Anda di halaman 1dari 4

1) Pengajian ketamadunan merupakan satu bidang ilmu dan pengetahuan yang

membicarakan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara
konseptual, teoretikal dan abstrak.
Tamadun ialah sebuah peradaban atau budaya yang dijadikan sebagai cara hidup oleh
masyarakat pada hari ini. Di Malaysia, beberapa tamadun telah digabungkan dan
membentuk sebuah tamadun yang dikenali sebagai tamadun Malaysia. Iaitu Cina, India
dan Melayu. Pengajian ketamadunan amatlah rasional dan penting dalam usaha
memperkasa tamadun Malaysia. Oleh itu, masyarakat Malaysia perlu mempelajari dan
menghayatinya bagi memperkasakan tamadun Malaysia supaya tetap utuh. Pada pendapat
saya, antara rasional dan kepentingan pengajian ketamadunan dalam usaha
memperkasakan tamadun Malaysia ialah apabila kita mendalami serta mempelajari
tamadun, kita dapat lebih memahami tentang perbezaan agama, bangsa dan
kebudayaan antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India. Dengan memahami
latar belakang tamadun, kita dapat memupuk sikap persefahaman sesama rakyat dan
saling menghormati dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, salah satu kepentingan
pengajian ini ialah kita dapat mengenali kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini
bagi merancang strategi pada masa hadapan. Pengajian ketamadunan juga dapat
memupuk persefahaman sesama rakyat. Hal ini secara tidak langsung dapat
memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat yang mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteran serta kemakmuran negara. Oleh itu, pengajian
ketamadunan merupakan aspek yang amat penting untuk mengekalkan kemakmuran
hidup rakyat Malaysia
2) IMPLIKASI POSITIF

1) Apabila berlakunya hubungan interaksi antara Islam, Yahudi dan Kristian


- Rasulullah s.a.w telah membentuk "Sahibbah Madinah" iaitu Perlembagaan Madinah
setelah sampai ke Madinah
- Sahibbah Madinah digubal oleh Baginda berpandukan wahyu Allah S.W.T
- Ianya merupakan satu-satunya perlembagaan yang pertama ditulis di dunia ini
- Kesannya, sehingga kini semua perlembagaan di dunia ini ditulis dan mencontohi
Sahibbah Madinah.

2) Di Andalus pula, munculnya sarjana-sarjana yang terkenal.


- Islam ialah sebuah agama yang mengajar dan mementingkan manusia hidup dalam
keamanan
- Apabila orang Islam memerintah di Andalus, kekacauan tidak berlaku. Dengan itu,
ramai masyarakat Andalus dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada
penyelidikan dan penulisan sehingga melahirkan ramai individu dari agama Yahudi,
Islam dan Kristian yang terlibat dalam bidang penulisan.

3) Orang India pergi ke China dengan membawa teknologi gula dan astronomi.

4) Orang Arab pergi ke China dan berlakunya perkahwinan campur dan penyebaran
agama Islam seterusnya wujudnya komuniti Islam (Muslim) di China.

5) Kedatangan Islam ke kerajaan Melayu maka lahirlah kerajaan Melayu Islam.


Misalnya, Pasai, Acheh dan Melaka
- wujudnya tulisan jawi dan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang lahir ditulis dalam
tulisan arab dan jawi. Perkembangan sastera Melayu berlaku.

6) Hubungan Tamadun China dan Melayu, China membawa teknologi gula ini ke alam
Melayu
- teknologi perusahaan membuat tembikar, pertukangan logam dibawa oleh China dan
memajukan tamadun Melayu.
- Interaksi antara tamadun China dan Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara
peperangan dan aman
- Hubungan diplomatik antara China dan Melayu semasa pemerintahan Zaman
Kesultanan Melayu Melaka. China pernah menghadiahkan Hang Li-Po seorang
perempuan dari China untuk berkahwin dengan Sultan Mansor Shah.
IMPLIKASI NEGATIF

1) Biasanya peperangan dicetuskan oleh Yahudi dan Kristian.

- Misalnya Amerika menyerang Iraq dan Palestin diserang Israel.


- Islam tidak pernah menganjurkan peperangan.
- Islam mengajar untuk hidup secara aman damai, rahmat dan kasih sayang.
- Pada abad ke 18, Hitler telah melancarkan serangan dengan membunuh jutaan
orang Yahudi.
- Berlaku akibat faktor agama, ketidakseimbangan ekonomi, social dan sebangainya
- Islam dengan Kristian pada zaman pertengahan Eropah, orang Kristian tidak
berpuas hati dengan orang Islam dan melancarkan perang salib.
- Ramai orang Islam terbunuh. Walhal orang Islam banyak memberi sumbangan
kepada perkembangan di Sepanyol.

2) Apabila Islam datang ke India, selalu berlaku ketegangan kerana salah faham
serta tidak mengamalkan cara agama yang betul. Contohnya, Aurangzeb iaitu raja
Mongul Islam yang bertindak keras terhadap penganut agama Hindu tidak benar
kerana baginda telah mengharamkan pembinaan kuil yang baharu, pengharaman
upacara mandi suci di sungai Jamuna, mengharamkan upacara sakti dan lain-lain.

3) Kesan negatif hubungan antara tamadun Islam dan China pada tahun 751 Masihi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Ziad bin Salleh telah mengalahkan angkatan
perang China yang dipimpin oleh Khor Sin Chin sedangkan pada masa tersebut
kerajaan Islam masih ada hubungan diplomatik dengan Kerajaan Tang di negara
China.

4) Pada tahun 876 Masihi, berlaku pemberontakan di Kanton yang mengorbankan


120 ribu pedagang yang berdagang dari Arab dan Parsi. Ianya tercetus akibat
perasaan tidak puas hati orang Cina melihat orang Islam maju di negara mereka.

Anda mungkin juga menyukai