Anda di halaman 1dari 2

TAHUN 6 PERKELAHAN 14/1/2019

Pada hari minggu yang lalu, Kamu sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai. Tuliskan
sebuah karangan tentang pengalaman tersebut.

Berkelah di Tepi Pantai

① Pada hujung minggu yang lalu, bapa membawa kami


sekeluarga berkelah di tepi Pantai Desaru. Kami bertolak pada pukul
8.00 pagi dengan menaiki kereta.

② Setiba di destinasi, kami dapat melihat pemandangan yang


indah permai. Bapa saya membentangkan sebidang tikar di bawah
pokok yang rendang. Kami meletakkan barang-barang di atas tikar.

③ Kami menukar pakaian lalu mandi-manda di dalam laut. Air


laut sangat sejuk. Bapa pula membaca surat khabar. Ibu
menyediakan makanan untuk kami.

④ Pada waktu petang, kami menikmati makanan yang enak.


Kami makan dengan gelojoh. Selepas itu, saya dan abang membina
istana pasir dan mengutip kulit siput. Kakak pula bermain layang-
layang. Kami mengambil gambar sebagai kenangan.

⑤ Pada pukul 2.00 petang, kami mengemaskan barang-barang


sebelum pulang. Kami berasa seronok dapat berkelah di tepi pantai.
Kami pulang ke rumah dengan gembira
(121 pkt)

Anda mungkin juga menyukai