Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019

SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

PK01/3

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA


TINGGI ZON AIR TAWAR

1. Nama Program : Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah-Sekolah


Daerah Kota Tinggi Zon Air Tawar
2. Tarikh : 16, 17 & 18 April 2019

3. Hari / Masa : Selasa, Rabu dan Khamis

4. Tempat : Raf Point, Lot 9662, Rancangan Sungai Sendayan, Kampung Lukut,

Kota Tinggi Johor.

5. Objektif :

a) Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.


b) Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
c) Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
d) Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi
yang kondusif.
e) Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam
bidang kesenian dan kebudayaan.
f) Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan
kehidupun bermoral.

6. Sasaran :

BIL SEKOLAH Lelaki Perempuan Jumlah

1 SK LKTP AIR TAWAR 5 17 25 42

2 SK DATO ISMAIL SAADON 8 7 15

3 SK SEMENCHU 10 10 20

4 SK LKTP AIR TAWAR 4 9 15 24

5 SK LKTP AIR TAWAR 1 26 19 45

1
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

6 SK BANDAR MAS 16 14 30

7 SK LKTP SUNGAI MAS 17 17 34

JUMLAH 103 210


107

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

a. Membina insan yang kental dari segi fizikal dan mental. Aktiviti yang dijalankan semasa
perkhemahan ini sebenarnya mengandungi elemen-elemen yang boleh meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental peserta dalam menghadapi cabaran.
b. Merapatkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta dimana mereka perlu
berinteraksi sesama sendiri atau dalam aktiviti berkumpulan supaya tugas yang diberi
dapat dilaksanakan dengan cekap.
c. Memberi pendedahan tentang cara hidup di hutan.
d. Membentuk disiplin yang mantap dalam diri peserta.. Aktiviti ini dapat mendisiplinkan
para peserta supaya menepati masa dan mematuhi arahan komandan.
e. Membentuk jati diri dan sahsiah peserta. Semasa perkhemahan ini dijalankan, unsur
kerohanian tidak dilupakan dimana ceramah agama dan moral diberikan kepada peserta-
peserta dalam satu aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam. Ini dapat membina insan
yang berakhlak mulia serta baik budi pekertinya.
f. Memupuk nilai cintakan alam sekitar. Semasa mendirikan khemah dan melaksanakan
aktiviti yang dirancang, peserta telah diingatkan supaya tidak merosakkan tumbuhan
yang ada di sekeliling serta memastika kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan
bersih. Ini mendidik mereka supaya menghargai alam sekitar.
g. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan diadakan
peserta-peserta terpaksa berinteraksi antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan
yang telah diberi.
h. Membentuk nilai kepimpinan. Melalui perkhemahan ini, peserta-peserta akan dididik
untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan mereka. Ini akan menghapuskan rasa malu
mereka untuk berinteraksi dengan orang lain.

8.2 Kelemahan Program :

a. Kekurangan khidmat professional semasa melaksanakan aktiviti yang dijadualkan pada


hari kedua menyebabkan perlaksanaan sedikit kucar kacir.
b. Kekurangan sumber air bersih untuk kegunaan pesrta membersihkan diri dan air
minuman menyebabkan kurang mematuhi masa dan jadual aktiviti yang telah

2
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

ditetapkan. Ini menyebabkan sesetengah aktiviti dijalankan lebih lewat daripada yang
sepatutnya.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

a. Guru pengiring perlu memastikan setiap murid untuk membawa botol mineral yang berisi
air untuk diminum ke setiap lokasi aktiviti.
b. Pihak kem perlu menyediakan lebih banyak bekalan air minuman untuk keperluan peserta.
c. Komandan dan jurulatih perlu lebih tegas dengan peserta supaya semua aktiviti yang
dirancang berjalan dengan lancer dan selamat.

9. Dokumentasi Bergambar : SEPERTI DI LAMPIRAN A.

Disemak oleh, Disahkan oleh,


Disediakan oleh,

………………………………….. ……………………………………………
………………………….
(RAHMAN BIN SALLEH) (MOHD SAFARIN BIN ZAINAL)
(AMIRA BINTI ALI)
GPK Kokurikulum Guru Besar
Setiusaha Kokurikulum
SK LKTP Air Tawar 5 SK LKTP Air Tawar 5
SK LKTP Air Tawar 5

3
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

LAMPIRAN A

Sekitar majlis perasmian penutup oleh Tn Hj Mohd Fadil bin Ishak, Pegawai Pendidikan
Daerah Kota Tinggi. Majlis turut dimeriahkan oleh Majlis Guru Besar Sekolah Zon Air Tawar
yang dipengerusikan oleh En Mohmad Sarif bin Albi.

4
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah jungle trekking, laluan
berhalangan dan zipline.

5
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

Sepanjang aktiviti dijalankan, peserta dikawal oleh jurulatih kem dan juga guru pengiring
yang ditugaskan untuk memantau keselamatan peserta.

6
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

Majlis bacaan yaasin sempena hari guru yang diadakan serentak pada 18 April 2019. Majlis
bermula jam 7.30 pagi dengan kehadiran En Zayadi bin Hassan, Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Kota Tinggi bersama Ustaz Syamimi. Semua peserta, guru pengiring,
jurulatih kem dan tetamu bersam-sama membaca yaasin di dewan terbuka kem.

7
LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH- 2019
SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI ZON AIR TAWAR

Anda mungkin juga menyukai