Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
(Kumpulan N Subkumpulan 8)
LAPORAN VIDEO
DISEDIAKAN OLEH
NAMA PENSYARAH
DR KAMA BIN SHAFFEEI
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan kerja
kursus dengan jayanya. Pada 18 Oktober 2019, kami telah menjalankan tugasan kajian lapangan
bagi mata pelajaran Pendidikan Inklusif. Kami diberikan tugasan kajian lapangan ke Sekolah
Kebangsaan Antara Gapi, Selangor untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan video hasil
lawatan kajian lapangan.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Kama bin Shaffei,
pensyarah Pendidikan Inklusif kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang
tempoh menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat dan pengetahuan
yang berguna kepada kami. Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kerana pensyarah
kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini dengan
jayanya.
Tidak lupa juga kami ucapkan jutaan terima kasih kepada guru Sekolah Kebangsaan Antara
Gapi kerana banyak membantu kami rakan seperjuangan dengan memberikan maklumat mengenai
murid Pendidikan Khas di sekolah itu. Selain itu, memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dan
nasihat yang berguna kepada kami semua. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan
seperjuangan yang bersama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-
tukar idea dalam membantu menyiapkan tugasan lapangan ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan kajian lapangan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat
memberi manfaat kepada diri sendiri agar menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dan
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat
setempat.
ISI KANDUNGAN
Abstrak………………………………………………………………………………. 1
1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………. 1
Kajian yang kami jalankan di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi adalah untuk mengetahui cara
pembelajaran antara murid berkeperluan khas dengan murid aliran perdana. Kami fokuskan
kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru pendidikan khas kepada muridnya. Hasil
daripada temubual dengan Penolong Kanan Pendidikan Inklusif di sekolah tersebut kami dapati
bahawa teknik pengajaran yang dijalankan oleh seiap guru Pendidikan Inklusif bersesuian dengan
tahap kebolehan murid. Guru menggunakan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik
pembelajaran yang ingin dijalankan. Proses pembelajaran untuk murid pendidikan khas di sekolah
ini adalah mengikut keperluan murid itu sendiri.
1.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi yang terletak di Hulu Selangor. Sekolah
ini terdiri daripada murid aliran perdana dan murid berkeperluan khas. Seramai 30 orang murid
berkeperluan khas yang ada di sekolah ini. Murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan
Antara Gapi dikendalikan oleh guru kanan Pendidikan Inklusif dan dibantu oleh beberapa orang
guru Pendidikan Khas. Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini terdiri daripada program
inklusif penuh dan inklusif separa. Murid Pendidikan Khas di sekolah ini terdiri daripada pelbagai
masalah kesihatan. Pelajar pendidikan khas di sekolah ini juga terdiri daripada pelbagai kaum dan
berbeza dari segi umur.
Tujuan kajian dilaksanakn adalah untuk mengetahui cara pengajaran dan pembelajaran murid
Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Sekolah ini menjalankan proses
pembelajaran menepati dengan kehendak pihak kerajaan supaya pelajar pendidikan inklusif dapat
belajar seperti murid aliran perdana
1
3.0 PROSES PROSEDUR KAJIAN
Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, membina objektif
kajian dan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi
tujuan mengutip data. Untuk menjayakan kajian ini, kami telah mengikut prosedur-prosedur
berikut iaitu mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian iaitu surat kebenaran universiti,
surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan surat akuan pelajar menuntut di universiti.
Seterusnya, kami menghubungi pihak sekolah Sekolah Kebangsaan Antara Gapi untuk
mendapatkan kebenaran membuat kajian di sekolah. Setelah mendapat kebenaran, tarikh akan
ditetapkan untuk membuat kajian mengenai pendidikan inklusif di sekolah. Setelah daripada itu,
kami berjumpa dengan guru besar terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian di sekolah.
Taklimat ringkas telah diberikan oleh guru besar dan kemudian guru besar tersebut menyerahkan
kami kepada guru pendidikan inklusif bagi membantu kami dalam menjayakan kajian kami dan
mendapatkan maklumat mengenai pendidikan inklusif di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi.
Sebelum memulakan kajian, kami juga berjumpa dengan Guru Penolong Kanan
pendidikan inklusif. Rentetan daripada itu, kami telah mengumpulkan dua responden di dalam
sebuah bilik dan memulakan sesi temu bual bersama mereka. Resonden kami terdiri daripada
pelajar pendidikan inklusif yang dipilih oleh kami sendiri untuk membantu sesi temu bual kami
dan seorang guru pendidikan inklusif. Akhir sekali, kami mengumpulkan maklumat mengenai
pendidikan inklusif di sekolah setelah sesi temu bual selesai.
2
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian menjelaskan berkaitan dengan kaedah pengumpulan dan analisis data. Dalam
sesuatu penyelidikan yang dilakukan itu tidak semestinya memerlukan semua jenis metodologi
yang ada bahkan mencukupi dengan beberapa metodologi yang sesuai bagi mendapatkan laporan
penyelidikan yang mantap dan sempurna. Antara metodologi yang digunakan dalam penyelidikan
ini ialah penggunaan pendekatan kualitatif melalui temu bual dan pemerhatian. Pendekatan temu
bual dan pemerhatian digunakan sebagai metod kajian Pendidikan Inklusif dalam kalangan pelajar-
pelajar pendidikan khas di Sekolah Rendah Antara Gapi.
Kaedah ini menggunakan penemu ramah yang menjalankan temu bual yang terperinci
berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Apa yang disebutkan oleh responden
merupakan data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan dicatatkan atau direkodkan
dalam kajian.
Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan,
perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian. Para pengkaji boleh menyoal
responden secara lisan dan bersemuka disebut temu bual. Biasanya tujuan utama temu bual
ialah mendapatkan maklumat tertentu yang khusus daripada responden sasaran. Temu bual
perlu mengikut cara yang boleh menjamin kerjasama sepenuhnya daripada responden,
keseragaman menginterprestasikan soalan oleh pihak kedua, dan mendapat jawapan yang
tepat bagi setiap persoalan.
Temu bual akademik ialah interaksi sosial antara penemu bual dengan yang ditemu
bual bertujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan tidak ada unsur
hiburan atau paksaan. Temu bual ialah pengkaji akan menyoal responden secara lisan dan
berhadapan dengannya. Justeru, melalui metode temu bual dalam kajian ini dapat
menghasilkan maklumat dan pengetahuan serta membantu mengukuhkan lagi hasil kajian.
Pengkaji mengadakan sesi temu bual bersama dengan guru penolong kanan pendidikan
khas dari Sekolah Rendah Antara Gapi dan dibantu oleh beberapa guru yang lain untuk
mendapatkan maklum balas mereka terhadap persoalan kajian.
3
Antara tujuan temu bual diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat atau
informasi terkini berkaitan dengan pendidikan inklusif dalam kalangan pelajar-pelajar
pendidikan khas di sekolah tersebut. Selain itu, untuk mengetahui isu yang timbul seperti
permasalahan pelajar pendidikah khas dalam pembelajaran dan sebagainya. Begitu juga
dengan isu maklum balas responden mengenai program yang dijalankan di sekolah tersebut
yang melibatkan para pelajar pendidikan khas.
Pengkaji menemubual beberapa orang guru di sekolah tersebut dan kekerapan temu
bual bergantung kepada isu yang dikemukakan. Temu bual ini diadakan untuk
mengukuhkan hasil kajian kerana disokong oleh maklumat yang diperolehi dari mereka
yang terlibat dalam kajian ini secara langsung dan tidak langsung.
Metode pemerhatian ialah suatu pemerhatian yang dilaksanakan ke atas satu keadaan yang
telah dikenalpasti hasil dari satu perancangan yang teliti. Pemerhatian ini akan
menghasilkan satu huraian yang terperinci tentang keadaan berkenaan bagi membolehkan
penyelidik memahaminya secara mendalam. Metode ini merupakan kaedah pengumpulan
data yang paling objektif kerana penyelidik melihat sendiri subjek kajiannya tanpa
perantaraan.
Pemerhatian merupakan salah satu jenis kaedah soal selidik yang digunakan untuk
memungut data kajian. Ia digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi responden
dalam kajian yang dijalankan. Pengkaji akan membuat pemerhatian serta penelitian
terhadap Pendidikan Inklusif Sekolah Rendah Antara Gapi dan akan memerhati secara
khusus keadaan para pelajar pendidikan khas di sekolah tersebut.
Metode pemerhatian ini bertujuan untuk mengumpulkan data serta maklumat
dengan lebih jelas. Ia juga akan menolong pengkaji untuk mendapatkan jawapan yang lebih
telus dan gambaran awal proses analisis secara tepat semua maklumat yang dikumpulkan.
Beberapa sesi observasi yang bertujuan untuk melihat dari dekat situasi dan suasana
semasa kajian berlangsung.
4
5.0 ANALISIS DATA
Sk Antara Gapi
Jalan Gapi 1A, Antara Gapi,
48200 Serendah,
Selangor 18 Oktober 2019
Tuan/Puan
PERMOHONAN KEBENARAN TEMU BUAL DAN MERAKAM PELAJAR
PENDIDIKAN INKLUSIF
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kami pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada pelbagai program,
tetapi bersama-sama sebagai satu kumpulan bagi kursus Pendidikan Inklusif (KPK 3012).
Sukacitanya, kami ingin memohon kebenaran untuk menemu bual serta merakam pelajar dari
Pendidikan Inklusif sekolah ini.
3. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pengesahan pelajar untuk menjalankan kajian dari
pihak UPSI dan surat sokongan Penasihat.
4. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan memberi kebenaran untuk menjalankan
kajian ini demi memenuhi salah satu keperluan dalam kursus Pendidikan Inklusif ini. Segala
perhatian dan keperihatinan pihak tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.sebagai responden bagi
memenuhi salah satu keperluan dalam kursus ini.
Sekian.
Yang benar,
……………………………
(NURFARIESYAH NAJWA BT NURUL HISHAM)
5
6.2 Biodata Pelajar Di Peringkat Sekolah
Melalui penganalisisan data yang diperoleh melalui kajian kes di Sekolah Kebangsaan Antara
Gapi, pengakji memperoleh data latar belakang pelajar di sekolah tersebut. Berikut adalah biodata
pelajar pendidikan inklusif di sekolah tersebut.
6
pembelajaran
17 Fera A/P Philiph 11 Masalah Inklusif separa
pembelajaran
18 Nur Aina Batrisya Binti Muhammad 11 Masalah Inklusif separa
Noor Azizi pembelajaran
7
6.3 Temu Bual Tentang Pengalaman Proses Pembelajaran Pelajar
Berdasarkan temu bual bersama guru responden, pengalaman proses pembelajaran responden
adalah guru sebagai pemudah cara untuk pelajar bergerak di mana guru hanya berperanan sebagai
fasilitator yang berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan
bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancang. Dengan
kaedah ini juga murid akan bergerak aktif dalam pembelajaran dengan mendengar arahan dan
panduan yang jelas. Sebagai contoh, guru hendaklah terlebih dahulu menyelidik mengenai latar
belakang pelajar untuk membantu dan memberi bin=mbingan kepada pelajar yang bermasalah
dengan lebih mudah.
Selain itu, guru bertindak sebagai penunjuk cara juga salah satu cara proses pembelajaran
untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan
demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau
prosedur. Cara ini juga murid akan belajar meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk
menjalankan sesuatu aktiviti.
Di samping itu, berdasarkan jawapan daripada guru responden, pelajar akan di ajar kaedah
multi sensori iaitu merangsang minda kanak-kanak berkeperluan khas melalui lima deria iaitu
penglihatan, pendengaaran, sentuhan, bau dan rasa. Contohnya, pelajar SK Antara Gapi
mempunyai mata pelajaran yang memerlukan murid untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam
atau berkebun. Kaedah ini membantu merangsang pemikiran kanak-kanak tersebut. Apabila
mereka memegang, merasa, menghidu, mendengar dan melihat, ini akan memberi tindak balas
bagi semua deria.
8
6.4 Cara Pelajar Mengatasi Kelemahan Mereka Dalam Proses Pembelajaran
9
Akhir sekali, cara yang telah digunakan oleh pelajar untuk mengatasi masalah mereka
dalam pembelajaran ialah mereka telah mendampingi guru bagi mendapatkan sebarang maklumat
yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut tidak dapat
memahami isi pelajaran yang telah disampaikan oleh gurunya, maka pelajar tersebut akan terus
bertanyakan kepada guru ataupun selalu mendampingi gurunya bagi mendapatkan jawapan yang
dikehendakinya. Setelah itu, guru akan memberikan jawapan dan sering mengulang penjelasannya
sehingga pelajar tersebut dapat memahaminya.
Menurut Puan Rustazah Salwa, terdapat beberapa teknik yang telah digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi pelajar pendidikan inklusif. Antaranya ialah kaedah koperatif, kaedah
pengajaran sebenar dan sebagainya. Setiap teknik tersebut bergantung pada murid serta topik yang
akan mereka pelajari.
Bagi pelajar pendidikan inklusif, mata pelajaran mereka sama seperti pelajar arus perdana.
Cuma mereka telah diberikan matapelajaran tambahan iaitu kemahiran manipulatif, pengurusan
diri dan pengurusan tingkah laku. Di samping itu, bagi matapelajaran kemahiran hidup, mereka
telah diajar tiga perkara iaitu belajar memasak, berkebun dan juga jahitan.
Disebabkan bilangan pelajar yang tidak ramai bagi pelajar pendidikan inklusif di SK Antara Gapi,
maka di sana hanya mempunyai tiga buah kelas sahaja iaitu kelas pertama bagi Tahun 1 yang
terdiri dari Darjah 1, 2 dan 3. Manakala, kelas kedua bagi Tahun 2 yang terdiri dari Darjah 4 dan
kelas terakhir ialah bagi Darjah 5 dan 6. Oleh kerana jumlah pelajar yang tidak ramai, maka kelas
telah digabungkan mengikut tahun tertentu.
10
MEJA
MURID
MEJA
GURU
11
6.7 Perbincangan dasar-dasar pendidikan inklusif yang berkaitan dengan responden
Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya 2008. Melalui akta ini, akses
pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya termaktub dalam undang-undang
Malaysia, Akta 685 di bawah sekdyen 28 (1) di mana kanak-kanak kurang upaya tidak boleh
dikecualikan daripada sistem pendidikan atas asas ketidakupayaan.
Menurut Puan Rustaah Salwa, SK Antara Gapi telah menerima pelbagai jenis pelajar yang
kurang upaya termasuk lah yang menggunakan kerusi roda. Di sana, terdapat dua orang pelajar
yang telah menggunakan kerusi roda. Bagi pelajar yang buta dan bisu, mereka tidak diterima ke
sekolah tersebut kerana mereka akan dikehendaki untuk ke sekolah khas mengikut ketidakupayaan
mereka.
Selain itu, antara ketidakupayaan yang terdapat pada pelajar pendidikan inklusif di sekolah
tersebut ialah ADHD, lembam (slow learner) dan juga autism. Dan bagi pelajar tahun 5 dan 6,
mereka tidak mempunyai masalah percakapan kerana mereka telah diajar dan dilatih untuk
bercakap dengan masyarakat sekeliling. Dan bagi pelajar tahun 6, mereka juga akan mengambil
UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sama seperti dengan pelajar arus perdana yang lain.
12
6.8 Sokongan Dari Luar Yang Responden Perolehi
PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa dengan sokongan bermaksud MBK memerlukan sokongan
dari aspek sumber manusia (guru resos atau guru pendamping), peralatan Pendidikan Khas (kanta
pembesar, papan kekunci alternatif, pembaris tetingkap), bahan bantu belajar (BBM), perabot dan
infrastruktur dan prasarana mengikut keperluan MBK. Khidmat sokongan daripada pasukan
pelbagai disiplin diperlukan untuk membentuk matlamat sosial dan akademik bagi murid seperti;
Psikologi (Klinikal/Pendidikan), terapi cara kerja, terapi pertuturan, audiologi dan sebagainya.
Berdasarkan temu bual kami bersama Puan Rustazah Salwa bt Hasan Basri, beliau
menyatakan terdapat beberapa bantuan atau sokongan yang unit Pendidikan Inklusif perolehi.
Antaranya, bantuan kewangan dan bantuan peralatan. Seperti mana yang kita tahu, badan kerajaan
memang menyediakan peruntukan atau elaun kepada semua MBK. Elaun ini diterima oleh semua
MBK di SK Antara Gapi. Dari segi peralatan pula, sekolah ini menyediakan 2 kerusi roda khas
yang didermakan oleh masyarakat. Selebihnya, pihak sekolah dan unit pendidikan inklusif sekolah
yang sediakan.
Pelaksanaan PPI memerlukan sistem sokongan dan bantuan yang mantap. Namun begitu, terdapat
isu kekurangan bahan bantu belajar (BBM) yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan PdP MBK
di kelas arus perdana. BBM ini amat penting bagi memastikan penyampaian PdP lebih efektif bagi
memahami sesuatu konsep atau kemahiran dalam kurikulum kebangsaan. Penggunaan BBM
adalah berbeza bagi setiap kategori murid yang mengikuti PPI. Kerjasama dan komunikasi dua
hala antara guru pendidikan khas, guru pendamping MBK dan guru arus perdana adalah amat
penting dalam memberikan bimbingan serta menyediakan BBM yang relevan.
Seperti yang kita sedia maklum, objektif PPI adalah untuk memastikan MBK mendapat
hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan, membina keyakinan diri
MBK bagi mencapai potensi yang optimum, memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan
murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka dan meningkatkan
kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
Jika saya diberi peluang untuk menjadi guru kepada responden di sekolah menengah,
13
terdapat beberapa penambahbaikan PdPc yang akan saya tingkatkan. Antaranya ialah merancang
aktiviti PdPc berfokuskan kepada minat murid. Menggunakan pendekatan pembelajaran
kontekstual yang menghubung kait isi pelajaran dengan keupayaan dan pengalaman sebenar serta
bersesuaian dengan umur kronologi murid. Sebagai contoh, jika saya ingin mengajar muzik, saya
akan menggunakan alat-alat muzik yang disukai oleh responden. Dengan itu, pembelajaran kita
akan lebih diminati dan proses pengajaran akan berjalan dengan mudah.
Selain itu, saya juga akan menggunakan Komunikasi Tambahan atau Alternatif. Hal ini
kerana, kadang-kadang responden akan mengalami atau menunjukkan sikap dan emosi di luar
jangkaan. Yang mana, responden tidak mahu bercakap, tidak mahu menumpukan perhatian dan
lain-lain. Oleh itu, komunikasi tambahan atau alternative boleh digunakan seperti Bahasa Isyarat,
Kod Braille, Finger Spell, Tactile Sign, Morse Code, mimik muka, bahasa badan dan
seumpamanya. Jika saya memahiri komunikasi tambahan ini, saya dapat mengatasi masalah
responden yang secara tiba-tiba tidak mahu memberi kerjasama dan malu dengan rakan-rakan
yang lain.
Seterusnya, bagi menambahbaikkan PdPc saya akan berusaha untuk memendekkan arahan
dan menggunakan kiu visual bagi memudahkan proses pemahaman murid. Seperti di atas, sikap
murid yang tiba-tiba berubah. Antara faktor yang menyumbang kepada sikap tersebut ialah guru
terlalu lama memberi arahan. Penggunaan BBM yang menarik sangat membantu. Sebagai guru
yang baik, kita mestilah berfikiran kreatif dan sentiasa memperbaharui cara pengajaran kita.
Sebagai contoh, penggunaan tayangan video untuk murid jadikan rujukan. Guru hanya perlu
memberi arahan dengan ringkas dan tepat. Selebihnya, murid akan merujuk kepada video yang
ditayangkan. Beri masa kepada murid untuk memproseskan maklumat dan memikirkan respons
kepada soalan atau tugasan yang diberikan. Sekiranya tiada respons yang baik, barulah guru
mengulang semula arahan.
Selain daripada itu, saya juga akan memberi latihan atau tugasan secara berkala dan
berperingkat mengikut tahap murid. Untuk menguji tahap kefahaman murid saya akan
memberikan mereka latihan. Peningkatan murid akan lebih menggalakkan dengan adanya latihan-
latihan ini. Saya juga akan memberi galakan kepada rakan sekelas untuk membantu atau
membimbing responden. Dengan peneguhan yang relevan dengan tingkah laku murid dapat
diubah.
14
6.10 Komitmen Pelajar Kepada Kumpulan Secara Keseluruhan
Secara kesimpulannya, pada asalnya kami hanya ingin merakam serta menemu bual seorang atau
hanya dua orang sebagai responden. Akan tetapi, semasa kami memilih responden, responden telah
memanggil rakan-rakannya yang lain untuk turut serta. Tiada masalah yang besar pada kumpulan
kami. Hal ini kerana, semua pelajar yang terlibat seronok dengan kedatangan kami.
Responden-responden yang telah ditemu bual serta dirakam semua mempunyai bakat-
bakat tersendiri. Dan kesemua daripada mereka sudah pandai membaca. Selain daripada akademik
mereka juga aktif dalam kokurikulum. Antara daripada mereka turut memperdengarkan kepada
kami laungan azan kerana dia telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.
Pelajar dari pendidikan inklusif ini turut diberi peluang untuk mewakili sekolah dalam
bidang sukan. Salah seorang daripada responden kami merupakan atlet sekolah dan sering kali
mewakili sekolah dalam acara balapan dan acara padang. Selain daripada sukan, terdapat juga
responden yang mewakili sekolah untuk pertandingan bercerita. Kesemua pelajar ini mempunyai
semangat serta keyakinan yang tinggi.
15
6.0 ULASAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kajian lapangan yang telah dibuat di Sekoah Rendah Antara Gapi, dapat dilihat
bahawa pengurusan sekolah mempunyai satu pengaruh yang kuat dalam mencorak budaya yang
positif untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif
amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional
dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga
penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.
Seterusnya, kaedah dan pendekatan PdP yang guru gunakan adalah kreatif dan inovatif
menjadi amalan guru-guru sekolah tersebut. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan bagi
tujuan untuk mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif
murid. Dimana guru menggunakan gaya dan pendekatan pengajaran menarik, menyeronokkan
dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan contohnya, guru menggunakan muzik untuk
menarik perhatian pelajar. Pada pandapat saya hasil daripada kajian yang telah dilakukan, kaedah
kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif
murid tentang sesuatu yang dipelajari.
Melalui kajian yang dilakukan, saya dapati kesamarataan kepada pelajar sangan penting.
Pentadbir sekolah tersebut, sentiasa memastikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) mengikuti
setiap program yang dianjurkan, ini bertepatan dengan matlamat penubuhan Program Pendidikan
Khas diwujudkan, adalah bertujuan memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada murid-
murid bekeperluan khas bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah
pembelajaran.
Sebagai cadangan penambahbaikan selepas melakukan kajian, saya dapati sekolah tersebut
memerlukan pembantu yang mencukupi, kerana ketika kajian dilakukan sekolah tersebut hanya
mempunyai seorang pembantu sahaja, dan ini adalah tidak mencukupi untuk mengawal pelajar-
pelajar berkeperluan khas ini. Meskipun kekurangan pembantu, guru guru PPI dapat mengawal
kelas dengan baik. Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah SWT
dan banyak hadis Rasulullah SAW yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau
16
penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas
yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat
tinggi.
Kesimpulannya, daripada kajian yang telah dilakukan, hala tuju pendidikan untuk pelajar-
pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-
kanak normal agar mereka boleh berkomunikasi, dan bersosial sebagimana kanak-kanal lain.
Untuk itu usaha-usaha tertentu hendaklah dilakukan bagi merialisasikan matlamat tersebut.
17
7.0 RUJUKAN
Masri Singarimbun dan Sofyan Efendi (ed). (1995). Metode Penelitian Survei. Jakarta.
18
8.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
(NAMA PELAJAR)
(PROGRAM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan
(NAMA PENSYARAH)
(JABATAN)
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan. 15 OKT. 2019
Tuan/Puan
PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN TEMU BUAL DAN
MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI PENDIDIKAN INKLUSIF
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa saya ingin memohon kebenaran daripada
pihak tuan untuk menjalankan penyelidikan temu bual tersebut di Sk Antara Gapi.
3. Maklumat permohonan saya adalah seperti berikut:
Nama :
No. Matrik :
No. Kad pengenalan :
No. Tel :
4. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pengesahan pelajar untuk menjalankan kajian dari
pihak UPSI dan surat sokongan Penasihat.
5. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan memberi kebenaran untuk menjalankan
19
kajian ini demi memenuhi salah satu keperluan dalam kursus Pendidikan Inklusif ini. Segala
perhatian dan keperihatinan pihak tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
……………………………
(NAMA PELAJAR)
Disokong oleh,
……………………………………….
(DR. KAMA BIN SHAFFEE)
Pensyarah Pendidikan Inklusif,
Jabatan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
20
LAMPIRAN 2
Sk Antara Gapi
Jalan Gapi 1A, Antara Gapi,
48200 Serendah,
Selangor 18 Oktober 2019
Tuan/Puan
PERMOHONAN KEBENARAN TEMU BUAL DAN MERAKAM PELAJAR
PENDIDIKAN INKLUSIF
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kami pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada pelbagai program,
tetapi bersama-sama sebagai satu kumpulan bagi kursus Pendidikan Inklusif (KPK 3012).
Sukacitanya, kami ingin memohon kebenaran untuk menemu bual serta merakam pelajar dari
Pendidikan Inklusif sekolah ini.
3. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pengesahan pelajar untuk menjalankan kajian dari
pihak UPSI dan surat sokongan Penasihat.
4. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan memberi kebenaran untuk menjalankan
kajian ini demi memenuhi salah satu keperluan dalam kursus Pendidikan Inklusif ini. Segala
perhatian dan keperihatinan pihak tuan/puan diucapkan jutaan terima kasih.sebagai responden bagi
memenuhi salah satu keperluan dalam kursus ini.
Sekian.
Yang benar,
……………………………
(NURFARIESYAH NAJWA BT NURUL HISHAM)
21
LAMPIRAN 3
22
23
24