Anda di halaman 1dari 3

Nama : Muhamad Aidil Shazwan Bin Mustaffa Kamal

No.Matrik : D20162075991

Quiz Fiqh Al-Waqf

Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf
diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat
orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk
mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke
jalan Allah.

Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang
dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan
aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah,
bangunan, rumah dan juga wang tunai.

Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam.
Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang
kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan
dan berterusan hingga ke hari akhirat.

Dalil pensyariatan wakaf :

‫ت َم ا كَ سَ بْ ت ُ ْم َو ِم َّم ا أ َ ْخ َر ْج ن َا ل َ كُ ْم ِم َن‬ ِ ‫ي َ ا أ َي ُّ َه ا ال َّ ِذ ي َن آ َم ن ُ وا أ َنْ فِ ق ُوا ِم ْن طَ ي ِ ب َ ا‬


ُ ‫آخ ِذ ي ِه إ ِ ََّّل أ َ ْن ت ُغْ ِم‬
‫ض وا‬ َ ِ ‫ض ۖ َو ََّل ت َي َ َّم ُم وا الْ َخ ب‬
ْ َ ‫يث ِم نْ ه ُ ت ُنْ فِ ق ُ و َن َو ل‬
ِ ِ ‫س ت ُ ْم ب‬ ِ ‫اْل َ ْر‬ ْ
‫ي َح ِم يد‬ َّ ‫ع ل َ ُم وا أ َ َّن‬
ٌّ ِ ‫َّللا َ غَ ن‬ ْ ‫ف ِ ي ِه ۚ َو ا‬
Maksudnya :

wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan allah) sebahagian dari hasil usaha
kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan
janganlah kamu memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan
pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau
diberikan kepada kamu), kecuali dengan memjamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Wakaf Musya’ adalah termasuk dibwah jenis-jenis harta wakaf. Musya’ bermaksud pemilikan
dua orang atau lebih dalam sesuatu aset secara bersama tanpa terpisah atau keutamaan diatas
pemilikan tersebut. Contohnya seeker tanah yang mempunyai dua orang nama ataupun ada dua
pemilik tanah tersebut. Sebagai contoh Ahmad dan Hafiz mempunyai seekar tanah dan salah
seorang daripada mereka ingin mewakafkan tanah tersebut untuk didirikan surau yang mana surau
yang ingin dibina menggunakan tanah yang seluas seekar. Dalam hal tersebut ia dikira sebagai
Wakaf Musya’.

Sabda Rasulullah Saw:

Umar telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya saya mempunyai seratus
saham di Khaibar, belum pernah saya mempunyai harta yang lebih saya cintai daripada itu.
Sesungguhnya saya bermaksud menyedekahkannya.” Jawab Nabi Muhammad SAW “Engkau
tahan pokoknya dan sedekahkan buahnya” (Riwayat Nasai dan ibnu Majah)

Seratus saham kepunyaan Umar yang disebutkan dalam hadis tersebut adalah Musya’. Oleh karena
itu, hadis ini menjadi dalil sahnya wakaf musya’.

Wakaf Musya’ juga adalah harta yang dikongsikan dengan orang lain yang tidak boleh
dibahagikan seperti dua orang pemilik sebuah kereta , salah seorang daripada mereka mewakafkan
bahagiannya, wakaf ini adalah sah. Setiap barang yang diwakafkan itu hendaklah bermanfaat
disamping ainnya kekal walaupun harta itu Harta Musya’. Imam Malik dan Imam Syafie
berpendapat sah Wakaf Musya’. Namun menurut Muhammad bin Hassan Wakaf Musya’ adalah
tidak sah, dengan alasan kerana penyerahan harta merupakan salah satu syarat pada harta wakaf,
sedangkan penyerahan tersebut tidak berlaku pada wakaf Musya’.

Harta Musya’ mempunyai dua bentuk iaitu harta berkongsi yang tidak boleh dipecahkan
bahagiannya dan harta berkongsi yang boleh dipecahkan bahagiannya.Mengikut jumhur selain
daripada Mazhab Maliki adalah harus wakaf hart Musya’ yang tidak boleh dipecahkan
bahagiannya seperti kereta. Sebaliknya Mazhab Maliki tidak mengharuskan mewakafkan harta
tersebut, manakala harta yang boleh dipecahkan bahagiannya adalah harus diwakafkan menurut
Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali serta Abu Yusuf kecuali untuk masjid dan surau hendaklah
dipecahkan bahagiannya terlebih dahulu.

Imam Syafie dan Imam Ahmad Ibn Hanbal mensyaratkan harta yang hendak diwakafkan
itu jelas dan dimiliknya serta boleh dipindah milik melalui jual beli atau sebagainya. Harta tersebut
pada kebiasaannya boleh diambil manfaatnya seperti sewa-menyewa sekalipun dalam bentuk
Harta Musya’ serta manfaat tersebut berkekalan dan mempunyai tujuan yang diharuskan oleh
syarak.

Imam Abu Hanifah berpendapat adalah tidaj sah untuk mewakafkan Harta Musya’ untuk
tujuan masjid dan kubur kecuali telah dibuat pembahagiannya terlebih dahulu. Hal ini kerana,
Harta Musya’ boleh menjadi penghalang untuk ikhlas dan boleh membawa kepada berlakunya
pertukaran tujuan manfaatnya seperti pasar atau tanah pertanian dan seumpamanya yang dilarang
oleh syarak.

Mazhab Imam Malik tidak mengharuskan wakaf harta Musya’ kerana harta itu tidak boleh
dibuat pembahagian. Mereka mengatakan sebarang harta yang diwakafkan itu hendaklah tidak
terikat dengan harta orang lain. Ini termasuk memilik sesuatu yang mempunyai manfaatnya seperti
haiwan yang diharuskan untuk mengambil manfaat sama ada dari segi perkhidmatan,
tunggangannya atau dari segi kecantikannya.