Anda di halaman 1dari 6

Nama : MUHAMMAD FIRDAUS BIN SALIM

No kad Matriks: D20181084201


Semester dan Sesi Pengajian: SEM(2) 2018/2019
Nama Pensyarah: DR ABU ZARRIN BIN HJ SELAMAT
AT Program: AT46 ( PENDIDIKAN MULTIMEDIA )
Kumpulan Kuliah: I
Tugasan 3: MyGuru

1) Berdasarkan maklumat di dalam MyGuru, nyatakan 3 sebab (secara


berfakta) mengapa kursus TITAS penting untuk diambil sebagai kursus wajib
universiti kepada pelajar-pelajar Muslim dan Non-Muslim universiti IPTA? (3
Markah)

1. IDEOLOGI DAN IDEA

Sebab yang pertama adalah untuk menjadikan kita lebih menghargai kepelbagaian
pendapat dan perspektif oleh manusia yang sangat pelbagai dan rencam. Kita tidak
melihat satu ideologi itu sebagai satu ideologi, sebaliknya ia berasal daripada idea-
idea yang terbit daripada fikiran, perasaan, pemerhatian manusia terhadap apa yang
berlaku di sekitarnya. Ia mengurangkan pergeseran yang tidak perlu antara ideologi
kerana di akar umbinya, ideologi-ideologi itu mungkin bertemu dan berkongsi
harapan di peringkat pengalaman manusia.

2. MENILAI BAHAN BUKTI

Pembelajaran TITAS juga melatih kita untuk menilai bahan bukti. Hal ini sejarah
ketamadunan bukan hanya meletakkan asas satu-satu benda mesti dibuktikan,
bahan bukti itu juga perlu dinilai kekuatannya untuk diterima sebagai bahan bukti.
Pertembungan fahaman begitu meruncing di dalam masyarakat, dan demi
memenangkan kumpulan masing-masing golongan yang taksub mengutip apa
sahaja maklumat yang ditemui, teruja dengan lamanya naskhah buku, kagum
dengan penulis, yakin dengan muktabarnya kitab, mendedahkan diri kepada
mencetuskan pertempuran berbekalkan sesuatu yang tidak HAQ dalam situasi
sebenarnya.

3. MENGAITKAN SEMALAM DAN HARI INI

Pembelajaran TITAS adalah TINGKAP untuk melihat semalam. Memahami


semalam adalah kunci untuk memahami SEMASA. Mereka yang buta semalam,
akan terjebak dalam bencana mengulangi (kesilapannya). Demi MASA,
sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian yang nyata. Kecuali yang beriman
dan beramal soleh. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan-pesan dengan
kesabaran. [Al-‘Asr 103: 1-3]
2) Berdasarkan video yang dilampirkan (Prof. Madya Dr. Hussain Othman),
huraikan 3 sahaja daripad 5 faktor-faktor kelahiran dan perkembangan
tamadun. (3 Markah)

Kemajuan perlindungan

Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah


sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan
petempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan
kawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh
mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal
yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-
Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah
Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-
tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan
pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan kompleks.

Kemajuan teknologi

Satu lagi faktor perkembangan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan
teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai
membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat
tembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka
menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan
cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanaman
dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut membantu kegiatan
pertanian dapat menghasilkan jasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untuk
mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang-Ho,
tembok telah dibina untuk menghalang banjir.
Perkembangan agama dan kepercayaan

Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu
tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga
bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama
dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan
berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh si
mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau,
gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu
amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan
yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk
mendapatkan perlindungan.
3) Berdasarkan pengamatan anda menerusi siri-siri kuliah oleh pensyarah,
kongsikan dua pandangan anda berkaitan dengan rasional dan kepentingan
pengajian ketamadunan dalam usaha memperkasakan tamadun Malaysia.
(4Markah)

1 Pembinaan Agama

Agama Islam memainkan peranan yang penting dalam membina Tamadun Melayu.
Hubungan antara agama Islam yang telah memperkenalkan pengetahuan bercorak
falsafah, pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dengan Tamadun Melayu
yang berpaksikan kepada nilai persekitaran, telah memberi ruang kepada Tamadun
Islam mendominasi arah aliran pemikiran masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah
mengubah corak dan gaya penekanannya daripada unsur-unsur estetika yang
bercorak Hindu-Buddha kepada corak akliah yang lebih kompetitif dan sesuai
dengan kehendak jiwa dan penerimaan akal.

2 Pembinaan Nilai Jatidiri

Selain daripada peranan agama dalam membangun sesebuah negara, peranan nilai
juga tidak boleh dikesampingkan dalam membentuk ketamadunan sesuatu bangsa.
Nilai juga menjadi nadi kepada ketamadunan sesebuah bangsa. Jatuh bangun, maju
mundur, cemerlang dan gagal sesebuah bangsa dan negara berkait rapat dengan
amalan nilai sesuatu bangsa. Kerana itu peranan nilai tidak boleh dipandang remeh
dalam menentukan kebangunan dan kelangsungan tamadun sesuatu bangsa.