Anda di halaman 1dari 1

Sharifah Izzati Binti Megat Panji Alam

DBS170721380
Sec AC2.1

Refleksi jihad dalam Islam

Apa yang saya fahami tentang dalam tajuk ini ialah tamadun Islam diasaskan
kepada akidah serta diikat dengan syariah, akhlak dan prinsip-prinsip tertentu. Ia
menekankan fungsi al-Quran terhadap pembangunan ummah dan tidak terbatas
kepada sesuatu bangsa, warna kulit dan lain-lain. Jihad dalam Bahasa Arab
bermaksud usaha tenaga. Mujahid pula bermaksud seseorang yang berusaha
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu ke jalan Allah. Secara keseluruhan
jihad bererti mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan berperang di jalan
Allah dengan jiwa, harta dan lisan.

Selain itu, kelahiran tamadun Islam datang daripada dorongan ajaran Islam supaya
manusia menuntut ilmu untuk menunjukkan jalan kemajuan dalam hidup. Menuntut
ilmu juga adalah suatu jihad dalam Islam. Seperti mana wahyu pertama diturunkan
yang menyebut perkataan ‘Iqra’ sebanyak 2 kali adalah symbol kepentingan belajar
dan menuntut ilmu pengetahuan dalam Islam. Seterusnya, kelahiran tamadun Islam
didorong oleh beberapa factor iaitu pandangan alam semesta, ilmu, usaha dan
kesungguhan, sikap keterbukaan dan kreatif serta peraturan dan akhlak.

Terdapat pelbagai sumbangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu seperti
tafsir hadis dan fiqah, astronomi, matematik, geografi, perubatan dan kesenian.
Sebagai contoh, Ibn Haytam seorang tokoh jurusan optic yang banyak membuat
kajian ke atas struktur dan penyakit mata, terutamanya berkenaan masalah fungsi
penglihatan.

Anda mungkin juga menyukai