Anda di halaman 1dari 1

PENYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah yang kami dapati berdasarkan kajian ini adalah masyarakat pada era kini
kurang peka dan kurang berpengetahuan dalam mengetahui asal usul sejarah keseniaan dan
kebudayaan masyarakat cina.

Antaranya ialah seni kaligrafi. Masyarakat Cina kini mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad
tentang tulisan kaligrafi. Pada hari ini mereka lebih gemar menggunakan kaligrafi ini sebagai perhiasan
dan bukan lagi untuk tujuan rasmi. Penghasilannya pada hari ini boleh dilakukan dalam pelbagai gaya
seperti gaya bebas, gaya berjalan mahu pun perlahan. Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
zaman kini berkenaan kepentingan warisan seni tulis kaligrafi dan status profesional kaligrafi di negara
ini, masyarakat perlu mengambil inisiatif mengadakan Pameran Lukisan dan Dakwat Cina
Kontemporari.

Selain itu, kebudayaan masyarakat baba dan nyonya. Sebilangan besar masyarakat di Malaysia
hari ini terutamanya remaja kurang peka tentang kewujudan adat dan kebudayaan kaum baba dan
nyonya kerana kelompok baba dan nyonya di negara kita adalah sangat kecil dan ianya terkenal di
Melaka dan Pulau Pinang. Masyarakat hari ini juga kurang ilmu pengetahuan tentang adat dan
kebudayaan kaum baba dan nyonya. Ketandusan ilmu dalam pelbagai bidang khususnya adat dan
kebudayaan kaum baba dan nyonya yang merupakan kaum minoriti di Malaysia menyebabkan mereka
kurang memahami adat dan kebudayaan kaum tersebut.

Anda mungkin juga menyukai