Anda di halaman 1dari 5

NAMA DAN KOD KURSUS:

USUL FIQH ( HIS 3023 )

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR MUHAMAD AIDIL SHAZWAN BIN MUSTAFFA


KAMAL

NO. MATRIK D20162075991

NAMA PENSYARAH DR. MUHAMMAD AKRAMIN BIN KAMARUL


ZAMAN

KUMPULAN A
)‫أصول السرخسى (فصل الحكم‬
Kitab ini membincangkan berkaitan perundangan islam dan Usul Fiqh yang mana karya tersebut
telah dikarang oleh al-Sarakhsi. Maklumat-maklumat yang terkandung didalam kitab tersebut
banyak diambil dari pelbagai sumber antaranya Abu’l-Hasan al-Karkhi, Ahmad b. Muhammad al-
Shashi, al-Djassas, Abu Abdullah Muhammad ibn Idris al-Shafi’I dan karya-karya usul fiqh yang
lain.

Berdasarkan tajuk yang kami pilih, dapat dirumuskan dan disimpulkan berdasarkan
kefahaman saya berkaitan tajuk ‫ فصل الحكم‬iaitu perbincangan tentang suatu hukum diambil ataupun
pengambilan suatu hukum yang digunakan oleh beliau. Jika terdapat sesuatu persolan ataupun
permasalahan, antara sumber rujukan utama yang digunakan adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Sepertimana yang diketahui kedua-dua sumber rujukan tersebut merupakan sumber utama yang
disepakati oleh seluruh ulama’ Usul Fiqh. Setiap permasalahan dan persoalan berkaitan syarak
perlulah dirujuk al-Quran dan as-Sunnah dan jika permasalahan tersebut tidak tidak terdapat pada
kedua-dua sumber tersebut , maka perlulah rujuk kepada pendapat para sahabat kerana mereka
adalah yang paling rapat dengan Rasulullah SAW. Jika masih lagi tidak menemui jawapannya ,
maka beralih pula kepada sumber yang seterusnya iaitu ijma’ dan qias.

Antara kaedah lain yang diguna pakai bagi mencari jawapan dari permasalahan yang
timbul adalah merujuk kepada sumber istihsan dan uruf kebiasaan. Istihsan bermaksud tindakan
meninggalkan satu hukum kepada hukum lainnya disebabkan ada suatu dalil syarak yang
mengharuskan untuk meninggalkannya. Manakala uruf bermaksud suatu perkara yang menjadi
kebiasaan akan menjadikan ia sebagai hukum. Dalam mazhab hanafi kebanyakkan pendapatnya
menggunakan qiyas dan istihsan bagi memeperolehi hukum tiada nas padanya. Adakalanya
mazhab ini meninggalkan kaedah qiyas kerana ada permasalahan yang tidak diselesaikan
menggunakan kaedah tersebut dan menggunakan kaedah istihsan. Hal ini kerana kaedah qiyas
tidak boleh diterapkan di dalam permasalahan tertentu.
)‫البحر المحيط في أصول الفقة لإلمام الزركشي (خطاب التكليف وخطاب الوضع‬

Setelah meneliti tajuk yang kami pilih, dapat dirumuskan serta diperincikan mengenai
pembahagian-pembahagian dalam penentuan hukum. Di dalam ilmu usul fiqh, pengetahuan atau
ilmu berkaitan pembahagian hukum sangat penting . pengertian hukum syarak dari segi bahasa
adalah mencegah ataupun memutuskan sesuatu keputusan.

Dari sudut istilah adalah khitab (kalam) asy-syari’ (pembuat hukum/ Allah SWT) yang berkaitan
dengan semua perbuatan mukallaf, baik berupa iqtidha’ (perintah, larangan, anjuran untuk
melakukan atau meninggalkan), takhyir (memilih antara melakukan dan tidak melakukan), atau
wadhi’ (ketentuan yang menetapkan sesuatu sebagai sebab, syarat, atau penghalang). Yang
dimaksud perbuatan mukallaf adalah perbuatan yang dilakukan oleh manusia dewasa, berakal
sehat, termasuk perbuatan hati (seperti niat), dan perbuatan ucapan (seperti ghibah).

Khithab asy-syari’ pula adalah semua bentuk dalil-dalil hukum, baik al-Quran, as-Sunnah, maupun
Ijma’ dan Qiyas.

Hukum syarak pula terbahagi kepada 2 iaitu hukum taklifi dan hukum wadh’i. hukum taklifi
mengandungi perintah, larangan ataupun memberi pilihan terhadap seorang mukallaf
untukmelakukan sesuatu atau tidak berbuat.Contoh perintah melakukan sesuatu iaitu mendirikan
solat 5 waktu, Contoh perintah meninggalkan sesuatu seperti menjauhi perbuatan zina dan contoh
pilihan melakukan atau meninggalkan sesuatu seperti melaksanakan ibadah haji bagi mereka yang
berkemampuan. Pembahagian hukum taklifi terbahagi kepada 5 iaitu wajib, mandub, haram,
makruh dan mubah. Wajib adalah perbuatan yang dituntut untuk melakukannya dengan tegas dan
kuat seperti solat 5 waktu, zakat dan sebagainya. Perlaksanaan perbuatan tersebut akan mendatang
pahala kepada kepada pelakunya dan jika ditinggalkannya akan mendatangkan kemurkaan dan
dosa daripada Allah SWT.

Mandub pula adalah perbuatan yang dituntut syarak untuk melakukannya dengan tidak
tegas dan kuat. Jika dilaksanakannya akan mendatangkan pahala kepada pelakunya dan jika
ditinggalkannya tidak akan mendatangkan kemurkaan dan dosa. Contohnya seperti melaksanakan
solat sunat rawatib ataupun solat-solat sunat yang lain. Mandub juga dikenali sebagai sunnah
ataupun perkara sunat.
Haram bermaksud suatu perbuatan yang dituntut syarak untuk ditinggaknnya dengan tegas
dan kuat. Jika perkara tersebut ditinggalkan kerana ketaatan akan mendatangkan pahala dan jika
perbuatan tersebut dilakukan akan mendapat kemurkaan dan dosa. Contohnya seperti perbuatan
zina yang mana hukumnya sangat jelas di dalam al-Quran yang mana perbuatan tersebut adalah
haram dan mendatangkan kemurkaan oleh Allah SWT.

Makruh bermaksud suatu yang dituntut Syarak dari seorang mukallaf untuk ditinggalkan
tidak dengan tegas dan kuat. Jika perbuatan tersebut ditinggalkan kerana ketaatan maka ia akan
mendapat pahala dan tidak berdosa jika dilakukan.

Mubah pula bermaksud pemberian kebebasan memilih dari Syarak kepada mukallaf untuk
melakukan atau meninggalkan sesuatu. tidak ada pujian atau pahala kepada pelakunya dan tidak
ada celaan dalam melakukan atau meninggalkannya.

Hukum wadh’I adalah ketentuan-ketentuan hukum yang mengatur tentang sebab, syarat dan mani’
(sesuatu yang menjadi penghalang kecakapan untuk melakukan hukum taklifi). Contoh sesuatu
menjadi sebab adanya hukum taklifi adalah tentang syarat wajib solat perlu mempunyai wuduk.
Contoh sesuatu menjadi syarat adanya hukum taklifi adalah tentang mengerjakan ibadah haji bagi
mereka yang berkemampuan. Contoh sesuatu menjadi mani’(penghalang) adalah tentang orang
yang membunuh waris tidak akan mendapat harta pusaka dari orang yang dibunuhnya itu.
)‫اللمع في أصول الفقة (القول في اإلجماع‬
Setelah meneliti tajuk yang kami pilih, dapat dirumuskan mengenai ijma’ dan kehujahan
ijma’ sebagai sumber hukum. Ijma’ dari segi bahasa bermaksud azam dan kesungguhan dalam
menghasilkan sesuatu. Ijma’ merupakan kesepakatan para ulama’ mujtahid daripada umat Nabi
Muhammad S.A.W mengenai hukum syara’ tentang sesuatu masalah atau kejadian.

Perbezaan pendapat di kalangan ulama’ adalah ssuatu yang biasa terjadi termasuk dalam
ijma’ manakah yang boleh diterima sebagai dalil ataupun tidak. Pada prinsip jumhur ulama’ usul
fiqh menyatakan bahawa ijma’ sebagai pemikiran para mujtahid dalam menetapkan hukum sesuatu
masalah yang tiada hukunya di dalam nas yang mempunyai pegangan yang kuat.

Jumhur Ulama’ bersepakat menyatakan ijma’ menepati salah satu sumber hukum atau dalil
hukum selepas al-Quran dan as-Sunnah. Daripada itulah ijma’ menjadi sumber ketiga di dalam
perundangan Islam. Hal tersebut kerana terdapat beberapa nas dan ayat yang dapat difahami
bahawa perkara yang diikhtilaf oleh ulama’ wajib dirujuk kepada al-Quran dan Sunnah. Ini bererti
bahawa perkara yang disepakati oleh mereka adalah kebenaran yang diakui oleh Allah serta wajib
diamalkan. Mengenai penggunaan ijma’ dan diterima sebagai sumber hukum ialah sebagaimana
dalil yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.