnya Facebook kini telah berkumulatif melebihi 13 juta
pengguna aktif di Malaysia. Merujuk rajah 3, tujuan utama melalui jaringan sosial adalah
mengekalkan perhubungan dengan kawan, mendapatkan maklumat, hiburan, berkongsi
pengalaman dan mendapatkan pendapat orang lain. Kesemua aktiviti tersebut telah mencatat
bilangan pengguna yang melebihi 50%. Dalam kata lain, melalui internet, pelajar dan tutor
boleh mendapatkan maklumat dan bahan-bahan rujukan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran, berkolaboratif dan berbincang secara berkumpulan, berkongsi bahan dan
maklumat, menggunakan storan atas talian, serta meningkatkan kemahiran menggunakan
komputer dalam kalangan pelajar. Menurut Deore (2012) salah satu manfaat besar internet

10
ialah e-pembelajaran. E-pembelajaran telah menyediakan peluang proses pembelajaran yang
berlaku di mana jua tempat atau pada bila-bila masa. ICT sebagai pemangkin dalam
mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan bagi merealisasikan
prospek e-pembelajaran lebih komprehensif.

Rajah 3: Tujuan Penglibatan Diri dalam Jaringan Sosial (SKMM, 2011)

Dalam konteks pembelajaran berbantukan komputer di Malaysia, ia mula diperkenalkan pada


tahun 1992 melalui Program Komputer dalam Pendidikan. Dalam program ini, 60 buah
sekolah menengah di Semenanjung Malaysia telah disediakan makmal komputer yang
mempunyai 21 buah komputer yang telah dirangkaikan. Susulan daripada langkah tersebut,
pada tahun 1994, program Computer Aided Instruction telah diperkenalkan di 15 buah
sekolah rendah di Selangor dengan setiap sekolah dibekalkan 21 buah komputer yang
menggunakan perisian Microsoft Windows 3.1, beberapa perisian koswer untuk pengajaran
juga telah diedarkan untuk digunakan oleh para guru. Langkah ini diteruskan lagi dengan
Program Komputer dalam Pendidikan yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa
iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Dalam fasa pertama, 50 buah sekolah menengah telah
dibekalkan dengan empat buah komputer yang mempunyai akses Internet. Dalam fasa kedua,
90 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah telah dibekalkan dengan komputer
multimedia dengan local area network (LAN), manakala dalam fasa ketiga, ia diperluaskan
lagi kepada 222 buah sekolah rendah dan 111 buah sekolah menengah dan seorang guru
daripada setiap sekolah akan mengikuti kursus 14 minggu di maktab-maktab perguruan yang
terpilih. Pelaksanaan sekolah bestari telah menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan
modal insan yang celik teknologi maklumat.

11
Pada tahun 2003, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah
diimplementasikan di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara. Sebanyak RM
1.3 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah-
sekolah. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Blue Print Pendidikan Kebangsaan memperuntukkan 123,725 buah komputer dan
3,205 pusat akses Internet di semua sekolah seluruh negara (The Star, Julai 2007). Ini telah
menunjukkan pihak kerajaan amat menitikberatkan isu pengintegrasian ICT dalam semua
aspek khususnya dalam bidang pendidikan bagi merealisasikan hasrat mewujudkan dunia
tanpa sempadan dan tahap literasi ICT rakyat Malaysia yang tinggi.

Program-program tersebut adalah langkah kerajaan untuk membangunkan modal


insan yang berilmu dan celik IT yang seiring dengan cabaran globalisasi. Oleh itu, guru
merupakan medium utama yang memainkan peranan untuk memastikan program ini berjaya
mencapai matlamatnya. Pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak 123,725 buah
komputer telah dibekalkan ke seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolah menengah
telah dibekalkan dengan 8,172 unit komputer, 2,043 buah pencetak digital untuk tujuan pihak
pengurusan sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Dalam menjayakan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran


amat memerlukan gandingan usaha semua pihak sama ada pihak sekolah mahupun
masyarakat. Guru juga memainkan peranan secara konstruktif dalam meluaskan penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, guru perlu
mengadaptasikan diri dalam perubahan drastik ini dengan sikap positif supaya menjadi
pemangkin dalam proses perluasan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Peranan Komputer dalam Pengintegrasian Teknologi Bidang Pendidikan

Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual

12
kepada pelajar. Pembelajaran ini menitikberatkan pembelajaran dalam konteks sebenar atau
simulasi dan pelajar sebagai penyelesai masalah. Setelah pelajar menguasai kemahiran
manipulatif asas seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan persembahan
elektronik dengan menggunakan alat-alat teknologi, mereka akan memainkan peranan
sebagai pemudahcara atau penyelesai masalah bagi tujuan untuk memperoleh ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Kemahiran manipulatif asas dalam teknologi dapat
melahirkan pelajar yang lebih bersedia yakni merupakan batu loncatan bagi mereka lebih
yakin memasuki alam pekerjaan pada masa kelak.

Komputer merupakan satu alatan yang mempunyai pelbagai fungsi (multitool) untuk
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan satu mesin yang menyokong
pelbagai tugasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer mempunyai pelbagai
fungsi dalam bidang pendidikan bergantung kepada operasi penggunaannya seperti
memproses data, mempersembahkan maklumat, menyimpan data dan pelbagai fungsi bagi
memudahkan serta memaksimumkan keberkesanannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Teknologi komputer telah membawa impak yang implusif kepada bidang
pendidikan, bentuk dan proses penyampaian dan persembahan sama ada guru atau pelajar
menjadi lebih mudah, berkesan dan menarik.

Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer kepada tiga


kategori domain terlibat Model Pengajar (Tutor), Pelajar (Tutee) dan Peralatan (Tool).
Menurut beliau, komputer berperanan sebagai tutor apabila komputer mengajar pelajar
dengan menggunakan multimedia termasuk text, grafik, audio dan video, menjalankan
aktiviti instruksional atau quiz yang memerlukan interaksi pelajar, menilai respon pelajar,
memberikan maklum balas serta menentukan aktiviti susulan bagi meningkatkan
keberkesanan pembelajaran. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah latih
tubi, tutorial, simulasi serta permainan berbentuk pembelajaran dan penyelasaian masalah.

Dalam mod tutee, komputer bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebagai
pengajar. Dalam situasi ini, pengguna komputer akan mengajar komputer belajar atau
membuat sesuatu tugasan seperti program komputer dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan. Mod ini memerlukan pengguna mahir dengan bahasa pengaturcaraan untuk

13
setiap perisian. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah seperti TURBO
C++, AUTO-CAD, MATLAB dan sebagainya.

Berbeza daripada mod tutor dan tutee, mod tool adalah situasi apabila komputer
digunakan oleh guru atau pelajar sebagai alat untuk membuat sesuatu kerja seperti
pemprosesan perkataan, grafik, pangkalan data, hamparan elektronik, persembahan dan
sebagainya. Menurut Pelgrum (2001), perisian komputer ini disediakan dalam aplikasi stand
alone dan diintegrasikan dengan gabungan beberapa perisian ini kepada satu program yang
komprehensif. Zuklifli (1985) menyatakan bahawa dengan komputer bertindak sebagai alat,
ia boleh menyediakan mekanisme yang efektif kepada guru untuk mempersembahkan
pengajaran dalam pelbagai rangsangan seperti teks, audio, grafik, video dan sebagainya.
Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah Microsoft Office dan Linux.

ICT (Information and Communication Technology) meliputi semua teknologi yang


membantu penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer
dan internet. Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran membawa manfaat seperti berikut:

 Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran


 Ekuiti dalam proses pembelajaran; meningkatkan motivasi pelajar
 Membolehkan pembelajaran tersendiri (individualise learning)
 Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
 Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
kos yang tinggi
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
 Membekalkan situasi untuk simulasi atau melaksanakan eksperimen yang sukar,
terlalu mahal, mustahil atau berbahaya untuk dilaksanakan dalam keadaan sebenar
 Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar
 Meningkatkan kemahiran ICT

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi serta komunikasi (Means, 1994). Alat

14
ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang disimpan dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web. Hampir
semua perisian kursus kini bercirikan multimedia yang melibatkan elemen grafik, video,
animasi, audio dan teks. Secara umumnya, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau
lebih daripada komponen seperti mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan
latihan serta menilai pencapaian. Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran
tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasarkan model tradisional pengajaran dan
pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan
murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru
(Clack dan Sun, 1996).

Di samping itu, penggunaan ICT juga untuk pembelajaran penerokaan yang


digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM,
Internet, portal maklumat dan sebagaimya serta mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi. Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan
maklumat yang diterima melalui ICT. Sebagai contoh, murid-murid di dalam kelas Geografi
boleh merujuk kepada World Facts Book dilaman web Central Intelligence Agency (CIA)
atau merujuk kepada ensiklopedia atas talian seperti Encarta. Pendekatan ini dapat
memberikan penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman
pembelajaran yang autentik serta pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. ICT amat
penting bagi pembelajaran bervariasi dan bersesuaian dengan pelbagai stail pembelajaran
pelajar di samping dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan melibatkan multimedia
dalam bahan pembelajaran berasaskan ICT.

Perisian Penyampaian Maklumat

Perisian penyampaian maklumat adalah dianggap sebagai alatan produktiviti (productivity


tools) yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain.
Menurut Hayes (2006), teknologi komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui
dua cara: Dengan membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan
mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasai kemahiran tersebut dan
seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang lain. Peck dan Dorricott juga menyatakan

15
bahawa koleksi aplikasi komputer yang juga dikenali sebagai alatan produktiviti
(productivity tools) boleh meningkatkan cara pelajar berfikir dan membuat tugasan. Alatan
produktiviti ini termasuklah hamparan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data,
persembahan elektronik dan Internet. Johnson (1996) menekankan bahawa alatan
produktiviti seperti pemprosesan perkataan, pangkalan data, hamparan elektronik, program
persembahan, perisian pengarangan multimedia, e-mel, alatan penghasilan video, bahan
rujukan digital, indeks elektronik dan enjin pencari rangkaian adalah medium penggunaan
teknologi.

Pemprosesan Perkataan

Aplikasi pemprosesan perkataan adalah merujuk kepada perisian komputer yang


membolehkan pengguna menulis, memadam, menyelit, menukar dan mengedit ayat. Ia
konsisten dengan definisi oleh Weiss (2003) yang menyatakan pemprosesan perkataan
adalah aplikasi komputer yang membolehkan pengguna memasukkan, menyimpan,
memanipulasi dan mencetak teks. Walau apapun definisi yang diberikan, pemprosesan
perkataan adalah aplikasi menulis komputer yang menggantikan alatan penulisan tradisional
seperti pensel, kertas dan mesin taip. Ini disokong oleh Irons (2002), yang turut menyatakan
bahawa aplikasi pemprosesan perkataan khususnya Microsoft Word adalah aplikasi yang
mudah digunakan, bermanfaat serta merupakan program yang stabil. Rajah 4 menunjukkan
antara muka untuk aplikasi pemprosesan perkataan.

16
Rajah 4: Antara Muka untuk Perisian Microsoft Word 2016

Sejajar perkembangan teknologi, kebanyakan tugas kini diselesaikan dengan menggunakan


perisian pemprosesan perkataan yang dapat meningkatkan efisien kerja berbanding dengan
menggunakan cara tradisional untuk menghasilkan karya atau kerja penulisan. Dapatan oleh
Weiss (2003) dalam kajiannya yang membandingkan dua kumpulan pelajar dalam subjek
penulisan perniagaan yang salah satu kumpulan pelajar didedahkan dengan perisian
pemprosesan perkataan. Weiss (2003) membuat empat kesimpulan berdasarkan kajian beliau
1) Kumpulan yang menggunakan komputer menulis lebih banyak berbanding kumpulan yang
tidak menggunakan komputer; 2) Kumpulan yang menggunakan komputer dapat
mempelajari kemahiran pemprosesan perkataan dengan cepat yang menggambarkan bahawa
mereka selesa dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan untuk menulis tugasan;
3) Jadual kerja mingguan menunjukkan bahawa kumpulan yang menggunakan komputer
memperuntukkan lebih banyak masa untuk menulis tugasan; 4) Lapan puluh sembilan
peratus pelajar dalam kumpulan yang menggunakan komputer menjadi penulis yang baik.
Hakikat bahawa penghasilan perkataan melalui perisian dapat menjimatkan masa dan tenaga
berbanding dengan penghasilan perkataan melalui cara tradisional.

17
Aplikasi pemprosesan perkataan boleh digunakan oleh kedua-dua pihak iaitu guru
dan pelajar. Guru boleh menggunakannya daripada aspek penyediaan aktiviti pengajaran
harian, slip kebenaran, pembuka cerita, edaran nota kepada pelajar dan surat kepada ibu bapa
atau penjaga pelajar. Pelajar boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan ini dalam
menyediakan laporan projek kumpulan, laporan penyelidikan, menyediakan bahan yang
boleh dihubungkan terus dengan Internet dan sebagainya.

Hamparan Elektronik

Aplikasi hamparan elektronik adalah merupakan alatan yang biasanya digunakan oleh guru
untuk mengutip, menganalisis data dan dalam pengurusan markah pelajar. Ini selaras dengan
keupayaan hamparan elektronik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti corak berangka
dan keupayaanya untuk membina graf, carta dan menjalankan operasi matematik. Menurut
Walkenbach (2003) aplikasi hamparan elektronik yang merujuk pada Microsoft Excel adalah
mesra pengguna kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan
pengguna baru. Ciri-ciri baru meliputi pembinaan carta, analisis data dan tool bar yang
diperkembangkan mengikut aplikasi Microsoft Word. Rajah 5 menunjukkan antara muka
untuk aplikasi hamparan elektronik.

Rajah 5: Antara Muka untuk Perisian Microsoft Excel 2007

18
Dalam subjek sains khususnya, penggunaan hamparan elektronik digunakan secara meluas.
Sebagai contoh melibatkan aktiviti seperti mengukur dan merekodkan isi padu air yang
disimpan dalam botol yang berlainan dan pada ketinggian yang berbeza (Niess, 1994). Data
yang diperoleh akan diterjemahkan dalam bentuk graf menggunakan hamparan elektronik
dan pelajar akan membandingkan garis lengkung pada graf yang berbeza untuk botol yang
berlainan. Penggunaan hamparan elektronik bukan sahaja banyak diaplikasikan dalam
kurikulum sains dan matematik tetapi boleh juga digunakan untuk subjek lain (Weiss, 2003).
Malahan hamparan elektronik juga banyak digunakan dalam bidang pengajian lain seperti
astronomi, kaji cuaca dan sebagainya.

Menurut Patricia dan William (2003), aplikasi hamparan elektronik boleh digunakan
oleh guru dan pelajar untuk merekodkan, menyusun dan menganalisis. Di samping itu,
perisian ini juga boleh digunakan untuk menjalankan algoritma mahupun pengiraan
matematik yang lebih kompleks, merekod dan menyusun data serta mempersembahkan data
secara visual dengan meghasilkan carta dan graf visual yang mewakili data. Penggunaan
perisian ini telah memudahkan guru yang sering menghadapi timbunan data yang
merumitkan dengan merekod data secara ringkas dan sistematik khususnya menguruskan
markah atau peratusan prestasi pelajar boleh diselesaikan mudah melalui perisian ini dengan
fungsi pengiraan dalam set formula tertentu. Para guru juga dapat menganalisis serta
mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar cepat dan mudah.

Pangkalan Data

Aplikasi pangkalan data adalah hampir sama dengan aplikasi hamparan elektronik tetapi ia
digunakan apabila maklumat dalam bentuk teks adalah lebih penting berbanding angka atau
digit. Salah satu kelebihan penggunaan pangkalan data adalah sebagai medium untuk
mengurus dan menyampaikan maklumat untuk dianalisis. Program pangkalan data
membenarkan pengguna untuk mengklasifikasikan sistem bergantung kepada keperluan
seperti penyimpanan rekod dan penghasilan rekod untuk semua fail atau setiap individu.
Kajian oleh Hirtle’s (1996) menunjukkan bahawa aplikasi pangkalan data bukan hanya boleh
digunakan secara sendiri malah boleh diintegrasikan dengan aplikasi lain khusunya

19
pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik. Rajah 6 menunjukkan antara muka untuk
aplikasi pangkalan data.

Rajah 6: Antara Muka untuk Perisian Microsoft Access 2016

Aplikasi pangkalan data membolehkan guru-guru untuk menyimpan dan mengurus


maklumat. Aplikasi ini menyediakan kerangka seperti jadual, borang, laporan yang
membolehkan guru-guru dan pelajar mengutip data, menyusun data dan melaporkan
maklumat tersebut. Walau bagaimanapun, senario dalam bidang pendidikan di Malaysia kini,
aplikasi ini tidak dikuasai oleh sebahagian besar golongan guru disebabkan fungsinya yang
dianggap tidak relevan dalam pengajaran dan pembelajaran malah sesetengah guru
menganggap aplikasi ini tidak perlu dikuasai (Jewitt, 2006). Namun begitu menurut Dragan
(2003), Microsoft Access adalah penyelesaian kepada rangkaian data yang banyak, namun
demikian beliau menyatakan bahawa seseorang individu mestilah dapat menguasai
kemahiran teknikal untuk aplikasi ini sebelum dapat menggunakannya secara berkesan.
Templat-templat dalam aplikasi ini amat berguna dan disesuaikan dengan pelbagai profesion.
Penyelidik bersetuju dengan kenyataan oleh Dragan (2003) dan ini dikukuhkan lagi dengan
kenyataan oleh Jeyagobi dan Subramaniam (2007: 45) yang menyatakan bahawa guru
seharusnya menguasai aplikasi ini kerana ia dapat membantu guru-guru khususnya daripada
aspek pengurusan pelajar dan bukan terhad kepada guru-guru tertentu sahaja.

20
Persembahan Elektronik

Aplikasi persembahan elektronik menggunakan multimedia yang melibatkan elemen-elemen


seperti grafik, animasi, teks, audio serta video untuk mempersembahkan sesuatu maklumat
atau satu siri maklumat. Kriteria untuk menghasilkan persembahan maklumat elektronik ini
adalah ringkas, spesifik kepada maklumat yang ingin disampaikan, menarik dan kaya dengan
grafik serta animasi. Persembahan maklumat elektronik nescaya dapat memenuhi keperluan
multisensori pelajar dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini disebabkan perisian PowerPoint adalah versatil kerana ia boleh digunakan untuk semua
subjek dan kurikulum kerana ia boleh membina dan menyampaikan persembahan slaid untuk
isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya. Ini
diperkukuhkan lagi dengan ulasan daripada How Stuff Works (2005) yang menyatakan
bahawa Microsoft Powerpoint adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan
maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan
pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.

How Stuff Works (2005) juga menambah bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint
yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam
penyampaian maklumat. Ini disokong dengan kajian oleh Robert dan Kristi (2004) yang
mengkaji sama ada pelajar lebih meminati sesi pengajaran menggunakan PowerPoint atau
overhead projector. Dapatan menunjukkan pelajar cenderung kepada penggunaan
PowerPoint tetapi kajian juga mendapati bahawa bahan yang digunakan dalam persembahan
mestilah relevan dengan mata pelajaran jika tidak ia tidak akan dapat membantu pelajar
secara khusus dalam ujian atau peperiksaan. Rajah 7 menunjukkan antara muka untuk
aplikasi persembahan.

21
Rajah 7: Antara Muka untuk Perisian Microsoft PowerPoint 2016

Menurut Weiss (2003) salah satu fungsi yang amat bermanfaat dalam aplikasi persembahan
adalah kapasitinya untuk membina atau menambah komponen slaid yang akan menunjukkan
perkembangan idea atau konsep. Dalam kajian oleh Joshua (2004) yang menggunakan
aplikasi Microsoft PowerPoint untuk mengajar subjek psikologi mendapati bahawa pelajar
menyatakan bahawa penggunaan aplikasi Microsoft PowerPoint memudahkan mereka
mengikuti perkembangan pengajaran dan memahami maklumat yang ingin disampaikan.
Pada masa yang sama, pelajar juga menyatakan kandungan kursus, menjadikan kelas lebih
teratur dan menarik, dapat membantu pelajar mengambil nota dan yang paling penting dapat
mengaplikasikan grafik, gambar dan clip art dalam pengajaran.

Patricia dan William (2003), guru-guru seterusnya boleh menaip dan


mempersembahkan nota kepada pelajar serta boleh mencetaknya sebagai edaran kepada
pelajar sebagai bahan ulang kaji pelajar. Kandungan dalam persembahan elektronik ini
mudah untuk diubahsuai dan elemen multimedia seperti teks, audio, animasi, gambar dan
video boleh disertakan. Dari segi psikologinya, dapatan daripada kritikan Adam (2006, dalam
Vallance & Towndrow, 2007) yang telah membuat kajian tentang perkembangan minda serta
budaya bilik darjah apabila guru menggunakan aplikasi PowerPoint yang diedarkan oleh
Microsoft Corporation mendapati bahan pengajaran guru akan lebih tersusun ini disebabkan
guru perlu memilih maklumat yang perlu sahaja untuk ditayangkan pada skrin ini serba
sedikit memberikan keyakinan kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

22
Internet

Penggunaan Internet pada masa kini adalah suatu kebiasaan dan seseorang yang tidak
mempunyai komputer pun pasti pernah terlihat dan terdengar tentang Internet. Faedah
penggunaan Internet dalam bidang pendidikan adalah amat jelas kerana ia adalah platform
untuk komunikasi elektronik di antara pelajar, guru-guru, pihak pentadbir, penyelidik,
institusi dan juga dengan komuniti (Jewitt, 2006; Rozinah Jamaludin, 2007). Ia juga
menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey, 2002: 89), bayangkan sahaja jika
anda ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik dengan menggunakan enjin pencari
(seacrh engine), contohnya Google tidak mustahil jika anda mendapat lebih daripada
500,000 sumber untuk topik berkenaan sahaja. Namun begitu pemilihan laman web yang
relevan dengan topik terletak pada pertimbangan anda. McKenzie (2003) menyatakan
bahawa salah satu keunikan Internet adalah maklumatnya adalah percuma dan pertukaran
maklumat secara percuma adalah salah satu budaya dalam Internet. Rajah 8 dan 9
menunjukkan antara muka untuk aplikasi Internet.

Rajah 8: Antara Muka Enjin Pencari Google

23
Rajah 9: Antara Muka untuk Laman Web Pembelajaran

Menurut Learning Discovery Team (2006), terdapat pelbagai faedah menggunakan


Internet. Internet boleh mewujudkan komuniti elektronik dan menggalakkan komunikasi
merentas budaya dalam kalangan pelajar daripada pelosok dunia. Ia juga akan dapat
memberikan pelajar akses kepada sumber maklumat. Ia juga akan dapat memberi manfaat
kepada pelajar yang kurang upaya dengan memudahkan mereka berkomunikasi dengan
selamat dan mudah. Ini disokong oleh Deacon et al. (2004) yang menyatakan bahawa web
dalam aplikasi Internet memperkembangkan pemikiran pelajar secara kritikal. Internet juga
menyediakan platform untuk komuniti pembelajaran virtual serta e-pembelajaran (e-
learning). Rajah 10,11 dan 12 menunjukkan antara muka untuk aplikasi Internet yang
interatif. Internet merupakan pengantara untuk perkembangan pembelajaran secara maya
yang mewujudkan komuniti pembelajaran virtual ataupun e-pembelajaran bagi pelajar
belajar secara interatif atas talian. Di samping itu, aplikasi interaktif seperti Kahoot!, Quizlet,
Padlet, forum atas talian dan sebagainya yang melibatkan interaksi pelbagai arah dan
berkomunitatif.

Hakikatnya, aplikasi-aplikasi tersebut juga boleh disediakan atau diubahsuaikan oleh


para guru yang sesuai dengan tahap pelajar dan berbeza. Guru-guru boleh memaksimumkan
kegunaan pelbagai aplikasi interaktif bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar juga mendapatkan maklum balas spontan apabila mereka

24
menyelesaikan sesuatu kursus atau unit pembelajaran melalui aplikasi interaktif bersifat
synchronous. Sebagai contoh aplikasi Padlet dapat memenuhi e-pembelajaran yang
melibatkan elemen kolaboratif dan berkongsi. Ia menyediakan satu platform untuk guru
ataupun pelajar berkongsi maklumat atau hasil kerja masing-masing atas talian, pengguna
boleh menggunakan hasil kerja tersebut dan memberikan komen atas hasil kerja yang telah
diselesaikan oleh pelajar. Pelajar dapat mendapatkan maklum balas spontan sebaik sahaja
hasil kerja dipaparkan atas platform yang disediakan dalam aplikasi Padlet.

Rajah 10: Antara Muka Aplikasi Internet Kahoot!

Rajah 11: Antara Muka Aplikasi Internet Quizlet

25
Rajah 12: Antara Muka Aplikasi Internet Padlet

Internet secara khususnya dapat membantu guru dalam pelbagai aspek. Berdasarkan
daripada kesimpulan oleh Jewitt (2006), ia membantu guru-guru untuk mendapatkan bahan
bantu belajar sama ada berbentuk teks, audio atau visual memandangkan bahan-bahan ini
boleh diperoleh daripada Internet. Internet juga akan dapat membantu guru untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran dengan mengintegrasikan sumber maklumat dan
pembelajaran koperatif. Rozinah (2007), dengan menguasai aplikasi Internet, guru akan
dapat mengajar konsep sains khususnya yang memerlukan pelajar menggambarkan sesuatu
fenomena secara simulasi atau menggunakan makmal maya. Daripada aspek lain, Internet
dapat membantu pihak pengurusan sekolah, penggubal polisi dan penyelidik untuk
berhubung menerusi ‘e-mel’ atau web perbincangan yang lain yang seterusnya diharap dapat
meningkatkan taraf pendidikan negara.

26
Bab 3

Cabaran

Proses globalisasi telah menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep
liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global dan konsep perubahan tingkah laku
(Nesbit & Adesope 2006). Melalui Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia
Kelapan (2001-2008) pula menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan
penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan
merancakkan pertumbuhan, melatih professional, meningkatkan produktiviti, memodenkan
pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital dan
memastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. Justeru, penggunaan teknologi
dan ICT telah memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem pengurusan
pendidikan di sekolah.

Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan sudah tentu akan melibatkan


pengintegrasian teknologi seperti CD-ROM, pangkalan data, multimedia dan internet.
Perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat tentu memberi cabaran sehingga
penginteraksian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan.
Berikut cabaran-cabaran yang sering dihadapi:

Sikap Negatif Guru

Pengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukan lagi isu yang baru
dalam dunia pendidikan. Untuk mencapai kejayaan, guru memainkan peranan yang penting.
Dalam bidang pendidikan, peranan guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai
penyampai atau memberi ilmu pengetahuan. Peranan guru akan berubah daripada pengajar
dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Di
samping itu, guru juga berperanan dalam membantu perkembangan pelajar untuk

27
mewujudkan tujuan hidupnya secara optimal. Minat, bakat, kemampuan dan potensi pelajar
tidak akan berkembang secara optimal tanpa bantuan guru. Begitu juga dalam
mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Terdapat sebahagian guru yang bersikap pasif, mereka enggan menjangkaui ke hadapan
dengan pembangunan masyarakat. Guru-guru yang pasif tidak mempunyai inisiatif untuk
mempelajari sesuatu yang baru, mereka tetap mengekalkan kaedah tradisional dan enggan
menyesuaikan diri dengan teknologi instruksional serta tidak mengambil kesempatan untuk
meminta bantuan daripada guru yang mahir. Lagi pun, guru ini yakin terhadap teknik
pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem
peperiksaan. Golongan guru ini berpendapatan bahawa jika keputusan peperiksaan yang
diperolehi pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mangapa harus berubah apa yang
sedia baik untuk pelajar. Oleh demikian, golongan guru ini enggan membuat perubahan.
Dengan itu, golongan guru ini tidak menguasai cara menggabungkan kemahiran komputer
dengan pengajaran di dalam kelas.

Kekurangan Kemahiran

Untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan


peranan sebagai agen perubahan. Dengan itu, penguasaan kemahiran teknologi maklumat
guru adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam tempoh RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menerusi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggunghawab untuk memberi penekanan khusus
terhadap penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif dengan mengkaji semula kurikulum
latihan guru, mempergiatkan penggunaan komputer bagi mendapatkan bahan pembelajaran,
menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri
(PSPN).

Walaupun pelbagai bengkel dan kursus mengenai teknologi maklumat diadakan dalam
kalangan guru, tetapi masih didapati ramai guru masih mempunyai tahap kemahiran

28
teknologi maklumat yang sederhana sahaja. Sebahagian guru mengetahui fungsi perkakasan
dan perisian komputer, tetapi mereka tidak menguasai cara penggunaannya dengan betul.

Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah pendalaman menghadapi masalah kelewatan


ketibaan maklumat kursus. Ini mengakibatkan mereka menerima maklumat selepas tarikh
yang ditetapkan. Dengan itu, guru yang mengajar di sekolah pendalaman kehilangan peluang
untuk mempertingkatkan diri. Lagi pun, perkakasan komputer yang dibekalkan adalah terhad.

Kajian yang dikaji oleh Soon Yin dan Kooi Guan (2002) menyatakan bahawa latihan yang
diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka, kekurangan latihan menjadi faktor penghalang penggunaan teknologi
maklumat. Ini mengakibatkan guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi maklumat.

Pengetahuan Tenologi Maklumat

Pengetahuan berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki. Untuk
menambahkan pengetahuan teknologi maklumat seseorang guru, guru perlu kerap
menggunakan komputer. Semakin kerap guru menggunakan komputer, tahap pengetahuan
seseorang guru juga akan semakin meningkat. Akan tetapi proses pengimplementasikan
program berasaskan komputer sekolah untuk golongan guru dijalankan dengan bilangan yang
terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesa-gesa.

Lagi pun, proses memahirkan guru untuk menjayakan Program Penggunaan Teknologi
memerlukan kos yang tinggi serta memakan masa yang panjang. Dengan itu, keberkesanan
kursus serta program adalah kurang memuaskan. Sekiranya guru yang menghadiri kursus
berminat dalam bidang teknologi ini, mereka akan terus belajar serta rela menyertai kursus
yang sesuai dan belajar sendiri untuk menambahkan pengetahuan mereka. Akan tetapi bagi
golongan guru yang kurang berminat dalam bidang ini, mereka hanya menggunakan
pengetahuan yang dipelajari sahaja, mereka tidak menunjukkan minat untuk menambahkan
pengetahuan dalam bidang ini lagi. Dengan itu, penginteraksian teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran menjadi kurang berkesan.

29
Kekurangan Prasarana Dan Bahan Sokongan

Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT
negara pada abad ke-21. Dengan menggubalkan matlamat utama pendidikan dapat
membentuk generasi muda yang celik dan mahir dalam komputer. Maka cabaran masa kini
adalah membekalkan prasarana komputer yang lengkap untuk penggunaan pengajaran dan
pembelajaran. Akan tetapi adalah sukar untuk menyediakan kemudahan komputer kepada
semua pelajar. Maka, pelajar terpaksa menggunakan komputer dengan bergilir-gilir.

Lagi pun, pembekalan kemudahan alatan teknologi dan ICT yang ada di sekolah pada masa
kini adalah tidak seimbang dan tidak mengikut nisbah murid yang sepatutnya. Ini
menyebabkan sebahagian sekolah mempunyai kemudahan komputer yang berlebihan,
manakala sebahagian sekolah hanya dapat peruntukkan yang amat terhad sahaja.
Ketidakseragaman ini menimbulkan masalah dan cabaran untuk guru bagi
mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Didapati sebahagian sekolah tidak menggunakan kemudahan komputer yang dibekalkan


dengan betulnya. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang
meletakkan semua komputer ini di dalam makmal sahaja.

Selain itu, pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk
membiayai pelbagai kos penggunaan teknologi yang agar tinggi. Sekiranya kemudahan
komputer rosak, pihak sekolah tidak mempunyai peruntukkan untuk menanggung kos yang
tinggi.

Kemudahan Capaian Internet

Pengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi maafaat


kepada pelajar terutamanya pembelajaran berasaskan web. Pelajar boleh menggunakan web
untuk mencari maklumat atau artikel yang berkaitan dengan pelaajran mereka dengan lebih
cepat dan mudah. Guru juga boleh menurun muatkan nota-nota serta latihan ke dalam sistem
FROG VLE kepada pelajar supaya pelajar dapat belajar di rumah semasa cuti. Walaupun ini

30
banyak memanfaatkan pelajar, tetapi capaian kepada rangkaian internet menjadi masalah
kepada pengguna terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman di mana akses
kepada internet masih lagi terhad.

Selain itu, kadar kelajuann internet yang rendah juga menyebabkan pengguna tidak dapat
melihat paparan pada sesebuah web pembelajaran secara lancar dan jelas. Ini menyebabkan
penyampaian kandungan pelajaran tidak dapat disampaikan dengan baik, pelajar juga akan
berasa bosan dan hilang focus terhadapa pelajaran. Dengan itu kaedah pembelajaran
berasaskan web menjadi kurang berkesan (Ahmad Zamzuri Mohamad Ali, 2012). Secara
tidak langsung, Ini akan menurunkan semangat guru mengintegrasikan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Jurang ICT Dan Digital

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat dari segi pendidikan memberi kesan
terhadap kemajuan ICT dan digital. Dengan itu, sekolah dan profesion keguruan di negara
ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang
berlaku melalui pendidikan, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan
profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan
ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang
menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan
luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan
digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi
membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.

Kesuntukkan Sumber Kewangan

Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai
berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat biasanya akan menggunakan semula
pembelajaran konvensional. Ini disebabkan oleh kos mendapatkan peralatan dan perisian

31
komputer tinggi. Selagi peralatan dan perisian baru sering dikeluarkan dalam pasaran dengan
harga yang lebih tinggi. Keadaan ini menyebabkan kita tidak mempu mengikut
perkembangan pesat dalam teknologi yang berlakui. Apabila kita menghantarkan kemudahan
komputer buat penyelidikan, didapati kerja-kerja penyelidikan selalunya mamakan masa
yang panjang. Oleh itu, kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan sistem, tenaga
pekerja, peralatan-peralatan bantuann dan terutamnya sekali perkakasan yang diperlukan.
Kesemua ini membebankan pihak sekolah sehingga sekolah terpaksa melepaskan
kesempatan menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Masalah Isi Kandungan Dalam Internet

Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di
internet. Ini menyebabkan terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Lagi pun
maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, khabar angin,
diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya juga dapat
diperolehi dalam internet. Maklumat-maklumat ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada
para pengguna terutamanya golongan pelajar sekolah rendah kerana mereka belum cukup
matang untuk membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah.

Kesalahgunaan maklumat di internet bukan sahaja tidak dpat membantu pelajar dalam
pembelajaran, tetapi juga menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui
internet. Oleh yang demikian, guru perlu berupaya untuk menilai maklumat yang diperolehi
daripada pelbagai sumber serta membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing
pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Di samping itu, mempertingkatkan
keupayaan pelajar dalam menapis maklumat dalam internet juga menjadi stu cabaran kepada
golongan guru.

32
Bab 4

Usaha dan Langkah

 Pihak kerajaan

Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum,


pentaksiran dan aktiviti kokurikulum serta menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam menyediakan warga insan untuk landskap baharu pendidikan
tinggi dan peluang masa hadapan. KPM bertanggungjawab memberi dan menambahkan
bilangan kursus pendek kepada semua warga pendidik secara berperingkat supaya
memberi pendedahan dan pengenalan yang berkaitan tentang program baru yang
berunsur teknologi. Dengan usaha ini, sumber tenaga manusia dapat dilatih untuk
menjadi lebih profesional.

Kementerian bermatlamat memastikan semua sekolah dilengkapi dengan


infrastruktur asas, kemudahan dan teknologi bagi menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Dalam Gelombang 1, sebanyak 10,464 projek penyelenggaraan dan naik taraf
telah disiapkan, manakala sebanyak 8,940 buah sekolah telah dilengkapi dengan capaian
internet. Dengan penyediaan kemudahan ini dan digabungkan dengan pendekatan
pedagogi yang berinovatif, bilik darjah masa kini berupaya menyediakan persekitaran
kondusif untuk murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi, berkolaboratif, serta
berfikir secara kritis dan kreatif.

Kerajaan digalakkan menambahkan perbelanjaan untuk digunakan perkembangan


dalam aspek perkembangan ICT dan infrastruktur asas yang diperlukan bagi pihak
sekolah dan pelajar. Justerunya, sokongan yang diberikan oleh Kementerian kepada
murid, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa serta komuniti melalui pelbagai inisiatif utama.

33
Pelaksanaan PPPM telah membawa perubahan positif yang signifikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Chromebook dibekalkan oleh kerajaan semasa program 1BestariNet untuk digunakan


sebagai gajet pembelajaran dan pengajaran oleh murid dan guru. Gajet ini bukan sahaja
kepada guru malah juga kepada ibubapa.

 Pihak Guru

Warga pendidik zaman kini mengamalkan pembelajaran abad ke-21 dengan penekanan
terhadap pembelajaran berpusatkan murid secara aktif. Guru digalakkan selalu
mengemaskini dengan maklumat dan kaedah PdP yang baharu diperkenalkan di seluruh
dunia. Kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid telah membawa perubahan positif yang
signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha menerapkan enam aspirasi murid oleh guru, suasana di dalam bilik
darjah telah berubah menjadi lebih dinamik, menarik dan kondusif bagi memupuk
pembelajaran merentas disiplin untuk membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman
pembelajaran. Keadaan ini sangat penting bagi menyemai kemahiran yang sememangnya
amat diperlukan oleh murid untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka dalam abad
ke-21. Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi pemangkin kepada
transformasi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selaras dengan
penambahan item KBAT dalam pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat proses
pembelajaran lebih tertumpu kepada kerja kumpulan dan projek, justeru dapat memupuk
nilai sejagat dan menggalakkan pembangunan holistic murid melalui tugasan berbentuk
kolaboratif.

Pembelajaran abad ke-21 berupaya memacu inovasi ICT khususnya untuk


pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri. Pembelajaran yang paling
berkesan diamalkan oleh pelajar ialah pembelajaran konstrutif. Guru hanya memainkan
peranan sebagai pendorong dan pembimbing supaya menimbulkan minat belajar murid

34
dengan menggunakan alat-alat ICT seperti komputer riba dan perisian dan aplikasi-aplikasi
(APP) yang berkaitan dengan pendidikan.

 Pihak Sekolah

Pihak sekolah sedaya-upaya berusaha untuk memastikan agar setiap murid sama ada
daripada aliran perdana mahupun pendidikan khas berpeluang menggunakan kemudahan
infrastruktur berteknologi yang terkini ini.

Sekolah perlu mengadakan taklimat dan caramah. Para guru perlu didedah dan diberikan
latihan sementara komuniti berpeluang mengenali Frog VLE sewaktu pihak sekolah
menganjurkan taklimat. Persekitaran Pembelajaran Maya atau VLE kini digunakan secara
meluas untuk berkongsi amalan terbaik dan bahan pendidikan serta mengadakan
perbincangan dalam talian antara guru, murid dan ibu bapa.

35
Kesimpulan

Selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan elektronik,


persembahan, pangkalan data dan Internet tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah
kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet,
pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan
pengajaran subjek. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan
kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita
adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam
pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi
hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat
menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk
kecemerlangan masa hadapan.

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang


baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah
sejak awal 60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan
berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Konsep
pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap
semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di
dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi
hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam
dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli
masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar
sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global;
dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dandisebarkan dengan mudah.

36
Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik
dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah
kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan 2006–2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program
yang dilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat
sekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidang
seperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga kelonggaran
prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan
industri.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi
negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet
supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

37
Bibliografi

Ahmad Zamzuri Mohamad Ali. (2012). Pembelajaran Berasaskan Web: Isu dan Trend.
Penerbitan Universiti Perguruan Sultan Idris tanjong Malim: Perak.

Brown, A., (1994). The Advancement of Learning. Educational Researcher. 23 (8), 4-12.

Clack, Jeanne dan Sun, Jeff., (1996). Technology Implementation in Warren County
Kentucky Public Schools: An Evaluation of Instructional and Administrative
System., unpublished.

Hayes, M. (2006). What do the children have to say? Learning and Teaching with
Information and communications Technology 1: 7-20.

How Stuff Works. (2005). Expert Review: Microsoft PowerPoint 2003,


http://products.howstuffworks.com/microsoft-powerpoint2003-review.htm.
Retrieved 12 December 2008.

Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach. New


York: Routledge.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

McInerney, D & McInerney, V. (1998). Educational Psychology – Constructing Learning


(2nd. Edition). Sydney: Prentice Hall.

Means, Barbara et al., (1993). Using Technology to Support Education Reform. U.S.
Government Printing Office, WashingtonD.C.

Means, Barbara. (Ed.). (1994). Technology and Education Reform. Jossey Bass Publishers,
San Fransisco.

Perkins, D. (1992). Smart Schools – Better thingking and learning for every child. New
York: The Free Press.

38
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam
Pengajaran-Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.

Taylor, R. P. (1980). The Computer In The school: Tutor, Tool, Tutee. New York: Teacher
College Press.

The Star . 2007. Highlight of Report Card. 4 Julai: 8.

Zulkifli Mohamed. (1985). Instructional Application of Computer in School System: An


Analysis. Master Thesis. University of Scranton.

39

Anda mungkin juga menyukai