Anda di halaman 1dari 6

7 Langkah Awal Kawal Statistik Remaja Hamil Luar Nikah

Oleh:
Khairul Anwar Shazali
Presiden, Halaqah Kemajuan Muslim (HIKAM) Sarawak

Ketika isteri saya masih bertugas di Hospital Umum Sarawak, banyak kisah remaja
hamil luar nikah yang datang untuk mendapatkan rawatan, dikongsikan dengan
saya.Sebahagian besar remaja yang datang mengakui telah pun mengadakan
hubungan kelamin luar nikah bukan sekali malah ada yang sudah hilang
perkiraaan. Oleh kerana terlalu banyak kisah yang dikongsikan oleh isteri saya,
terpacul soalan yang lahir daripada kebimbangan, adakah statistik kes hamil luar nikah
di Sarawak terlalu teruk?

Beberapa hari lepas, kebimbangan saya terjawab. Berita televisyen melaporkan statistik
remaja hamil luar nikah di Sarawak amat membimbangkan. Biarpun statistik yang
dilapor tidak dibandingkan dengan negeri-negeri lain, namun untuk dijadikan sebagai
bahan laporan berita, tentu sahaja isu itu sudah mencapai tahap yang serius.

Sudah menjadi tabiat, amat sukar untuk kita mengambil sikap reaktif apatah lagi pro-
aktif untuk menangani sesuatu isu sehinggalah isu tersebut terkena batang hidung kita
sendiri. Kita hanya bertindak balas apabila sesuatu isu menggugat kepentingan
atau status quokita. Jangan tunggu sehingga adik atau anak perempuan kita menjadi
penyumbang statistik kehamilan luar nikah. Kita harus belajar untuk bertindak
terhadap sesuatu isu demi kepentingan umum dan bukan hanya demi
kepentingan diri sendiri.

Sebarang langkah untuk menangani isu ini perlu fokus ke arah menyelesaikan
punca masalah dan bukannya sekadar menutup masalah yang berlaku. Sebagai
contoh, cadangan pemberian kondom percuma yang pernah diutarakan oleh
Kementerian Kesihatan sebelum ini hanyalah sekadar menutup masalah penularan
jangkitan HIV AIDS, kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi namun sama sekali
tidak menyelesaikan punca masalah iaitu kesalahan melakukan hubungan kelamin luar
nikah.Biarpun statistik kehamilan luar nikah boleh dikurangkan dengan
pengamalan safe sex, namun masyarakat khususnya remaja tetap menjadi rosak
dengan penularan gejala hubungan kelamin tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

1
Untuk menangani isu remaja hamil luar nikah, saya yakin usaha pendidikan adalah
lebih baik daripada pengawalan dan penguatkuasaan. Kunci kejayaan pendidikan
untuk pencegahan ini adalah keakraban hubungan remaja dengan pihak-pihak yang
boleh membantu mereka. Tanpa menafikan kesalahan yang telah mereka lakukan,
adalah lebih baik kita bantu remaja yang terjebak dan giatkan usaha pencegahan untuk
remaja lain.

Justeru, saya mencadangkan 7 langkah awal untuk mengawal statistik remaja hamil
luar nikah. Langkah-langkah yang dicadangkan adalah untuk menyelesaikan punca
masalah iaitu hubungan kelamin luar nikah. Saya susun langkah-langkah ini mengikut
skala pengaruh pihak-pihak yang terlibat untuk membantu menjayakannya.

[SATU] Remaja Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Keluarga Dan Persatuan. Usaha
mengawal dan seterusnya mengurangkan jumlah kehamilan luar nikah harus bermula
dengan pelakunya sendiri. Sememangnya sukar untuk remaja beroleh kematangan
dalam mendidik dan mengawal gelora nafsu yang kononnya "cinta" kerana ia adalah
suatu proses yang panjang. Namun saya percaya, proses panjang ini boleh dilalui
dengan baik sekiranya minda remaja tidak terlu berfikir dan terbawa-bawa dengan
perasaan semulajadi manusia itu. Oleh itu, remaja perlu mengarahkan minda ke lain
dengan cara menyibukkan diri dengan aktiviti keluarga dan persatuan. Dengan
mengelak diri daripada melayan gelora nafsu secara berseorangan atau berdua-duaan
dengan pasangan, masa akan lebih banyak dimanfaatkan untuk aktiviti yang produktif
untuk diri sendiri dan orang lain.

2
[DUA] Ibu Bapa Lebihkan Masa Aktiviti Bersama Keluarga. Kesibukan tidak boleh
dijadikan alasan untuk mengabaikan anak-anak. Keperluan kepada perhatian dan kasih
sayang ibu bapa tidak pernah berkurangan dengan meningkatnya usia anak-anak. Biar
sesibuk manapun, prinsip family first wajib diamalkan oleh ibu bapa. Dalam isu
kehamilan luar nikah ini secara khusus, hubungan ibu bapa bersama anak-anak
perempuan adalah amat penting. Ibu bapa perlu menyediakan sesi khas setiap hari
bersama dengan setiap seorang anak-anak secara peribadi untuk berbual dan
berbincang tentang pelbagai perkara yang mereka tempuhi dalam kehidupan.
Perlu diigatkan bahawa, hubungan yang akrab bersama anak-anak tidak akan wujud
dalam tempoh sehari dua lebih-lebih lagi sekiranya hubungan ini baharu sahaja hendak
dimulakan. Oleh itu, sabar dan konsisten adalah kata kunci untuk menjayakan
hubungan yang akrab bersama anak-anak.

[TIGA] Guru Sebagai Kaunselor Tambahan, Ibu Bapa Di Sekolah. Hanya dengan
seorang dua kaunselor di sekolah tidak akan mampu mencapahkan khidmatnya dengan
efektif kepada ratusan para pelajar dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, para guru lain
di sekolah harus bertindak secara sukarela di luar daripada bidang tugas hakiki
mereka untuk berperanan sebagai kaunselor tambahan. Tugas ini boleh
dimudahkan dengan menginstitusikan istilah guru sebagai ibu bapa pelajar di sekolah
dengan cara mewujudkan keluarga sekolah. Para pelajar dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil yang digelar keluarga sekolah dan dipimpin oleh seorang
guru yang akan bertindak sebagai ibu atau bapa kepada keluarga sekolah tersebut.
Dengan cara itu, setiap guru akan mempunyai keluarga sekolah untuk dibimbing
dengan ilmu kehidupan berpandukan nilai dan agama. Hubungan guru sebagai ibu
bapa di sekolah untuk para pelajar akan membantu mereka melalui proses kematangan
dengan jayanya.

3
[EMPAT] Institusi Agama Mesra Belia. Institusi agama seperti masjid, gereja, tokong
dan kuil boleh memainkan peranan penting menangani isu ini. Saya percaya bahawa
agama dengan nilai-nilai mulia di dalam ajaran masing-masing adalah ubat terbaik
sebagai panduan hubungan remaja sesama sendiri. Institusi-institusi agama harus
mengambil sikap mesra belia dengan menjadikan masjid, gereja, tokong dan kuil
sebagai lokasi dilengkapi fasiliti yang mudah diakses dan interaktif untuk
belia. Institusi agama juga boleh mewujudkan aktiviti berkala bersama remaja dan
lebih baik lagi setiap aktiviti dibimbing oleh mentor terlatih daripada institusi
agama dengan pendekatan yang segar. Institusi agama boleh memberi ruang dan
peranan kepada remaja untuk berfungsi dalam kapasiti mereka untuk komuniti
setempat. Dengan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan, remaja akan
menjadi lebih matang.

[LIMA] NGO Khusus Tangani Remaja Hamil Luar Nikah. Sebahagian besar NGO di
Malaysia mengambil pendekatan populis dengan cara mencapah ke semua kerja
lapangan namun tidak secara mendalam. Natijahnya tidak menunjukkan impak yang
besar dan konsisten untuk setiap lapangan yang diceburi. NGO harus berubah
daripada do little for everything kepada do everything for a thing. Dengan cara ini,
gerak kerja NGO akan lebih terarah dan pakar dalam sesuatu kerja lapangan yang
diceburi. Oleh itu, kita perlukan sebuah NGO khusus untuk koordinasi gerak kerja
menyeluruh menangani isu kehamilan lur nikah dalam kalangan remaja.
Pendaftaran NGO kepada ROS tidak mengambil masa yang lama seperti sebelum ini.

4
Malah gerak kerja sudah boleh bermula setelah mempunyai tenaga dan sumber yang
mencukupi tanpa perlu sibuk dengan proses pendaftaran yang boleh berjalan dalam
masa yang sama. Pokoknya, harus ada NGO yang dibarisi oleh individu dan pihak yang
komited untuk berdepan dengan isu ini.

[ENAM] Wakil Rakyat Beri Peranan Kepada Jawatankuasa Peringkat Kawasan


Untuk Berfungsi. Tindakan di peringkat kementerian untuk menanangi isu ini akan
menjadi formal dan disusahkan dengan masalah birokrasi dan prosedur yang akhirnya
mengambil masa yang panjang sebelum dapat dilaksanakan. Oleh itu, adalah lebih
baik wakil-wakil rakyat bertindak awal di peringkat kawasan masing-masing
dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani isu kehamilan luar
nikah khususnya dalam kalangan remaja. Wakil rakyat boleh menghimpunkan
individu dan pihak yang berkepentingan di peringkat kawasan yang diwakilinya. Malah,
melalui jaringan hubungan yang ada, wakil rakyat juga pastinya cukup berwibawa untuk
membawa masuk tenaga pakar dan sumber dana luar untuk membantu jawatankuasa
berdepan dengan isu ini di peringkat kawasan. Saya percaya, di setiap kawasan
pastinya akan ada individu dan pihak berkepentingan yang bersemangat untuk
dilibatkan bersama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda kawasan
mereka. Wakil rakyat berperanan untuk menggembleng segala sumber yang ada
dalam kawasanya untuk memajukan kawasan masing-masing secara bersama.
Inilah manifestasi terma "berkerja bersama saya" dan bukannya "berkerja untuk saya".

5
[TUJUH] Media Sedarkan Masyarakat. Pengawalan media hanya akan menimbulkan
isu-isu lain berkaitan hak dan kebebasan media. Sekalipun kita sedar dan insaf bahawa
media khususnya internet adalah sumber kepada lambakan informasi negatif yang
menyumbang kepada gejala sosial hari ini. Adalah hampir mustahil untuk kita
mengawal kemasukan informasi dalam dunia maya tanpa sempadan. Maka, adalah
lebih baik untuk kita menyediakan pengguna media untuk lebih matang menerima
informasi. Institusi media sendiri samada media cetak, radio, televisyen dan internet
dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan boleh berperanan mendidik
pengguna melalui pendedahan fakta sebab dan kesan daripada isu kehamilan
luar nikah melalui pendekatan menarik dan interaktif seperti iklan, kajiselidik, klip
video dan lain-lain yang menjurus ke arah menyedarkan pengguna. Fakta-fakta
yang didedahkan akan menjadikan para pengguna khususnya dalam kalangan remaja
untuk berfikir panjang sebelum membuat apa-apa tindakan menuruti gelora nafsu yang
akan merugikan mereka.

Ini merupakan beberapa cadangan langkah yang boleh dilaksanakan serta merta tanpa
dibelenggu masalah birokrasi dan prosedur. Jika adapun, ia adalah minimum dan boleh
dimudahkan dengan budi bicara pihak-pihak yang terlibat. Langkah-langkah ini sebagai
usaha awalan sementara menunggu pihak berwajib merencana pelan gerak kerja yang
lebih holistik.

Walaupun cadangan langkah-langkah ini bersifat reaktif, namun saya merasakan ia


adalah suatu yang perlu dilakukan daripada duduk termangu kosong. Dengan harapan
bahawa langkah-langkah reaktif ini di kemudian hari akan menghasilkan langkah-
langkah pro-aktif sebagai susulannya. Ke arah masa hadapan yang lebih baik untuk
semua.

Anda mungkin juga menyukai