Anda di halaman 1dari 2

KERANGKA KARANGAN

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

Pendahuluan:
- Kemalangan jalan raya saban tahun mencatatkan angka yang tinggi
- Terutamanya menjelang musim perayaan dan cuti umum
- Pelbagai faktor kemalangan – kecuaian pemandu, keadaan kereta serta
persekitaran dan kelonggaran pelaksanaan undang-undang
- Pelbagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya

Isi 1 : penguatkuasaan undang-undang


- Memasang lebih banyak perangkap kelajuan, terutamanya di lebuh raya
- Mengenakan denda yang tinggi kepada pemandu yang melanggar peraturan jalan
raya
- Menarik atau menggantung lesen pemandu yang banyak melakukan kesalahan
trafik
- Memenjarakan pesalah trafik yang enggan membayar saman
- Memberikan lesen kepada pemandu berumur 21 tahun – lebih matang

Isi 2 : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


- Dilaksanakan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Mendidik anak-anak supaya menanamkan sikap berhemah semasa memandu
- Menghormati undang-undang dan hak pengguna jalan raya yang lain

Isi 3 : pembaikpulihan keadaan fizikal jalan raya


- Meletakkan lebih banyak lampu isyarat di simpang berbahaya
- Memasang lebih banyak lampu jalan terutamanya di tempat gelap
- Meletakkan papan tanda di tempat berbahaya seperti selekoh dan jalan berbukit
- Membaik pulih jalan raya yang rosak seperti berlubang dan tidak rata
Isi 4 : persiapan fizikal dan mental
- Tidak mengambil minum mabuk – menjejaskan fungsi saraf
- Tidur dan rehat yang cukup - tertidur
- Elakkan diri memandu ketika tertekan – memandu dalam keadaan berbahaya dan
laju
- Mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa

Isi 5 : pemeriksaan rapi terhadap kenderaan sebelum memulakan perjalanan


- Memeriksa brek, lampu sisi boleh berfungsi dengan baik
- Memastikan tayar tidak haus dan angin yang mencukupi
- Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis –contohnya menggganti minyak
hitam

Isi 6 : pemanduan mengikut peraturan jalan raya


- Tidak memotong di garisan berkembar
- Mematuhi lampu isyarat
- Sentiasa menggunakan lampu sisi dan cermin sebelum membelok dan memasuki
lorong lain
- Memandu mengikut had laju yang ditetapkan

Penutup:
- Semua pihak perlu memainkan peranan
- Biar lambat asalkan selamat – tidak perlu terburu-buru
- Kempen Ops Sikap tidak berguna selagi pengguna tidak mahu mematuhi
peraturan jalan raya
- Pandu cermat, jiwa selamat – ingatlah orang yang tersayang