Anda di halaman 1dari 15

KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

DALAM PEMBELAJARAN BACAAN PEMAHAMAN TEKS


DI KALANGAN MURID SJK ( C ) DAN SJK ( T )

oleh
Cheah Tong Tiat
Adlan b. Abdul
Baskaran a/l Nadeson
Lim Chin Li
(Jabatan Bahasa)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran


Koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-
Achievement Divisions-STAD) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT)
terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
di kalangan murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina
(SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T). Seramai 160 orang
murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai sample
kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah PK (BPPP)
merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam
pencapaian bacaan pemahaman teks. Secara perbandingan, peningkatan
pencapaian pemahaman teks bagi pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP)
heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kaedah PK
(BPPP) homogenous. Berdasarkan dapatan kajian ini, cadangan telah
disarankan untuk amalan pendidikan dan kajian lanjutan.

LATAR BELAKANG

Menurut Johnson (1981), dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh
merancangkan pelajaran mengikut tiga kaedah yang utama:
i) pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil secara pembelajaran koperatif (PK)
dengan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
ii) pelajar-pelajar bersaing antara satu sama lain melalui pembelajaran persaingan
untuk menempatkan kedudukan pelajar mengikut kebolehan masing-masing.
iii) Pelajar belajar secara perseorangan atau pembelajaran individu untuk mencapai
matlamat masing-masing pada kadar sendiri.

Kaedah PK dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang
keberkesanan PK di kebanyakan negara Eropah. Justeru, pasukan pengkaji ingin mengesan
keberkesanan PK di kalangan murid-murid sekolah rendah di Malaysia yang berbeza dari konteks
aliran dan bahasa pengantar. Kaedah PK yang menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya
membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap
terhadap mata pelajaran dan sekolah.
Cooperative learning is group learning activity organised so that
learning is dependent on socially structured exchange of information
between learners in groups and in which each learner is held accountable
for his or her own learning and is mitivated to increase the learning of
others.
(Kagan & Olsen, 1992)

1.1 Pernyataan Masalah

Banyak kajian dan eksperimen tentang PK dari segi kesannya dan prosesnya telah
dilaporkan positif di dalam dan di luar negara. Ini dapat dibukti oleh Hamida Bee (1998)
yang merumuskan bahawa PK adalah kaedah yang berkesan untuk mengajar pelajaran
bahasa. Di Malaysia, kajian dan laporan tentang keberkesanan kaedah PK dalam mata
pelajaran bahasa Cina dan Tamil amatlah terhad. Justeru itu, kajian ini ingin meninjau dan
mengetahui sama ada kaedah PK juga berkesan dalam sistem pendidikan Malaysia yang
mempunyai latar belakang sosio budaya yang berbeza. Satu tinjauan telah dibuat ke atas
prestasi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam UPSR ke atas empat buah
sekolah ( dua buah SJK(C) dan dua buah SJK (T) ) di Negeri Kedah. Analisis peratusan
kelulusan UPSR di keempat-empat buah sekolah ini pada tahun 2000 adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 1.1 dan 1.2:

Jadual 1.1 : Analisis Peratus Kelulusan UPSR Mengikut Mata Pelajaran


pada Tahun 2000 Bagi SJK (C) A dan SJK (C) B.

Sekolah SJK ( C ) A SJK ( C ) B


Mata Pelajaran
BC Kefahaman 73.97 % 76.90 %
BC Karangan 75.60 % 83.00 %
BM Kefahaman 62.57 % 72.2 %
BC Karangan 64.84 % 48.10 %
B. Inggeris 62.16 % 61.10 %
Matematik 81.08 % 81.5 0%
Sains 75.67 & 83.30 %
( Sumber : Dua Buah SJK (C) di Negeri Kedah )
Nama asal sekolah tidak dinyatakan dalam kajian ini.

Daripada jadual 1.1, didapati pencapaian min kelulusan mata pelajaran BC Kefahaman
bagi kedua-dua buah SJK (C) hanya berada pada tahap sederhana sahaja jika berbanding
dengan min kelulusan BC Karangan dan Matematik. Ini menunjukkan pencapaian BC
kefahaman masih perlu dipertingkatkan lagi.
Jadual 1.2 : Analisis Peratus Kelulusan UPSR Mengikut Mata Pelajaran
Pada Tahun 2000 Bagi SJK (T) A dan SJK (T) B.

ekolah SJK ( T ) A SJK ( T ) B


Mata Pelajaran
BT Kefahaman 74.00 72.60
BT Karangan 78.00 46.30
BM Kefahaman 49.30 61.10
BM Karangan 31.90 41.10
B. Inggeris 47.80 52.60
Matematik 92.80 66.30
Sains 69.60 66.30
( Sumber : Dua Buah SJK (T) di Negeri Kedah )
Nama asal sekolah tidak dinyatakan dalam kajian ini.

Jadual 1.2 menunjukkan analisis Peratus Kelulusan UPSR di dua buah SJK (T) di negeri
Kedah. Didapati pula pencapaian min kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil
Kefahaman bagi kedua-dua buah SJK (T) adalah berada pada tahap sederhana sahaja jika
dibandingkan dengan pencapaian mata pelajaran yang lain. Ini menunjukkan bahawa
prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil kefahaman masih perlu dipertingkatkan lagi.

1.2 Tujuan Kajian

Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian
mereka menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar
pemahaman teks dengan berkesan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau
sama ada kaedah pembelajaran koperatif Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar BPPP
(Student Teams-Achievement Divisions STAD), boleh menghasilkan pencapaian
akademik dari segi pencapaian ujian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil yang lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional yang berpusatan guru.
Bagi mencapai matlamat di atas, kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan
berikut:

i) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).
ii) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).
iii) Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan
kumpulan heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman
teks.
iv) Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan
kumpulan heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman
teks.
1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan matlamat dan tujuan kajian yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan
bagi soalan-soalan kajian berikut:

i) Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C) ?
ii) Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T) ?
iii) Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan
heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?
iv) Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan
heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?

1.4 Hipotesis-Hipotesis Kajian

Berhubung dengan persoalan yang dikemukakan, hipotesis-hipotesis nol yang akan diuji
dalam kajian ini dengan berdasarkan aras signifikan p<0.05 adalah seperti berikut:

i) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).
ii) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).
iii) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus di SJK (C).
iv) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus di SJK (T).

1.5 Kepentingan Kajian

Diharap dapatan kajian ini akan menjadi panduan dan memberi petunjuk kepada guru-
guru SJK(C) dan guru-guru SJK(T) yang ingin melaksanakan kaedah PK dalam
pengajaran bacaan pemahaman teks. Guru-guru akan lebih yakin dengan keberkesanan
kaedah PK dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan
pemahaman teks PK. Kajian ini memberi tumpuan kepada mata pelajaran Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil kerana kedua-dua bahasa ini merupakan bahasa pengantar di sekolah
aliran Cina dan Tamil. Sekiranya kaedah PK BPPP ini menunjukkan kesan yang
positif, mungkin ia boleh diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah
Cina dan sekolah-sekolah rendah Tamil di negara kita untuk meningkatkan prestasi
murid-murid dalam pencapaian bacaan pemahaman teks.
1.6 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan sampel seramai 160 orang murid Darjah Lima dari dua buah
sekolah yang berbeza aliran, iaitu 80 orang murid dari SJK(C) dan 80 orang murid dari
SJK(T). Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan bagi kedua-dua buah sekolah
ini terdiri daripada 40 orang murid yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah.
Hasil kajian ini hanya betul dalam konteks sekolah tersebut atau sekolah lain yang
menyerupai sampel kajian ini sahaja. Selain itu, sampel kajian ini hanya terdiri
daripada kaum Cina dan India sahaja, maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan
bagi kumpulan sampel yang berlainan kaum. Ia mungkin dapat dijadikan satu perintis
dan landasan untuk kajian yang lebih luas dan mendalam dalam bidang yang sama.
Pemilihan sampel hanya berdasarkan kelas-kelas yang telah sedia ada, oleh itu, satu
eksperimen kuasi yang tidak menggunakan persampelan rawak untuk membentuk
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan telah digunakan.

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Terdapat pelbagai model PK, antaranya ialah Bulatan Pembelajaran (Circles of


Learning, atau COL), Kaedah Susun Suai (Jigsaw), Bahagian Pencapaian-Pasukan
Pelajar BPPP ( Student Team-Achievement, atau STAD), Pertandingan Permainan
Pasukan (Team-Games Tournament, atau TGT), Inkuiri dalam Kumpulan (Group
Investigation, atau GI), Pasukan Arahan Cepat (Team Accelerated Instruction, atau
TAI, dan Strategi Baca dan Karang Sama (Coperative Integrated Reading and
Composition, atau CIRC).

2.2 Teori-teori Pembelajaran Koperatif

Dua teori yang menyumbang ke arah pencapaian kaedah PK ialah teori motivasi dan teori
kognitif ( Slavin, 1990). Dalam perspektif motivasi, ahli-ahli setiap kumpulan yang
mengikuti kaedah PK akan saling membantu dan menggalakkan rakan antara satu sama
lain untuk pencapaian matlamat akademik (Slavin, 1990). Dalam perspektif kognitif pula,
pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pembinaan, pelajar akan terlibat
secara aktif dalam proses integrasi pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada untuk
mencapai objektif pembelajaran yang dijangkakan. Mengikut Slavin (1990), fungsi utama
BPPP ialah kumpulan murid yang mengikuti kaedah PK membekal sokongan antara ahli
kumpulan untuk pencapaian akademik yang cemerlang. Interaksi dalam kumpulan kecil
membantu pelajar menganalisis, berbincang dan sintesis idea untuk meningkatkan tahap
pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang lebih bermakna.

2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan

Menurut Grabe (1991), kemahiran dalam penggunaan strategi bacaan dapat


meningkatkan bacaan pemahaman teks. Hasil kajian Bejarano (1987) telah
membuktikan bahawa pengajaran pemahaman teks yang menggunakan kaedah BPPP
amat berkesan. Begitu juga hasil kajian Almanza (1997) menunjukkan bahawa PK
lebih berkesan untuk mengajar pemahaman teks berbanding dengan kaedah tradisional
dalam satu kelas besar. Walau bagaimanapun, Eleanor, dan Taylor (1995)
menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara kaedah BPPP
berbanding dengan kaedah penbelajaran tradisional dalam pemahaman teks di kalangan
murid darjah enam. Kajian oleh Teeravarapaug dan Khairiree (1992) ke atas pelajar-
pelajar sekolah di daerah-daerah Bangkok menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang
tidak belajar melalui kaedah PK telah menghasilkan pencapaian yang lebih tinggi
berbanding dengan pelajar yang telah melalui olahan kaedah PK.

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan reka bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa ( Nonequivalent
Control Group). Reka bentuk ini melibatkan sampel sebanyak 160 orang murid Darjah
Lima dari dua buah sekolah yang berbeza aliran, iaitu SJK(C) dan SJK(T). Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan bagi kedua-dua buah sekolah ini dipilih
berasaskan dua kelas yang sedia ada yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pembolehubah tidak bersandar ialah PK dan PT, manakala pembolehubah bersandar
ialah perbezaan peningkatan min dalam ujian bacaan pemahaman teks yang diukur
melalui ujian pra dan ujian pos terhadap kaedah PK BPPP.

Kaedah PK mempunyai lima komponen yang utama iaitu pengajaran dalam kelas,
pembentukan kumpulan, kuiz, skor peningkatan individu dan pengiktirafan kumpulan.
Dalam pengajaran pemahaman teks bagi kelas olahan, murid-murid diagihkan dalam
beberapa kumpulan kecil. Ahli setiap kumpulan akan berinteraksi, berbincang,
berkongsi idea dan bekerjasama untuk memahami teks yang diberikan oleh guru.
Seterusnya, setiap kumpulan akan mengambil bahagian dalam kuiz, bersaingan antara
kumpulan untuk menyumbangkan skor yang tinggi untuk kumpulan masing-masing.
Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang memperoleh skor tertinggi.

Jadual 3.1 : Reka bentuk kajian kelas-kelas Eksperimen bagi kaedah PK BPPP
_____________________________________________________________________
Aliran Jenis Kumpulan
Heterogenus Homogenus
SJK (C) A, B, C, D E, F, G, H
SJK (T) I, J, K, L M. N, O, P
_____________________________________________________________________

Kelas eksperimen bagi kedua-dua aliran sekolah dibahagi kepada dua kumpulan utama,
iaitu kumpulan heterogenus dan kumpulan homogenus. Ahli-ahli kumpulan
heterogenus terdiri daripada sampel yang berbeza dari segi kebolehan bahasa ibunda,
manakala ahli-ahli kumpulan homogenus adalah sampel yang mempunyai kebolehan
bahasa ibunda yang sama. Setiap kumpulan Heterogenus dan Homogenus pula
dipecahkan kepada empat kumpulan kecil. (Sila rujuk Jadual 3.1)
3.2 Instrumen Kajian

Instrumen untuk kajian ini merupakan empat set soalan ujian (dua untuk sampel
SJK(C) dan dua untuk sampel SJK(T) yang setiapnya mengandungi 20 item soalan
objektif aneka pilihan dengan empat pilihan jawapan yang berkaitan dengan empat
petikan pemahaman teks. 2 set soalan pemahaman teks digunakan sebagai ujian pra
dan ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas
tamat pengolahan. Soalan kefahaman ini melibatkan soalan interpretasi, sintesis dan
tafsiran terhadap isi kandungan teks yang dibaca. Instrumen ini digunakan untuk
mengukur keberkesanan pembolehubah bebas (PK & PT), dan pembolehubah
bersandar (skor peningkatan dalam ujian bacaan pemahaman teks antara ujian pra dan
ujian pos terhadap kaedah PK BPPP).

Ujian pemahaman teks ini direka oleh penyelidik bersama pensyarah Pengajian Cina
dan Pengajian Tamil. Kesahan soalan ditentukan oleh Guru Bahasa Cina dan Guru
Bahasa Tamil yang telah lama menjadi pemeriksa peperiksaan UPSR Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil. Untuk menilai reliabiliti ujian pencapaian berkenaan, koefisien alfa
Cronbach @ telah ditentukan. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh untuk ujian
pencapaian kefahaman teks Bahasa Cina dan Tamil masing-masing ialah 0.75 dan
0.69.

3.3 Prosedur Kajian

Kajian ini melibatkan dua orang guru pelatih pengajian Cina yang mengajar kedua-dua
kelas yang terlibat dalam kajian ini. Seorang guru pelatih mengajar kelas kawalan dan
seorang lagi mengajar kelas eksperimen. Demikian juga keadaan di SJK (T). Mereka
telah diberi taklimat, penerangan dan garis panduan tentang pelaksanaan kaedah
tradisional bagi guru yang mengajar kelas kawalan dan kaedah PK BPPP bagi guru
yang mengajar kelas eksperimen.

Pada mulanya, kedua-dua kumpulan yang terlibat dalam kajian telah diberi ujian pra
sebelum kajian dimulakan. Pada akhir kajian, kedua-dua kumpulan dikehendaki
menduduki satu ujian post. Peningkatan pencapaian akademik diukur berdasarkan
perbezaan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian post. Kumpulan kawalan
diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran tradisional yang mana murid belajar
secara tradisional yang banyak melibatkan kerja individu.. Guru hanya berperanan
sebagai instructor dengan mengamal kaedah ‘chalk and talk’. Kelas eksperimen
dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kumpulan heterogenus dan homogenus.
Ahli-ahli kumpulan heterogenus terdiri daripada murid-murid yang berbeza kebolehan
bahasa ibunda, manakala ahli-ahli kumpulan homogenus terdiri daripada murid-murid
yang mempunyai kebolehan bahasa ibunda yang sama.

3.4 Analisis Data

Data-data skor ujian rintis akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS untuk
memperoleh nilai reliabiliti item-item ujian pencapaian iaitu nilai alfa-Cronbach.
Data-data yang dikutip bagi ujian pra dan ujian post sampel kajian akan juga diproses
dengan perisian SPSS untuk tujuan deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan
menguji hipotesis. Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk membanding min
skor pencapaian ujian bacaan pemahaman teks antara kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen di sekolah yang sama, antara kumpulan heterogenus dan
kumpulan homogenus dalam kumpulan eksperimen. Paras signifiken untuk membuat
keputusan ditetapkan pada aras 0.05. Hipotesis nol akan ditolak sekiranya nilai p yang
diperolehi adalah kurang daripada 0.05 dan sebaliknya.

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Penganalisisan data dibuat seperti yang berikut:


Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional di SJK (C).
i) Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang mengikuti
kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).
ii) Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP kumpulan homogenus dan
kumpulan heterogenus di SJK (C).
iii) Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP kumpulan homogenus dan
kumpulan heterogenus di SJK (T).

4.2 Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara murid
yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).

Jadual 4.1: Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan


Pemahaman Teks Bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen Di
SJK(C)

Kumpulan Min (S.P) Peningkatan Perbezaan Nilai-t P


Ujian Pra Ujian Post

Kawalan 69.25 76.15 6.90 3.745


(N=40) (14.17) (12.43)
+6.08 <.001

Eks. 68.48 81.46 12.98 8.905


(N=40) (15.16) (9.17)

Analisis data terhadap perbandingan peningkatan pencapaian min ujian


pemahaman teks bagi kedua-dua kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional dan kaedah pembelajaran koperatif BPPP dapat
dirumuskan melalui Jadual 4.1. Jadual 4.1 menunjukkan bahawa peningkatan
pencapaian min ujian pemahaman teks bagi kumpulan kawalan adalah sebanyak
6.9 sedangkan kumpulan eksperimen adalah sebanyak 12.98. Perbezaan
peningkatan pencapaian min bagi kedua-dua kumpulan adalah sebanyak 6.08.
Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan
pencapaian min di antara kedua-dua kumpulan.
( p<.001)

Sebagai kesimpulan, didapati pencapaian min pelajar kumpulan eksperimen


adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Oleh itu, Hipotesis
nol yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara pelajar yang mengikuti
kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan pelajar yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional ditolak.

4.3 Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan


Pemahaman Teks Antara Kumpulan Homogenus Dan Kumpulan
Heterogenus Bagi Kaedah Pembelajaran Koperatif BPPP Di
SJK(C)

Jadual 4.2:
Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan Pemahaman Teks
Antara Kumpulan Homogenus Dan Kumpulan Heterogenus Bagi Kaedah
Pembelajaran Koperatif BPPP Di SJK ( C )

Kumpulan Min (S.P) Peningkatan Perbezaan Nilai-t P


Ujian Pra Ujian Post

Hom. 69.61 79.72 10.11 4.603


(N=20) (10.45) (5.46) (9.56)
+5.74 <.001

Het. 67.35 83.20 15.85 8.921


(N=20) (11.56) (8.43) (7.44)
_______________________________________________________________

Jadual 4.2 menunjukkan perbandingan peningkatan pencapaian min ujian bacaan


pemahaman teks antara kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus bagi
kaedah pembelajaran koperatif BPPP di SJK ( C ). Peningkatan pencapaian min
bagi kumpulan homogenous adalah 10.11, manakala peningkatan pencapaian
min bagi kumpulan heterogenous adalah 15.85. Ujian-t menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian min terhadap
kumpulan homogenous sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
koperatif BPPP. ( nilai-t = 4.603, p<.001). Ujian-t juga menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian min terhadap
kumpulan heterogenous sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
koperatif BPPP. ( nilai-t = 8.921, p<.001)
4.4 Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid
yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).

Jadual 4.3: Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan


Pemahaman Teks Bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen Di
SJK(T)

Kumpulan Min (S.P) Peningkatan Perbezaan Nilai-t

Ujian Pra Ujian Post

Kawalan 62.80 66.13 3.33 3.250


(N=40) (14.36) (13.85) (9.26)
+11.42 <.001

Eks. 60.63 75.38 14.75 8.705


(N=40) (13.59) (12.26) (8.02)
_______________________________________________________________

Analisis data terhadap perbandingan peningkatan pencapaian min ujian


pemahaman teks bagi kedua-dua kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional dan kaedah pembelajaran koperatif BPPP dapat
dirumuskan melalui Jadual 4.3. Jadual 4.3 menunjukkan bahawa peningkatan
pencapaian min ujian pemahaman teks bagi kumpulan kawalan adalah sebanyak
3.33 sedangkan kumpulan eksperimen adalah sebanyak 14.75. Perbezaan
peningkatan pencapaian min bagi kedua-dua kumpulan adalah sebanyak 11.42.
Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan
pencapaian min di antara kedua-dua kumpulan. ( p<.001)

Sebagai kesimpulan, didapati pencapaian min pelajar kumpulan eksperimen


adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Oleh itu, Hipotesis
nul yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara pelajar yang mengikuti
kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan pelajar yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional ditolak.
4.5 Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan
Pemahaman Teks Antara Kumpulan Homogenus Dan Kumpulan
Heterogenus Bagi Kaedah Pembelajaran Koperatif BPPP Di
SJK(T)

Jadual 4.4: Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan


Pemahaman Teks Antara Kumpulan Homogenus Dan Kumpulan Heterogenus
Bagi Kaedah Pembelajaran Koperatif BPPP Di SJK ( T )

Kumpulan Min (S.P) Peningkatan Perbezaan Nilai-t P


Ujian Pra Ujian Post

Hom. 61.25 72.00 10.75 8.234


(N=20) (13.86) (13.62) (11.15)
+8.00
<.001

Het. 60.00 78.75 18.75 7.265


(N=20) (13.32) (11.16) (12.15)

Jadual 4.4 menunjukkan perbandingan peningkatan pencapaian min ujian bacaan


pemahaman teks antara kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus bagi
kaedah pembelajaran koperatif BPPP di SJK (T). Peningkatan pencapaian min
bagi kumpulan homogenous adalah 10.75, manakala peningkatan pencapaian
min bagi kumpulan heterogenous adalah 18.75. Ujian-t menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian min terhadap
kumpulan homogenous sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
koperatif BPPP. ( nilai-t = 8.234, p<.001). Ujian-t juga menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian min terhadap
kumpulan heterogenous sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
koperatif BPPP. ( nilai-t = 7.265, p<.001)
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian min adalah lebih


tinggi bagi kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP
berbanding dengan peningkatan pencapaian min bagi kumpulan yang diajar melalui
kaedah pembelajaran tradisional. Pada keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa
kaedah pembelajaran koperatif BPPP merupakan kaedah pengajaran bacaan
pemahaman teks yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran
tradisional. Peningkatan pencapaian min yang lebih memihak kepada kumpulan
eksperimen menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif BPPP penting
untuk meningkatkan pemahaman di kalangan pelajar. Ini dapat menggalakkan
interaksi dalam kumpulan rakan sebaya melalui pengongsian maklumat dan idea,
aktiviti penaakulan logik dan penghuraian maklumat serta meningkatkan tahap
kefahaman di kalangan pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian
bacaan pemahaman teks bagi kedua-dua kumpulan homogenous dan heterogenous
di SJK (C) dan SJK (T) telah meningkat. Namun, analisis data menunjukkan
bahawa peningkatan pencapaian ujian pemahaman teks bagi kumpulan yang diajar
melalui kaedah pembelajaran koperatif BPPP heterogenous adalah lebih tinggi
berbanding dengan kumpulan yang diajar melalui kaedah pembelajaran koperatif
BPPP homogenous. Ini adalah disebabkan bahawa kumpulan heterogenous terdiri
daripada ahli-ahli pelbagai tahap kebolehan, latar belakang sosio-ekonomi dan
kaum. Mengikut Mahohaini Yusof (1989), pelajar yang lemah dapat mempelajari
sesuatu daripada pelajar yang berkebolehan tinggi dan pelajar yang berkebolehan
tinggi mempelajari strategi baru melalui pengalaman mengajar dan membimbing
rakan yang lemah.

5.2 Implikasi Kajian

Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif BPPP dalam pengajaran bacaan


pemahaman teks adalah jelas. Memandangkan keberkesanan kaedah pembelajaran
koperatif dalam meningkatkan pencapaian bacaan pemahaman teks amat ketara,
sukatan pelajaran Kursus Diploma Pendidikan Malaysia (KDPM) harus
menekankan aspek tersebut terutama sekali guru pelatih beropsyen bahasa demi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam penguasaan dan
pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif. Pihak sekolah seharusnya sentiasa
menganjurkan kursus-kursus atau latihan dalaman kepada guru-guru yang mengajar
bahasa bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan
kaedah pembelajaran koperatif.

5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan


Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
a) Mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian
akademik bagi mata pelajaran bahasa yang lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
untuk melihat samada kaedah pembelajaran koperatif juga berkesan bagi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran bahasa yang lain.
b) Mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif yang lain seperti
Jigsaw, CIRC, TAI, TGT dan COL untuk mengesan samada kaedah pembelajaran koperatif
model tersebut juga dapat membawa kesan positif bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.

KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif BPPP merupakan satu kaedah
yang berkesan dalam mengajar bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
bagi pelajar Darjah 5. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan kaedah pembelajaran
koperatif di SJK (C) dan SJK (T), timbulnya beberapa kesulitan seperti sifat pelajar yang
pasif, keberatan untuk bergaul dengan jantina yang lain, tidak begitu berkecenderungan
untuk menyoal dan memberi pandangan terhadap sesuatu perkara. Justeru itu, pelbagai
corak pengajaran dan pembelajaran kaedah pembelajaran koperatif harus digunakan demi
menggalakan interaksi di kalangan pelajar, memudahkan pembelajaran serta
mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam pelajarannya. Semoga guru-guru yang
mempunyai kepakaran dalam kaedah pembelajaran koperatif boleh berkongsi kepakaran
dan kemahiran mereka dengan guru yang lain melalui kursus-kursus dalaman. Semangat
bekerjasama dan kemahiran kolaboratif di kalangan guru adalah perlu untuk memenuhi
fungsi kita sebagai pendidik, membantu pelajar memperkembangkan kemahiran mental
melalui perbincangan dan interaksi dalam kumpulan pembelajaran koperatif.

BIBLIOGRAFI

Adams, Dennis, Carlson, Helen, Hamm, & Mary. (1990). Cooperative Learning and
Educational Media: Collaborating With Technology And Each Other.
New Jersey: Educational Teachnology Publications, 07632.

Almanza, T. (1997). The Effect of Cooperative Learning on Reading. ERIC ED 402781.

Alvermann, D.E., Dillon, D.R., & O'Brien, D.G. (1987). Using Discussion To Promote
Reading Comprehension. Neward, DE: International Reading Association.

.Bejarano, Y. (1987). A cooperative small-group methodology in the language classroom.


TESOL Quarterly, 21, 483-504.

Davidson, N. (1990). In Sharan, R. Slavin, and N. Davidson, The IASCE: An Agenda


for The 90's, Cooperative Learning, 10(4), 2-4.

Deutsch, M. (1962). A theory of cooperation and competition. Human Relations V2, 129-
152

Dole J.A., Duffy G.G.; Roehlen L.R. & Pearson P.D. (1991). Moving from old to the new.
Research on Reading Comprehension Instruction: Review of Educational Research,
61(2), 241.

Durkin, D. (1979). What classroom observation reveal about reading comprehension. Reading
Research Quaterly. 14, 578-544.

Grabe, W. (1991) Current development in second language reading research . TESOL


Quarterly, 25, 375-406.

Hamida Bee Abdul Karim. (1998). Why cooperative learning? Jurnal Akademik MPSAH,
jilid 6, 12-19.

Harris, A. J. & E. R. Sipay. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman,
Inc.

Ishak Ramly. (1996). 'Mencanai Bacaan Menghimbau Fikiran Meneguh Pengetahuan'. Kertas
Kerja, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Jacobs, G M., Gan, SL., & Ball, J. (1998). Pembelajaran Kerjasama. Serdang: Penerbitan
Universiti Putra Malaysia.

Jacques, D. (1984). Learning In Groups. Dover: W.H. Croon Helm.

Johnson, D.W.; Maruyama, G; Johnson, R.T., Nelson, & Skon, L. (1981). Effects of
Cooperative, Competitive and Individualistic Goal Structures on Achievement: A Meta
Analysis: Psycological Bulletin. 89, 47-62.

Kagan, S. (1992, 1994). Cooperative Learning. San Juan Capistrano, CA: Kagan Cooperative
Learning.

________________________. (1989). Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Perkembangan


Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Kessler, Carolyn. (1992). Cooperative Language Learning: A teacher's resource book.


Eaglewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall Regents.

Marohaini Yusoff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Petaling Jaya:
Percetakan Kum Sdn Bhd.

Ng, S.H. (1998). Kajian Perintis Tentang Pembelajaran Koperatif Dalam Prinsip Akaun. Tesis
M. Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Norijah Mohamad. (1997). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dan Pengajaran Secara


Modul Bagi Peningkatan Pencapaian pelajar Dalam Bahasa Melayu Peringkat Sekolah
Menengah. Tesis M.Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Reigeluth, C.M. (1983) (Ed.), Instructional design theories and Models. An overview of their
current status. New Jersey: Lawrence Erlbaum.

Slavin, R.E. (1990). Cooperative Learning: Theory, Research, and Practice. Boston: Allyn
and Bacon.

Slavin, R.E. (1994). Using Student Team Learning (3 rd ed.). The Johns Hopkins University:
Center for Research on Elementary and Middle School.

Smith , F. (1980). Reading Cambridge. Cambridge University Press.

Sofiah Osman. (1986). Memahami Proses Pemahaman Bacaan daripada Perspektif


Psikolinguistik. dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jild 30, Bil. 8,
1 Jun 1986, 402-407.

Stevens, R.J., Slavin, R.E., & Farnish, A.M. (1991). The effects of cooperative learning and
direct instruction in reading comprehension strategies and main idea identification.
Journal of Educational Psychology, 83, 8-16.

Tai L. K. (2000). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif STAD Terhadap Pelajar Tingkatan
Dua Dalam Bacaan Pemahaman Teks Dan Sikap Terhadap Bahasa Melayu. Tesis M.Ed,
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Teeravarapaug, P. & Khairiree, K. et al (1992). Cooperative Learning in


Mathematic. Education Reports. Regional Centre of Education in Science and
Matematics.
http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa01.htm