Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGENALAN
Kemahiran membaca, bertutur dan menulis merupakan asas dalam kemahiran berbahasa.
Selain itu, pengajaran kemahiran membaca, bertutur dan menulis merupakan kemahiran yang
penting perlu dikuasai kerana kemahiran membaca, bertutur dan menulis digunakan dalam
kehidupan seharian kanak-kanak setiap hari.
Kemahiran bertutur secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik
dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum dan
dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan berkesan.
Kemahiran bertutur penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. Pertuturan
yang diadakan lazimnya membawa maksud tertentu. Menurut Roselan Baki (2006), manusia
bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti tujuan memaklumkan sesuatu, keseronokan, tujuan
mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah. Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu
dapat mempercepatkan pemahaman pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi
interpersonal.
Di samping itu, menulis merupakan satu keterampilan berbahasa yang tidak memerlukan
kemahiran komunikasi secara tampak. Kemahiran menulis merupakan komponen yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mempelajari sesuatu kemahiran dalam
pembelajaran bahasa bukanlah satu perkara yang remeh temeh. Ia memerlukan kesabaran,
ketekunan dan kesungguhan yang mendalam. Kelemahan menguasai kemahiran membaca
menyebabkan pelajar tidak berminat dan bersikap negatif semasa mengikuti aktiviti
pembelajaran bahasa. Guru yang baik tidak akan mudah putus asa apabila berhadapan dengan
masalah ini.
Dalam kemahiran membaca, bertutur dan membuat penulisan, kata hubung merupakan
aspek penting. Kata hubung ialah perkataan yang bertugas sebagai penyambung ayat, frasa dan
perkataan. Ayat yang terbentuk menggunakan kata hubung dipanggil ayat majmuk. Contoh kata
hubung ialah agar, apabila, atau, bahawa, dan, dengan, hingga, supaya, tetapi, untuk, walaupun,
yang dan lain-lain lagi.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Setiap kata hubung mempunyai fungsinya yang tersendiri, kebanyakan murid tidak
memahami fungsinya dan salah penggunaan kata hubung dalam ayat. Ayat-ayat dalam ayat
majmuk gabungan dihubungkan dengan beberapa kata hubung tertentu, misalnya dan, sambil,
lalu dan sebagainya, setiapnya membawa maksud tersendiri dan mesti digunakan dengan betul.
Banyak murid melakukan kesalahan dengan meletakkan kata hubung yang salah atau kurang
tepat digunakan.
Contohnya:
Salah Betul
1. Dia kurang berminat dalam bidang Dia kurang berminat dalam bidang perniagaan
perniagaan lalu lebih suka melibatkan dan lebih suka melibatkan diri dengan
diri dengan kegiatan-kegiatan sukan. kegiatan-kegiatan sukan.
2. Lelaki tua itu bangkit dari katil sambil Lelaki tua itu bangkit dari katil lalu berjalan ke
berjalan ke jendela. jendela.
3. Anak sulungnya gemar akan durian Anak sulungnya gemar akan durian tetapi anak
lalu anak bongsunya lebih suka akan bongsunya lebih suka akan rambutan.
rambutan.
Dalam ayat majmuk pancangan relatif, ayat kecil dihubungkan kepada ayat induk dengan
ayat hubung relatif yang. Kata hubung ini, tidak seperti bahawa dalam ayat majmuk pancangan
komplemen, tidak boleh digugurkan dan jika digugurkan dianggap sebagai kesalahan.
Contohnya:
Salah Betul
1. Saya membeli buku dijual di kedai Saya membeli buku yang dijual di kedai
Pak Abu. Pak Abu.
2. Pelajar baru datang itu dari Pelajar yang baru datang itu dari Penang.
Penang.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
iii. Mencadangkan cara-cara pengajaran penggunaan kata hubung dalam penulisan yang lebih
berkesan.
Untuk kajian ini, pengkaji akan cuba menjawab beberapa soalan kajian yang berkaitan dengan
tajuk yang dikaji. Berikut adalah soalan kajian :
I. Mengapa murid-murid lemah dalam penggunaan kata hubung dalam penulisan Bahasa
Melayu?
II. Bagaimana meningkatkan kemahiran penggunaan kata hubung dalam penulisan Bahasa
Melayu?
III. Sejauhmana kaedah imlak dapat meningkatkan kemahiran penggunaan kata hubung
dalam penulisan Bahasa Melayu?
Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan beberapa kepentingan. Kepentingan kajian ini adalah
seperti berikut:
I. Dapat menjelaskan fungsi kata hubung dengan betul dalam penulisan Bahasa Melayu.
II. Dapat meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penggunaan kata hubung dengan
lebih betul dan tepat.
III. Melihat keberkesanan kaedah imlak dalam meningkatkan kemahiran penggunaan kata
hubung dalam penulisan Bahasa Melayu.
1.5 BATASAN KAJIAN
Dalam kajian ini, saya membataskan kajian ini kepada sebuah sekolah di daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Saya memilih murid tahap 1 seramai 45 orang iaitu dari kelas 2H saya untuk menjadi
bahan kajian. Untuk mendapatkan sampel di dalam kajian ini, saya menggunakan kaedah
persampelan secara rawak dan bukan rawak iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada semua
murid tahap 1. Dalam kajian ini, saya menggunakan kajian jenis kualitatif dan kuantitatif bagi
mendapatkan data dan seterusnya menganalisis data yang diperolehi.
Saya juga membataskan kajian ini dengan melihat hasil penulisan murid dalam
pengajaran penulisan bahasa Melayu kerana unsur-unsur penggunaan kata hubung ini dapat
dilihat secara jelas. Teknik perbincangan dalam kelas dan latihan terus menjadi antara kaedah
untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, kekangan masa juga turut mempengaruhi batasan
kajian ini kerana masa diperuntukkan amat terhad dan menyebabkan saya berkejar-kejar untuk
mendapatkan data dan terpaksa memilih waktu dan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian
kerana terikat dengan waktu bekerja. Sementara itu, kekurangan bahan rujukan juga merupakan
antara kekangan yang membataskan kajian ini.
Imlak membawa maksud mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan. Selain
itu, Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber
(perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Pengimlakan melibatkan dua kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara
mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau
wacana.
Tujuan kaedah atau teknik imlak adalah supaya murid mahir mendengar, mengeja dan
menulis dengan betul. Bahan-bahan yang digunakan haruslah berkait rapat dengan aspek bahasa
yang hendak dipelajari oleh murid. Bahan-bahan ini boleh dipetik daripada buku teks, rencana
akhbar, puisi, majalah dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Guru hendaklah memastikan jumlah perkataan yang diimlakkan tidak terlalu
panjang. Seelok-eloknya satu perenggan atau dalam lingkungan lima puluh atau enam puluh
perkataan.
Kaedah imlak bukan sahaja memerlukan kebolehan mengeja dengan betul tetapi diberikan
perhatian kepada tanda-tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, tanda seru dan pengikat
kata.
Tanda baca merupakan simbol bahasa yang berfungsi untuk menunjukan struktur dan tata
kata suatu tulisan, dan berfungsi untuk mengatur intonasi, serta jeda ketika membaca. Simbol
bahasa tersebut mempunyai beberapa bentuk dan fungsi masing-masing. Tanda baca tidak
berhubungan dengan fonem (suara) atau kata dan frasa pada suatu bahasa. Aturan tanda baca
tidak sama antara bahasa, lokasi, waktu, dan terus mengalami perkembangan. Terdapat aspek
tanda baca yang merupakan suatu gaya khusus kerana bergantung terhadap pilihan penulis.
Menulis karangan merupakan perkara yang memerlukan pengetahuan dan pengalaman luas bagi
murid-murid di sekolah. Lazimnya, murid akan didedahkan dengan kemahiran menulis karangan
apabila memulakan pembelajaran tahap dua iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam. Terdapat
beberapa masalah yang dihadapi, antaranya ialah untuk memastikan jelas dan dapat memahami
kehendak soalan serta mampu untuk menjawab soalan yang dikemukakan bagi mendapatkan
markah yang baik. Kegagalan memahami kehendak soalan menjadikan mereka gagal untuk
menghasilkan sebuah karangan yang menepati kehendak soalan serta mampu untuk menjawab
soalan yang dikemukakan bagi mendapatkan markah yang tinggi. Murid juga berasa bosan,
tertekan dan kurang minat terhadap pelajaran terutama penulisan Bahasa Melayu.
Dalam kehidupan seharian pula, kecekapan menulis amat penting untuk melicinkan perhubungan
formal dalam bentuk surat menyurat, laporan kenyataan perasaan dan pengelibatan dalam
aktiviti penulisan. Selai itu, penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengarang juga dapat
menyediakan pengalaman-pengalaman bagi mereka mendapatkan pengetahuan am dan khusus
mengena kehidupan persekitaran mereka.
Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi
antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran
maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira
matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan menulis
merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan
yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid
dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.
Dalam penulisan bahasa Melayu, penggunaan tanda bacaan yang betul merupakan satu faktor
sesuatu mesej yang dapat disampaikan dengan baik. Ini kerana, “tanda bacaan ialah simbol atau
tanda yang digunakan bagi memberi isyarat kepada pembaca supaya dapat membahagikan
sesuatu teks yang dibaca kepada unit-unit yang lebih bermakna supaya mudah memahami isi
teks tersebut. Tanda baca diletakkan selepas huruf terakhir unit berkenaan, lzimnya menurut
himpunan nafas bagi memudahkan seseorang membaca teks itu, lebih-lebih lagi dalam membaca
secara bersuara” (Abdullah Hassan, 2007)
Penyampaian mesej juga banyak bergantung kepada fungsi tanda baca dalam penulisan,
iaitu sebagai satu kaedah dan matlamatnya adalah untuk memandu pembaca mendengar dan
mengikuti sesuatu penulisan (Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mohd.Saleeh Rahamad, 1998:209).
Hal ini menjelaskan bahawa penggunaan tanda baca yang betul dan tepat amat diperlukan untuk
memastikan pemahaman pembaca dan mesej yang terkandung dalam sesuatu penulisan dapat
disampaikan dengan baik.
Walaupun terdapat 17 tanda baca dalam Bahasa Melayu, namun tidak semuanya digunakan
secara meluas dan kerap dalam penulisan. Antara tanda bacaan bahasa Melayu yang kerap
digunakan ialah noktah, koma, titik bertindih, sempang, tanda kurung, pembuka dan penutup
kata, tanda seru, dan tanda tanya. Di sini, pengkaji menghuraikan fungsi tanda bacaan bahasa
Melayu yang sering digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu.
1.8 RUMUSAN
Penggunaan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu sangat penting bagi
menyampaikan mesej.dalam aspek pendidikan, guru ialah individu terpenting bagi memastikan
para pelajar mendapat pendedahan yang betul dan tepat berkenaan tanda baca ini. Ini kerana,
guru ialah sumber yang dipercayai untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan ilmu. Murid
hanya mendengar dan menerima pembelajaran guru tanpa banyak soal. Hal ini boleh dilihat bagi
murid di sekolah harian biasa yang pelajarnya hanya biasa sahaja tahap penguasaan mereka
dalam pembelajaran.
Guru mestilah menguasai aspek kemahiran penggunaan tanda bacaan yang betul agar tidak
menyampaikan maklumat yang salah kepada murid-murid. Guru juga mesti sentiasa
mengajarkan tanda bacaan setiap kali menjalankan tugas pengajaran di dalam kelas. Namun,
guru juga mesti dapat menggunakan tanda baca dengan betul dalam penulisan mereka agar dapat
menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.
Kekeliruan dalam penggunaan tanda baca terhadap penulisan bahasa Melayu inilah yang
menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji permasalahan ini. Secara umum, masalah ini
adalah antara masalah utama penkaji dalam sesi pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Murid-
murid dikenalpasti masih tidak memahami dan mengetahui fungsi tanda baca dalam penulisan.
Kaedah imlak dilihat sebagai teknik yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan murid-murid
dalam kemahiran menulis dengan penggunaan tanda baca yang betul. Selain menggunakan
kaedah imlak dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran
menulis memggunakan tanda baca dengan betul, model latihan terus diguna pakai bagi
memastikan objektif kajian ini tercapai.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 PENGENALAN
Kajian tentang tanda bacaan ini sebenarnya telah dilakukan oleh ramai pengkaji ini termasuklah
tokoh-tokoh bahasa dan para pelajar institut pengajian tinggi. Walau bagaimana pun, pengkaji-
pengkaji lampau tidak hanya memfokuskan kepada aspek tanda bacaan sahaja. Mereka juga
mengkaji kesilapan dan kesalahan aspek bahasa yang lain. Hasil kajian mereka itulah yang
menjadi sumber rujukan pengkaji-pengkaji sekarang untuk mendapatkan maklumat dan menjadi
panduan kepada pengkaji bagi meneruskan kajian.
Menurut Roselan Baki, (2003) kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran
bahasa yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu
kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun
2003. Kepentingan penulisan karangan tergambar dalam kurikulum Bahasa Melayu sebagai mata
pelajaran tersendiri). Selain itu, sukatan pelajaran bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada
awal 2003 juga mengandungi tiga bidang kemahiran baru, iaitu komunikasi interpersonal,
berfikir dan nilai. Beliau berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang
kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara
sistematis.
Menurut Abdullah Hassan (2004) sukatan pelajaran lama yang terdahulu tidak memberi
tekanan kepada tiga kemahiran baru ini. Murid hanya diajarkan tatabahasa dan terpulanglah
kepada murid tersebut menggunakan bahasa menurut tafsiran sendiri. Dalam kurikulum baru ini,
kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-
murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks. Sementara menurut Noorazman
Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini
memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan
yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang
baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan.
Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data
yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan.
Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan
berdasarkan penguasaan kemahiran. Kemahiran menulis sangat dipengaruhi oleh kemahiran
menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.
Menurut Suhaimi Yunus (2009) ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk
menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk
kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.
2.2 TEORI KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Teori atau dikenali sebagai Model Pengajaran
Robert Glaser (1962) . Model ini dipilih untuk digunakan dalam kajian ini kerana model ini
sesuai untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru
dengan langkah demi langkah. Selain itu, Model ini dibentuk khas untuk merangsang
pembelajaran murid berkaitan pengetahuan berprosedur. Model pengajaran ini membahagikan
proses pengajaran kepada empat komponen iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada,
kaedah mengajar dan penilaian.
Menurut Robert, proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran yang
sesuai. Objektif pengajaran ini menerangkan kehendak hasil pencapaian yang dapat dikuasai oleh
murid-murid selepas proses pengajaran berlaku. Robert Glaser menghuraikan pengetahuan sedia
ada sebagai tingkah laku dalam proses pengajaran. Guru menggunakan pengetahuan sedia ada
murid bagi menentukan objektif pengajaran yang sesuai serta merancang dan melaksanakan
rancangan mengajarnya. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan pengetahuan sedia ada
murid terhadap tanda baca
Dalam model pengajaran ini, kaedah mengajar merupakan komponen ketiga ialah
kaedah mengajar. Kaedah ini menurut Robert merupakan satu siri aktiviti pengajaran yang
sistematik. Kaedah yang dipilih oleh penyelidik ialah kaedah imlak, bagi tujuan melihat
keupayaan murid dalam penulisan bahasa Melayu. Sementara penilaian merujuk pentaksiran
hasil pencapaian dalam proses pengajaran yang dilakukan.
Pentaksiran ini meliputi penilaian objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada dan kaedah
mengajar. Cara menilai biasanya terdiri daripada aktiviti soal jawab, pemerhatian dan ujian.
Hasil penilaian ini memberikan maklum balas yang membolehkan guru mengesan kelemahan
dan kebaikan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Hal ini seterusnya membolehkan guru
mengubah suai rancangan dan kaedah mengajar guru. Dalam kajian ini, pentaksiran yang telah
dipilih oleh penyelidik ialah ujian pra dan pos untuk menilai tahap pencapaian murid.
Mengenalpasti keberkesanan
kaedah imlak dalam
Input Aplikasi Model: 1.Objektif pengajaran
2.Pengetahuan sedia ada meningkatkan penggunaan tanda
Model pengajaran 3.Kaedah mengajar baca.
Robert Glaser 4.penilaian Menganalisis frekuensi murid
(1962) dalam penulisan bahasa Melayu.
Beberapa kajian tentang penggunaan tanda baca melibatkan kesilapan dan kesalahan
yang sering dilakukan dalam Bahasa Melayu. Abdullah Hassan et al. (1987), membincangkan
fenomena kesalahan bahasa dalam bahasa Melayu meliputi morfologi, sebutn, ejaan, frasa dan
ayat serta cara mengatasinya. Buku ini mengandungi pelbagai esei kesalahan dalam aspek
berbahasa termasuklah penggunaan bahasa Melayu dalam penterjemahan. Selain itu, buku ini
turut memaparkan cadangan cara untuk mengatasi kesalahan yang dilakukan itu.
Di Amerika Syarikat, amalan pengajaran kemahiran menulis telah mengalami perubahan
dalam tempoh 25 tahun yang lalu. Peralihan pendekatan pengajaran kemahiran menulis berlaku
dari yang berfokuskan hasil penulisan kepada proses mengarang. Sejak kajian yang dilakukan
Emig (1971), proses menulis atau proses mengarang tidak dilihat sebagai satu proses yang static
an bergerak dalam bentuk berurutan iaitu langkah demi langkah. Sebaliknya, proses mengarang
merupakan satu proses yang dinamik yang memperlihatkan pergerakan berulangan dan bertindan
antara satu proses dengan satu proses yang lain. (Flower and Hayes 1980,1981). Dalam
pengajaran kemahiran menulis yang betul, proses menulis yang melibatkan penggunaan strategi
dan teknik mengarang menjadi tumpuan guru.
Dalam kajian Loy (1995) kajian yang dijalankan melalui analisis markah yang diperoleh oleh
murid didapati baawa kebanyakan murid hanya berada pada tahap sedaerhana dan lemah sahaja
dalam penulisan bahasa Melayu. Kajian ini mendapati murid-murid masih lemah dari segi
bahasa, struktur ayat, ejaan dan penggunaan tanda bacaan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh
Marohaini (1996) kelemahan murid menulis karangan boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan
pendedahan yang tidak mencukupi tentang strategi dan teknik yang melibatkan pemikiran
dalaman iaitu pemikiran yang melibatkan penggunaan strategi dan teknik untuk menghasilkan isi
karangan yang dapat membentuk fokus dan haluan penulisan yang mampu memenuhi fungsi
komunikasi dalam penulisan.
Pendapat ini disokong oleh dalam kajian yang elah dilakukan oleh Mohd Jonit Mohd. Johari
(1996) yang menyatakan bahawa kelemahan murid adalah dari segi persediaan rangka,
penguasaan tatabahasa, kemahiran menggunakan tanda baca, perbendaharaan kata, sistemejaan
baku dan tulisan. Selain itu, terdapat murid yang lemah dan tidak mematuhi had jumlah
perkataan dan ada juga karangan yang terpesong dan terdapat juga kelemahan dari segi format
atau bentuk dan juga isi karangan yang tidak mencukupi atau tidak dikembangkan.
Manakala menurut Jeyagobi Dhamodarem (2008), kajiannya adalah tentang sikap guru dalam
kemahiran menulis bahasa MElayu di empat buah sekolah di kawasan pensiangan-Salinatan
daerah Nabawan Sabah. Sikap guru dikaji ialah pengalaman menulis pengalaman menulis akan
menyeronokkan murid, masa yang diperlukan bagi mengajar kemahiran menulis adalah agak
lama, mengajar untuk menghabiskan sukatan, berkongsi maklumat dengan rakan, penyediaan
persediaan mengajar membebankan, mengajar kemahiran menulis secara terus dan guru
mengambil berat tentang kemahiran menulis. Guru-guru mengambil berat tentang kemahiran
menulis kerana ia merupakan salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa selain aspek lisan
dan kefahaman. Selain itu, sikap-sikap lain yang dikaji ialah menjalankan aktiviti penulisan
dalam pengajaran dan pembelajaran, mengajar kemahiran menulis mengikut kebolehan murid,
berpuas hati mengajar kemahiran menulis, dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat
untuk memperbaiki kaedah pengajaran kemahiran menulis. Sikap guru terhadap kemahiran
menulis adalah pada tahap tidak memuaskan.
Selain itu, masalah penulisan karangan murid juga turut berpunca daripada gaya pengajaran guru
di dalam kelas. Ini dapat dilihat daripada kajian Haris Fadzilah Kassim (2002) di sebuah sekolah
di pinggir kota raya Kuala Lumpur yang telah dipilih sebagai lokasi kajian. Dalam kajian ini dua
orang murid tingkatan empat telah dipilih sebagai peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan
bahawa masalah penulisan karangan di kalangan murid tingkatan empat timbul disebabkan oleh
cara dan gaya pengajaran guru di dalam kelas. Faktor pengajaran guru yang sukar difahami oleh
murid mempengaruhi prestasi pelajar dalam penulisan.
Ini dibuktikan melalui kajian Abdul Rasid Jamian (2001) ke atas sekumpulan murid Cina
di sebuah sekolah di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa hampir 70 peratus daripada
responden mengakui bahawa mereka gagal memahami apa yang diajar oleh guru. Selain itu, 62
peratus murid menyatakan bahawa faktor teknik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran
kemahiran menulis karangan memberi sumbangan yang besar dalam membantu meningkatkan
prestasi murid dalam karangan. Kajian ini juga mendapati perkara pertama mengapa situasi ini
berlaku adalah disebabkan oleh minat murid-murid Cina dalam pengajaran Bahasa Melayu
adalah kurang. Keadaan ini menyebabkan pencapaian mereka dalam penulisan karangan dan
kertas Bahasa Melayu turut terjejas.
Penggunaan bahan rangsangan tanpa teknik yang berkesan, mendorong kepada kelemahan
penguasaan kemahiran penulisan. Kajian Abdul Rasid Jamian (2001) menunjukkan faktor teknik
guru menyumbang kepada kelemahan penguasaan kemahiran menulis. Dapatan ini disokong
dengan kajian Shahabudin Hashim dan Rohizani Yaakub (2003) yang berkaitan dengan kesan
teknik sumbang saran ke atas pencapaian murid bukan Melayu dalam kemahiran karangan
peringkat menengah atas. Kajian dibuat terhadap 60 orang murid yang mewakili dua kelas
tingkatan empat. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara murid kumpulan eksperimen dengan murid kumpulan kawalan dalam peringkat praujian.
Pencapaian murid kumpulan eksperimen dalam pasca ujian ialah 65 % berbanding dengan
pencapaian murid kumpulan kawalan iaitu 69%.
Dalam kajian Noor Aainah Ag. Jaafar (2007), program atau kaedah ‘Salin dan Jalin’ yang
dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir didapati
terdapat murid menunjukkan keupayaan mereka menulis karangan dalam jumlah perkataan yang
sepatutnya. Meskipun masih ada sebilangan kecil yang kurang menyerlah tetapi usaha yang
dibuat melalui kajian tindakan itu telah membuahkan hasil. Setelah melaksanakan aktiviti kajian
selama beberapa minggu ternyata aktiviti yang dilaksanakan telah dapat membantu murid untuk
menulis karangan dengan menggunakan jumlah perkataan yang sepatutnya iaitu
sekurangkurangnya 350 patah perkataan. Keputusan kajian menunjukkan bilangan murid yang
menulis lebih daripada 450 patah perkataan ialah 10 orang (markah lebih 60%), 350 - 449 patah
perkataan ialah 15 orang (markah 55 – 59%), 320 patah perkataan 3 orang (markah 50 – 54%),
300 patah perkataan dua orang (markah 35 – 49%).
Kajian yang dilakukan oleh Salleh Utah (1989), pula telah membincangkan kesilapan
tanda baca yang sering dilakukan oleh murid sekolah rendah dalam penulisan. Hal ini meliputi
tanda noktah, koma, pengikat kata dan sebagainya. Kajian Salleh Utah ini, meliputi pelbagai
aspek kesalahan bahasa dan melihat kesalahan murid dalam penulisan bahasa Melayu.
Sementara itu, Md Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Salee Rahamad (1998), misalnya
menghasilkan buku Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk penulisan. Terdapat satu
bab yang khusus membincangkan makna tanda bacaan dan fungsinya dalam penulisan. Setiap
tanda bacaan ditafsir dan diberi contoh yang betul dalam penggunaannya.
Mat Alwi Musa (2000), mengkaji kesilapan murid sekolah rendah dalam pembinaan
struktur ayat Bahasa melayu. Walaupun kajian ini memberi fokus kepada pembinaan struktur
ayat, pengkaji dapat menggunakan kajian sebagai satu panduan kepada pengkaji untuk
meneruskan kajian ini. Begitu juga dengan kajian yang yang dilakukan oleh Mohd Rafi Md.
Ariffin (2002). Beliau mengkaji tentang kelemahan penggunaan tanda bacaan murid tingkatan
empat di sebuah sekolah dalam aspek penulisan.
Hj Muhammad Salehuddin Aman (2005), dalam buku beliau bertajuk Mari Kita
Berbahasa, jilid 1, membincangkan tentang penggunaan tanda koma yang betul. Sebenarnya,
masih banyak kekeliruan tentang penggunaan koma sebelum kata hubung dan dalam penulisan.
Pengkaji perlu mengetahui tentang hal ini supaya dapat memberi penerangan dengan tepat dan
tidak mengelirukan pembaca. Pengkaji juga menggunakan penulisan ini sebagai panduan semasa
menjelaskan penggunaan tanda baca koma dengan betul.
Kajian yang telah dilakukan oleh Mashitah (2005) yang mengkaji keberkesanan
penggunaan teknik pembelajaran berkoperatif dalam penulisan karangan murid, mendapati
bahawa tekik pembelajaran koperatif memberi kesan yang postif kepada murid-murid untuk
menghasilkan karangan masing-masing.
Abdul Haris Fadzillah Jaafar (2006), telah membuat kajian tentang kesalahan berbahasa
murid sekolah menengah. Kajian beliau ini meliputi pelbagai aspek kemahiran berbahasa
termasuklah tanda baca. Kajian ini tidak terperinci tentang tanda baca semata-mata, tetapi
meliputi kesalahan berbahasa secara keseluruhan dalam kalangan pelajar.
Asnida Ghani (2006), dalam kajian beliau bertajuk Strategi mengajar tanda baca, beliau
membincangkan kaedah, teknik dan pendekatan yang perlu dan boleh digunakan oleh guru-guru
dalam pengajaran tanda bacaan dengan lebih baik dan tepat. Dalam kajian beliau, menerangkan
untuk mengajar penggunaan tanda baca yang betul, guru-guru perlu mahir terhadap penggunaan
tanda baca.
Hameelah Adnan (2006), dalam kajian kes yang telah beliau jalankan bertajuk
Meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam mata
pelajaran bahasa Melayu menggunakan kaedah imlak. Kajian ini membincangkan masalah
penggunaan imbuhan dalam penulisan. Kaedah imlak digunakan untuk mengatasi masalah
tersebut. Sementara itu, Mohd Yasser Jamaluddin (2010), pula mengkaji penggunaan kaedah
imlak untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan tanda baca dengan menjelaskan
kaedah imlak berupaya meningkatkan kemahiran menulis murid menggunakan tanda baca dalam
penulisan.
2.4 RUMUSAN
Tinjauan lampau merupakan satu kepentingan bagi melengkapkan kajian ilmiah yang hendak
dibuat. Ini kerana, dengan adanya pembacaan sebegini pengkaji dapat membuat sesuatu kajian
yang baharu dan memberi manfaat kepada dunia pendidikan. Pembacaan ini juga diharap dapat
memberi panduan kepada pengkaji untuk menentukan corak kajian yang akan dilakukan. Selain
itu, dengan membuat kajian terhadap kajian lampau, pengkaji dapat mengkaji aspek terkini yang
diperlukan oleh sesuatu bidang itu untuk meningkatkan prestasi dan kualiti penulisan kajian ini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Kajian ini bermatlamat untuk melihat keberkesanan kaedah imlak dalam meningkatkan
kemahiran penggunaan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu Tahap Dua.
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan dan menghuraikan kaedah penyelidikan yang
digunakan sepanjang kajian dijalankan. Setiap kajian berbentuk ilmiah mestilah mematuhi
peraturan dan langkah langkah yang betul bagi memastikan kelancaran kajian itu dibuat. Ia
bertujuan untuk memastikan kaedah pengumpulan data yang bersesuai dengan matlamat dan
objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan kaedah-kaedah
kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang
dijalankan.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif
iaitu pendekatan deskriptif melalui kaedah tinjauan dengan penggunaan borang selidik dan
ujian Pra dan Pos ke atas murid darjah 6 di sekolah yang dikaji. Borang soal selidik yang
digunakan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A adalah latar belakang responden dan
Bahagian B berkenaan dengan tahap penyampaian dan pengajaran guru bahasa Melayu dan
tahap penguasaan murid terhadap penggunaan tanda baca. Bagi memperolehi maklumat yang
diperlukan, instrumen soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat dan data yang
diperlukan. Sebahagian kecil instrumen soal selidik dibina berdasarkan soal selidik kajian
Jeyagobi Dhamodarem (2008) di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan Daerah
Nabawan, Sabah berkaitan persepsi dan sikap guru terhadap kemahiran menulis dan
sebahagiannya lagi dibina sendiri oleh pengkaji bagi kesesuaian dengan tajuk yang ingin dikaji.
Menurut Izham (2000), menjelaskan bahawa kebanyakkan penyelidikan boleh dijalankan
dengan menggunakan borang soal selidik kerana responden boleh mengambil masa yang sesuai
untuk menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberi maklumat yang lebih baik
kepada pengkaji. Soal selidik adalah alat formal yang digunakan bagi memperolehi maklumat
secara langsung daripada responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang
penyelidik.
Ujian Pra diberikan kepada murid tahap dua adalah untuk mengesan sejauhmana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap penggunaan tanda baca dalam penulisan
bahasa Melayu. Manakala ujian Pos pula dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid
terhadap penggunaan tanda baca dalam penulisan bahasa Melayu setelah kaedah imlak
digunakan untuk melihat peningkatan penguasaan murid. Penyelidik juga menggunakan
maklumat dari sumber lain seperti daripada buku rujukan, jurnal dan kajian-kajian lepas dari
sumber internet.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Model pengajaran Robert Glaser (1962) . model
ini dipilih untuk digunakan dalam kajian ini kerana model ini sesuai untuk membantu murid
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru dengan langkah demi langkah.
Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran murid berkaitan pengetahuan
berprosedur. Model pengajaran ini membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen
iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian.
Menurut Robert, proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran yang
sesuai. Objektif pengajaran ini menerangkan kehendak hasil pencapaian yang dapat dikuasai oleh
murid-murid selepas proses pengajaran berlaku. Robert Glaser menghuraikan pengetahuan sedia
ada sebagai tingkah laku dalam proses pengajaran. Guru menggunakan pengetahuan sedia ada
murid bagi menentukan objektif pengajaran yang sesuai serta merancang dan melaksanakan
rancangan mengajarnya. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan pengetahuan sedia ada
murid terhadap tanda baca
Dalam model pengajaran ini, kaedah mengajar merupakan komponen ketiga ialah
kaedah mengajar. Kaedah ini menurut Robert merupakan satu siri aktiviti pengajaran yang
sistematik. Kaedah yang dipilih oleh penyelidik ialah kaedah imlak, bagi tujuan melihat
keupayaan murid dalam penulisan bahasa Melayu. Sementara penilaian merujuk pentaksiran
hasil pencapaian dalam proses pengajaran yang dilakukan.
Pentaksiran ini meliputi penilaian objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada dan kaedah
mengajar. Cara menilai biasanya terdiri daripada aktiviti soal jawab, pemerhatian dan ujian.
Hasil penilaian ini memberikan maklum balas yang membolehkan guru mengesan kelemahan
dan kebaikan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Hal ini seterusnya membolehkan guru
mengubah suai rancangan dan kaedah mengajar guru. Dalam kajian ini, pentaksiran yang telah
dipilih oleh penyelidik ialah ujian pra dan pos untuk menilai tahap pencapaian murid.
Mengenalpasti keberkesanan
Input Aplikasi Model: 1.Objektif pengajaran kaedah imlak dalam
2.Pengetahuan sedia ada meningkatkan penggunaan tanda
Model pengajaran 3.Kaedah mengajar
baca.
Robert Glaser 4.penilaian Menganalisis frekuensi murid
(1962) dalam penulisan bahasa Melayu.
3.3 PERSAMPELAN
Dalam kajian ini, sampel kajian melibatkan murid tahap dua Sekolah Kebangsaan Magandai
iaitu seramai 80 orang murid . Murid tahun 6 dipilih sebagai sampel kajian utama iaitu seramai
20 orang terdiri 10 lelaki dan 10 orang perempuan. Pemilihan sampel utama adalah secara bukan
rawak iaitu pengkaji menentukan sampel yang dipilih.
Untuk memastikan objektif kajian tercapai, pengkaji menggunakan beberapa alat untuk
melaksanakan kajian ini. Alatan kajian ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat
yang betul dan jelas bagi melancarkan kajian. Alatan yang digunakan untuk kajian ini ialah:
1. Panduan (Manual) tanda baca
2. Borang soal selidik
3. Kertas ujian Pra dan Pos
Untuk memastikan kajian yang dijalankan ini berjalan dengan lancar, pengumpulan data mesti
dibuat mengikut prosedur berikut:
Pengkaji memilih Sekolah Kebangsaan Magandai iaitu di Kota Marudu, Sabah merupakan
tempat pengkaji mengajar sebagai lokasi kajian bagi memudahkan pungutan data dijalankan.
Selain itu, pengkaji memilih murid tahap dua sebagai sampel kajian. Proses pengumpulan data
dilakukan setelah mendapat kebenaran guru besar bagi menjalankan kajian ini. Semua data yang
dikumpul akan direkod bagi memudahkan penganalisisan data dijalankan.
Rajah 2.0 Prosedur pengumpulan data
Kesemua data yang diperolehi daripada responden melalui edaran borang soal selidik dan ujian
Pra dan Pos dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk rajah bagi memudahkan penganalisisan
data. Bagi maklumat seperti latar belakang responden boleh dikategorikan sebagai
pembolehubah nominal yang dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan
hubungan di antara satu sama lain.
Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk
menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item yang dikemukakan. Proses tersebut
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah latar belakang responden dan
Bahagian B berkenaan dengan tahap penyampaian dan pengajaran guru bahasa Melayu dan
tahap penguasaan murid terhadap penggunaan tanda baca.
3.7 RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Tumpuan utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat tentang masalah-
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan murid. Selain itu, kajian ini
juga untuk melihat hubungan latihan dan teknik pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan terhadap markat pencapaian murid dalam penulisan karangan. Hasil maklumat
diperoleh daripada murid-murid melalui alat soal selidik dan ujian pra dan pos digunakan
mendapatkan data.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdul Talib, 2000. Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala
Abdul Hamid Mahmood (2006). Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Hamid Mahmood (2012). Gunakan Bahasa Melayu yang Betul.Betulkan Kesalahan
Bahasa Anda . Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printext
(M) Sdn. Bhd.
Ahmad Subki Mikson dan Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar.
Asnida Ghani. (2006 ). Strategi mengajar tanda baca:Ttesis master. Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah Hassan. (1987). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Melayu. Cetakan ke-8.
Abdullah Hasan, Idris Radzi dan Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:
Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rahman Abd. Aziz. (2007). Humor Dalam Pengajaran. PTS Professional:
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisyam Baharin. (2007). Prinsip
Abdul Hamid Mahmood dan Ab. Rahman Ab. Rashid. (2002). Teknik Pengajaran
Sastera dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Ghani Abdullah. (2005). Penggunaan Humor dalam Pengajaran Bahasa. Paradise Resort:
Pulau Pinang.
Abdul Ghani Ahmad. (2000). Tahap Kemahiran Bertutur Bahasa Arab antara Jantina. Jurnal
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia.
Bandura. (1925). Bahasa dan Budaya: Pemikiran Melayu. Penerbit Universiti Malaya: Kuala
Lumpur
Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani, 2012. Siri Pengajian Bahasa Melayu : Bahasa Melayu
II Akademik. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad, 2011. Siri Pendidikan Guru : Literasi Bahasa Melayu. Selangor :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konting. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Mohd Nasir Hassan. (2002). Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran
Mohd Nor Jaafar. (2005). Kajian Stress Guru Pelatih Praktikum KPLI J.QAF: Institut
1. Jantina
Lelaki Perempuan
a. Minat
b. Kurang berminat
c. Tidak berminat
b. Darjah 2
4. Berapa kali anda membuat latihan penulisan bahasa Melayu sama ada di sekolah atau di
rumah ?
a. Setiap hari
b. Seminggu sekali
c. Seminggu 3 kali
d. Tidak pernah
BAHAGIAN B
Bil Item 1 2 3 4 5
1. Saya suka guru yang mengajar saya Bahasa Melayu di sekolah.
8. Saya suka teknik kaedah imlak yang digunakan oleh guru untuk
meningkatkan kemahiran penggunaan kata hubung dalam
penulisan bahasa Melayu.