Anda di halaman 1dari 2

KEMEI.

{TERIAhI
T'ENDIDIKAN
S,IAIAYSIA
Pejabar Pendidikan Daerah Johor Bahru

WARKAII AYAHANDA TINTUK CALON UPSR 2OI9


CIKGU HJ. SHAHARUDDIN BIN SAARI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anakandaku yang dikasihi,


Kehadapan anakanda, calon-calon UPSR yang dikasihi. Semoga semuanya
berada dalam keafiatan yang baik untuk terus cekal dalam membuat persediaan
dalam menempuh UPSR yang akan bermula pada 4 September hingga 12
September 2019.

Diharapkan dengan kehadiran warkah ini, anakanda sedar bahawa arrakanda


akan sentiasa didampingi insan tersayang dalam perjuangan menghadapi {JPSR.
Bagi menghadapi hari-hari yang amat bermakna ini, jagalah kesihatan,
pemakanan yang berkhasiat dan jaga keselamatan diri.

Anakanda yang dikasihi,


Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang berterusan. Tetapkan
matlarnat anakanda untuk terus berjaya dan mendapatkan kelulusan penuh
dalam mata pelajaran. Matlamat anakanda akan memastikan semangat juang
berada atas landasan yang betul. Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan
semangat yang tinggi dan sentiasa berfikiran positif.

Segala tunjuk ajar dan dorongan guru jangan sesekali dilupakan. Ayahanda
mahu anakanda sentiasa memelihara momentum usaha yang tinggi. Anakanda
harus sedar bahawa masa itu emas, gunakanlah masa dengan produktif. Segala
panduan, ingatan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh guru perlu
sentiasa dihayati dan dipahat di hati anakanda.
Anakanda yang dikasihi,
Ingatlah setiap titisan keringat ayah bonda yarlg mengalir menjadi kekuatan
semangat anakanda dalam perjuangan menghadapi UPSR. Mereka sentiasa
mendoakan anakanda. Doa restu ayah dan bonda serta guru adalah doa yang
paling mustajab. Mohonlah kemaafan setulus il*rlas daripada mereka serta
rakan taulan demi sebuah kejayaan yang bakal digapai. Kejayaan ini nanti
adalah satu permulaan kepada sebuah perjalanan yang cukup panjang dan jauh.
Masih banyak jalan, lurah, liku, onak dan duri yang perlu didepani.

Anakanda yang dikasihi,


Anakanda semua tidak perlu rasa takut atau gentar untuk menghadapi TIPSR ini.
Anakanda telah berusaha sedaya upaya dengan membuat p'ersediaan yang rapi.
Ayahanda yakin usaha anakanda akan membuahkan hasil. Yang bulat tidak
almn datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

Sebelum mengundur diri, Ayahanda berharap anakanda sentiasa tenang dan


tabah menghadapi UPSR yang akan bermula pada 4 September ini. Ingatlah,
walaupun masa begitu singkat tetapi anakanda masih sempat untuk mengatur
langkah menuju kejayaan. Berjanjilah untuk mengukir kejayaan gemilang
dalam UPSR. Kejayaan anakanda bakal menjadi hadiah paling bermakna untuk
ay ah ibu dan keluar ga tercinta.

Akhir kata sampaikan salam takzim daripada Ayahanda kepada ibu bapa dan
guru-guru anakanda. Anakanda sentiasalah bermohon kepada Tuhan agar
dipermudahkan segala urusan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar
semua calon diberikan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab dalam
UPSR. Doa mengiringi anakanda.

"SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2AI9. SEMOGA BERJAYA'

Daripada Ayahanda,

(CIKGU SHAHARI]DDIN BIN SAARI)


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai