Anda di halaman 1dari 14

(1) Definisi al-‘ijaz al-ilmi

1- Perkhabaran al-Quran dan hadis berkenaan reality yang disahkan kebenarannya oleh ilmu
sains serta terbukti ia tidak dapat diketahui melalui instrument manusia pada zaman
Rasulullah
2- Ketetapan makna perkataan dari al-Quran dan al-Sunnah serta jelas petunjuknya dengan
fakta sains yang tidak diketahui pada zaman penurunan al-Quran melainkan selepas
menjalani uji kaji bertujuan untuk membuktikan kebenaran risalah yang dibawa oleh nabi
Muhammad s.a.w daripada Allah

(2) Definisi al-tafsir al-ilmi


1- Ilmu untuk memahmi kitab Allah yang diturunkan kepda nabi Muhammad s.a.w dan
memahami ketrangan makna-maknanya dan mengeluarkan segala hikmah serta hukum
2- Tafsir yang membincangkan tentang perkara saintifik dan ilmiah dalam ayat al-Quran
dan berusaha mengeluarkan pelbagai ilmu dan pandangan secara falsafah daripadanya

(3) Sejarah perkembangan kajian mukjizat saintifik pada era kurun ke-19
- Muhammad Ali Pasya telah mengambil alih pemerintahan Mesir pada tahu 1805 dari
tangan puak Mamluk mengimpikan sebuah utopia Mesir yang ideal
- Beliau telah menghantar pelajar dari kalangan rakyat Mesir yang memiliki tahap
kecerdasan otak yang tinggi ke Perancis untuk medalami pelbagai ilmu moden untuk
melaksanakan pembangunan di Negara Mesir
- Beliau telah menghantar beberapa ulama al-Azhar bagi memastikan aspek kerohaniah
pelajar tidak terabai
- Sekembali mereka ke tanah air, telah berlaku transformasi dalam kesarjanaan dan
kemajuan material umat Islam
- Kombinasi pengetahuan agama dan ilmu sains dilihat suatu kesepaduan yang unik
- Saintis yang memahami al-Quran dan ulama yang mahir dalam bidang sains mula
memandang pemadanan al-Quran dan sains suatu ubat yang mujarab menyembuhkan
tekanan perasaan serta vaksin yang berkesan dalam mencegah virus penyelewengan
agama dalam kalangan rakyat Mesir
- Kolaborasi ini bagi mengembalikan keyakinan dan keimanan rakyat Mesir terhadap Islam
secara amnya dan al-Quran dan al-Sunnah secara khususnya
- Perkembangannya semakin pesat bila mana ilmu ini didokumentasikan dengan
bersistematik
- Penulisan awal dalam bidang tafsir al-‘ilmi adalah kitab Kasyfu al-Asrar al-Nuraniyyat
al-Quraniyyat fima Yata’allaq bi al-Ajram al-Samawiyyat wa al-Ardiyyat wa al-
Hayawanat wa al-nabatat wa al-Jawahir al-Ma’danuyyat karangan Muhammad bin
Ahmad al-Iskandarani
- Kitab ini membicarakan secara tuntas perkaitan ayat al-Quran dengan elemen sains
namun aspek kemukjizatan tidak diserlahkan kerana penulisan ini tertumpu pada
penghuraian ayat dan kalimah al-Quran menurut kaca mata sains
- Penulisan yang dianggap penting dalam abad ke-19 ialah kitab Tabai’ al-Istibdad wa
Masari’ al-Istib’ad karangan ‘Abdu al-Rahman al-Kawakibi
- Penulisan kitab ini menunjukkan bahawa aspek kemukjizatan saintifik mula dikesan
dengan wujudnya korelasi di antara data saintifik dengan al-Quran
(4) Sejarah perkembangan kajian mukjizat saintifik pada era kurun ke-20
- Era keemasan dalam sejarah perkembangan tafsir al-Ilmi kerana kajian yang lebih
holistik berkenaan hubung kait al-Quran dengan data saintifik sehingga membawa
kemunculan ilmu Mukjizat Sains
- Terhasilnya puluhan kitab oleh cendiakawan Muslim
- Terdapat satu kitab yang menggunakan metodologi tafsir al-Ilmi sepenuhnya dalam
menafsirkan ayat iaitu al-Jawahir fi Tafsir al-Quran al-Karim karangan Tantawi bin
Jawhari al-Misri
- Ilmu Mukjizat Sains yang berevolusi dari penafsiran al-Quran secara sains telah
menunjukkan sinarnya apabila muncul kitab yang membicarakan secara terperinci
berkenaan mukjizat sains iaitu kitab al-Islam Yutahadda karangan Wahid al-Din Khan
- Kitab ini merupakan penulisa terawal yang memenuhi piawaian yang dikehendaki dalam
bidang mukjizat sains al-Quran dan pemikiran moden
- Penulisan kitab ini telah dijadikan sebagai kurikulum university di 6 buah negara Arab
- Perkembangan ilmu mukjizat al-Quran semakin pesat apabila tertubunya Yayasan I’jaz
al-‘Ilmi di Universiti Raja Abdul Aziz pada tahun 1979
- Yayasan I’jaz al-Ilmi ditukar nama kepada Markas al-Ilmi pada tahun 1982 dan
dikelolakan oleh Pejabat Kajian al-Quran di bawah Majlis Tertinggi Masjid-masjid
Antarabangsa
- Setahun kemudian majlis tertinggi telah menukar nama menjadi Pertubuhan al-I’jaz al-
‘Ilmi fi al-Quran wa Sunnat
- Pada tahun 2002, pertubuhan ini dikenali sebagai Hai’at al-‘Alamiyyat li-I’jaz al’Ilmi fi
al-Quran wa Sunnat
- Pertubuhan ini telah menjalankan pelbagai wacana kesarjanaan melalui seminar, forum,
penerbitan dan lain-lain
- Kepesatan perkmbangan ilmu mukjizat sains yang berada ditahap maksimum
menyebabkan berlaku kelompongan ilmu di kalangan ilmuan Muslim tatkala mereka
cuba mnceburi bidang ini
- Disiplin ilmu mukjizat sains yang dikenali sebagai Ta’sil al-I’jaz al-Ilmi fi al-Quran wa
Sunnat telah disusun oleh cendiakawan Muslim pada Konvensyen Antarabangsa di
Islamabad, Pakistan
- Ia juga berfungsi sebagai penanda aras atau piawaian dalam menentukan keabsahan
sesuatu kajian saintifik terhadap al-Quran atau Sunnah

(5) Senaraikan 5 kepentingan tafsir al-Ilmi


1- Sebagai dalil kewujudan dan membuktikan keesaan Allah
2- Menunjukkan keharmonian antara al-Quran dengan sains
3- Sains memantapkan kefahaman al-Quran dan kemantapan iman
4- Mengasah akal supaya berfikir dan suka mengkaji
5- Melawan hujah orang yang tidak mempercayai kenabian nabi Muhammad s.a.w dan
kebenaran al-Quran
(6) 5 syarat mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan metod al-Tafsir al-ilmi
1- Hendaklah iltizam dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan oleh golongan yang
menerimanya
2- Tidak menafsirkan ayat-ayat kauniyyat melainkan dari 2 golongan :
 Mereka yang ahli dalam bidang pengajian ilmi Tabi’at (Kauniyyat)
 Mereka yang ahli dalam bidang ilmu Tafsir
3- Tidak memperluaskan perbincangan di dalam mentafsir ayat sehingga dapat
mengeluarkannya daripada 1 kitab kepada kitab kajian ilmiah di dalam tajuk-tajuk
tertentu
4- Jangan memisahkan ayat-ayat yang mmpunyai hubungan yang amat rapat di antara satu
sama alain di dalam tajuk-tajuknya
5- Hendaklah beriman bahawa sesungguhnya Kauniyyat di dalam al-Quran adalah satu
hakikat yang tidak bertentangan dengan alam yang dilihat dan setiap pertentangan adalah
disebabkan sama ada pendeknya kajian ilmu atau menyempitkan makna nass
6- Hendaklah tidak ditafsirkan al-Quran dengan tafsiran ilmiah melainkan dengan
keyakinan dan bukannya dengan teori-teori atau andaian-andaian

(7) Namakan 3 orang ulama’ yang menerima al-Tafsir al-ilmi dan kemukakan hujah
mereka
1- Al-Ghazali
- Setiap ilmu termasuk dalam perbuatan Allah dan sifat-sifatNya dan ilmu-ilmu ini
tiada penghujung
- Ianya hanya dapat ditemukan oleh orang-orang yang memahaminya
- Segala ilmu yang terdahulu dan terkemudian, yang diketahui atau yang belum
diketahui adalah bersumberkan al-Quran
- Hal ini dibuktikan dengan banyaknya penemuan yang telah dilakukan oleh al-Ghazali
sebagai pembuktian akan kebenaran sains yang banyak dijelaskna dalam al-Quran

2- Jalaluddin Assayuti
- Menggunakan hujah yang sama seperti al-Ghazali
- Hakikat seluruh ilmu itu bersumberkan al-Quran

3- Harun Yahya
- Perkembangan ilmu pengetahuan moden kini memperbanyakkan lagi kemunculan
hasi-hasil penafsiran bercorak ilmi
- Penafsiran seperti ini biasanya menekankan kepada perbahasan tentang ayat-ayat
kauniyyat yang ditafsirkan menggunakan penemuan-penemuan ilmiah sebagai
penjelasan dari ayat-ayat kauniyyat tersebut

(8) Namakan 3 orang ulama’ yang menolak tafsir al-ilmi dan kemukan hujah mereka
1- Muhammad Mustapha Maraghi
- Wajib bagi kita tidak mentafsirkan al-Quran dan sains dengan ayat al-Quran
- Apabila adanya persamaan antara zahir ayat dengan hakikat sains yang tetap (thabit)
maka hendaklah kita menafsirkan dengannya
- Al-Quran didatangkan dengan asas-asas umum bagi semua perkara yang manusia
perlu tahu bagi mencapai darjat kesempurnaan
- Tafsir yang membahaskan ayat kauniyyat dalam al-Quran dan seterusnya
mentafsirkan berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang tidak
berubah-ubah yang mana ia bukanlah ciptaan nabi Muhammad s.a.w tetapi salah satu
cabang I’jaz al-Quran

2- M. Quraish Shihab
- Harus membezakan antara penafsiran dan pemahaman mufassir yang bersifat
sementara
- Oleh itu, seorang mufassir boleh memahami ayat dengan pemahaman ilmiah tetapi
jangan menamakan ia tafsir

3- As-Syatibi
- Al-Quran bukan buku ilmu penegetahuan tetapi ia adalah kitab yang membawa
petunjuk bagi manusia
- Untuk memahami al-Quran, tidak perlu mengaitkan ayat al-Quran dengan kebenaran
ilmiah dan teori-teori ilmu alam
- Cukup dengan memahami ayat al-Quran dengan mengungkapkan makna yang
ditunjukkan oleh teks ayat dan benar-benar sesuai dengan konteksnyatanpa
melangkah terlalu jauh ke makna yang tidak ditunjukkan oleh teks ayat

(9) Huraikan 7 peringkat kejadian manusia berdasarkan ayat 12-14 dalam surah al-
Mu’minun dan ketepatannya dengan penemuan ahli sains
o Proses kejadian manusia menurut al-Quran
1- Peringkat pertama
ۡ‫ين‬
ٖ ‫نۡط‬ ِ ‫س َٰلَلَ ٖة‬
ِ ‫ۡم‬ َ َٰ ‫ٱۡلن‬
ُ ۡ‫سنَۡۡ ِمن‬ ِ ۡ‫َولَقَدۡۡ َخلَقنَا‬
Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dari pati dari tanah”.

- Allah menciptakan manusia dari tanah


- Tanah adalah kombinasi puluhan unsur-unsur yang berlainan
- Contoh : tulang manusia terdiri daripada kalsium dan fosforus sebgai bahan asas utama.
Daging manusia pula terbentuk daripada protein, lemak dan serat. Protein sendiri terdiri
daripada oksigen, hydrogen, nitrogen, karbon dan sulfur

2- Peringkat kedua

ٖ ‫ث ُ َّمۡ َج َعل َٰنَهُۡنُطفَ ٗةۡ ِفيۡقَ َر ٖارۡ َّم ِك‬


ۡ‫ين‬
Maksudnya : “kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada penepatan yang
kukuh”.

- Bahan-bahan pilihan tertentu daripada tanah akan dijadikan nutfah


- Nutfah bermaksud air yang sedikit
- Seorang lelaki menghasilkan di antara 200-250 juta ekor sperma tetapi kuantiti yang
diperlukan untuk pembentukan anak adalah menyamai setitik sahaja atau kurang
- Ovum yang dihasilkan oleh wanita juga mempunyai bentuk yang menyerupai nutfah
- Allah telah menjelaskan 2 sifat penting yang terdapat bagi rahim iaitu “Qarar” yang
bermaksud tempat tinggal/tempat takungan air dan “Makin” yang bermaksud kukuh
 Qarar : rahim memainkan peranan sebagai tempat tinggal dan melindungi
daripada bahaya dari luar
 Makin : sifat yang ditunjukkan oleh kedudukan rahim pada tubuh si ibu iaitu
kukuh dan tegap

3- Peringkat ketiga
ۡ‫ث ُ َّۡمۡ َخلَقنَاۡٱلنُّطفَ ۡةَۡ َعلَ َق ٗة‬
Maksudnya : “kemudian Kami ciptakan nutfah itu menjadi alaqah”.

- Benih campuran yang menyerupai titisan air (nutfah) akan diciptakan menjadi alaqah
- Alaqah bermaksud sesuatu yang melekat, lintah & darah beku yang pekat
- Bermula hari ke-14 hingga hari ke-24
- Darah daripada ibu mula masuk ke dalam janin bagi pembentukan organ-organ asas
- Keadaan janin pada ketika ini adalah dihimpunkan darah yang pekat

4- Peringkat keempat
ۡ‫فَ َخلَقنَاۡٱل َعلَ َق ۡةَۡ ُمضغ َٗة‬
Maksudnya : “lalu Kami ciptakan alaqah menjadi mudghah”.

- Janin manusia yang bercirikan “nutfah” dengan segera diciptakan menjadi “mudghah”
- Mudghah – sesuatu yang dikunyah oleh gigi
- Somites (bongkah tulang belakang) terbentuk bermula pada hari ke-19
- Beransur-ansur menyerupai bekas gigitan pada hari ke-25

5- Peringkat kelima
َ َٰ ‫فَ َخلَقنَاۡٱل ُمضغَ ۡةَۡ ِع‬
‫ظ ٗما‬
Maksudnya : “lalu Kami ciptakan mudghah itu menjadi beberapa tulang”.

- Janin manusia yang yelah menyerupai sesuatu itu akan diciptakan menjadi beberapa
tulang
- Pembentukan tulang berlaku pada janin manusia pada minggu ke-6 dan ke-7

6- Peringkat keenam
َ َٰ ‫سونَاۡٱل ِع‬
‫ظ َۡمۡلَح ٗما‬ َ ‫فَ َك‬
Maksudnya : “lalu Kami balut tulang-tulang dengan daging”.

- Proses ini adalah pembalutan tulang-tulang yang sedang membentuk dengan daging
secara serentak
- Minggu ke-6 : otot skeletel masih dalam keadaan cebisan tisu
- Minggu ke-8 : otat skeletel telah membalut tulang manusia

7- Peringkat ketujuh
ۡ‫ث ُ َّمۡأَنشَأ َٰنَهُۡخَلقًاۡ َءاخ ََر‬
Maksudnya : “setelah itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain (sifat keadaannya)”.

- Setelah janin dibalut dengan daging atau otot, ia akan dijadikan sebagai makhluk lain
- Sehingga hari ke-41, janin manusia masih belum mendapat rupa manusia
- Ia hanya dapat dibezakan setelah peringkat fetus

o Proses kejadian manusia menurut sains


1- Tahap pre-enbrionik
- Zigot tumbuh membesar melalui sel
- Terbentuklah segumpal sel yang kemudia membenamkan diri pada dinding rahim
- Sel-sel penyusun mengatur diri membentuk 3 lapisan
2- Tahap embrionik
- Berlaku selama 5 minggu setengah
- Bayi ketika ini disebut “embrio”
- Organ dan sistem tubuh bayi mula terbentuk dari lapisan sel tersebut
3- Tahap fetus
- Bermula sejak bulan ke-8 dan berakhir pada masa kehamilan
- Fetus kelihatan seperti manusia dengan wajah, kedua tangan dan kakinya
- Berlangsung selama 30 minggu

(10) Selepas pembentukan tulang manusia dalam rahim bunya, Allah menyatakan bahawa
Dia menjadikannya makhluk yang berbentuk lain. Apakah yang dimaksudkan dengan
pernyataan tersebut?
- Sehingga hari ke-41, janin manusia masih belum mendapat rupa manusia
- Janin manusia tidak dapat dibezakan daripada haiwan-haiwan lain melainkan setelah
peringkat fetus

(11) Jelaskan fakta daripada al-Quran dan persamaanya dengan teori sains mengenai
permulaan alam serta fenomena pengembangannya
ۡ‫َاۡمنَ ۡٱل َما ٓ ِۡءۡ ُك َّل‬ َ ‫اۡرت ٗقاۡفَفَتَق َٰنَ ُه َم ۖا‬
ِ ‫ۡو َج َعلن‬ َۡ ‫تۡ َۡوٱۡلَر‬
َ َ ‫ضۡ َكانَت‬ َّ ‫أ َ َۡوۡلَمۡيَ َرۡٱلَّذِينَۡۡ َكفَ ُر ٓواْۡأ َ َّنۡٱل‬
ِۡ ‫س َٰ َم َٰ َو‬
ۡ ۡ٣٠ۡ َ‫شَيءٍ ۡ َحي ٍۡأَفَ ََلۡيُؤ ِمنُون‬
Maksudnya : “dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah satu yang padu. Kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan dari
air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka jua tidak beriman”.

- Langit dan bumi pada suatu masa dahulu adalah suatu unit yang satu, berganding antara
satu sama lain dan berlapis
- Kemudian Allah memisahkannya menjadi 7 langit dan bumi
- Ahli sains menyedari bahawa alam semesta ini asalnya kecil dan pada titik tertentu
alam ini pasti datangnya dari titik yang sama
- Titik ini dinamakan Big Bang
- Alam semesta yang mengembang ini adalah bersifat sementara dan berpenghujung

(12) Nyatakan 2 ayat al-Quran dan 1 hadis nabawi serta terjemahannya yang
membicarakan tentang fenomena lautan yang mempunyai api
ۡ ۡ٦ۡ‫ور‬
ِۡ ‫ۡ َۡوٱلبَح ِۡرۡٱل َمس ُج‬
Maksudnya : “lautan di dalam tanahnya ada api”.
Al-Tur (52) : 6

ۡ ۡ٦ۡ‫س ِج َرت‬ ُۡ ‫ۡ َوإِذَاۡٱلبِ َح‬


ُ ۡ‫ار‬
Maksudnya : “dan apabila lautan dipanaskan”.
Al-Takwir (81) : 6

ۡ ‫ۡوتحتۡالنارۡبحرا‬،‫إنۡتحتۡالبحرۡنارا‬
Maksudnya : “Sesungguhnya di bawah lautan terdapat api dan di bawah api terdapat lautan”

(13) Nyatakan dalil daripada al-Quran berkaitan dengan bahan api yang berasal daripada
tumbuhan hijau
ِ ُ ‫ض ِۡرۡن َٗاراۡفَإِذَآۡأَنت‬
ۡ ٨٠ۡ َ‫مۡمنهُۡتُوقِدُون‬ َ ‫ش َج ِۡرۡٱۡلَخ‬ ِ ‫ٱلَّذِيۡ َج َع َلۡلَ ُك‬
َّ ‫مۡمنَ ۡٱل‬
Maksudnya :
“Dia yang menjadikan untukmu api dari tumbuhan hijau iaitu apabila kamu daripadanya
menyalakan”
Yasin (36) : 80

(14) Bincangkan ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Nahl yang mengandungi fakta-fakta
saintifik tentang lebah
- Allah telah mengilhamkan kepada lebah untuk membina sarang di gunung-gunung,
pokok dan bangunan.
- Lebah yang membina sarang dan mencari madu adalah lebah betina
- Lebah mempunyai kelebihan mengumpul debunga dan manisan tumbuhan
- Dikumpul dan disimpan dalam bahagian saluran makanan yang dinamakan “perut
madu”
- Campuran manisan tumbuhan dengan enzim-enzim daripada air liur lebah mengubah
secara kimia gula yang terdapat dalam manisan dengan menyejat air berlebihan
sebelum bertukar menjadi madu
- Madu tersebut disimpan dalam perut ini sehingga ia dikeluarkan melalui mulut lebah
- Seekor lebah dapat mengumpulkan sekitar 10 gram madu dalam sehari
- Untuk mendapatkan madu sebanyak itu, seekor lebah perlu terbang sebanyak 60 kali
pergi dan balik

(15) Nyatakan dalil daripada al-Quran atau hadis berkaitan dengan matahari dan bulan
beredar mengikut orbit
ِ ‫ۡ َوٱلقَ َم َۡرۡقَدَّر َٰنَهُۡ َمن‬٣٨ۡ‫يم‬
ۡ‫َاز َلۡ َحت َّ َٰى‬ ِۡ ‫يزۡٱل َع ِل‬ ُ ‫سۡتَج ِريۡ ِل ُمستَقَ ٖرۡلَّ َهاۡ َٰذَ ِل َكۡتَقد‬
ِۡ ‫ِيرۡٱل َع ِز‬ ُۡ ‫شم‬ َّ ‫َوٱل‬
ۡ ٣٩ۡ‫ِيم‬ ِۡ ‫ونۡٱلقَد‬
ِۡ ‫َعادَۡ َۡكٱلعُر ُج‬
Maksudnya :
“Dan matahari berjalan di tempat pengedarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha
Perkasa Lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah tetapkan bagi bulan beredar melalui
beberapa peringkat sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembali semula ke peringkat
awalnya seperti tandan yang kering”.
Yasin (36) : 38-39

(16) Nyatakan ayat-ayat al-Quran atau hadis yang membicarakan tentang fenomena 2
lautan yang tidak bercampur

ِ َ‫خ ََّّۡلۡيَب ِغي‬ٞ َ‫ۡۡبَينَ ُه َماۡبَرز‬١٩ۡ‫ان‬


ۡ ۡ٢٠ۡ‫ان‬ ِ َ‫نۡيَلت َ ِقي‬
ِۡ ‫جۡٱلبَح َري‬
َۡ ‫َم َر‬
Maksudnya : “Dia membiarkan 2 lautan mengalir dan kemudiannya keduanya bertemu.
Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing”
Ar-Rahman (55) : 19-20

(17) Jelaskan ayat al-Quran dan tafsirnya yang mnjelaskan tentang ubun-ubun yang
berdusta serta kaitannya dengan penemuan ahli sains moden
ِ ‫َاصيَ ٖةۡ َٰ َك ِذبَةٍۡخ‬
ۡ ۡ١٦ۡ‫َاطئ َ ٖة‬ ِ ‫ۡن‬
Maksudnya : “Ubun-ubun yang berdusta yang bersalah”.
ِۡ َ‫صيۡ َۡوٱۡلَقد‬
ۡ ۡ٤١ۡ‫ام‬ ِ ‫فۡٱل ُمج ِر ُمونَۡۡبِسِي َٰ َم ُهمۡفَيُؤ َخذُۡبِۡٱلنَّ َٰ َۡو‬
ُۡ ‫يُع َر‬
Maksudnya : “orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda-tandanya, lalu dipegang
ubun-ubun dan kaki mereka”.

o Penemuan sains
- Ubun-ubunlah yng bertanggungjawab tentang penilaian tertinggi dan mengarah
peribadi manusia dan anggota tubuh
- Otak manusia yang sedang berdusta kelihatan berbeza dengan aktiviti otak yang sedang
bercakap benar
- Otak orang yang berdusta terdapat 7 kawasan yang aktif manakala otak orang yang
bercakap benar pula hanya 4
(18) Nyatakan dalil daripada al-Quran atau hadis dan tafsirnya yang menjelaskan tantang
kulit sebagai organ deria
ۡ‫َض َجتۡ ُجلُودُهُمۡبَدَّل َٰنَ ُهمۡ ُجلُودًاۡغَي َرهَا‬
ِ ‫فۡنُص ِلي ِهمۡن َٗاراۡ ُكلَّ َماۡن‬ َ ‫سو‬ َ ۡ‫نۡٱلَّذِينَۡۡ َكفَ ُرواْۡبِۡا َٰيَتِنَا‬
َّۡ ِ‫إ‬
ۡ ۡ٥٦ۡ‫يزاۡ َح ِۡك ٗيما‬ ً ‫ٱّللَۡ َكانَ ۡ َع ِز‬
َّۡ ۡ‫ابۡ ِإ َّن‬ َۡ َ‫ِل َيذُوقُواْۡٱلعَذ‬
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang kafir pada ayat Kami, kelak akan Kami
masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit merek hangus, Kami akan ganti kulit
mereka dengan kulit yang lain supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

(19) Nyatakan 3 ayat al-Quran atau hadis yang berkaitan dengan buah zaitun dan
senaraikan 3 khasiatnya menurut kajian saintifik
ِۡ ُ ‫ٱلزيت‬
ۡ ۡ١ۡ‫ون‬ َّ ‫ينۡ َۡو‬
ِۡ ِ‫َوٱلت‬
Maksudnya : “Demi buah Tin dan Zaitun”

ۡ ۡ٢٩ۡ‫اۡونَخ َٗل‬
َ ‫ون‬ٗ ُ ‫ۡ َوزَ يت‬
Maksudnya : “Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma”

ۡ ۡ‫ت‬ َۡ َ‫لۡ َۡوٱۡلَع َٰن‬


ِۡ ‫بۡ َو ِمنۡ ُك ِلۡٱلث َّ َم َٰ َر‬ َۡ ‫ٱلزيتُونَۡۡ َۡوٱلنَّ ِخي‬
َّ ‫عۡ َۡو‬ َّ ۡ‫يُ ۢن ِبتُۡۡلَ ُكمۡ ِب ِه‬
َۡ ‫ٱلزر‬
Maksudnya : “Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan tanaman-tanaman dan
pokok-pokok Zaitun dan Kurma serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan”.
‫ۡفإنهۡمبارك‬،‫كلواۡالزيتۡوادهنواۡبه‬
Maksudnya : “Makanlah zitun dan berminyaklah dengannya, sesungguhnya iapenuh
keberkatan”.

o Khasiat buah zaitun


1- Mencegah penyakit jantung, hipertensi, diabetis, obesiti
2- Menurunkan kolestrol
3- Menurangkan risiko kanser rahim
4- Mencegah kanser kulit gelap (melanoma)
5- Mengurangkan risiko terjadinya kanser payudara
6- Mencegah serangan kanser usus

(20) Definisi khatan


- Memotong lebihan kulit yang ada pada organ seks seperti kulit yang menutupi pucuk
kemaluan lelaki atau lebihan yang muncul ke permukaan pada kemaluan perempuan

(21) 4 faedah khatan menurut ilmu perubatan


1- Mencegah dari menghidap kanser zakar
2- Risiko wanita menghidap barah pangkal rahim rendah apabila pasangannya berkhatan
3- Mengelakkan serangan kuman HIV dan syphilis
4- Mengelakkan dari menjadi tempat takungan kuman
(22) Nyatakan ayat al-Quran dan tafsirnya yang menjelaskan tentang hujung jari manusia
serta kaitannya dengan penemuan ahli sains moden
ۡ ۡ٤ُۡ‫يۡبَنَانَ ۡهۥ‬ َ ُّ‫ۡبَلَ َٰىۡ َٰقَد ِِرينَ ۡ َعلَ َٰ ٓىۡأَنۡن‬
َ ‫س ِو‬
Maksudnya : “bahkan Kami berkuasa menyusun jarinya”.

o Penemuan sains
- Pembentukan garis-garis jari pada janin berlangsung pada bulan ke-4 dan akan tetap
dan tidak akan berubah sepanjang hidupnya
- Salah satu kaedah yang paling baik untuk mengenalpasti pengenalan seseorang
- Prinsip asas bagi cap jari adalah keunikannya dan tidak berubah
- Keunikannya : setiap individu mempunyai cap jari yang berbeza walaupun kembar
seiras
- Tidak berubah : merujuk kepada hakikat bahawa batas-batas geseran, garis-garis halus
dan pusaran yang membentuk cap jari tidak akan berubah
- Perubahan hanya akan berlaku disebabkan kemalangan, kecederaan atau penyakit kulit

(23) Bincangkan ayat al-Quran atau hadis yang membicarakan tentang fenomena lautan
yang berlapis-lapis dan kegelapannya
ُ ‫ظلُ َٰ َم ۢتُ ۡبَع‬
ۡ‫ض َها‬ ُ ۡ‫اب‬ َ ۡ‫ۡمنۡفَوقِ ِۡهۦ‬
ٞ ‫س َح‬ ِ ‫ج‬ٞ ‫ۡمنۡفَوقِ ِۡهۦۡ َمو‬
ِ ‫ج‬ٞ ‫يۡيَغش ََٰىهُۡ َمو‬ ٖ ‫تۡفِيۡبَح ٖرۡلُّ ِج‬ ُ ‫أَوۡۡ َك‬
ٖ ‫ظلُ َٰ َم‬
ٍ ُّ‫وراۡفَ َماۡلَ ۡهۥُ ۡ ِمنۡن‬
ۡ‫ور‬ َّۡ ۡ ‫ۡو َمنۡلَّم ۡيَج َع ِل‬
ٗ ُ‫ٱّللُ ۡلَ ۡهۥُ ۡن‬ َ ‫ض ۡ ِإذَآ ۡأَخ َر َج ۡيَدَۡهۥُ ۡلَم ۡيَ َكد ۡيَ َر َٰى َها‬
ۡ ٍ ‫فَوقَ ۡبَع‬
ۡ ۡ٤٠
Maksudnya : “atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak yang
diatasnya ombak pulam diatasnya lagi awan, gelap-gelita yang tindih menindih, apabila ia
mengeluarkan tangannya, tiadalah ia dapat melihatnya dan barang siapa yang tiada diberi
cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun”.

- Dalam keadaan lautan yang gelap gelita, Allah menyatakan tentang kewujudan ombak
yang berlapis-lapis
- Allah menyatakan juga tentang kebolelihatan dalam lautan
- Laut tertutup oleh awan kumulus yang tebal
- Awan-awan ini memantulkan sebahagian besar pancaran matahari dan menghalang
sebahagian besar sinarannya untuk sampai ke laut
- Kadar sinar matahari yang diserap adalah sesuai dengan kedalaman
- Semakin dalam laut maka cahaya yang diserap semakin kurang
- Semakin bertambah dalam, daya tembus warna-warna spektrum sinar ke laut semakin
berkurang

(24) Bincangkan 4 kesan pergerakan dalam solat kepada kesihatan badan berdasarkan
kajian saintifik
1- Menguatkan otot-otot perut
- Mencegah penumpukan lemak yang menyebabkan egemukan
2- Menambah daya hidup gerak usus
- Mengurangkan dan mencegah kes susah buang air
3- Mencergaskan otak
- Sujud : kedudukan jantung lebih tinggi daripada kepala sekaligus memudahkan darah
turun ke otak
4- Mestabilkan tekanan darah
- Darah mengalir lancar ke seluruh badan
5- Membantu mengelok dan memantapkan sendi terutamanya mereka yang mengidap
penyakit radang sendi
- Senaman secara berterusan penting untuk kesihatan sendi

(25) Bincangkan kajian saintifik mengenai kesesuaian waktu-waktu solat dan kaitannya
dengan perubahan organ badan sepanjang hari
1- Subuh
- Bersiap untuk menyambut waktu siang sehingga menurunkan aktiviti kelenjar pineal,
mengurangi produksi melatonin dan mengaktifkan sistem-sistem yang lain
- Berakhirnya dominasi sistem saraf parasimpatik yang tenang di malam hari dan mulai
bertolaknya aktiviti sistem saraf simpatik di siang hari
- Bersiap menggunakan tenaga yang dimasukkan secara melimpah oleh ketinggian
kadar cortisol di pagi hari
2- Zohor
- Menenangkan diri dengan solat setelah kenaikan kulminatif pertama hormon adrenalin
pada waktu pagi
- Menenangkan diri dari gejolak seks
- Penenang tekanan yang terjadi ketika lapar
3- Asar
- Puncak kulminasi kedua adrenalin yang diikuti dengan aktiviti krusial sejumlah fungsi
fisiologi khususnya fungsi jantung
4- Maghrib
- Masa transisi dari terang ke gelap
- Produksi hormon melatonin meningkat akibat datangnya kegelapan sehingga
meransang rasa mengantuk dan malas
- Hormon serotonin, cortisol dan androsin menurun
5- Isya’
- Masa peralihan dari aktif ke pasif
- Perhentian kekal bagi proses peralihan tubuh dari dominasi sistem saraf simpatik ke
dominasi sistem saraf parasimpatik
- Suhu panas badan menurun, degupan jantung menurun sementara hormon-hormon
darah meningkat

(26) Siapakah Jacque Costeau dan Dr Tejatat Tejasen? Jelaskan mukjizat saintifik yang
menybabkan mereka begitu takjub dengan al-Quran
1- Jacque Costeau – Sungai dalam laut
- Seorang pengkaji laut berbangsa Perancis
- Melakukan penyelidikan dengan di seluruh dunia dengan kapal Colypso
- Menemui mata air tawar bawah laut ketika melakukan eksplorasi bawah laut
- Rasa air tersebut sangat sedap kerana tidak bercampur dengan air laut disekelilingnya
- Fenomena tersebut mendorong beliau mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air
masin di tengah-tengah lautan

2- Dr Tejatat Tejasen – Akui al-Quran boleh dibuktikan dengan pendekatan sains


- Pengerusi Jabatan Anatomy dan mantan Dekan Fakulti Perubatan, University of Chiang
Mai, Thailand
- Beliau percaya segala yang tercatat dalam al-Quran dahulu adalah benar dan boleh
dibuktikan dengan pendekatan sains
- Mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah seorang utusan yang menyampaikan apa
yang diwahyukan kepada baginda oleh Tuhan

(27) Kemukjizatan dan kehebatan al-Quran diakui oleh para saintis Barat. Berikan ulasan
dan fakta-fakta yang ditemui oleh Dr. William W. Hay dan Dr. Gary Miller
1- Dr. William W. Hay – fakta berkaitan lautan telah disebut dalam al-Quran
- Merupakan seorang saintis marin
- Membenarkan hujah :

ِ َ‫خ ََّّۡلۡيَب ِغي‬ٞ َ‫ۡۡبَينَ ُه َماۡبَرز‬١٩ۡ‫ان‬


ۡ ۡ٢٠ۡ‫ان‬ ِ َ‫نۡيَلت َ ِقي‬
ِۡ ‫جۡٱلبَح َري‬
َۡ ‫َم َر‬
Maksudnya : “Ia biarkan air 2 laut mengalir sedangkan keduanya pula bertemu. Di antara
keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui
sempadannya”.

- Beliau tertarik dengan maklumat tentang laut yang ada dalam al-Quran
- Kajian yang beliau lakukan akan menyingkap sebahagian dari maksud ayat al-Quran

2- Dr. Gary Miller – Takjub ketika mengkaji al-Quran


- Merupakan seorang paderi dan pakar matematik yang berasal dari Kanada
- Berkesempatan membaca al-Quran pada tahun 1978 dan terkejut dengan mesej yang
jelas dan menakjubkan
- Beliau memeluk Islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan kebenaran al-
Quran
- Antara aspek yang mengagumkan beliau adalah walaupun al-Quran diturunkan kepada
manusia yang hidup di padang pasir namun isinya pelbagai termasuk perincian tentang
lautan dan ombak

(28) Jelaskan mukjizat saintifik yang menyebabkan Jacque Costeau dan Ruqayyah Waris
Maqsood begitu takjub dengan al-Quran
1- Jacque Costeau – Sungai dalam laut
- Seorang pengkaji laut berbangsa Perancis
- Melakukan penyelidikan dengan di seluruh dunia dengan kapal Colypso
- Menemui mata air tawar bawah laut ketika melakukan eksplorasi bawah laut
- Rasa air tersebut sangat sedap kerana tidak bercampur dengan air laut disekelilingnya
- Fenomena tersebut mendorong beliau mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air
masin di tengah-tengah lautan
2- Ruqayyah Waris Maqsood – perbezaan hujung jari manusia
- Menganut agama Islam pada tahun 1986
- Mendorong menganut agama Islam kesan ayat 4 surah al-Qiyamah yang menyatakan
perbezaan hujung jari manusia

(29) Jelaskan latar belakang dan sumbangan tokoh di bawah


i- Harun yahya
o Latar Belakang
- Nama sebenar : Adnan Oktar
- Harun Yahya (diambil dari nama Nabi Harun & Yahya)
- Tarikh lahir : 2/2/1956
- Tempat lahir : Ankara, Turki
- Presiden kehormat Yayasan Penelitian Sains dan Yayasan Pelindungan Nilai
Nasional

o Sumbangan
- Penentang teori evolusi Darwinsme
- Melakukan pengkajian yang mendalam tentang pelbagai falsafah dan ideologi
materialistik yang sangat berpengaruh terhadap masyarakat sekitar
- Hasil karya :
1. Atlas Penciptaan

ii- Dr. Zaghlul Najjar


o Latar Belakang
- Nama penuh : Zaghloul Ragheb Mohamed al-Najjar
- Tempat lahir : Gharbiyab, Mesir
- Tarikh lahir : 17/11/1933
- Pekerjaan/Jawatan : Ahli Geologi, Pengerusi Badan ‘Ijaz Ilmi Quran Majlis
Tertinggi Hal Ehwal Islam Mesir

o Sumbangan
- Anugerah :
1. Baraka Geology Award – Cairo U (1955)
2. Secondary Education Competition Award – Ministry of Education, Egypt
- Pembabitan :
1. BOD, the Islamic Academy of Science, Amman, Jordan
2. BOD, The Internasional Islamic Charitable Organization, Kuwait
3. Professor Adjung, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM
- Hasil karya :
1. Wonderful Scientific Signs in the Qur’an

iii- Sheikh Abd al-Majid Zindani


o Latar belakang
- Nama penuh : Abdul Majid bin Abdul Aziz
- Tarikh lahir : 1/1/1942 di Ibb, Yaman
- Pengasas Universiti al-Iman, Sana’a
- Pengasas Pusat Kajian Saintifik al-Quran dan al-Sunnah di Mekah

o Sumbangan
- Hasil karya beliau dijadikan sukatan di sekolah rendah dan menengah seluruh
Yaman
- Menemui penawar bagi penyakit AIDS dengan menggunakan herba dan tumbuh-
tumbuhan

Anda mungkin juga menyukai