Anda di halaman 1dari 9

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia

Perdebatan yang berlaku di antara Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik dengan penasihat de facto
Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini boleh dilihat sebagai satu "test case" terhadap nasib
kebebasan bersuara di Malaysia, tanpa dicampuri tangan-tangan senyap kerajaan pemerintah.

Kebebasan bersuara berasaskan rasional, logik, dan atas nama keadilan adalah hak rakyat Malaysia
yang sudah terjamin, sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimana
pun, daripada sudut pandang teknikal, kebebasan bersuara di Malaysia masih lagi bersifat statik dan
kecut.

Di Malaysia, sekiranya dan seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan
cadangan yang menyinggung "perasaan" kerajaan yang memerintah yakni kerajaan PM Abdullah maka
dia boleh disabitkan sebagai "perosak" yang boleh menjahanamkan negara, walaupun pandangannya itu
berasas dan bernas. Seseorang individu yang memiliki sesuatu dokumen yang bersifat "rahsiah" seperti
dokumen kelas "OSA" tidak boleh bersuara malah boleh disabitkan sebagai pesalah dan akan dikenakan
tindakan ISA atas nama menjaga keamanan negara walaupun ingin menegakkan keadilan dan
kesaksamaan.

Di Malaysia, sekiranya dan seandainya seseorang individu menyampaikan pendapat, pandangan, dan
cadangan yang seiring dan sejalan dengan "hati" kerajaan yang memerintah maka individu tersebut akan
dijadikan contoh yang harus diikuti oleh semua rakyat Malaysia, walaupun pendapat, pandangan, dan
cadangan yang disampaikan tidak seiring dan sejalan dengan hukum rasional akal.

Kebebasan bersuara sebenar di Malaysia hanyalah "kebebasan" di dalam ruang lingkup "tempurung."
Persekitaran ruang lingkup tempurung ini merujuk kepada ruang lingkup institusi-institusi yang dikawal
selia oleh kerajaan pemerintah samada sepenuhnya atau pun separa. Contoh yang gemilang, cemerlang,
dan terbilang ialah kebebasan bersuara di institusi-institusi pengajian tinggi awam. Kebebasan bersuara
di institusi pengajian tinggi awam umpamanya diperlihatkan melalui pertandingan debat kebangsaan
antara IPTA-IPTA seMalaysia. Isu-isu yang diperdebatkan biasanya mencakupi ruang lingkup politik,
ekonomi, dan sosial acuan kerajaan pemerintah. Selain itu pelajar-pelajar IPTA juga didedahkan dan
digalakkan terjun kedalam dunia politik "hingusan" melalui Pilihan Raya Kampus sebagai menunjukkan
dan membuktikan kebebasan bersuara dan demokrasi di Malaysia.
Contoh yang gemilang, cemerlang, dan terbilang kebebasan bersuara seterusnya ialah kebebasan
penerbitan media samada dalam bentuk konvensional mahupun bentuk bukan konvensional. Syarikat-
sayrikat penerbitan media di Malaysia bebas bersuara didalam memilih wacana tanpa mengambil kira
sensitiviti hukum rasional akal asalkan tidak menghiris hati kerajaan pemerintah. Penerbitan bahan-bahan
hiburan yang diterbitkan oleh setesen-setesen penyiaran seperti TV3 dan Astro umpamanya bebas
bersuara didalam mecanang apa yang ingin disajikan kepada pelanggan yakni penonton seMalaysia.
Program-program realiti TV seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol umpamanya tidak akan
mendapat bantahan daripada pihak kerajaan pemerintah kerana didapati tidak boleh merosakkan negara
dan menghancurkan negara malahan mampu menguntungkan negara dan memakmurkan negara.

Seterusnya, kerajaan pemerintah juga menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan awam
memberikan pendapat, pandangan dan cadangan kepada kerajaan. Ini kerana kerajaan pemerintah
berpendapat yang pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan awam mempunyai hak kebebasan
bersuara. Walaubagaimana pun, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan awam ditegah sama sekali
memberi pendapat, pandangan, dan cadangan yang berbaur politikal walaupun bernas dan berasas
kukuh. Ini adalah kerana, sekiranya penjawat awam memberi pendapat, pandangan, dan cadangan yang
berbaur politik, kerajaan pemerintah beranggapan yang penjawat awam cuba mencampuri urusan politik
"animal politics" kerajaan pemerintah.

Walaupun kerajaan PM Abdullah memberi kebenaran untuk mengadakan perdebatan diantara Menteri
Penerangan Dato' Seri Shabery Chik dengan penasihat de facto Parti Keadilan Rakyat, ia masih belum
mampu mengukur sejauh mana 'kebolehupayaan" kebebasan bersuara di Malaysia. Ini kerana, kerajaan
pemerintah yakni kerajaan PM Abdullah masih beranggapan yang kebebasan bersuara boleh memporak-
perandakan negara. Maka tidak hairanlah kerajaan PM Abdullah "mengkaji terlebih dahulu kesan debat
kepada negara."
Falsafah PIN

1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan
Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan
prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan
pro"gresif serta berpegang teguh pad a lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh
falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan
sendiri menjelang 2020.

2. Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk
kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di
samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsat pengalaman negara-negara lain
serta impak arus globalisasi.

3. Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang
hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik
sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.

Konsep

4. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua
komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja
sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang
bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

5. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat
pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi
mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

6. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan
pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan
mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan
cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam
masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi
pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya
menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
Objektif Umum

7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara
maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan
diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif khusus

8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :

o Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti,
bermoral dan beretika;
o Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam
semua bidang;

o Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta


mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak
cergas menegakkan integriti;

o Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

o Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad
ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

Kesimpulan

9. Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat
dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah
masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani
cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada
pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri. 

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latar belakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan
negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan
kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang
lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan
dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan
terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan
Kebangsaan iaitu:

i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea
serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan
bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran,
pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan
keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,
lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun
bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya
kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian
secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.
Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan
penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah
bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama
rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta
pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam
mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut
menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai
agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk
mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan
Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,
mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme
Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam
pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini
adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan
dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu
dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola
dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi
mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting
dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan
pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan
peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan
seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Penutup
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini
dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan
tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan
akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian
kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Dasar Sosial
Negara

Pendahuluan
Dasar payung yang merangkumi falsafah dan berbagai dasar pembangunan sosial negara berteraskan
Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan
peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan
kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
Pernyataan Dasar
DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan
insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.

Penyataan Matlamat
Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat
berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang
sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif,
penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.

Latar Belakang
 1990an - Perbincangan isu-isu sosial dan keperluan satu dasar sosial negara
 1996    - Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bagi Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)
 1998    - JPPN membincangkan perlunya ada DSN 
- UPE minta KPNPM menggubal DSN
 1999    - KPNPM menganjurkan bengkel DSN 
- Pelantikan Pakarunding PINTAS
 2002   - Pakarunding PINTAS menghasilkan deraf DSN 
- Pasukan Petugas Khas di KPNPM 
- DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkan kepada JKMMS
 2003  - DSN diluluskan oleh Jemaah Menteri (19 Februari)
- DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos) 

OBJEKTIF DSN

Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya,
gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus
pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan

Objektif Khusus

 Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi


 Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat

 Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial

 Menjana sinergi multisektor

Objektif 1
MEMASTIKAN KEPERLUAN ASAS INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT DIPENUHI
Merangkumi:- 

 Keperluan asas secukupnya


 Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan

 Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni

 Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup


 Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara

 Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa

Objektif 2
MEMBANGUN DAN MEMPERKASAKAN INSAN SEPANJANG HAYAT
Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan
sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat kitaran hidup

Objektif 3
MEMPERKUKUH DAN MEMBANGUNKAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAN PERKHIDMATAN
SOSIAL
Memperkukuh dan menambahkan: 

 Sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, organisasi sosial dan lain-lain di
peringkat komuniti
 Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan
sosial

Objektif 4
MENJANA SINERGI MULTISEKTOR
Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela perlu
dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk menjamin
perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa
pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama.

Anda mungkin juga menyukai